Monday, 18 May 2020

Tolong ingatkan aku

Tolong ingatkan aku
Tentang temujanji dengan Tuhan malam ini
Aku rasa aku terlalu rapuh untuk hadapinya seorang diri

Tolong ingatkan aku
Tentang aku yang sebelum ini dan juga sekarang
Aku tak pernah jadi 'favorite' person sesiapapun
Aku tak berniat pun untuk jadi seperti itu
Tapi masih, aku menangis tatkala ada insan yang membenciku

Ada apa dengan benci?
Saat tuhan rakamkan kebencian hasad dengki dan syaitan dalam surah an nas.
Tuhan tahu itu perkara paling ramai orang hadapi
Kerana itu ia termasuk dlm surah lazim yang senang diingati

Ada apa dengan benci?
Saat kau terkesan dengan sesuatu yg tidak kau ketahui hujung pangkalnya
Saat kau lebih menjatuhkn hukum dari mendengar
Dan saat kau kenyang meratah daging saudara mu sendiri

Kau silap kalau kau rasa dengan kebencian itu aku akan lemah
Mungkin aku akan jatuh terduduk
Tapi untuk aku berhenti berjalan,tidak sama sekali
Meskipun jauh di sudut hati aku kematian itu tampak lebih melazatkan dari keduniaan yang aku hadapi ini
Mungkin belum masanya lagi
Ada lagi pembelajaran yang Tuhan mahu ajar aku
Ada lagi kebahagiaan mahupun penderitaan yang Tuhan mahu aku rasa
Ada lagi dosa atau pahala yang patut aku dapat

Aku bukan bunga yang boleh menulis rythym of poem (rap)
Aku juga bukan si puitis fynn jamal
Aku hanya hana si peluah rasa
Pada papan putih ini yang jarang dikunjungi manusia

Biar..biar begini.
Tuhan, tolong ingatkan aku
Apa yang aku lupa tentang agama dan kehidupan
Hanya kerana kau sajalah yang aku ada utk bergantung harap

No comments:

Post a Comment