Monday, 18 May 2020

Tolong ingatkan aku

Tolong ingatkan aku
Tentang temujanji dengan Tuhan malam ini
Aku rasa aku terlalu rapuh untuk hadapinya seorang diri

Tolong ingatkan aku
Tentang aku yang sebelum ini dan juga sekarang
Aku tak pernah jadi 'favorite' person sesiapapun
Aku tak berniat pun untuk jadi seperti itu
Tapi masih, aku menangis tatkala ada insan yang membenciku

Ada apa dengan benci?
Saat tuhan rakamkan kebencian hasad dengki dan syaitan dalam surah an nas.
Tuhan tahu itu perkara paling ramai orang hadapi
Kerana itu ia termasuk dlm surah lazim yang senang diingati

Ada apa dengan benci?
Saat kau terkesan dengan sesuatu yg tidak kau ketahui hujung pangkalnya
Saat kau lebih menjatuhkn hukum dari mendengar
Dan saat kau kenyang meratah daging saudara mu sendiri

Kau silap kalau kau rasa dengan kebencian itu aku akan lemah
Mungkin aku akan jatuh terduduk
Tapi untuk aku berhenti berjalan,tidak sama sekali
Meskipun jauh di sudut hati aku kematian itu tampak lebih melazatkan dari keduniaan yang aku hadapi ini
Mungkin belum masanya lagi
Ada lagi pembelajaran yang Tuhan mahu ajar aku
Ada lagi kebahagiaan mahupun penderitaan yang Tuhan mahu aku rasa
Ada lagi dosa atau pahala yang patut aku dapat

Aku bukan bunga yang boleh menulis rythym of poem (rap)
Aku juga bukan si puitis fynn jamal
Aku hanya hana si peluah rasa
Pada papan putih ini yang jarang dikunjungi manusia

Biar..biar begini.
Tuhan, tolong ingatkan aku
Apa yang aku lupa tentang agama dan kehidupan
Hanya kerana kau sajalah yang aku ada utk bergantung harap

Friday, 8 May 2020

Kawan mkn kawan

This is why i have trust issue

https://www.instagram.com/p/B_7F_ZaA9r7/?utm_source=ig_web_copy_link

https://kisahdunia.com/konon-baik-hati-bawa-berubat-sana-sini-rupanya-bff-sendiri-yang-hantar-santau/

Ok i will make this entry short.
Banyak benda yg aku tak puas hati sebenarnya dgn org yg makan kawan dgn cara macam ni.

Pada member jahat yg dh pergi tu, biarlah dia dan urusannya di alam sana. Tp bg manusia yg bercadang mahu membuat perkara yg sama, here my point to oppose you.

1. Kau berkawan dgn elon musk ke? Atau bill gates? Kalau ye, hmm best jgk lah blh santau billionaire and amik semua harta dia. Kalau tak, hmm buang masa jela dik oi. Cer cari cara lain nak bls dendam. Blh guna rujukan Regina George dlm Mean Girl atau Taylor Swift.
If you want to be bitch, be the clever one. Not a desperate pathetic bitch yg guna hantu sbg org tengah.

2. The girl had the first santau ms belajar. So i guess kwn mkn kwn ms zmn bljr ni is a common thing.
Mana eh kau nk dpt duit utk byr bomoh santau kawan kau? Kau guna duit ptptn ke? I will tell you the logic

Kau spend duit kau, pd zmn kau belum bekerja pun lagi  (atau ntah kau anak org kaya kot) utk santau kwn kau padahal kau blh guna duit tu utk beli laptop apple yg plg latest.
Like seriously?
Kalau kau spend utk diri kau, kau blh dpt fame antara kwn sebaya sbb mampu beli bnda mahal. Your reputation dan mungkin pencapaian akademik dan koko kau blh meningkat.
Tp kalau kau spend kat bomoh, kau bukan je dpt dosa, tp reputasi kau buruk bhai. Ni kalau crush kau tahu haram jadah dia nk suka kau blk. Or kalau pihak uni kau tahu, mmg takdelah kau nk dpt anugerah dekan ke hapa.

