Hari ni tajuk agak berat skit.
Ada tiga isu disini yang aku rasa perlu dibincangkan.
1. Isu icerd
2. Isu ikhtilat
3. Isu pertanyaan itu sendiri
1. Kepada sesiapa yang tak tahu isu icerd, boleh rujuk pada
https://en.m.wikipedia.org/wiki/International_Convention_on_the_Elimination_of_All_Forms_of_Racial_Discrimination .
Secara ringkasnya, aku rasa video ni blh jelaskan dgn baik tentang apa yg kau perlu tahu tentang proposal icerd yang ditawarkan kpd negara kita
Dan setahu aku, Tun M pun tidak bersetuju dgn cadangan ini dan tak berhasrat untuk menandatanganinya. Namun isunya disini adalah masih ada pihak yg memegang objektif memperjuang hak asasi manusia mendesak perlaksanaan icerd dan menghapus perlembagaan 153 yang dah termaktub dlm perlembagaan negara (betulkan aku kalau aku salah).
Jadi kerana itu ramai yg membantah icerd dan mengadakan himpunan aman. You can say whatever you want about demostration rally and such. Mcm kak fynn bagi pndpt dia dlm ig dia, aku tak ada mslh pun kalau dia tak setuju. Itu hak setiap individu.
Tapi aku tertarik dengan satu kenyataan yg pernah dibuat oleh Trevor Noah semasa berdiskusi dgn Tomi Lahren tentang demostrasi Black Life Matter dan beberap isu tentang hak warga kulit hitam di Amerika Syarikat.
Issue that a black man faced in US is I dont know how to get a message across. If I march on the street then people said I am a thug. If I go out and protest then people said it is a riot. If I bend down on my knee then it is.. what is the right way for a black person to get attention in America?
Kalau pemimpin tak nak dengar suara pembangkang di parlimen untuk menolak perkara ni, maka cara apalagi yang harus kami lakukan utk membantah? Objektif perhimpunan aman ini hanya satu, iaitu untuk tunjukkan bertapa ramainya rakyat yang bersatu hati membantah perkara ini.
2. Membawa kita ke isu no 2, soal ikhtilat. Aku akui, aku tak pergi ke perhimpunan tersebut. Jadi aku bukan saksi utama utk cakap perhimpunan trsebut berakhir secara aman. Tapi berdasarkn kenyataan yg dibuat oleh beberapa orang shbt aku, perhimpunan ini berakhir secara aman tanpa sebarang provokasi. Aku lihat melalui foto di media sosial, pihak Pas sendiri ada menyediakan anggota keselamatan mereka utk memastikan keselamatan pihak yg terlibat.
Berkenaan isu ikhtilat dlm sesuatu demostrasi, percayalah jika anda dtg bersama kelompok yg berdaftar spt wakil pas kawasan, wakil umno kawasan, anda akan diberi taklimat berkali2 mengenai peraturan sebelum dan selepas berdemostrasi. Antara praturannya adlh utk sentiasa berada dlm kelompok rakan2 anda. Perempuan sentiasa berjalan bersama perempuan dan lelaki bersama lelaki. Namun aku tak nafikan utk seorang dua perempuan akan terhimpit dgn kumpulan lelaki dan menyebabkn perlanggaran tubuh badan yg tidak menyelesakan.
Soalan aku, adkh si penanya org awam yg dtg ke perhimpunan trsebut dgn mindset spt pergi ke pasar malam tnpa sebarang persediaan fizikal dan mental. Aku bkn menghalalkn persentuhan fizikal lelaki dan perempuan dlm demostrasi tp teori yg sama spt kita berhimpit tawaf di kota suci mekah. Kita akan setiasa berjaga2 utk menjaga air wudhuk kita supaya tidak bersentuh kulit dgn lelaki ajnabi.
Perkara yg tak diingini pun boleh berlaku walaupun kita sudah berjaga2, jadi aku tak salahkn si penanya jika itu benar2 terjadi. Kerana pihak penganjur juga sudah sedaya upaya menyediakan pasukan keselamatan lelaki dan perempuan utk mengelakkan perkara tak diingini berlaku. Spt kata kak fynn, she should be aware of where she going and if she feel the event is unsafe for her then dont go. The best person she can complain to is herself.
3. Paling akhir, isu pertanyaan itu sendiri. Jadi knp si penanya bertanyakan pndpt seorang selebriti yg membuka peluang pertanyaan di akaun media sosialnya?
Untuk mengadu? Untuk menunjukkan pd semua org dia menghadiri perhimpunan yg dianjurkan oleh pihak pembangkang tp kemudian menyesali tindakannya? Utk meraih populariti? Untuk memburukkan perhimpunan tersebut?
Prinsip hidup senang saja. Kita hanya tanya jika kita tak tahu dan bila perlu. Tempat utk kita bertanya haruslah betul dan mampu memenuhi tuntutan jawapan. Jika kita bertanya pada artis atau selebriti media sosial mengenai mslh keluarga kita, apa yg kita dpt? Mereka tak tahu situasi kita, latar belakang dan personaliti kita, jd tak semestinya jwpn yg diberikan itu tepat.
Jika kita tiada siapapun utk bercerita, aku aku cukup yakin media sosial bukanlah satu medium yg tepat utk meluahkan masalah. Jika tiada, cari autoriti yang boleh membantu , cth seperti jbtn kadi yg ada menyediakan khidmat kaunseling. Berdoa supaya Allah swt permudahkan dan kita brtemu dgn pihak yg blh membantu dlm urusan kita.
Sekian, aku nk tulis lg tp aku lupa nk tulis apa. So yeah, guna hak berfikir sebelum hak bersuara.
No comments:
Post a Comment