Sunday, 18 July 2021

7 hari mencintaiku 2 -review episod 1-12

 aku tengok cerita ni dengan satu persoalan di minda.

kenapa mia adriana digelar isteri yang nusyuz dalam cerita ni.

untuk 7HM 1, aku faham kalau dia digelar isteri yang nusyuz. sebab mia tak cintakan khuzairi lagi dan tak sebulu dengan mak leha. tapi untuk 7HM 2 ni, aku macam...mia kenapa kau ni? please inform that aku baru tengok sehingga episod 12. i just cant stand mia adriana yang aku root dlm 7HM 1 boleh berubah macam ni. 

sebenarnya mia adriana dipanggil nusyuz oleh kebanyakan netizen kerana dia berubah perangai. Faktor utamanya adalah kerana dia mengandung. Dia lebih sensitif dengan orang sekeliling dia, dan ini adalah individu yang menyumbang kepada perubahan sikapnya;

1. Ibu kandung dia. 

Mia tahu ibu kandungnya jahat dan cuba beri peluang pada ibunya yang dah berubah jadi baik. Naluri seorang perempuan mengandung, masih memerlukan kasih sayang bukan saja dari suami, tapi ibunya sendiri. Sebab semasa dia mengandung dalam musim pertama, keadaan masa tu agak kacau bilau. Jadi mungkin kali ni dia nak habiskan banyak masa dengan ibunya pula.

Masalah adalah Puan Hayati (ibu Mia) berniat jahat nak lagakan Mia dan keluarga Khuzairi. Mungkin dia cemburu Mia dapat banyak kasih sayang dari mereka. Maklumlah, Mia saja keluarga yang dia ada. Kesalahan Mia yang pertama adalah terlalu mempercayai ibunya dan menggunakan sentimen pangkat dan darjat untuk menghina keluarga Khuzairi. 

Ini kesalahan Mia yang pertama iaitu buruk sangka dan menghina keluarga mertua, terutama ibu dan bapa mertuanya yang seharusnya dihormati seperti ibu bapa sendiri. 

2. Mak Mertuanya

Mak Cik Leha terkenal kerana kelancangan mulutnya dari dulu. Tapi semua orang tahu hatinya baik. Mia memang ada hubungan yang dingin dengan wanita itu sejak awal perkenalan. Apa yang aku lihat pada musim pertama, Mak Cik Leha hanya menjadi seorang ibu yang 'protektif' kepada Khuzairi yang sudah menjadi tulang belakang keluarganya. Dia tak mahu Khuzairi jauh darinya jika berkahwin dengan gadis bandar seperti Mia, apatah lagi dengan perbezaan darjat mereka, dia tak rasa anak tirinya itu akan bahagia dengan gadis seperti Mia. 

Tapi diakhir musim pertama 7HM, Mak Cik Leha sudah nampak kebaikan yang ada pada Mia dan menerimanya. 

Berhenti di situ.

Okay, aku tahu bila orang dah berbaik dengan kita, tak semestinya dia akan layan kita dengan baik 24 jam. Itu kau harus ingat dalam kepala. Mak Cik Leha pun ada perubahan mood sendiri, ada masalah hidup sendiri, ada pandangannya sendiri jadi tak mustahil untuk kadangkala tegurannya pada anak menantu agak makan dalam. Mulut Mak Cik Leha memang lancang, itu hakikat yang Mia kena terima. Kalau Mia nak mak cik Leha terima kekurangan dirinya, Mia pun kena buat perkara yang sama. 

Mungkin kerana mengandung, Mia jadi ekstra sensitif pada kata-kata Mak Cik Leha. Jadi Mia kena cari seseorang yang dipercayai seperti Sofi untuk meneutralkan perasaannya pada ibu mertua sendiri. Sofi bersangka baik dengan bekas ibu mertuanya hanya kerana dia masih hormat pada wanita itu. Itu yang Mia perlu belajar, iaitu belajar menghormati orang tua walaupun mereka mengguris perasaanya. Bak kata Kak Fynn Jamal; "Itu mak tu". Kalau tak boleh tahan, hanya diam. 

3. Khuzairi

Khuzairi being Khuzairi. Baik, sabar, romantik. Cuma seperti kata semua orang dia terlalu berlembut dengan Mia. Bagi aku, seperti Mia, Khuzairi sebenarnya tidak tahu akar yang menjadi punca perubahan sikap Mia. Iaitu dua orang diatas yang aku sebutkan tadi. 

