Aku tak sangka aku boleh terjebak dengan drama di Netflix hanya sebab aku tercabar seorang pelajar aku merupakan penonton tegar saluran itu.
Motif kan.
Satu lagi kerana Alex Meyer. You should subscribe him if you are bitter person like us.
Oh dan ketiga sebab aku rindukan Dan Humphrey (Gossip Girl alert). Oh, tak. Aku tak menonton siri Gossip Girl sehingga habis sebab aku tak suka kehidupan sosial mereka yang makin lama makin merepek. I guess they are not the typical American teenagers that I should look up to.
Okay, boleh tak aku panggil mamat ni Dan, sebab aku tak ingat nama betul dia. Anyway pemilihan Dan sebagai pelakon utama drama ni sangatlah bertepatan. The girls will always and always see him as Dan Humphrey, the nice, normal & sweet guy from Gossip Girl. Dan dia bawa watak yang sedemikian dalam cerita ni juga...dengan tambahan sisi gelap yang sukar untuk kita nilai.
Alex Meyer memang betul. Drama ni terang-terang tunjuk watak Joe yang psikopath disebalik wajah innocent, 'average Joe' dia. Hello, dia stalk perempuan, dia bunuh orang..apa lagi jenayah yang disimpan dalam kocek dia tu. Cuba letak lelaki muka pecah rumah dengan badan penuh tatu, dah tentu semua orang akan baling batu bencikan Joe.
Tapi tak. Kami perempuan sangat mudah tertipu dengan perwatakan lelaki baik seperti Joe. Sedihnya, kami juga senang untuk memaafkan kesalahan 'lelaki baik' ini hanya kerana...dia nampak baik dan kacak. Apart from his abnormal obsession with woman, dia jalani hari-harinya dengan normal. Lagilah dia kerja di kedai buku dan jenis ulat buku, ya tuhan kalau aku jumpa lelaki macam ni memang aku ajak tok kadi nikahkan kami masa tu juga.
Cerita ini diceritakan dari sisi Joe, yang mana menjadikan dia mempunyai ruang untuk menjustifikasi kan semua tindakannya, baik dan buruk. Dia seorang yang bijak, tenang dan realistik dalam menyelesaikan masalah. Kita tanpa sedar akan merelakan semua tindakan jahatnya hanya untuk melihat hubungan Beck dan dia berjaya.
I mean seriously, as Joe said, Beck is interesting, fun & beautiful. But she has the badass and dumb people around her. Benji adalah teman lelaki yang haruk, yang Beck kejar hanya sebab dia berduit. Peach Salinger pula kawan baik yang mengongkong (dan dengan obsessi yang menakutkan) tapi Beck perlukan dia sebab nak tumpang nama keluarga kaya Peach.
Dan kawan-kawan perempuan dia yang lain, rasa boleh ditongsampahkan oleh majlis perbandaran untuk mengelakkan pencemaran alam. Mereka bukanlah seperti 'kawan selama-lamanya' yang kita lihat dalam Lizzie Mcguire atau Pitch Perfect, tapi mereka sama saja seperti kawan yang kita ikuti di media sosial. Beck perlukan mereka untuk blend in dalam social environment kota New York.
So secara ringkasnya, Beck is a slut and bitch. Kita semua akan rasa 'Amenda kau Joe, kenapa kau nak suka perempuan macam ni. You deserve better'. Kita akan salahkan Beck pula sebab terlalu messy dalam menguruskan hidupnya, curang dengan lelaki lain dan selalu pentingkan diri sendiri. Tipikal dunia, akan menyalahkan wanita dalam setiap hal. Okey, tenang dulu.
The point above that we discuss also being considered. Beck is bitch, so yeah she dump Joe because 'she need alone time'. Joe pun done done berpacaran dengan jirannya yang baik, Karen. Jadi adakah hidup Joe bahagia bila dia dah jumpa perempuan baik?
Hell no. Kita lupa ke dia ni psikopath. Dia akan kejar sesuatu yang jahat, sepertimana sifat natural dirinya yang jahat. Beck and Joe is match made in hell, so they come back again. It is like an addiction, you hate it but you need it.
And there is Candace, Joe's ex-girlfriend who nowhere to be found. Dia pun bitch yang tidur dengan komposer sebab nak cipta nama dalam industri nyanyian. Itu realiti yang perlu dihadapi oleh sang pemimpi di kota New York, ini bukan cerita Coyote Ugly (eh memandai je aku refer cerita tu). Pendapat aku, aku tak berminat sangat pun dengan watak Candace ni. Orang dah mati kan, buat apa dikenang. Tapi watak Candace ni beri petunjuk pada kita yang Joe ada trust issue dalam perhubungan cinta. Maybe sebab kegagalan hubungan mereka, dia sangat overprotective terhadap Beck.
The ending..sepandai-pandai tupai melompat jatuh juga ke tanah. Tapi ingat senang ke tupai tu nak menyerah kalah. Walaupun dah injured, tupai tu masih boleh gigit kau atau sebenarnya dia pura-pura jatuh, pura-pura mati hanya untuk alihkan perhatian pemburu. Tak mustahil pemburu yang akhirnya mati menggelumpur sebab tupai tu bawa geng untuk serang pemburu.
Apa aku merepek ni?
Senang cerita, ending dia tengok sendiri la ye. Tapi ending dia, untuk pertama kali, aku root Beck dan rasa macam kena tampar. Sebab walaupun at the moment Joe kurung dia, aku masih rasa Joe tak bersalah dan Beck patut bagi dia peluang. Sekurang-kurangnya mungkin Beck boleh ubah Joe yang sebenarnya hanya mangsa keadaan.
![]() |
Him dalam erti kata raksasa yang perlu dibunuh
|
Cuma, aku terkilan sebab Joe jadi knight in shining armour Paco selama ini, sehingga budak tu ada potensi untuk jadi seperti Joe. Mereka ada zaman kanak-kanak yang teruk dan terpaksa bertahan & melawan hanya untuk hidup. Cuma cara mereka, bukanlah sesuatu yang 'mengikut peraturan'. Jadi orang yang baik kat luar sana, jangan jadi ignorant dengan masalah kecil seperti Paco. Sebab ia boleh jadi barah yang merebak dan menjejaskan masyarakat.
Tolonglah season two jangan merepek macam tipikal drama Amerika yang lain. Tapi aku memang tak menaruh harapan yang tinggi pun pada watak-watak yang tinggal.
Kudos to all the cast. This is the first America series that I actually care to watch after Gossip Girl (I dont like long drama series. Thats why i prefer BBC drama like Sherlock over American tv series).
No comments:
Post a Comment