Saturday, 10 July 2021

siti rosmizah legacy

novel-novel siti rosmizah memang dikenali dengan drama dan kekuatan karakter di dalamnya. jadi selepas menjadi hantu Rindu Awak Separuh Nyawa' (versi novel dan drama) aku pun seperti biasa menonton drama lain yang diadaptasi daripada karya beliau.

7 hari mencintaiku. drama yang aku pernah janji pada diri aku untuk tidak tengok sebab jalan ceritanya terlalu panjang (3 season kot). aku hanya tengok season 1.

Curi-curi Cinta

Lafazkan Kalimah Cintamu. 

Aku tahu ada drama lain lagi tapi aku malas nak tengok. Jadi hari ni aku nak ulas tentang watak heroin badass dalam tiga novelnya iaitu Kasih Maisara (RASN), Mia Adriana (7HM) & Intan Raihana (CCC). Tengku Aqilah (LKC) tak termasuk dalam kategori ini.

Dan aku nak masukkan satu lagi karakter Kyra Lydia dari novel Teman Lelaki Upahan karya Azura Rasiddin. Bagi aku keempat-empat watak ini adalah watak badass yang sangat puas untuk ditonton dalam drama Melayu. Mereka badass dan perubahan watak mereka kepada baik sangat menarik.

1. Kasih Maisara.

Aku dah banyak bercerita tentang watak ni dalam entri lepas. Kasih Maisarah, tipikal brat spoil child  yang kebudak-budakan, degil dan keras hati. Dia membenci papanya kerana menyebabkan kematian mama nya namun masih mengharapkan duit papa nya untuk bersikap boros. Dia tidak matang dan cepat melatah. Perkenalannya dengan Nazril yang bersikap kontra dengannya benar-benar buat dia rasa tercabar. Tapi kebaikan dan keikhlasan hati lelaki itu pada mulanya yang memikat hatinya. 

Bagi aku, karakter Kasih Maisarah secara zahirnya adalah menarik. Aku bercakap dari sudut personaliti, not just her pretty face. Dia kebudak-budakan, naif dan kadangkala boleh berubah ke sarkastik. 

2. Mia Adriana

Karakter Kasih Maisara ada persamaan dengan Mia Adriana (selain fakta yang mereka berlakon dengan hero yang sama dalam adaptasi drama). Another brat spoil child, cuma Mia adalah perempuan yang bekerjaya. 

Keangkuhannya datang dari didikan manja ibu bapanya, mungkin sedikit sebanyak datang dari sikap ibu kandungnya sendiri yang suka memandang rendah pada orang miskin. Dia membenci ibu tirinya kerana sebab yang sama disamping merasakan ibu tirinyalah punca ibu bapanya bercerai. Walaupun begitu, dia masih sayangkan bapanya dan akur pada kehendak lelaki itu untuk mengahwinkannya dengan Khuzairi. 

Sekali lagi, seperti Maisara,kelembutan dan kesabaran suaminya Khuzairi  memikat hatinya. Tapi bagi aku kadangkala sikap kasar dan ego Mia agak berlebihan. Sekurang-kurangnya dalam beberapa perkara, Maisara senang saja bertolak ansur dengan Nazril. Mungkin kerana dia memang ada niat berkahwin dengan Nazril sementara Mia tak pernah pandang Khuzairi walau sedikit. 

Tapi aku suka pada satu tahap Mia sanggup rendahkan egonya untuk bersama semula dengan Khuzairi dan meminta lelaki itu membatalkan pernikahannya dengan perempuan lain.

3. Intan Raihana

Karakter ini paling tidak akan disukai oleh mana-mana manusia yang masih berpegang dengan tatsusila sebagai seorang Muslim. Intan, sama juga seperti Mia dan Maisara, adalah brat spoil child. Cuma dia datang dari keluarga miskin yang berpura-pura kaya kerana tak mahu dipandang rendah.

Memang aku rasa beberapa perbuatannya pada ibu dan abangnya agak melampau. Tapi bila dia menceritakan backstory tentang sebab perbuatannya pada Danny, aku rasa aku boleh faham sedikit sebanyak kenapa dia jadi begitu.

Jujurnya, aku rasa pada mulanya karakter dia tak sesuai dengan Danny. Intan hanya baik dengan Danny kerana dia kaya. Tapi hakikatnya apabila mereka berkahwin, kedua-duanya mempunyai tahap ego & degil yang sama, disamping bersifat kasar. 

Apa yang aku suka dengan Intan adalah dia legitly licik, bijak dan berani. Senang saja dia melepaskan diri dari sebarang masalah dan dapat apa yang dimahu kerana kelicikannya. Lelaki senang terpedaya dengan kata manis dan rupa cantiknya, kecuali Danny. Sifat-sifatnya itu mungkin akan buat ramai rasa dia perempuan murahan namun sebenarnya dia sangat menjaga maruahnya. Apabila Danny merendahkan egonya apabila mendapat tahu Intan mengandung, Intan juga mula berubah. 

4. Kyra Lydia

The coolest badass character in malay dramaland. Dia cantik, bijak, cool dan sedikit panas baran. Dia bukanlah jenis perempuan yang suka menjerit marah seperti Mia atau Maisara, kecuali saat El tumpahkan kuah pada bajunya. Mungkin kerana terkejut. 

Cara dia bercakap dengan daddy nya pun hanya sekadar dingin, tidaklah selalu meninggi suara. Kyra adalah jenis wanita yang lebih banyak memendam kemarahan berbanding meluahkannya. Kerana sifat itulah El banyak kali salah faham tentang dirinya.Sikap El yang kelakar,ambil berat dan mudah mesra itu yang memikat hati Kyra yang dingin. 

Untuk ketiga-tiga watak heroin dalam novel siti rosmizah, mereka mempunyai banyak persamaan. Salah satunya adalah berani. Walau berapa sedih dan tragiknya hidup mereka, apa yang aku suka adalah mereka tak mudah mengalah. Masing-masing lakukan dengan cara masing-masing. Mia baik hati membuka yayasan untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan membela Buntat. Dan rasanya dia masih membantu kanak-kanak lain yang kurang bernasib baik dalam 7HM2. 

Maisara pula berani menegakkan keadilan untuk syarikat umi Nazril. Walaupun ia hanya mengundang kemarahan Nazril yang merasakan Maisara cuba pecah belahkan keluarganya. 

okey. aku burn out. nanti kalau rajin aku sambung

No comments:

Post a Comment