Friday, 8 May 2020

Perjuangan tiada henti

https://www.instagram.com/p/B_6pUA5lnng/?utm_source=ig_web_copy_link


Apakah benda paling berat di dunia?
Gajah?
Ikan paus?
Gunung?
Bukan. Jawapannya amanah.

Mungkin ada antara netizen mempertikaikan bila seorang yang berada sepertu ebit liew seperti tidak putus rezeki membantu orang susah di Malaysia.

Mungkin ada yang bertanya kenapa perlu bersusah payah sampai begitu sekali? Kenapa pada setiap entri, perlu bersungguh2 mengatakan kesedihan, kegusaran dan kebimbangan apabila mendengar berita org susah?

Ini kerana orang seperti beliau faham erti amanah dan dan melaksanakannya.

Sebenarnya, amanah menjaga sesama muslim ini sudah diajar oleh Rasullullah saw sendiri. Baginda seorang yang walk the talk, tak banyak cakap tapi lebih banyak bertindak. Baginda yang sudah dijanjikan syurga, yang jika baginda mahu, bintang dan bulan juga boleh berada di riba baginda tapi masih memilih untuk zuhud.

Bahkan semasa menjadi pemimpin dua kota madinah dan kota makkah dan dan bebe tanah jajahan arab, baginda saw masih dgn cara hidup sederhana. Bahkan seringkali mengikat perut dan berpuasa semata ingin merasai apa yg rakyat miskin rasakan.

Itu ciri-ciri orang yang tahu erti amanah dan tanggungjawab. Bahkan khalifah umar bin abdul aziz memadamkn lilin di pjbt nya apabila berbicara soal peribadi dgn anaknya kerana takut nikmat yang satu itu disoal oleh Allah swt diakhirat kelak.

Aku ingat lagi lagu yang aku dan sahabat2 ku nyanyikan sewaktu kem yg kami ikuti pd thn 2011. Dan bagaimana lagu sunnah orang berjuang daripada hijjaz sewaktu kem krew orientasi 2012 membuatkan aku menangis. 

Dunia ini kelihatan kejam kerana ada manusia abaikan tanggungjawab mereka. Jika setiap dari muslim sayang dan ambil berat tentang anggota muslim yang lain, maka tentera al qassam tidaklah akan dipandang sbg satu perjuangan ektremis muslim. Perjuangan membela insan teraniaya dan muslim yang tertindas tidak akan menjadi sesuatu yang pelik sehingga mendatangkan cemuhan. Bahkan, setiap dari manusia akan lebih berlumba2 kearah kebaikan.

Kerana itu, aku tak pernah bersetuju dgn media sosial sejak dari zaman facebook. Bilamana setiap org berlumba2 menunjukkan siapa plg kaya, siapa plg cantik, siapa plg bahagia, makanan apa plg lazat. Aku sgt jarang utk upload perkara peribadi di media sosial, tapi lebih kepada berkongsi cerita melalui penulisan di blog.

Sebab sejujurnya, bila aku mahu post sesuatu gambar, aku selalu fikir apa org yg kurang bernasib baik drpd aku rasa bila tgk gambar ni. Kalau aku post gambar mknn, apa kwn2 aku yg sedang berlapar rasa. Kalau aku post gamba keluarga, apa kwn2 aku yg yatim piatu akan rasa. Kalau aku post gambar sesuatu material, apa kwn2 aku yg kurang dari sudut material akan rasa.

Aku tak larang atau menjatuhkan hukuman pada mereka yg aktif di media sosial. Tapi tiada siapa blh menafikan yg media sosial sudah menjadi satu lubuk dosa, fitnah hasil daripada apa yg dipaparkan di situ. Dari mata mmg turun ke hati. Tp tak semua hati manusia tu baik. Kadangkala penuh dengan hasad dengki.

Jadi sama ada kau paparkan gambar kebaikan mahupun keburukan, boleh saja manusia lain menukarkan maksud gambar itu kepada sebaliknya. Itulah yg berlaku pd ustaz ebit liew sebelum ini. Tp itu bknlah sebab utk kita berhenti dr melakukan kebaikan.

Moga2 kita semua diberi kekuatan utk memikul dan menjalankan amanah yg tlh diberikan oleh Allah swt.

No comments:

Post a Comment