Mia dan Khuzairi tidak ada masalah dengan satu sama lain. Mereka hanya lambat untuk mengesan masalah dalam perhubungan keluarga mereka and worst, hanya menganggap masalah itu tidak penting. 

Khuzairi tidak boleh menghalang Mia dari menyayangi Puan Hayati.  Tapi dia harus ingatkan Mia yang tidak manis jika ibu mertuanya selalu datang ke rumah keluarganya tanpa tujuan yang sahih. Setiap keluarga ada privasi masing-masing. Dia harus ingatkan Mia tentang itu dan bertegas dengannya. Puan Hayati boleh menetap di rumah mereka jika dia betul-betul mahu habiskan masa dengan Mia.

Tentang mak cik Leha, aku rasa Khuzairi sudah  menjadi anak dan suami yang baik. Ini episod awal ye, lepas ni aku tak tahu apa jadi. Dia tenangkan kedua wanita yang disayanginya setiap kali mereka bergaduh. 

Being a pregnant woman, sudah tentu Mia sensitif dengan layanan Khuzairi pada dirinya. Dia mungkin rasakan Khuzairi melebihkan ibunya dalam setiap hal. Disinilah Mia bersalah iaitu tidak menjaga sensitiviti suami. Mia sedar dia tak boleh halang Khuzairi dari berjumpa keluarganya tapi dalam pada masa yang sama dia selalu buruk sangka pada suaminya. Bukan saja mengenai isu ibu dan ibu mertuanya tapi juga isu perempuan ketiga. 

4. Perempuan ketiga.

Kejap, boleh tak aku nak cakap sikit. 

Selain dari muka nerda yang kacak, dan kerja doktor, aku tak tahu apa yang Nurul Ain dan Syakila ni pandang pada Khuzairi. Ok, dia baik. Doktor Zaidi pun baik. Aku serius tak faham perempuan yang suka menyusahkan diri sendiri cuba rebut sesuatu yang mustahil. Kau nak doktor, baik, nerda yang hensem, plus lawak, semua tu kau boleh dapat dari Doktor Zaidi kot. Senang-senang je kau boleh tackle dia. 

Ye, aku suka Doktor Zaidi. Aku suka Bil Azali sejak drama 'Ana, Aku Aiman'. 

Nurul Ain come out of nowhere. Masa 7HM, aku dah agak watak dia mesti ada sesuatu. Sebab cerita dia hanya berkisar dengan ibu tiri Mia iaitu Puan Rodziah. Macam mana dia jaga wanita itu ketika dia sakit. And I just wonder what makes her change. 

Mia sensitif dengan Nurul Ain sebab tiba-tiba saja dia jadi perempuan kesukaan Mak Cik Leha. Sama macam Mak Cik Leha lebihkan Syakila dulu. Rasanya, it starts with Mak Cik Leha rasa sunyi tak ada kawan. Jadi bila nampak Nurul Ain yang serba serbi macam menantu pilihannya, dia jadi rapat pula dengan Nurul Ain. 

Bagi aku, kita tak boleh halang apa yang orang lain suka. Hidup Mia jadi susah sebab dia terlalu fikirkan pandangan orang lain. Dia nak jadi yang terbaik dia mata semua orang, padahal dia memang tak dapat puaskan hati semua orang. Jadi sebenarnya tak salah pun kalau Mak Cik Leha berbaik dengan Nurul Ain, Mia pula harus jadi diri sendiri dan cari kelebihan dirinya yang boleh buatkan dia rapat dengan Mak Cik Leha. 

Aku pun masih tak nampak apa yang jahat pada Nurul Ain selain suka menempel kat rumah orang. I mean seriously, girl. Kau takde life ke.

Bekas orang ketiga cerita ni ialah Syakila. 

Kalau dulu Mia nak pandang muka Syakila pun tak suka, sensitif. Tapi kali ni entah kenapa Mia senang-senang terima nasihat Syakila dan beri peluang pada dia. 

Pada aku, orang ketiga ni bukan pihak yang Mia perlu kisahkan sangat, walaupun mereka ada niat jahat. Kita tak boleh kawal orang, tapi kita boleh kawal diri kita dan ambil berat tentang orang yang sepatutnya kita ambil berat.

