i found this drama late from others walaupun hakikatnya drama ini ditayangkan dahulu daripada TLU. iyelah, dalam drama ni mereka masih menggunakan blackberry dan lagu kurnia-noh miss nina masih popular.
tihany
aku tak pernah sangka uia pernah bawa watak ala-ala gangster dengan kepala botak dan personaliti serius sampailah aku terjumpa video klip cerita ni di ig. the partner is nabila huda dan pada mulanya aku macam skeptikal skit sebab aku bukanlah peminat dia. last aku minat lakonan dia adalah blok 404.
surprisingly, nabila huda did a really good job with her chaaracter. boleh nampak la, dia sangat loving-loving dgn pakwe dia yang lama (peluk-peluk pegang tangan) tp bila babak romantik dengan uia, mereka tak bersentuhan sangat. nak pegang tangan pun payah walaupun dalam cerita tu mereka suami isteri.
tihany, tipikal drama tv9 terutamanya berkisar mengenai kehidupan seorang gadis kaya yang suka hidup sederhana tapi terpaksa galas tanggungjawab mengetuai syarikat selepas kematian bapanya. dia terpaksa berkahwin dengan bodyguardnya untuk menutup malu apabila tunangnya tidak memunculkan diri pada hari pernikahan mereka.
klise kan. macam tak masuk akal pun ada kan. takpa, tunggu dulu.
macam yang aku syak, plan perkahwinan itu sememangnya sudah dirancang oleh ibu tirinya. kematian bapanya, kehilangan tunangnya dan bodyguard yang menjadi galang ganti, semuanya sudah dirancang. sofea, ibu tirinya faham sangat dengan psikologi dan permainan emosi tihany sehingga dia memungkinkan perancangannya terjadi secara neutral.
aku suka drama ini seperti memaparkan satu plot yang lurus, tetapi sebenarnya dalam setiap episod, ada imbasan dan kupasan tentang perkara sebenar yang terjadi dalam kehidupan karakter-karakter dalam drama. identiti sofea, imran dan mereka yang berada di sekeliling tihany dikupas sedikit demi sedikit sehingga penonton benar-benar merasakan satu-satunya karakter yang boleh dipercayai adalah tihany.
hubungan kekok tihany dan imran berubah menjadi selesa dan boleh mempercayai antara satu sama lain. tihany yang memulakan langkah untuk menamakan hubungan mereka dan imran yang menghulurkan sebuah kejujuran untuk menjaga hubungan yang sudah terjalin itu. inilah yang perlu dilakukan oleh pasangan dalam drama melayu; berterus terang dahulu jika mahu mengelak salah faham.
tak banyak yang aku mahu katakan tentang drama ini. tapi aku suka kelainan pada watak uia. kalau anda nak tengok dia jadi drag queen, gangster ganas, suami yang loving in awkward way, bolehlah cuba tgk drama ni.
*drumroll
for the very special appearance, i present you....
bila aidil ada fitri
bak kata uia, this piece is a very easygoing, straight forward and interesting.bagi aku cerita ni perfect. aku suka komedi bersahaja uia dan siti saleha, ikhtilat yang mereka jaga sepanjang drama (walaupun aku tak setuju babak berpiknik buka puasa waktu maghrib di taman). the main charcters is perfect. cuma watak antagonis saja yang mcm cringe skit (aku terganggu dengan gaya tudung yang dikenakan). moms yg sporting gila, adik lelaki yang blh jd bff, kwn baik yg sempoi & sepupu yg ala-ala tom & jerry.
untuk versi novel, apa yang aku baca di goodreads, ramai yang tak prefer cerita bila aidil ada fitri sebab ia terlalu ringan. tiada drama.
tak penat ke baca/ tengok cerita yang penuh drama?
other credit films yang aku nak mention adlh :
duit kahwin (4/5 sebab dialog dia nmpk bersahaja & comel je wtk uia yg sygkn wtk mira filzah sejak zmn sek)
kad raya dalam kolong (5/5 sebab aku suka kerumitan watak uia)
antara garisan (4/5 great plot twist.aku cuma tak suka sbb uia jd jahat)
setan dalam poket (4/5 out of brain punya cerita)
cik shopholic (3/5 love the sarcasm humour of uia)
sutun 2 (3/5 aku suka jln ceritanya tp aku benci wtk uia yg pengecut)
isteriku bukan tukang masak (4/5 aku suka chemistry wan sharmila dan uia walaupun mereka wtk tmbhn. ayang...now! haha)
selingar (4/5 cerita ni buat aku teringat salah satu cerita yg aku tulis ala-ala beauty & beast gitu)
kashaf imani (5/5 sebab beto dan sharifah amani. hehe sorry uia, beto is my first love. sapa suruh bawa wtk jht yg menjadi gila. btw, again wan sharmila and uia)
tragedi duit raya (3/5 aku agak turn off skit dgn wtk janna nick. with no reason)
aku tahu byk je lagi projek uia, plg terkenal adlh syurgamu ramadhan. tp aku tak sempat tgk lagi drama tu.filem2/drama2 dia yg aku tak mention aku rs biasa2 je jln ceritanya. dan aku juga berhajat utk habiskan jgk menonton filem/drama arahannya.
ya tuhan betul die hard fan ni. boleh la buat tesis tntg dia.
No comments:
Post a Comment