stephen king pernah berkata, asas untuk menulis adalah banyakkan membaca.
bukan banyak tengok drama atau filem
sebab bagi aku buku tu ada ruh dia yang tersendiri. penyampaiannya selalu terus dari hati dan fikiran si penulis. walaupun kadang-kadang ada editor yang mengedit tapi ia takkan lari jauh dengan gaya penulisan seorang penulis.
untuk menulis juga kita perlukan aspirasi. aspirasi yang biasanya kita dapat dalam kehidupan seharian. kalau orang lain lebih senang menterjemahkannya melalui video, post, lagu dan sebagainya, seorang penulis pula menterjemahkannya melalui aksara. idea itu dikumpul, diolah,disusun dan dianalisis sebelum ia menjadi satu cerita atau buku yang lengkap.
aku pernah cuba berhenti menulis. sebab aku tahu ia tak bawa ke mana. habiskan bil elektrik, dakwat pen aku je. tapi klise seorang introvert, terlalu banyak yang bermain dalam fikiran aku yang aku tak dapat terjemahkan melalui kata-kata. jadi aku perlu menulis. walau ia hanya sekadar di blog usang ini atau media sosial. menulis itu senang. tapi untuk berkongsi tentangnya, menjadikan ia sesuatu yang bermanfaat apatah lagi mengkomersialkannya sangat susah. sebab itu sampai sekarang aku masih si penulis amatur. sebab penulisan komersial adalah satu tanggungjawab berat.
sebab itu bila aku tahu mengenai bagaimana seorang penulis meniru karya seorang penulis senior, aku rasa agak marah. sesiapa pun akan marah kalau hasil kerjanya ditiru bulat-bulat.
aku bukan nak merendahkan kebolehan penulis junior itu tapi serius aku kata, tak susah untuk menulis jika idea itu sudah ada dalam kepala kau. tulislah apa yang kamu tahu, bukan apa yang kamu mahu.
jadi kau tak tahu untuk buat scene di lapangan terbang. maka kajilah, bacalah, tanyalah. kau bukan hidup di zaman batu. kalau kau dari ceruk kampung sekalipun, kau masih boleh menulis mengenai apa yang ada di sekeliling kau. jadi diri kau sendiri. kalau kau mahukan lebih dari apa yang kau tahu, belajar, kaji.
kau boleh menulis surat permohonan maaf dengan penggunaan bahasa melayu yang betul dan boleh difahami, jadi kau bukanlah seorang yang buta huruf. sehingga harus meniru ayat demi ayat penulis lain.
hmm mungkin begini jugalah perasaan penkarya seni bila lanun cetak rompak berleluasa di negara ini. mereka penat-penat cari idea, susun melodi dan lirik, senang-senang orang jual karya mereka tanpa minta izin.
untuk penulis junior itu, pembaca dan mungkin juga si penulis senior itu boleh maafkan kau. tapi kau dah kehilangan kepercayaan dari kami pembaca dan orang dalam industri penulisan tempatan. kepercayaan itu adalah benda paling mahal orang boleh beri pada kita, lebih dari emas dan permata. dan nampaknya sekarang yang tinggal pada kau hanyalah batu kerikil dan kau perlu masa yang bertahun untuk membina kepercayaan orang semula.
to comfort you, i just want to say, you are very lucky to have a publisher want to publish your book and giving you the rezeki out of it. i know sometimes when we faced dead end road, we tend to do foolish thing just to get out of it. aku tak ada hak nak marah atau hakimi kau sebab aku tak kenal kau, tak pernah baca buku kau. dan tak semua orang, terutama orang yang kau curi karyanya itu, boleh faham atau maafkan kau. jadi kau kena jadikan benda ni pengajaran terbesar dalam hidup kau.
Mizz Nina was once a sexy singer, who seem to have no single thought of practicing true Islam lesson. But now she is one of the most respectful celebrity in Malaysia who always help in charity and such. It is because she learn her mistake and never in tend to look back to who she was.
banyak lagi contoh kan orang yang berubah dari jahat ke baik, itu yang patut kau contohi bulat-bulat dalam kamus hidup kau.
oh ya, just a footnote. kalau ada orang yang cuba nak buat benda yang sama kat penulis nurul syahida, percayalah anda takkan mahu tengok bagaimana kelab peminatnya akan menghukum anda.
No comments:
Post a Comment