Kalau Mia takut sangat Nurul Ain kahwin dengan Khuzairi, Mia boleh tunjukkan lebih penghargaan kepada suaminya.

Kalau Mia takut sangat Nurul Ain jadi menantu pilihan Mak Leha, Mia perlu ambil hati ibu mertuanya dengan cara dia sendiri. 

That's why bak kata Mizz Nina, do things in the name of Allah. Jadi isteri, ibu, anak menantu yang baik sebab itu Allah yang suruh.You only become bad bila kau langgar suruhanNya. Ikut je rules Tuhan, tak payah nak pening fikir rules Mak Cik Leha atau Khuzairi.

Okey, aku masukkan sikit elemen Rindu Awak Separuh Nyawa. 

Sarah memang bertuah dapat ibu mertua yang baik seperti Puan Ida. Tapi Sarah tak try too hard untuk jadi seperti Nurul Huda yang memang dah lama disukai Puan Ida. Sarah jadi dirinya sendiri. Dan sebab itu ibu mertuanya sayangkan dia. Asalkan 'jadi diri sendiri' tu bukan bermakna kau hilang rasa hormat atau tatasusila sebagai seorang manusia dan Muslim. 

Mia dalam 7HM pun jadi diri sendiri. Dia outspoken, degil, tapi at the same time dia tahu apa dia buat, apa dia mahu. But now, Mia dah jadi orang lain sebab termakan dengan kata-kata banyak pihak. 

Tolonglah karakter Sarah jangan berubah dalam RASN2. Kak Siti Rosmizah tolong dengarin kata-kata gue. 

5. Other outsider

Dulu, Mia beria sayangkan Mak Andak dan sanggup jadi Ayu untuk dia. Tapi sekelip mata hanya kerana kata-kata ibunya, Mia jadi jijik dengan wanita itu.

Sebenarnya aku rasa disebabkan dia mengandung, Mia agak sensitif dengan orang luar. Mak Andak dan Kenit adalah orang dari keluarga miskin yang mempunyai hubungan baik dengan keluarga Khuzairi. Mia sepatutnya sedar, salah satu kebaikan keluarga Khuzairi adalah mereka bersifat ihsan pada mereka yang kurang bernasib baik. Mia harus hormati hubungan baik itu. 

Rasanya, tak kisah jika Mia tiba-tiba berubah tidak menerima kehadirian Mak Andak dan Kenit. Cuma,janganlah ditonjolkan sangat kebencian itu. Dia boleh saja layan mereka macam mana dia layan arwah Buntat dahulu. Iaitu dengan menjauhkan diri. 

Khuzairi perlu sensitif dengan keadaan ini. Dia sepatutnya boleh baca yang Mia mahu menjauhkan diri dari mereka namun jika mereka masih melangkaui batas yang ditetapkan, Mia tidak teragak-agak untuk bertindak di luar jangkaan. Aku pandang perbuatan Mia pada mereka hanyalah sebagai satu bentuk pertahanan diri. Rasanya Khuzairi sendiri sedar perkara itu tapi kerana asakan orang sekeliling yang tak begitu mengenali hati budi Mia Adriana, dia bertindak menghukum Mia.

Itu saja tentang Mia Adriana. 

Aku hanya nak cakap karakter kegemaran aku dalam cerita ni selain Doktor Zaidi adalah Sofi. Aku suka ketenangan dan kesabaran dia. Dia lebih nampak seperti seorang peguam yang berpelajaran daripada Mia Adriana. Tbh, aku bukan nak kata dia karakter yang terlalu baik macam heroin sinetron yang menyebalkan. Tapi cukup sekadar dia jaga diri dan orang sekeliling yang dia sayangi. Dia masih jaga dan sayang ayah dia walaupun dengan kejahatan yang dia buat (dan masih buat), dia ambil berat ibu bapa mertuanya, dia masih hormatkan bekas suaminya walaupun lepas dia dia diceraikan dengan cara yang menyakitkan dan masih jadi kawan baik Mia walaupun Mia selalu pertikaikannya. 

Dia tak cuba confront dengan orang yang dirasakan jahat seperti Syakila dan Puan Hayati. Dia masih layan mereka dengan baik cuma tetap berhati-hati. Aku rasa sikap dia patut dicontohi.

Another 21 episod. 

God help me

No comments:

Post a Comment