Shancai (2018) dan Dao Ming Si (2001) bersatu dalam drama ni.
Maka of course la semua peminat mereka teruja dengan cerita ni termasuklah aku. Dari awal tahun aku tunggu, tak muncul-muncul kat ondramanice. Rupanya time pkp aritu dia dah start tayang (masa tu aku tak terfikir nak check cerita ni dah tayang ke belum).
Storyline dia psl an unlucky girl named Tong Xiao You yang bercita-cita besar nak jadi designer. Currently dia hanya dapat bekerja as admin kat satu majalah fesyen yang diketuai oleh editor Lu Xincheng. The met dan Xiao You take the chance to ask to be promoted in the designer team.
Aku tengok episod satu dan terpaksa berhenti kejap untuk tengok drama Silence. Sebab aku terganggu betul dengan satu babak Jerry Yan kat bath tub. Like, okay I know you are old and still gorgeous but seriously you want to make all your fans die of heart attack?
Habis cerita Silence baru sambung tengok. Then their luck get exchange lps accidently kiss each other in a dramatic scene. But sebelum tu pun, aku suka chemistry antara dorang. Karakter Xiao You sangat lain dari Shancai. Kalau Shancai rela dibuli, tapi Xiao You jenis yang degil dan tak takut nak bersuara.
Lu Xincheng pula jenis yang cold blooded tapi dengan Xiao You at least nampak his soft side.
Ada satu scene LX suruh XY sort kan kain dan few materials, that is after working hours
XY dengan muka terkejut plus penat cakap; "Hahh?". Which is exactly reaksi aku. Aku ni memang pantang weh orang yang tak hormat masa privasi aku.
LX jawab "Hah shenme? (Apa hah?)". Which is aku rasa cute plus his facial reaction is really macam cikgu garang tak garang tengah bagi kerja rumah kat anak murid.
Then bila luck mereka dah tertukar, banyaklah perkara buruk berlaku kat LX dan good things berlaku kat XY sampai XY kena take care LX. LX decide nak berhibernasi dari industri fesyen lepas kena buang kerja dan gosip yang melanda dirinya. So dia stay kat rumah LX.
Kalau cerita biasa, hero dan heroin duduk serumah dan babak romantik pun tercetus. Tapi dalam cerita ni, LX stay kat rumah XY dengan roomate XY sekali iaitu Ruru. Dia macam vibe America's sitcom 'Three Company".Aku rasa itu lebih selamat sebab of course babak yang melibatkan katil dan konon terbuka pintu bilik air takkan berlaku. Haha
Of course babak romantik tu ada tp babak gaduh yang sweet lagi banyak. They always bickering each other. LX dengan his coldness, XY dengan her cheeky stubborn self. And few times sepanjang drama, dorang bagi vibe Meteor Garden gak. Ada satu babak kat hospital masa dorang gaduh, XY minta maaf pastu LX pun keluarkan his famous word dari MG "If appology is enough, we dont need police".
Sempat eh.
Overall aku suka gandingan dua pelakon ni melalui watak LX dan XY. And it also prove that Jerry Yang mungkin tak boleh berlakon dalam cerita-cerita berat dan gondol Oscar tapi his acting metod blh buat orang rasa nak tengok dia je. He is not a boring actor. His facial expression, his punchline, his spontaneous...semuanya just nice.
Pelakon Shen Yue pun pada dasarnya tak dapat lari dari watak gadis comel yang tabah tapi aku rasa kalau dia diberi peluang, mungkin dia boleh buat watak lain pula dengan baik. Sebab dia ada courage dan semangat orang muda yang sukakan cabaran. Tbh, aku realise at times, dia berjaya buat aku lupa dengan watak Shancai dia. Which is a proof she did an improvement.
Apa yang aku nak komen ialah konflik yang dicetuskan. Mula-mula konflik tentang LX buli XY waktu dorang bekerja kat majalah Chic. Err should the wartawan interview the victim utk clarify benda tu? Bukti yang ada hanyalah video LX & XY pergi beli barang sama-sama. I mean...so? Takkanlah orang industri bodoh sangat. Time tu juga timbul isu dengan model Wen Xi, yang dulunya selalu pester LX as if she is his girlfriend.
Aku mungkin ada skip part tapi THEY DID NOT MENTION WHAT IS THE ISSUE! Aku macam in darkness tau. Banyak scene tunjuk orang kecam Wen Xi tapi tak de pun cakap apa isu dia sebenarnya. Macam kes XY, masa collegue dia sok sek sok sek gosip belakang dia, ada juga diorang mention pasal video buli dia tu. So aku cam, why you dont do the same with Wen Xi. Stress betul aku. And few episod lepas tu baru tahu sebenarnya the issue just Wen Xi masuk industri dengan tipu umur. Dan seriously aku tak tahu apa kena mengena dengan LX sebab Wen Xi pun salahkan LX dalam isu tu.
Like okay aku tak faham. Dan aku rasa kadang-kadang karakter XY ni macam pushover. Ye, she is the victim tapi boleh tak faham kenapa LX tak cakap apa-apa pasal isu buli tu. Sebab he is trying to protect her. Pastu semua orang dok marah LX aku cam, pergi matilah semua. Otak tu keluarkan, buang kat laut. Pastu XY pergi percaya all the harsh word yang LX cakap (which is not really harsh if you know his character). Aiyoo minachi, can you at least bersangka baik. You know him, right. Mana pernah nak cakap elok-elok. Kalaupun apa yang LX cakap tu betul, it does not affect you. Semua orang tengah baling batu kat LX skrg.
And the villian character....ya tuhan. Tak ubah macam sinetron Indonesia sampai aku terfikir, hidup dorang ni niat memang nak hancurkan hidup perempuan muda naif yang tak ada harta ni ke? Macam tak ada keje lain nak buat. Dok ikut bontot LX dan XY dan kacau setiap apa yang mereka buat. Gi lah cari hobi lain main gasing ke apa. The villian is not that excellent sebab dari buat berusaha kuat untuk dapatkan sesuatu, they prefer to destroy their opponent first.
Which is the type of person I hate the most in the world. They got power & money, tapi masih nak sibuk kacau hidup orang marhaen yang kais pagi makan pagi ni.
Overall...cerita ni menghiburkan. Just because of the chemistry of main couple. They try to make a second,third lead couple outshine too (Wen Xi & Mu Yang, Ruru & Bao) but failed (for me la). Tentang pendedahan pada dunia fesyen, aku rasa stail dorang biasa je. Takdelah jaw drop macam dress Katniss dalam Hunger Games (weh sampai skrg aku suka wedding dress yang transform ke mockingjay dress tu weh).
thats all folks
No comments:
Post a Comment