Tajuk tak menahan.
Aku masih lagi dalam mood menggilai F4. To ber specific Meteor Garden, tak kisahlah yang baru atau lama. Hee
Jadi one of the original F4 adalah Jerry Yan dan Vic Chou yang berlakon juga dalam drama Silence (2006) dan Count Your Lucky Star. Tq Youtube for becoming my source of both drama (yang aku rasa tak lama lagi akan diturunkan dari laman tu sebab YT kan suka buat...). Anyway let get into the story.
Silence(2006)
Fakta tentang pelakon perempuan adalah pelakon Korea diberitahu oleh roomate aku pada tahun 2010, jadi start hari tu aku kagum dan bersungguh nak tengok balik drama yang aku pernah tengok waktu zaman sekolah ni. Tapi tengok episod tengah dan exactly episod akhir.
Sedih betul. Nodame Cantabile pun macam tu. Zaman universiti baru dapat tengok full.
Okay, we have a handsome hero and a beautiful heroine. The woman would drool over Vic Chou dan lelaki akan rasa pelakon perempuan tu nampak sweet with her fair skin dan bright eye.
Tbh it is been more than week I finished watching this drama so macam tak ingat sangat the point yang aku nak highlight dari drama ni.
Storyline dia bagus, clear dan direct. Cumanya aku macam nak gelak bila dia suka buat slow motion at some critical scene. Drama gila haha.
Kisahnya mengenai seorang budak perempuan yang kehilangan suara lepas satu kemalangan. Dia actually bukan bisu, sebab peti suara dia elok je. Tapi mungkin ada urat saraf yang terbelit, menyebabkan 'tension' di situ dan suara dia tak keluar. Dia jumpa dengan seorang budak lelaki yang patah kaki kat hospital dan jadi kawan baik, bercakap hanya melalui nota. Dia tak nak beritahu budak lelaki tu dia tak boleh bercakap & hanya mention dia orang Korea. Which is true btw, dia mix Taiwan & Korea.
Budak lelaki ni ada kepercayaan pelik tentang being an alien on Mars. Dia rasa hidup dia kat bumi ni tak best dan merepek tentang orang yang kalau rindu orang yang kita cinta, just tunjuk simbol lucky ke langit. Perempuan ni pun layan ajelah. They share story, food and favorite food for a week that develop a meaningful friendship between them.
Then lelaki tu akan di discharge, jadi mereka janji nak terus contact each other. But few things happen, they seperate their own way.
Aku suka the fact yang perempuan tu pernah cakap kat abang angkat dia, dia takkan cari budak lelaki tu. Sebab dia sedar the fact yang ia hanya memori pendek zaman kanak-kanak dia. Dia dah decide nak serahkan masa depan dia untuk balas budi ayah angkat dan abang angkat dia yang dah jaga dia sejak mak dia mati. Okay, watak perempuan ni nama dia Shen Shen.
Qi Wei Yi (hero) membesar menjadi lelaki yang cold, ruthless dan workholic. Tapi at the same time, dia masih berpegang pada janji zaman kecik dia iaitu dia nak jumpa budak perempuan yang jadi kawan dia kat hospital pada Christmass 2006. They met in unexpected way.
Amazingly they attracted to each other and fall in love just because of their present self. Maknanya kalau Shen Shen bukan childhood friend dia pun dia rasa seronok dan bahagia bila spend time dengan Shen Shen. Qi Wei Yi yang dapat tahu tentang identiti Shen Shen, tapi masa tu dia dapat tahu dia dah tak lama hidup sebab ada kanser. Huhhh time nilah kanser nak muncul bagai.
Dia dah ready nak tinggalkan segalanya tapi sebabkan satu fakta tu, dia janji pada diri dia sendiri untuk bahagiakan diri dia. So dia nak spend the last moment of his life dengan Shen Shen. Many things happen & somehow Shen Shen pun jatuh cinta dengan Wei Yi. Tapi dia masih dengan prinsip dia untuk balas budi keluarga angkat dia. By the time dia tahu tentang identiti Wei Yi, baru dia konfiden nak declare her love towards Wei Yi. They spends almost threee months together sebelum Wei Yi mati. Oh and she only know about his sickness few days sebelum Wei Yi mati. Nasib sempat jumpa.
Miraculously at the last episode, dia boleh bercakap. Apa yang kau expect seorang Korean untuk bercakap bahasa mandarin? Yup, dia hanya sebut "Qi Wei Yi, Wo ai ni". Haha. Okeylah weh. Pelakon tu dah banyak belajar sign language, takkan nak susahkan dia dengan letak dialog mandarin. Tapi of course la sepanjang penggembaraan dia mesti boleh tangkap few mandarin lines sebab she had to react through sign language.
Aku suka chemistry between them. Adegan romantik hanya just nice, which become a trend in taiwan drama at that moment. Yelah bila aku ingat balik cerita macam Devil Beside You, Magician of Love, Prince turn Into Frog...semuanya cerita yang 'baik' dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. I love that time sebelum China berevolusi dan take over Taiwan.
Pendek kata walaupun jalan cerita dia macam childish gila tapi pembawaan watak utama meneutralkan keadaan.
okay next review on the next post.
tak sangka aku membebel panjang macam ni.
No comments:
Post a Comment