Friday, 16 October 2020

Introvert, Flexing dan Scammer

 

Aku sebenarnya nak review drama Silence (Taiwan) tapi tadi tertengok pulak video Kupi-Kupi Go tentang Macau Scam.



Aku ni punyalah duduk dalam gua, tak tahu yang kes nilah yang tiba-tiba mempopularkan nama Syuib dalam semua platform media sosial. Up to date news, dia hanya beri keterangan di SPRM untuk membantu siasatan. Jadi insyaallah dia tidak bersalah. Kalau iya pun bersalah, biar undang-undang yang hakimi dia. Orang lain sila duduk diam.

Dalam semua video yang ada di Youtube tentang isu ni, rata-ratanya mendedahkan tentang individu usahawan yang menjadi dalang kepada konspirasi ni. Aku panggil Datuk X dan Datin Y ajelah, aku malas nak check nama dia.

Sekali lagi aku baru tahu inilah yang viral tentang lompat pagar SPRM tu.

Okay, kalau nak tahu isu ni dengan lebih lanjut boleh tengok video Kupi-Kupi Go. Sebab kat situ lebih informative dan menghiburkan, berbanding channel lain yang suara saja dah buat aku bosan. Aku takkan ulas sebab aku malas nak ambil tahu.

Sejujurnya isu Macau Scam ni dah lama. Dan penganalisis jenayah pun dah pernah buat kemunculan di beberapa rancangan tv, bagi tips untuk mengelakkan scam ni. Jadi aku punya ‘malas nak ambil tahu’ tu bukan sebab aku bongkak konon ia takkan berlaku pada aku. Kau rasa apa sebab aku takkan angkat telefon dari nombor yang aku tak simpan? Yup being me does save myself from the danger.

Satu, tentang scammer. Kenapa mereka buat begitu? Sebab gilakan duit kah? Sebab rasa nak jadi hartawan nombor satu Malaysia kah?

Saya pun tidak tahu.

Mungkin kebanyakan orang akan kata, mereka (Datuk X dan Datin Y serta kuncu-kuncu mereka) dibutakan dengan duit. Duit yang ada tak pernah cukup sampai perlu membeli 23 kereta Bentley untuk digunakan orang gaji mereka ke pasar dan membawa puluhan ribu ringgit ke Pavilion seperti mahu membuat babak bersedekah dalam cerita Tiga Abdul.

Tarik nafas hembus.

Betul kata Ikram, satu, duit tu haram memang haram. Kedua, kebongokkan jelas terserlah disitu. Aku yakin individu yang lebih kaya macam mendiang Steve Job atau Bill Gates pun tak pernah buat perangai tak sekolah tu. Rich people can be recognize even in their flannel shirt and tracksuit. Inilah dinamakan flexing, menunjuk-nunjuk kekayaan.



Pewdiepie pun pernah sentuh topik flexing dikalangan youtuber dalam satu video dia. Fakta nombor satu tentang manusia di dunia ni, they never care about you. Kalau kau rasa bila kau tunjuk kekayaan orang akan rasa kagum, suka dekat kau, maka kau silap. Mereka hanya nak tengok kau jatuh. Mereka yang kenal kau dari kehidupan sebenar pun boleh tikam kau, apatah lagi ‘peminat’ atau ‘penonton’ kau. Kalau tujuan kau menunjuk hanya untuk menyakitkan hati orang, ketahuilah sesungguhnya kau lebih mengundang marabahaya pada diri kau. Jahat main-main dengan sikap hasad dengki dan kebencian manusia lain.

Jadi, Datuk X dan Datin Y ni suka menunjuk tentang kemewahan mereka. Bahagian menari di disko itu mereka punya pasallah. Like seriously, orang Melayu tak pandai menari. Jadi jangan jadi bodoh untuk tunjukkan kau menari kat kelab kalau kau tak tahu tarian shuffle atau breakdance .

Bahagian membuat video menunjukkan duit berkepok-kepok dibawa ke mall. Hmm..bodoh tu simpan sikit untuk cucu cicit boleh.

Sebagai seorang introvert, perahsia dan sewaktu dengannya, bagi aku tindakan menunjuk-nunjuk adalah sesuatu kebodohan yang amat besar. We introvert tend to be hidden from the spotlight, we gain happiness from the smallest thing. Mungkin tak tertakluk pada semua introvert tapi itu diri aku lah.

