Sunday, 11 July 2021

Every Shukri Yahya Drama

 

Gigih tak gigih aku tengok hampir 9 drama lakonan Shukri Yahya selepas Rindu Awak Separuh Nyawa. Sebenarnya malas nak ulas tentang apa yang aku tengok tu, tapi lepas tengok video Hazeman Huzir yang boleh menelaah sesuatu filem hanya berdasarkan latar masa, aku jadi semangat pula. Tapi dalam entri ni aku hanya cakap tentang bab watak dan perwatakan yang dibawa Shukri Yahya secara amnya.

Kritikan yang biasa diterima oleh drama Melayu pukul 7 selalunya bersifat negatif. Ramai yang kata klise dan mudah diramal. Dan aku akui Shukri Yahya antara hero paling laku keras untuk slot drama pukul 7. Jadi inilah antara drama-drama beliau yang aku sempat tengok selepas habis maraton RASN dalam satu malam, mengikut urutan.

1.       1.Split

2.       2. Suami Yang Kubenci

3.       3. 7 Hari Mencintaimu

4.      4. Kerana Dia Manusia Biasa

5.       5. Pesan Pada Hati

6.       6. Andainya Takdir 1,

7.       7. Andainya Takdir 2

8.      8.  Kerana dia Isteri Luar Biasa

9.       9. Asal Kau Bahagia (tak habis tengok)

Disclaimer: Drama yang aku rasa aku tak boleh tengok adalah Cik Tengku Cik Cinderella kerana ke-cringe-an yang teramat hebat sampai aku terus tukar tengok drama Terima Aku Seadanya .Sebabnya aku rindu lakonan Puteri Aisyah (dalam cerita Cik Tengku Cik Cinderella tu Puteri Aisyah jadi watak antagonis). Hantu Punya Bos pun aku tak bercadang nak tengok sebab heroinnya aku tak gemar. Tiada Aral Jodoh Kita pun macam tak best sebab bila tengok first episode tak banyak babak Shukri Yahya. Tengok tajuk pun macam sad ending jadi aku malas buang masa.

Mungkin lepas ni aku cuba untuk tengok Asmara Luna (gandingan dengan Siti Saleha) ,Surah Buat Maisarah (sebab ada Syatilla Melvin) dan Asam Pedas untuk Dia (sebab novel di quite not bad). Dan tahukah anda, awal kemunculan SY adalah dalam drama Juvana. Wahaha memang sumpah epik weh.

I will tell you the cliché character that he act.

1.       1. Anak orang kaya yang menerajui syarikat.

Daripada list kat atas, hanya tiga drama yang menampilkan dia sebagai lelaki biasa. Jadi biasanya dia akan bawak watak ala-ala most eligible bachelor in town, ala-ala Jericho Rosales yang hopeless romantic.

But lakonan dia sebagai lelaki biasa dalam 7 Hari Mencintaimu & Andainya Takdir lebih memberi impak kepada aku. Bahkan untuk watak Nazril Nazim yang pada mulanya digambarkan sebagai budak skema, pak ustaz lebih memikat hati aku dari fakta yang dia adalah anak orang kaya.

2.       2. The hopeless romantic guy

Sudahlah kaya, romantik pula tu. Manalah mak cik-mak cik tak melekat kat depan tv tiap petang. Ayat manis dan senyuman ala-ala kasanova kelas satu memang dah jadi trademark hampir semua watak yang dia bawa. Tak kisahlah dia jadi orang kaya atau miskin, part romantic tu memang tak boleh dibuang.

3.      3. The good guy

Contoh untuk watak Khuzairi (7HM), Raden (KDILB) dan Nazril (RASN). Masyaallah sistur, baik sungguh la anak siapa ni. Ketiga-tiga watak yang dibawa adalah seorang lelaki yang sangat baik,sabar pada mulanya. Namun bila dikhianati, perangainya akan bertukar bengis tak ingat dunia. Dia boleh jadi sebaik-baik lelaki dan kemudian bertukar sejahat-jahat lelaki.

