Tuesday, 1 January 2019

para pencari tuhan and why must watch it

Assalamualaikum

Sinetron ini kayaknya sudah lama dimainkan di Indonesia dan gue juga sudah tahu lama kewujudannya. Cuma hanya sempat mengikuti di kaca televisyen selama dua musim.


Aku menyukainya kerana karakter-karakternya pas bangat dengan manusia jaman ini. Walaupun produksi musim pertamanya dibikin sekitar 2007 kalau tidak silap. Tambahan lagi nasihat-nasihatnya berbentuk sindiran humor yang rasanya lebih diterima pakai oleh penonton. Enggak terlalu serius kayak Hikmah atau Ikhlas (meskipun kedua-duanya masih feveret gue sih).

Ngomong-ngomong apa maksud kamu sih? Jadi gue yang udah terjebak sama bahasa indonesia lantas mahu mengeblog tentangnya (Ya Tuhan aku sedang merosakkan bahasa Melayu kah?). Jadi ini dia sebab mengapa PPT adalah satu karya yang harus dinontonin semua pihak. Setakat ini aku udah nonton dari jilid satu hingga jilid 11 (episod 3), bahana marathon selama hampir dua minggu.

Drama ini dipenuhi dengan pelbagai karakter dari baik ke buruk, cantik ke jelik, muda ke tua. Tapi beberapa karakter pendukung cerita ini sangat memberi kesan kepada aku dan terus menjadikan drama ini relevan untuk ditonton tidak kira masa.

Aya Az Zahra (Zaskia A Mecca) pada mulanya adalah karakter kecil (okeylah tak kecil. Dia dah berlakon Ayat-ayat Cinta & Kiamat Sudah Dekat kot). Perempuan yang menurut Aya dalam satu episod (yang aku tak ingat) "aku adalah gadis biasa dengan impian yang sederhana", gadis penjual makanan di musolla yang turut membangunkan perpustakaan kecil kerana minat membacanya. Tuh, pas bangat sama aku. Dia cantik kot, haruslah pada mulanya apabila didekati dengan mat romeo yang muka pecah iaitu Azzam, dia lagi jauhkan diri dan bertegas menolak lamaran lelaki itu. Ya, sebagai seorang yang boleh melihat, Azzam bukanlah seorang lelaki yang 'good looking', malah muka tipikal pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia. 

Mulutnya manis yang boleh membuatkan perempuan kencing manis dan mungkin muntah cair kerana terlalu mual mendengarnya. Sungguh, kalau bukan kerana karakternya yang berilmu agama, memang dah lama aku memboikot drama ini. Enggak pantas sungguh sama si Aya yang cantik dan sopan (aku tak berhenti kagum dengan kecantikan dia yang boleh menjadikan gaya tudung yang aneh menjadi cantik). Jadi apa saja modal cinta si romeo tak semenggah ini melainkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang disusun menjadi kata-kata pujangga bagi memikat hati si gadis. 

Lebai bangat, sok bagus bak kata Aya.

Tapi lelaki ini dan Aya berkongsi masa lalu bersama. Mereka sama-sama membesar dan menjadi sahabat. Persahabatan itulah yang membuka hati Aya untuk menerima Azzam kerana dia tahu seromeo manapun lelaki itu, dia sangat menjaga agamanya dan berkongsi impian yang sama dengan Aya. Mereka sentiasa berdebat dalam segala benda termasuk hal percintaan dan kedua-duanya mempunyai poin yang sangat kukuh mempertahankan pendirian masing-masing. 

Aku sukakan perhubungan seperti ini. Perhubungan yang bukan hanya gaduh-gaduh kahwin seperti filem Bollywood. Ia pergaduhan, perdebatan yang diikat perasaan cinta antara mereka dan kepada Allah. Aku akui, ikhtilat dalam drama ini agak biasa-biasa, tidak seperti produksi Ketika Cinta Bertasbih (atau sekuel dramanya yang aku tak ingat tajuk). Jadi poin perdebatan antara pasangan ini dari zaman sebelum kahwin hingga sesudah berkahwin menjadi tarikan utama pada penonton. 

Ya, aku tak rasa karakter Aya yang sangat cemburu adalah keterlaluan. Bukan kerana aku feminis, tapi kerana perempuan cantik memang begitu. *lari jauh-jauh
Okay, bukan bermaksud perempuan cantik ini jahat tapi dengan kelebihan kecantikan yang mereka miliki, mereka lebih mahukan penghargaan dan perhatian dari orang sekeliling berbanding perempuan yang kurang sedikit kecantikannya. Cemburunya mungkin jika ditujukan kepada lelaki biasa, boleh menyebabkan perang dunia ketiga namun nasib baiklah lelaki yang dicemburuinya adalah Azzam. Lelaki itu bijak menepis setiap satu rasa cemburu Aya dengan hujah, dengan lawak bodoh dan kadangkala merelakan saja tuduhan isterinya untuk menjaga keamanan rumah tangga mereka. Perhubungan mereka memang tidak dapat difahami malah selalu tidak dipersetujui ibu Azzam namun pasangan itu sentiasa juga mencari ruang untuk menunjukkan rasa cinta yang menyebabkan kau mahu muntah hijau (baca: cringe). 

Si mat romeo ini juga menyebabkan seorang perempuan yang juga merupakan kawan baik Aya, iaitu Kalila  menyukai dirinya. Ia mengambil masa dua musim untuk Kalila meluahkan cintanya pada Azzam dan mereka hampir berkahwin. Namun penonton terpaksa terseksa melihat drama mahu-tak mahu-nak kahwin-tak sampai hati mereka (Azzam dan Kalila) selama hampir 8 musim. Mungkin ada ahli-ahli agama yang pro-poligami akan mengesyorkan poligami untuk mengatasi masalah hati dua insan ini. Tapi aku rasa PPT sangat bijak dalam tidak mensinonimkan agama dan poligami dalam drama ini.