Aku mungkin kedengaran negatif sebab masa sekarang ni, semua orang nak tunjuk apa yang mereka ada, ‘kebahagiaan’ mereka. Orang bodoh je tunjuk kelemahan, kesedihan (bukan yang acah-acah ye, tp kelemahan hakiki yang kalau kawan baik kau tahu kau pun malu).

Aku tahu ini bukan penamat bagi isu penipuan duit kat Malaysia ni. Dalam keadaan rakyat dan dunia yang semakin tenat, makin ramai manusia yang menyediakan diri mereka untuk menjadi pengikut dajal dengan menjadikan duit dan kuasa sebagai Tuhan. Allah tumpaskan golongan ini sebab Dia Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya. Malah untuk si pelaku salah, Dia mungkin sudah beri peluang untuk mereka berubah dan menebus kesilapan mereka. Tapi kekayaan itu makin membutakan hati dan jiwa mereka.

Kalau kau rasa, kalau kau kaya kau takkan jadi seperti mereka, mungkin kau patut semak diri kau sekali lagi. Dengan duit sedikit yang kau ada, apa yang kau selalu buat dengannya;

1)      Beri sedekah?

2)      Beri ibu bapa?

3)      Self reward?

Jangan tipu diri sendiri. Aku pun dah lima tahun bekerja, aku tahu bagaimana senang untuk kita self reward daripada bersedekah. Ya, sedekah tu mungkin ada, tapi kalau dikira jumlahnya mungkin hanya 10 peratus dari self reward tadi.

Pasa waktu begini, kadangkala aku bersyukur dengan apa yang Tuhan tetapkan untuk aku. Aku selalu risau tak ada simpanan kukuh untuk hari tua, waktu susah. Aku bekerja siang malam. Mungkin bagi sesetengah orang, ada jalan bijak untuk cepat dapat duit. Aku tahu. Tapi aku juga tahu dan kenal diri aku yang bukan semulajadinya sukakan perkara sedemikian rupa.

Waktu aku ditemuramah untuk satu pekerjaan di syarikat jualan langsung, ketua disitu tanya aku “Apa pekerjaan kawan-kawan awak yang awak paling cemburukan? Yang awak rasa kerja dan gaji dia best sangat?”

Aku jawab soalan tu dengan separuh hati. Aku tipu yang aku cemburukan gaji kawan aku yang mencecah 3K sebagai engineer kat KL. Bila masa entah aku kawan dengan engineer. Sejujurnya, dalam kalangan kawan-kawan aku yang baik, aku tahu mereka semua sedang melalui masa yang sukar. Bahkan untuk pelajar paling pandai dalam kelas di universiti dahulu, dia masih menjalankan perniagaan sambilan beberapa produk disamping pekerjaan utamanya di sebuah syarikat swasta.

Aku tak ada jawapan untuk soalan itu. Tapi jika ditanya kehidupan apa yang aku mahukan, aku mahu hidup yang ringkas tapi dirahmati Tuhan. Hidup tanpa bebanan hutang atau segala apa yang merantai manusia di dunia ini.

Aku jadi guru sambilan sebab aku nak tengok anak bangsa dan seagama aku boleh bersaing dengan bangsa dan agama lain dalam dunia yang semakin mencabar ni. Aku benar-benar rasa hanya pendidikan yang dapat menyelamatkan mereka. Sebab tu kadang-kadang aku sedih dengan beberapa figura guru yang aku kenal, lebih mengutamakan perniagaan mereka daripada tugas mendidik. Bertapa ramai dari kalangan kawan-kawan akum ahu menjadi guru tapi mereka tidak dapat peluang dan ruang.  

Dan sekarang, aku suka pekerjaan aku dalam Corporate Support team. Aku suka memudahkan kerja orang dan itulah yang aku banyak belajar dari ketua aku. Aku suka dimana pendidikan masih diutamakan dalam syarikat tersebut walaupun sebelum ni aku merungut. Jadi aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.

Aku tahu banyak perkara yang aku perlu bimbangkan dan kebanyakkannya berkisar tentang duit. Tapi melihat pada manusia yang aku ceritakan di atas, aku rasa aku masih boleh bahagia dengan kecukupan yang Tuhan beri pada aku. Tidak kurang, tidak lebih, hanya cukup.

 

Jadi manusia, sama ada anda introvert atau extrovert, belajarlah untuk hidup dalam kecukupan yang Tuhan beri. You either die as a hero or live long enough to see yourself as an evil.

No comments:

Post a Comment