Thursday, 10 December 2020

Biar mereka cemburu? Pftt

 My baby boo is back....

I am sorry for once thought to dump you into the dustbin. 

Tapi memandangkan saya masih miskin untuk berlaku curang pada awak & cari pengganti lain. Maka saya usahakan untuk hidupkan awak kembali.

Ya aku bercakap dengan laptop aku ni hah. Laptop kedua masa zaman belajar lepas laptop pertama jahanam sebab overheating. 

Okay now lets get started.

Haritu aku ada tengok skit drama 'Biar Mereka Cemburu' lakonan Aiman & Nabila Huda. Aiman tu last aku crush kat dia masa zaman Vanilla Coklat, jadi aku dah tak hairan sangat dengan dia sebab dah move on. Nabila Huda? Well just said her condition sama je macam perasaan aku pada Fatah Amin.

Aku cuba untuk ketepikan rasa 'tak suka' tu, sampai bila aku nak benci Nabila Huda. Dia bukan buat apa pun kat aku. Dia cuma penyanyi yang bersuara...hmm...suara kepit dan mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan. Ala macam style Erra Fazira dulu yang bermula sebagai penyanyi tapi akhirnya stay dalam bidang lakonan. 

Okay, enough. 

Setelah aku mengenepikan ego aku, aku pun tengoklah skit. Mana tahu best. 

Okay perempuan ni sebagai heroin adalah seorang rider food panda yang suka fotografi, manakala hero adalah tipikal anak orang kaya yang suka enjoy. Tapi episod yang aku tengok tu, dia tak adalah seteruk adik tirinya (lakonan Eddy Ashraf) yan suka minum. Kiranya watak Aiman ni anak orang kaya yang masih boleh diselamatkan akidahnya, walaupun sombong tu tetap ada. 

Stop it right there.

Sigh.

Senang cerita, seorang food panda rider akan bercinta dengan seorang anak orang kaya. Do you know how...absurd that fact is?

Dalam kemelut pandemik ni, aku tak faham macam mana seseorang boleh jadikan kesusahan orang lain sebagai idea cerita. Okay, aku bukan nak hina rider food panda tak boleh kahwin anak orang kaya. Kahwinlah dengan sesiapa yang kau nak walau siapapun kau. Tapi boleh tak jangan suka bagi harapan palsu pada golongan yang paling gigih bekerja sejak pandemik bermula. 

Malah, seorang penulis, kolumnis majalah Inggeris pun boleh menjadi seorang rider kerana kehilangan pekerjaan seperti yang diceritakan Ustaz Ebit Liew. Kalau kau seorang rider dan kau yang tulis cerita ni, maka ia hanya satu escapnism yang tak membawa apa-apa makna pada diri kau mahupun rider yang lain. Ya, aku bercakap dari sudut pengalaman. Aku dulu pernah bekerja di supermarket dan setiap hari ada saja idea dalam kepala aku untuk menulis cerita seorang perempuan biasa yang bekerja sebagai promoter bercinta dengan seseorang dari golongan atasan. Aku tak kemana-mana dengan angan-angan itu malah aku tak dapat teruskan sebab timbul banyak persoalan yang tak melogikkan hubungan tersebut.

Jika kau bukan rider, dan hanya menulis sebab selalu order food panda maka kau takkan pernah faham perasaan rider lalu tak layak untuk bercerita bagi pihak mereka. You know, the feeling when people look at you and make assumption padahal dia tak pernah kenal mahupun faham kau. Perasaan tu teruk, tahu tak. 

Cukup kalau kau dengar lagu 'Pulang' dan baca cerita anak muda di ruang komen pada laman Youtube. There are so many inspiring true story yang kau boleh ketengahkan instead of the same old Cinderella story. 

Semua persoalan yang aku nyatakan di atas jadi sebab kenapa aku tak boleh teruskan menonton drama ni. Aku tahu, aku terlalu cepat buat kesimpulan. Aku boleh terima kalau dia buat cerita seorang gadis penjual bunga jatuh cinta dengan anak orang kaya (ehem Rosalinda Ayamore). Tapi bukan seorang food rider. Sebab kita tahu benar itulah kerjaya terakhir semua orang untuk survive pada zaman ini. It is the last resort, atas sikit dari sifat putus asa dengan hidup. 

Sebab tu aku harap jangan ada penulis yang terlalu ghairah mengetegahkan sesuatu cerita tanpa betul-betul faham. Lebih-lebih di musim pandemik ni, kita berhadapan dengan realiti hidup yang mencabar. Tak ada masa untuk berfantasi seseorang akan selamatkan kau dari masalah kau. Kau yang kena selamatkan diri sendiri. Itu yang penulis sepatutnya tekankan supaya sesiapa saja, yang sedang bergelut dengan masalah boleh bangkit. 

Sudah-sudahlah dengan template cerita begini. Orang miskin yang menonton sekadar menggantung harapan tinggi hanya untuk dikecewakan dengan realiti, dan orang kaya yang tak tengok pun cerita ni takkan ambil peduli pun tentang masyarakat bawahan.

Mereka lebih sibuk buat video.

No comments:

Post a Comment