Ayya, Azzam dan Kalila masing-masing adalah muslim yang baik. Mereka tak menolak poligami, malah Aya juga pernah merelakan perkahwinan kawan baiknya dan suaminya berkali-kali. Si suami dan kawan baik juga pernah menangis di tikar sejadah kerana terpaksa menahan rasa cinta kepada satu sama lain. Walaupun seberapa banyak usaha mereka kearah itu, takdir Tuhan masih tidak merelakannya. Dia ada perancangan yang lebih baik untuk ketiga-tiga mereka. 

Ini adalah satu pengajaran besar kepada masyarakat untuk menangani masalah berkaitan poligami. Perkahwinan yang tidak dilandaskan kepada ilmu dan iman, walau yang pertama atau kedua boleh mendatangkan fitnah kepada agama dan keruntuhan sistem kekeluargaan. Mungkin hubungan baik antara Aya dan Kalila disepanjang 10 musim sepertinya satu 'perkara mustahil', namun itu adalah satu unjuran nasihat dari penulis kepada perempuan-perempuan di luar sana. 

Jangan memutuskan silahturahim hanya kerana rasa cemburu dan jangan membenarkan kebencian itu tumbuh terhadap saudara sesama Islam selagi dia tidak menyalahi hukum agama. Aya masih perempuan biasa yang kadangkala menyindir Kalila dengan kata-kata dan perlakuan yang berunsur cemburu, dan tentunya Kalila juga seorang perempuan yang kadangkala tersentuh dengan sindiran sebagai 'pengacau rumah tangga orang'. Tapi mereka masih boleh bersahabat baik. Keterbukaan antara insan bertiga ini boleh menjadi contoh kepada manusia yang suka mengadu domba masalah mereka di media sosial. Media sosial bukanlah keterbukaan yang baik, tetapi selalu bermusyawarah dan bertemu muka itulah keterbukaan yang dianjurkan oleh PPT.

Hoi panjangnya aku tulis. Haruslah, 11 musim kot. 


Ok last but not least. Mungkin ramai yang akan tak puas hati dengan karakter Kalila yang dilabel pengacau, perempuan tak tahu malu, perempuan yang menggunakan kecantikannya untuk memikat hampir lima lelaki (oh dan ramai pak haji di kampung itu). Karakter gila-gila dan peramah yang ditunjukkan pada awal drama ini semakin berubah menjadi matang.  Malah tiada siapa yang dapat menidakkan kebaikannya menjaga kebajikan sahabatnya Aya ketika gadis itu tidak mampu menyusui bayinya. 

"Aku sanggup memberi susu ku kepada anakmu jika itu yang kau perlukan"

Masyaallah. Siapa sangka si pengacau rumah tangga itu boleh menawarkan sesuatu yang tak semua perempuan boleh lakukan. Dan ternyata penulis berjaya memperlihatkan bertapa cantiknya takdir yang Allah aturkan untuk seorang gadis yang sentiasa bersabar dan tak pernah putus asa dengan dugaan hidup. Dalam ramai lelaki yang hadir dalam hidupnya, dia menerima seorang lelaki biasa, Domino yang sepertinya bertentangan dengan semua sifat yang dia pernah suka pada seorang lelaki (iaitu Azam). Domino seorang lelaki yang tidak peramah apatah lagi bermulut manis, sangat serius dengan kerjanya walaupun hanya sebagai jurujual jalanan dan pandai mengaji (seriuosly aku tiba-tiba rasa aku patut cari lelaki yang pandai mengaji). Tapi lelaki ini seorang yang tahu objektif hidupnya dan akan fokus sehingga ia tercapai. Dia keluar dari kepompong keselesaannya dan berusaha meningkatkan taraf ekonomi hidupnya sebagai satu persediaan melamar gadis yang berjaya mencuri hatinya. 

So sweet. 

Lagi satu karakter yang aku suka adalah Mira, isteri Asrul yang miskin tetapi beriman. Dia adalah satu-satunya karakter perempuan yang layak mendapat penghormatan tertinggi. Dalam kemiskinan hidupnya, dia belajar untuk besederhana dengan keduniaan. Iya, kesederhanaan adalah sinonim pada kemiskinan tetapi apa ya..Mira sepertinya bukan seorang muslimah yang lemah dan patuh pada ajaran agama secara membuta tuli. Dia seperti belajar untuk mencintai Allah swt bukan kerana kemiskinan hidupnya, tapi kerana dia betul-betul mencintai Dia. 

Kata-katanya selalu menenangkan si suami, ketegasannya didengari malah oleh orang yang lebih kaya daripadanya, dan perlakuannya sangat menggambarkan kebaikan hatinya. Dia adalah karakter yang menyenangkan. Mungkin tidak sebijak Aya dalam berdebat atau tidak semenarik Kalila namun masih ada karismanya. 

Mendingan, abang berhenti bicara soal wang kerana dalam rumah kita ini tidak ada wang. Banyakkan bicara tentang Allah kerana itu saja yang kita ada

Dan pada musim kesebelas, mungkin plot dia bersembahyang ketika banjir melanda rumahnya agak keterlaluan pada sesetengah penonton. Tapi siapa saja yang mengikuti karakternya dari awal pasti tidak akan hairan dengan perlakuan itu kerana itulah dirinya. Seorang perempuan biasa yang mencintai Allah swt. 

Jika aku tak mampu mempunyai kecantikan dan kebijaksanaan Aya dan Kalila, mungkin aku masih boleh berbahagia dengan sekadar mempunyai hati sebersih Mira.



No comments:

Post a Comment