3. So youre the type of person yg ada mental illness suka tgk org sengsara. Ok fine. Kau mmg dh tak blh fikir, so lantak kau lah. Tp kalau kau masih blh berfikir,just to remind you the earth is round,not flat.apa kau buat kat org, kau akan dpt blk.

Kau rs, hidup kau bahagia tak dgn buat mcm tu. The world is unfair, but not Allah. Lagilah kau buat pasal syirikkan Dia, kau rs kau mampu hadapi ke kemurkaan Tuhan?

Nk dibandingkan dgn dendam kau dgn member psl dia dpt 8A, tp kau 7A or bf dia hensem skit je dr bf kau...worth it ke dgn pamas api neraka sbb syirik?

Kau nk buang friendship kau,nk buang org yg selama ni tak harm kau the way you harm dia. Cuba bygkan kalau kwn kau tu adlh org yg sama bitch mcm kau, tak mustahil tau utk kau yg berada di tmpt org yg kena santau. And can u imagine how would you feel?

So chill la. Aku pun pernah tak suka org, aku pun pernah gaduh dan tak suka kwn baik aku.

Tak suka blah.
Nak bls dendam, bls dendam elok2. Jadi bijak skit. Penatlah dgr cite org melayu je mesti main santau. Takde mainan lain ke korang nak main.
Kalau nk main dgn hantu sgt gi jd vlogger rakam hantu kat villa nabilla atau highland tower.

Untung2 blh dpt sejuta subscribe & view, pastu dpt buat filem.

Take this from me, if people give you lemon, make lemonade out of it. Kalau org bitch dgn kau, make a song mcm taylor swift atau buat novel revenge mcm stphen king.

And yes,aku doakan utk diri aku dan kawan2 serta keluarga kami terhindar dr semua ni.

Perjuangan tiada henti

https://www.instagram.com/p/B_6pUA5lnng/?utm_source=ig_web_copy_link


Apakah benda paling berat di dunia?
Gajah?
Ikan paus?
Gunung?
Bukan. Jawapannya amanah.

Mungkin ada antara netizen mempertikaikan bila seorang yang berada sepertu ebit liew seperti tidak putus rezeki membantu orang susah di Malaysia.

Mungkin ada yang bertanya kenapa perlu bersusah payah sampai begitu sekali? Kenapa pada setiap entri, perlu bersungguh2 mengatakan kesedihan, kegusaran dan kebimbangan apabila mendengar berita org susah?

Ini kerana orang seperti beliau faham erti amanah dan dan melaksanakannya.

Sebenarnya, amanah menjaga sesama muslim ini sudah diajar oleh Rasullullah saw sendiri. Baginda seorang yang walk the talk, tak banyak cakap tapi lebih banyak bertindak. Baginda yang sudah dijanjikan syurga, yang jika baginda mahu, bintang dan bulan juga boleh berada di riba baginda tapi masih memilih untuk zuhud.

Bahkan semasa menjadi pemimpin dua kota madinah dan kota makkah dan dan bebe tanah jajahan arab, baginda saw masih dgn cara hidup sederhana. Bahkan seringkali mengikat perut dan berpuasa semata ingin merasai apa yg rakyat miskin rasakan.

Itu ciri-ciri orang yang tahu erti amanah dan tanggungjawab. Bahkan khalifah umar bin abdul aziz memadamkn lilin di pjbt nya apabila berbicara soal peribadi dgn anaknya kerana takut nikmat yang satu itu disoal oleh Allah swt diakhirat kelak.

Aku ingat lagi lagu yang aku dan sahabat2 ku nyanyikan sewaktu kem yg kami ikuti pd thn 2011. Dan bagaimana lagu sunnah orang berjuang daripada hijjaz sewaktu kem krew orientasi 2012 membuatkan aku menangis. 