Quote ‘lelaki jahat adalah lelaki baik yang disakiti’.

4.       4. The bad guy

Siapa kata dia tak boleh jadi jahat? It takes years for me untuk tonton drama Andainya Takdir sebab pertama kali aku tengok cerita tu, aku jadi takut dengan watak Airil lakonannya.

Sampai aku pernah terfikir, in real life, behind that kind of handsome face ada dua jenis lelaki. Iaitu lelaki yang baik teramat persis Khuzairi atau lelaki yang jahat teramat seperti Airil. 

Hampir setiap drama juga memaparkan how at some point karakter dia akan lose his temper. And he nailed it.

5.      5.  Funny guy

This is my favorite aspect of his acting. Ye, sama macam aku menggilai Ungku Ismail Aziz. In his every acting, at some point aku nampak yang dia akan buat attempt untuk tak jadikan karakter dia sesuatu yang membosankan.

Dalam ‘Kerana Dia Manusia Biasa’, sebelum bercinta dengan Nurin, watak Tengku Syamil digambarkan sebagai seorang yang cold, kecuali dengan isteri dan ibu bapanya. Tapi dalam satu babak dia menyapu kek ke muka Nurin, dia boleh membuatkan babak itu kelakar dengan ad-lib “Kening awak jatuh”.

Watak kelakarnya yang aku suka sudah tentu Aid (STC) dan Yusof(PPH). Surprisingly aku sangat suka gandingannya dengan Nabila Razali dalam drama tu. Mula-mula aku agak jengkel dengan karakter Yusof yang seperti tidak matang dan nampak seperti apek dengan pakaian kemeja bunga-bunga dia tu. Tapi karakter itu sangat sesuai dengan karakter Zulaikha yang agak serius. Dan Shukri Yahya tidak terlalu keterlaluan dalam membawa watak itu,yang membolehkan lakonan Nabila juga menyerlah.

Aku rasa part dia suruh Nabila nyanyi lagu2 dia macam Pematah Hati dan Vroom Vroom tu memang ad-lib yang cari gaduh. Tapi Nabila pun layankan je.

 

Dalam banyak-banyak drama SY yang aku tonton, aku paling impressed dengan drama Split. He just nail every single character yang dia bawa dalam cerita tu. Itu juga membuktikan dia semakin matang dalam lakonannya, bukan hanya sekadar bersandarkan muka kacak dia dan karakter lelaki kaya yang dia bawa. Dia ada personaliti dan aura yang tersendiri. Gitu.

Dan antara watak yang dibawa oleh SY yang aku tak berapa gemar, well sebenarnya keseluruhan cerita aku tak berapa gemar ialah Kerana Dia Isteri Luar Biasa. Aku rasa dia ada terpalit dengan kontroversi juga untuk drama tu tapi macam malas nak ambil tahu. Apa yang aku tak suka tentang drama tu adalah kenapa scene romantic dihiperbolakan. Aku rasa hampir 70% scene berlaku di atas katil ,di atas sofa dengan dialog romantic yang meloyakan. I can get through until half of the episode, lepas tu memang lajukan nak tahu ending. The first half of that drama is great, aku suka part Dewi digambarkan seorang pejuang feminis, yang dia langsung tak terkesan kalau ada perempuan yang dengkikannya. Her strategy to get Raden is good and brilliant tapi sebab dia tak sabar sangat, aku rasa dia dah merendahkan maruahnya dengan guna taktik kotor perangkap Raden dalam kes tangkap basah. Dan aku tengok watak Raden agak bosan, flat (takde perkembangan). Selain ayat manis yang boleh potong kaki dan gelaran doktor pada namanya, tak ada yang istimewa tentang wataknya. Jadi aku tak faham kenapa semua perempuan dalam cerita tu sukakan dia.

Fakta menarik; itulah drama pertama yang mempertemukan Uqasha dan Shukri Yahya. Aku paling excited bab tu.

