Thursday, 17 December 2020

is it worth?

 1. 


to the young people...is it worth untuk bukan saja gadaikan kesihatan kau tapi agama hanya untuk jadi artis paling relevan di abad ini?

semakin aku dewasa, semakin aku rasa dunia hiburan ni sangat tidak kena dengan sifat semula jadi manusia. seperti yang pierre andre cakap dalam video youtube nya (andre brothers channel), untuk stay relevan dalam dunia hiburan, seseorang mmg kena maintainkan penampilan diri. Itu resam mana2 dunia hiburan kat mana-mana negara. Dan benda tu akan membuatkan manusia jadi penat.

Sebab they had to sacrifice banyak benda just to jaga penampilan 'cantik', 'hensem' tu sampai abaikan keperluan rohani mereka. itu tak termasuk lagi dengan dugaan-dugaan yang mengganggu psikologi mereka. 

For me it's not worth. Tapi, aku tahu setiap orang ada alasan mereka sendiri untuk terlibat dalam dunia hiburan. Sengaja ataupun tidak sengaja. They might found that kind of world boleh naikkan harga diri dan taraf hidup mereka, they might need a quick money untuk selesaikan masalah hidup. 

I wont judge them. serius. kau dah besar untuk fikir mana baik dan buruk. it is your choice dan aku okay. Aku tak berada di tempat kau, tak diuji dengan ujian terkenal, tercantik dan terpopular. 

Aku cuma minta terutama yang golongan muda, persiapkan diri dengan apa yang kau akan jumpa di hujung jalan hidup kau dalam dunia tu. Either kau akan dapat pengakhiran yang baik atau sebaliknya. Mungkin orang biasa pun tak terlepas dari dugaan sebegitu cuma cerita kami takkan dipampangkan di media sosial, massa atau majalah Mastika .

It turns to apa yang Kak Fynn Jamal selalu ingatkan kami Memon dan Razip di ruang ask beliau. Lebih baik tak tempuh dosa tu daripada rasa bersalah & terpaksa menanggung akibatnya di hari kemudian. Walaupun untuk mereka yang sudah bertaubat, it never easy for them to forget apatah lagi manusia sekeliling. 

Membawa kita ke isu nombor dua.

2. 


Tbh, ini adalah isu yang hangat diperkatakan dari dulu. Dari zaman Hazeman Huzir rambut putih bercakap tentang topik ni dalam video Buruk Cantik hingga ke isu Fynn Jamal beberapa bulan lepas.

Mungkin masyarakat yang sok sek sok sek mengata Fynn Jamal seorang rapist appogist perlu meneliti balik dakwaan mereka itu. Point kak fynn dan siti awe adalah sama, cuma intonasi penyampaian & saluran yang digunakan berbeza. Ramai menempelak kak fynn kerana mereka salah faham dengan jawapannya yang disampaikan dalam bentuk penulisan dua hala (ruang Ask). Manakala Kak Awe percakapan yang sehala (video Youtube).

Intipati utama yg cuba disampaikanlah jaga diri kau sebelum ia terjadi. Jangan dedahkan aurat, jaga batas di media sosial and such. Bak kata kak awe, kita kena anggap penjenayah ni macam pembawa virus Covid, they can be everyone you found in the street. 

Dan bila dah berlaku, keep calm, ask for help. 

Tbh, aku sangat takut dengan tajuk ni sejak dari kecil. Bila aku dengar insan berjaya macam Oprah Winfrey yang actually pernah jd mangsa rape, aku just fikir 'How can you go through that? How can you still alive and smiling today?'

Ketakutan tu jadikan aku seorang yan anti sentuhan. Tanyalah mana-mana kawan aku, di universiti terutamanya, aku akan beri reaksi bila ada seseorang sentuh aku. Kadangkala digelakkan sebab aku hampir saja bersilat di tengah orang ramai. 

Aku tak nak kupas lanjut perkara sesudah 'perkara' itu berlaku sebab aku tak berada dalam keadaan itu, dan minta dijauhkan. Aku berada pada kelompok yang sedang menjaga.

Please please please jaga diri. Nak relate juga dengan artis muda dlm video haze tadi. Kalau artis perempuan semuda itu senang ditipu untuk makan 'benda kotor', tak mustahil jika dia senang juga masuk ke dalam mulut buaya. 

Tolong jaga diri, jaga pergaulan dengan orang sekeliling. Dan bersyukurlah di musim pandemik ni, penjarakkan sosial sangat dititikberatkan. Jadi cuba ambil peluang ini untuk belajar bataskan pergaulan yang tak sihat. 

Cuma, aku......tak tahulah nak cakap apa bila baca berita di Awani tadi. Kes sumbang mahram meningkat di musim Covid ni. 

Allahuakhbar. 

Jaga diri. tolong jaga diri ye adik-adik. Dan peka dengan adik-adik perempuan kita yang mungkin tiba-tiba jadi senyap, jadi penyendiri. Scar 'rape' tu akan kekal sampai kita mati,sebab untuk perempuan itulah satu-satunya harta berharga yang mereka ada selain keimanan. 

No comments:

Post a Comment