Dunia ini kelihatan kejam kerana ada manusia abaikan tanggungjawab mereka. Jika setiap dari muslim sayang dan ambil berat tentang anggota muslim yang lain, maka tentera al qassam tidaklah akan dipandang sbg satu perjuangan ektremis muslim. Perjuangan membela insan teraniaya dan muslim yang tertindas tidak akan menjadi sesuatu yang pelik sehingga mendatangkan cemuhan. Bahkan, setiap dari manusia akan lebih berlumba2 kearah kebaikan.

Kerana itu, aku tak pernah bersetuju dgn media sosial sejak dari zaman facebook. Bilamana setiap org berlumba2 menunjukkan siapa plg kaya, siapa plg cantik, siapa plg bahagia, makanan apa plg lazat. Aku sgt jarang utk upload perkara peribadi di media sosial, tapi lebih kepada berkongsi cerita melalui penulisan di blog.

Sebab sejujurnya, bila aku mahu post sesuatu gambar, aku selalu fikir apa org yg kurang bernasib baik drpd aku rasa bila tgk gambar ni. Kalau aku post gambar mknn, apa kwn2 aku yg sedang berlapar rasa. Kalau aku post gamba keluarga, apa kwn2 aku yg yatim piatu akan rasa. Kalau aku post gambar sesuatu material, apa kwn2 aku yg kurang dari sudut material akan rasa.

Aku tak larang atau menjatuhkan hukuman pada mereka yg aktif di media sosial. Tapi tiada siapa blh menafikan yg media sosial sudah menjadi satu lubuk dosa, fitnah hasil daripada apa yg dipaparkan di situ. Dari mata mmg turun ke hati. Tp tak semua hati manusia tu baik. Kadangkala penuh dengan hasad dengki.

Jadi sama ada kau paparkan gambar kebaikan mahupun keburukan, boleh saja manusia lain menukarkan maksud gambar itu kepada sebaliknya. Itulah yg berlaku pd ustaz ebit liew sebelum ini. Tp itu bknlah sebab utk kita berhenti dr melakukan kebaikan.

Moga2 kita semua diberi kekuatan utk memikul dan menjalankan amanah yg tlh diberikan oleh Allah swt.

Tuesday, 5 May 2020

Of siblings and yusof a.s story:notes



1. Surah Al Imran (ayat 133,134)
133: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal2 yang baik utk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa

134: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik

2. Surah Marian (ayat 43)
43: Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku, aku akan memimpinmu ke jalan yang betul

3. Surah Insan (ayat 8)
8: Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan

4. Surah Asr (ayat 3)
3: Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

5. Surah  Al-Araf (ayat 200)
200: Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui

6. Surah Yusuf (ayat 100)
100: Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-sama nya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semua nya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan pada saat itu berkatalah Yusuf: "Wahai ayahku! inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Jika ada kesalahan, feel free to notify me =)

Friday, 1 May 2020

Kematian yang menginsafkan

Sebelum pergi ke tajuk utama, here is a video to conclude my last defence of vivy yusof. i dont know why i am interested in this particular person, but as you know. When I start liking someone, I would end up defending her until the end.


so yeah, good luck for the justice.

just a few minutes as i am posting this entry, i got a message from my ex-colleague about one of our friend's death today. she is just 20 years old this year, the same age as my brother. thinking bad, in my earliest encounter with her,  in a simple word my group and her group did not go so well.

There are bad talks about her, let me address her as S, and i tend to believe that. Secretly, there is one time when she needs my help, thus we keep texting each other. My relationship with her is going well without my other friends' knowledge. And I admit, she is really a nice girl, and i thought of her as my own little sister. I am a shy person who seldomly greets people, but with her, we always greet each other with a smile whenever we met. Our secret friendship end when she is continuing her study last year and hasn't keep in touch since that.

