Ketika aku mengalami kekacauan emosi beberapa hari lepas, aku telah berbalas mesej dengan beberapa orang sahabat. Aku terlalu desperate untuk mencari jawapan bagi persoalan yang berlegar di kepala aku.
Kredit kepada Nurul Fauzani Arif, Norashikin pekerja Popular, Zafirah Zulkifli cikgu pasti Kampar, Amalia setiausaha Pasti Putrajaya, Siti Aminah alias Zinnirah Safiyah & Seri Nurhayati cikgu Pasti Putrajaya.
Aku bertanya banyak soalan pada mereka, minta pendapat dan cadangan jawapan kepada permasalahan yang aku hadapi. Terima kasih semua kerana tidak jemu membalas dan melayan semua itu. Kebanyakan mereka memberi mesej-mesej yang positif, dan sepertinya aku sepatutnya tahu.
'Banyakkan berdoa minta petunjuk'
'Kuatkan diri..kamu mampu lakukannya'
'Kau baru dua hari kat sana, kak. Allah takkan takdirkan kau berada di sana tanpa sebab'
'Solat minta petunjuk'
'Buat apa yang ana suka, macam tengok wayang ke.'
'Jangan risau, kita sentiasa ada untuk awak'
'Menangislah jika itu yang kamu mahu. Jangan pendam'
Banyak lagi kata-kata nasihat yang buat aku berfikir beribu kali untuk menenangkan hati aku dengan pilihan yang aku buat. Tetapi nyata, hati aku masih gundah gelisah, mungkin kerana kurang iman, aku pilih untuk berundur dari pilihan yang aku buat itu. Aku telah lukakan hati beberapa orang dan aku tahu aku sedang menerima balasannya kerana hati aku juga terluka.
Maafkan aku sahabat yang aku sakiti hatinya.
Maafkan aku kerana nasihat kalian ada yang tidak dapat aku terima.
Tapi ia juga telah menyedarkan aku tentang satu perkara.
Jalan hidup ini, kunci kepada semua persoalan hidup hanya pada Allah
Aku kurang mengadu, bertanya pada Dia berbanding manusia
Aku mungkin ikutkan sangat kata hati
Aku mungkin buat pilihan yang salah
Biarlah
Aku cuma tahu aku perlu bersama orang-orang yang aku sayangi untuk merawat luka di hati aku
Aku masih 'sakit'
Aku masih 'tenat'
Doakan aku, sahabat.
Dan kepada Nur Farah Ayuni Arif, someday i will explain to you if you want. Sebab kau adalah antara orang yang aku tak nak susahkan lagi dengan masalah hidup aku yang tak pernah surut. Maafkan aku keran jadi seorang yang pentingkan diri sendiri dan tak pernah ada untuk kau macam mana kau ada untuk aku.
Kepada sahabat yang lain, aku hanya dapat belajar dan terinspirasi dari kehidupan kalian dari jauh. Aku mungkin berubah, mungkin tak seperti dulu lagi. Tapi aku doakan kalian sentiasa bahagia dan berada dalam rahmat-Nya.
No comments:
Post a Comment