Lagi satu, aku rasa gandingan Shukri yang paling mantap selain dengan Siti Saleha adalah Nina Iskandar(AT). Aku suka perbezaan watak Fatieha dan Airil menguatkan lagi jalan cerita itu. The eye contact, body language keduanya sangat cocok dengan moment sesuatu scene tu, tak kisahlah scene pukul atau scene romantic. Huuu aku suka sangat bila scene romantic antara dorang, like baca Quran sama-sama, makan cekodok tepi kolam. Memang la mana-mana perempuan yang tengok Fatieha tu akan kata dia bodoh sebab tak tinggalkan lelaki tu. Tapi macam yang Hazeman Huzir pernah cakap, mangsa keganasan rumah tangga ni bukannya tak mahu keluar dari situasi tu. Tapi sebab satu, mereka dah terbiasa sampai mereka buat persepsi negatif pada diri sendiri. Macam di brainwash yang segala masalah yang berlaku adalah salah mereka. Kedua adalah kerana suasana sekeliling yang tidak menyokong. Kalau mereka stay dalam perkahwinan, makan pakai tempat tinggal mereka at least terjaga. Tapi kalau mereka bercerai, masyarakat tempatan selalunya akan mencemuh dan memandang rendah pada mereka. Jadi bagaimana mereka mahu memulakan hidup baru jika tiada support system yang kukuh.

Pergh aku sembang macam dah berlakon sampai ke Hollywood eh. Haha. Aku pun tak tahu arah tuju entri ni ke mana tapi boleh tak aku nak beritahu yang drama Asal Kau Bahagia tu kinda get on my nerves. Aku ada masalah besar dengan watak Adira Imani lakonan Aida Jebat. Dia macam tak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Kalau kau suka abang angkat kau boleh tak berterus terang dari awal supaya tak susahkan bakal suami kau. Asyik cakap terpaksa itu terpaksa ini, play victim. Lepas tu tak tahu nak selesaikan masalah, kau lari. Apa benda lah.

Paling tak boleh blah bila dia ikut abang angkat dia bercuti konon nak tenangkan diri jauh dari Hariz. Aku cam, serius la perempuan. Memang camtu ke budak dekan selesaikan masalah. Dah la lambat sangat nak defend diri sendiri bila kena tuduh dengan Hariz, pastu bila part Hariz nak explain tak nak dengar pula. Eh eh menyirap pula aku. Aku memang agak anti dengan perempuan yang suka play victim dan tak reti nak defend diri sendiri. Worst, sengaja letakkan diri dalam keadaan yang mengundang salah faham. Dan aku harap sangat drama ni takkan jadi rujukan mana-mana perempuan yang sentiasa harapkan lelaki layan kau bagai tuan puteri. Ada masalah bercuti, bergaduh bercuti siap breakfast in bed. Yup, hentikanlah harapan palsu itu. Kesian lelaki Melayu kat Malaysia ni.

Konklusinya, aku harap lepas ni Shukri Yahya dapat watak yang lebih menjaga dirinya sebagai suami orang. Dan aku menyeru pada pembuat skrip, novel sekalian, cukup-cukuplah buat babak yang mengundang api cemburu dan dosa. Boleh je buat babak romantik tanpa perlu sentuh-sentuh, duduk atas katil.

Last.

Tadi aku throwback tengok Sanay Wala Nang Wakas dan tiba-tiba terfikir perkara ni. Drama tu ada 100 episod dan hanya di episode terakhir Ara dan Christian berkahwin. Maknanya 99 episod adalah tentang liku-liku percintaan mereka. Drama Melayu pula kadangkala episode 1 dah berkahwin. Lepas tu tunjuk liku-liku perkahwinan. Atau dalam erti kata lain, perkahwinan tu hanya sebagai satu tiket untuk buat adegan romantic terlebih. Sebab katanya hubungan sebelum berkahwin ni tak elok.

Aku dulu tak tengok Teman Lelaki Upahan sebab tak nak normalizekan budaya girlfriend boyfriend. Tapi ironinya, cerita tu lebih menjaga batas lelaki dan perempuan berbanding drama dengan tajuk yang bermula dengan Isteri atau Suami.

 K dah ngantuk. Bye

No comments:

Post a Comment