Friday, 6 September 2019

kenapa sweet dreams? bahagian 1

assalamualaikum

akhirnya drama ni dah habis.
dengan pengakhiran cerita yang membuatkan aku kemurungan walaupun selepas diberi pengakhiran bahagia selamanya.

jadi ada pelbagai reaksi yang aku dapat dari orang sekeliling aku tentang drama ni. atau mungkin lebih kepada reaksi aku yang kelihatan separuh mati meminati drama ini.

Ada yang komen "Drama ni tak realistik. Macam mana boleh pakai baju sama setiap hari?".
"Ohh drama si bisu tu. Tak nak tengoklah, tak suka Mira Filzah".
"Haha akhirnya semua tu mimpi kan? Buat penat je kau tengok".

Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan.
Begini ye rakan-rakanku sekalian.

Aku tak meminati kebanyakan drama Melayu (boleh rujuk tajuk-tajuknya dalam entri aku yang lepas) bukan atas sebab kebencian semata-mata. Oleh sebab aku ni sangat meminati bidang penulisan novel terutamanya, aku lebih fokus pada karakter dan jalan cerita. Sebab bila kita membaca, semuanya bergantung pada imaginasi kita untuk membayangkannya. Aku percaya peminat Acik Lana yang sudah baca novel itu terlebih dahulu pasti tidak dapat membayangkan Ben Amir dan Mira Filzah sewaktu membacanya. Cerita itu sudah kuat dengan plot cerita dan karakter itu sendiri.

Dan apabila ditayangkan di kaca televisyen, ia dipersembahkan melalui skrip dan lakonan pemain watak disamping tuan direktor yang mengawal semua aspek teknikal dan apa-apa sajalah yang berkaitan.

Aku serius jatuh suka dengan skrip yang bersahaja dan penuh bermakna disamping lakonan para pelakon yang tidak kekok. Ya, Mira Filzah tidak sesempurna Siti Elizad, Fauziah Ahmad Daud dan Ben Amir masih tidak mencapai tahap Beto Khusyairi, Bront Palarae, Jalaluddin Hassan. Tapi mereka berjaya mencipta keserasian dengan perbezaan personaliti yang mereka miliki. Dan mereka seperti kata orang putih 'keep it low' apatah lagi dengan Mira Filzah yang menjaga batas dan Ben Amir yang memang pemalu sejak azali. Kekurangan lakonan mereka berjaya ditutup dengan kehadiran watak-watak lain seperti Sean Lje sebagai Karl, Datin Nina sebagai Lola, Yusuf Bahrain sebagai Dr Ammar dan Yuna Rahim sebagai Cempaka.

Bagi aku drama ini cantik dan tak bosan. Dan tahukah anda siapa panel penulis skrip yang terlibat? Salah satu daripada mereka adalah Nadia Khan. Ya, Nadia Khan yang tulis novel Gantung. Maka tak mustahillah skrip cerita ni sangat menarik. Jadi terbuktilah bahawasanya aku sukakan cerita ini kerana cerita ini sendiri. Bukan kerana Nadia Khan yang memang sudah jadi penulis kesukaan aku sejak sekian lama, bukan kerana Mira Filzah yang aku sukakan lakonannya dalam 'Lelaki Kiriman Tuhan' dan bukan kerana Ben Amir.

Maaf Ben, saya cuma suka anda sebagai Qash Adam.
Oh, dan juga sukakan rambut anda.

Apa yang aku nak cakap disini ialah jangan menilai sesuatu hanya dari luaran. Hanya sebab kau tak ikut drama ni yang tiba-tiba menjadi sangat hangat maka kau mahu drama ini gagal dan mengutuknya habis habisan atas sebab yang bodoh.

Aku ada tulis di instagram aku yang aku bukan memuja drama ini. Ia ada banyak kelemahan, sejujurnya. Kalau kau kenal aku, aku tak suka apabila lelaki dan perempuan tidak menjaga batas. Insyaallah aku berusaha untuk menjaga batas pergaulan aku sendiri sebagaimana aku berpegang pada kepercayaan tersebut. Aku boleh juga senaraikan beberapa keburukan dan kekurangan filem ini sebagaimana aku boleh senaraikan kebaikannya.

Itu di entri yang seterusnya. Sebab ia panjang.

Heiiiiiiiiiiiii saya berjaya bercakap Bahasa Melayu di sepanjang entri ini. Vivy Yusof! Saya dah berjaya #cabaranbercakapMelayu. atau dalam kes aku #cabaranmenulisdalambahasaMelayu

*baik sebenarnya aku lupa nama # tu jadi aku letak sajalah ye

No comments:

Post a Comment