Video ni agak menganggu aku sejak aku tontonnya hari tu. Aku
macam, ‘Ohh aku tak tahu pula Australia pun ada sentiment Islamphobia yang kuat’.
Atau secara tepatnya, aku yang tak ambil cakna isu semasa umat Islam.
Jadi ada komen dari beberapa hamba Allah dalam video ni yang
mengatakan;
“There is no religion in this world as radical as Islam”.
“They are violent”
Banyak lagi lah yang aku rasa...bodoh.
Kita tak payah pergi jauh pada peristiwa 9 September yang
mana Islamphobia mula diwar-warkan oleh AS ke serata dunia. Kita hanya tengok
bagaimana pentadbiran Trump baru-baru ini dalam menangani isu Covid-19.
Dia bukan tidak ada kuasa, bukan bodoh. Tapi dia ego dan
jahat. Dia cuma nampak bodoh sebab dia cuba sembunyikan keegoannya yang memang
jelas terpampang. Apa yang aku lihat berlaku di AS adalah satu pembunuhan
besar-besaran keatas rakyatnya.
Kes jangkitan pada fasa pertama sudah mencecah ribuan kes
setiap hari, jangan cakaplah dalam sebulan berapa juta kes dilaporkan. Itupun
yang disaring. Sebab ada saja antara rakyat mereka yang berdegil dan mengatakan
penularan Covid 19 adalah satu penipuan.
Fakta itu hanya boleh disangkal oleh para frontliner yang
setiap hari berjuang menyelamatkan nyawa manusia, bagaimana hospital mereka
terlalu penuh sehingga tak dapat menampung kes kemasukan pesakit baru.
Apa yang Tuan Presiden buat?
Tak pakai topeng muka. Alasannya bukan kerana mengutamakan
topeng muka untuk rakyat dan petugas kesihatan, tetapi kerana yakin beliau
tidak akan apa-apa. Malah tidak mewajibkan rakyatnya memakai. Kemudian apabila
kes makin meningkat, kematian meningkat seolah beliau baru tersedr “Ohh,
penyakit ni bukan main-main. Ingatkan China sengaja takut-takutkan dunia”.
Keadaan makin meruncing setiap hari, ekonomi mereka semakin
merundum dan tiada tindakan bijak yang beliau lakukan. Seolah itu bukan urusan
beliau. Sehingga beliau kalah dalam pilihan raya baru-baru ini, apa yang
diutamakan hanyalah urusan hidup dan periuk nasi beliau.
Oh,terlupa. Bukankah media pernah melaporkan beliau
dijangkiti covid-19? Ramai juga yang memberi respon “Itulah balasan Tuhan” dan
mengharapkan dia mati saja.
Aku bukanlah seorang yang fanatik pada konspirasi. Tapi aku
percaya selagi dunia dikuasai oleh duit, segalanya tak mustahil. Berita itu
mungkin hanya satu propaganda atau jika betul pun ia tak membawa apa-apa
perubahan. Dia ada kuasa, ada wang, yang sakit pun boleh jadi sihat. Sebab itu
aku tak terlalu gembira dengan berita tersebut kerana aku percaya semuanya
boleh diubah dengan wang dan kuasa.
Negara AS. Agama: Bebas, tapi kebanyakan mereka Kristian.
Dan meskipun hampir semua pemimpin dunia membenci Trump, mereka tidak akan
berani buat apa-apa.
Siapa tadi yang cakap Islam adalah radikal, kejam?
Maka apa kita patut panggil Tuan Presiden Trump yang bukan
beragama Islam?
“Ohh..he is just stupid”.
Jadi celah mana kejam,radikal nya Islam?
“Ohh mereka mendiskriminasi golongan LGBT”
“Mereka mewajibkan penganut perempuan mereka menutup aurat”
“Mereka menghalang hak asasi manusia”,
“Mereka benarkan lelaki kahwin lebih dari satu”
“Mereka memuja Muhammad yang berkahwin ramai malah berkahwin
dengan gadis berusia 12 tahun”.
“Taliban Islam adalah kejam. Osama bin Laden kejam”
Satu, Tuhan jadikan manusia berpasang-pasangan, lelaki dan
perempuan. Tanyalah agama lain, adakah mereka menghalalkan perkahwinan sesama jenis.
Jawapannya tidak. Kami bukan diskriminasi, jika ada mengeluarkan perkataan
nista atau berbuat jahat terhadap golongan ini, ketahuilah itu bukan apa yang
diajarkan oleh agama kami. Kami menolak perkahwinan sesama jenis kerana akur
pada peraturan Allah swt.