The sad thing is I never had a proper time to say goodbye. I have the intention to write her a friendly message when she leaves the company but never did that. That is my biggest regret for not saying what i want to say.

Which bring us to issue that death would solve whatever rivalry that human had.

Do you remember the late Tuan Guru Nik Aziz used to receive harsh treatment and comment from the governor and media at that time? He is said to be an old 'nyanyuk' man that did foolish decision. Tbh, I have nothing against him. I adore him so much because of his down to earth and all-wise saying. He is like a grandfather that I never had.
When he died, the table is turn upside down. The governor that criticise him even pay a visit at his funeral. The media portrays him as one of the good politicians and man.

Can you see the pattern?

We tend to forget the rivalry whenever our opponent dies. Even though in his life he fight for justice, we ignore that fact just because our principle is not the same as his.

In my short life, i seen so many friendship broken due to certain thing. And usually one of the person would say "Aku takkan maafkan dia sampai bila-bila".
And I realised, the answer to a childish rivalry like that is death.
"Tapi aku taklah mendoakan kematian die. Aku cuma tak boleh maafkan dia".

Well let me tell you what you are missing in this case.

Kau hilang ketenangan dalam hidup. Aku nampak kau sentiasa mengelak dari bertemu dengan dia, bercakap atau berbual tentang dia sekalipun. Kadangkala kau akan mengumpat dia atau memerli dia dalam perbualan dengan orang lain. Kau hidup seolah-olah dia tak wujud. Aku mungkin tak pernah suruh kau berbaik dengan dia, tapi tbh aku sedih tgk korang macam ni. Yes, you used to be best buddy to her dan aku tahu susah untuk kembali pada keadaan begitu. But for once, satu kemaafan (walaupun kau tak salah) sekurang2 nya boleh ubati kekesalan kau bila kau dengar berita kematian dia satu hari nanti.

"Kau cakap senang. Buat cuba tengok".

Siapa kata aku tak pernah ada rivalry. Yet, aku masih ada beberapa orang yang aku perlu minta maaf tapi aku dah terputus hubungan dengan dia. Apa yang aku mampu lakukan hanyalah doakan yang terbaik utk mereka. Aku dah tak simpan apa-apa dendam pada mereka. Kalau Allah beri aku kesempatan sekali lagi berjumpa mereka, the least thing I could do is smile to them. Sebab Tuhan pun tahu bertapa awkwardnya aku ni bila bab nak meluahkan isi hati.

Dan pernah satu ketika, aku 'bergaduh' dgn seorang ajk minggu orientasi. Mcm yang aku mention kat atas, aku lah orag yang sentiasa mengelak dari berjumpa dgn dia walaupun kami sebilik(for one week). Pada hari terakhir, hari bermaafan, aku berdebar gila utk tunggu giliran bersalam dgn dia. Itu sem last kami dan lepas ni mungkin tak jumpa lagi. Jadi aku beranikan dire, walaupun dia tak senyum langsung, aku peluk dia dan cakap minta maaf atas segala-galanya. Dia mengelak dari pandang aku but I did my part and I was glad to do that. Walaupun aku dah minta maaf dan maafkan semua salah dia, aku masih berdoa we will not meet again as both of us would feel awkward. Unless she feel that we should getting along.

So yeah, past is the past. Dia pun rasanya dah move on dan bahagia dgn hidup dia. As for me, aku dah tak ada regret dlm hbgn kami. Yes we met, we get along and we fight. But I did have a good closure.

Jadi nasihat aku, untuk sebarang persengketaan di luar tu, dari golongan org yang bergaduh, Ustaz Ebit or Ustaz Abu, Vivy or Nia kepada netizen, berhenti membenci dan bertengkar. Sebab tbh, kematian tu just around the corner, lagi2 pd ms skrg. Tak luak pun kehormatan kau kalau kau ambil a step back, minta maaf and move on with life.

Life is too short to burden our heart with hate feeling. Take death as a big lesson in your life.