Dua, menutup aurat adalah suruhan Allah swt juga untuk
menjaga kaum wanita. Menurut ustaz Syaari, hikmah penurunan surah An-Nisa
adalah untuk membela kaum wanita yang sering dilemahkan oleh sistem. Jadi Allah
swt mahu menjaga kaum wanita dari dizalimi. Sekurang-kurangnya langkah pencegahan
adalah lebih baik dari menangani. Pencuri mungkin masih boleh memecah masuk ke
dalam rumah yang dipenuhi oleh kawalan CCTV dan pengawal, tapi itu lebih baik
dari membuka pintu secara sukarela kepada pencuri.
Tiga, jika Allah swt tak menjadikan kita, maka tiadalah kita
lahir dari rahim ibu kita. Jadi hak asasi manusia datang selepas kita jalankan
hak kita sebagai seorang hamba Tuhan.
Empat, itu adalah satu sunnah yang diberikan kepada umat
Nabi Muhammad saw. Dan Nabi Muhammad saw sebagai ketua kami, menunjukkan contah
yang betul untuk mengamalkan poligami. Tujuan poligami adalah untuk tidak
membiarkan kaum wanita hidup bersendirian tanpa penjaga atau pelindung bernama
lelaki. Kerana ketahuilah fitnah pada wanita yang bujang atau ketiadaan suami
adalah sangat tinggi dan boleh menjejaskan keselamatan fizikal, emosi dan
sebagainya.
Namun, dalam surah An-Nisa juga menyebut jika mahu
mengahwini lebih dari seorang perempuan, lelaki itu perlu berlaku adil dan mempunyai
kemampuan dari sudut fizikal,kewangan dan sebagainya. Ia seperti seorang
pelajar sudah tentu boleh belajar dua jurusan dalam satu masa. Tapi
persoalannya mampukah dia berjaya dengan cemerlang dalam kedua-dua jurusan?
Tapi jika dia mampu, maka tidak ada salahnya dia berbuat demikian. Begitulah
beratnya tanggungjawab berpoligami. Jika terdapat sedikit kezaliman, maka
perkara itu akan dihitung di akhirat kelak.
Lima, untuk menempelak Nabi Muhammad saw dengan kenyataan
itu, adalah tidak adil tanpa kita mengenali Baginda. Ya, Baginda mengahwini
Aisyah yang masih kanak-kanak namun baginda menyantuninya sebagaimana sesuai
dengan usianya. Bacalah kisah perkahwinan Baginda dan Aisyah, perkahwinan Baginda
dan Siti Khadijah dan kenalilah Baginda saw sebagai seorang suami yang
penyayang dan pengasih. Tanyalah semua pemimpin lelaki di dunia ini jika mereka
sanggup melakukan kerja rumah sendiri daripada mengejutkan isteri yang sedang berehat
atau tidur. Tanyalah para suami masakini jika mereka masiih bergurau dengan
pasangan mereka walaupun sudah lama berkahwin.
Enam, setiap agama
ada ektremis mereka sendiri. Ekstremis Buddha di Rohingya menindas umat Islam
dan melakukan pembunuhan secara besar-besaran tanpa belas kasihan. Tapi itu tak
bermakna itu adalah ajaran agama mereka yang sebenar. Gerakan ekstremis Kristian
KKK melakukan banyak huru hara di AS satu ketika dahulu, namun pengikut sebenar
agama Kristian tidak pernah bersetuju dengan tindakan itu.
Dan jika mahu membandingkan apa yang dilakukan Taliban
Islam, Osama bin Laden (dan ramai lagi figura Islam yang dilihat sebagai criminal,pengganas)
dengan apa yang dilakukan secara terang-terangan oleh negara China, AS,
Perancis, dan yang terbaru Australia terhadap umat Islam, perbezaan angka korban
saja sudah sangat ketara.
Seperti yang Trevor Noah pernah utarakan dalam The Daily
Show tentang gerakan BlackLivesMatter, orang kuat gelap ditindas hanya kerana warna
kulit mereka, iaitu sesuatu yang tidak boleh diubah. Michael Jackson yang
mengubah wrna kulitnya pun mati dalam keadaan dirinya masih dipalit kebencian
dari pihak media terutamanya. Jika mereka membela diri, suara mereka tidak
dipedulikan dan jika mereka melawan secara kekerasan, mereka akan digelar criminal.
Jadi cara bagaimana lagi mereka mahu menuntut keadilan?
No comments:
Post a Comment