Monday, 9 August 2021

why 'andai itu takdirnya' novel should not be adapted into drama?

 jadi setelah bertahun, aku akhirnya dapat baca novel 'andai itu takdirnya 2'. serius, baca sinopsis belakang kulit buku pun dah menaikkan darah aku apatah lagi membaca keseluruhan novel itu.

selepas drama rindu awak separuh nyawa jadi popular, ada ura-ura mengatakan siti rosmizah mahu mengadaptasi novel pertamanya, 'andai itu takdirnya' ke kaca tv. 

my reaction is NO.
here's why:

1. the cliche storyline

sinopsis AIT boleh disimpulkan sebagai kisah kahwin paksa antara individu berlainan darjat, dengan tema keganasan rumah tangga melampau.  iyelah, kahwin paksa ada banyak genre, ada yang kelakar, ada yang menyedihkan. jadi AIT berada dalam kategori menyedihkan. 

kisah kahwin paksa itu sendiri dah klise, dan aku tak suka point keganasan rumah tangga itu diromantikkan seolah-olah ia adalah perkara biasa.mungkin tindakan aleya mengahwini aizril kerana fitnah tangkap khalwat itu memang tak dapat dielakkan tapi apa yang berlaku selepas perkahwinan mereka itu....serius, ada jalan keluar instead kau just tadah dan justifykan semua tindakan suami kau. 

setia pada perkahwinan yang menzalimi diri kau adalah sesuatu yang sangat dilarang dalam islam. aku tahu memang realitinya ramai perempuan yang stay dalam perkahwinan toksik hanya kerana kekangan kewangan dan judgement masyarakat sekeliling. tapi tolonglah, aku nak sangat baca satu karya yang mengangkat wanita itu boleh berdiri dengan sendiri tanpa perlu lelaki kaya romantik yang menyelamatkan dan membahagiakan mereka. 

 paling utama, their foundation of love pun tak cukup kuat. aku tak nampak kenapa perlu seorang perempuan baik yang hampir sempurna(kecuali tak kaya) jatuh cinta pada seorang lelaki yang dia tahu berperangai buruk walaupun hensem, kaya dan popular. yeah, it really happen in real life, ada je orang yang bercinta tak guna otak. cuma, untuk pergi jauh ke alam perkahwinan dan hidup menderita kerana cinta yang rapuh itu, sangat tak berbaloi. 

perempuan di luar sana perlu diajar untuk tak jadikan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian. 

tangkap basah, kena kahwin.
mengandung anak luar nikah, kena kahwin.

sudah-sudahlah tu. jangan buat keputusan yang salah hanya untuk menutup malu yang sementara. aku lebih suka jika perempuan diberi alternatif lain selain dari perkahwinan apabila berhadapan dengan masalah diatas. dah tiba masanya untuk minda kita berubah dan berhenti jadikan perempuan itu mangsa keadaan.

2. the weak character

aleya adalah gadis cantik lulusan luar negara yang jatuh hati pada rakan universitinya, syed aizril yang popular, kacak dan kaya. kerana perbezaan personaliti dan latar belakang, sengketa tercipta antara mereka walaupun hakikatnya perasaan cinta sudah timbul antara mereka. 

aku suka watak sarah (RASN), intan (CCC), dan mia (7HM) kerana mereka adalah perempuan badass yang ada personaliti kuat. tapi aleya, dia agak naif. dia seperti karakter wanita lemah lembut sopan santun yang cantik dalam filem era 90 an. okaylah kan, siti rosmizah mempelbagaikan watak dalam novelnya, cuma kadangkala kebaikan dan kenaifan nya itu jatuh di tahap menjengkelkan. 

dan macam yang aku cakap pada point satu, the hero, syed aizril is totally a duchbag. dia hanya hensem, kaya dan popular...tak ada satu pun personaliti yang menambat hati. oh, dan bermulut manis ala-ala kasanova kelas satu. which is the type that i despise. 

at least, nazril nazim (RASN) & danny (CCC) yang mungkin mempunyai ciri luaran yang sama (hensem, kaya,popular) tapi mereka masih ada sifat yang menyenangkan dan buat kita jatuh cinta. aku memang tak boleh nak suka karakter aizril sebab he is nothing but an egoist and rude man. dia try too hard to be a romantic and kind man, which aku rasa mcm...entahlah. keikhlasan tu tak sampai. but maybe it works on some woman, on aleya. 

okay, ingat tak karakter aril dalam drama Andainya Takdir? dia pun digambarkan seorang yang panas baran. at times, aku tak tahulah maybe sebab it is shukri yahya, tapi aku betul-betul tersentuh bila ditunjukkan momen bahagia aril dan fatiha. it is like, kita boleh tengok aril sebenarnya seorang yang lembut dan penuh kasih sayang terutama kepada fatiha. dia takkan layan mana-mana orang sebaik dia layan fatiha (dan fatiha juga yang menerima layanan paling buruk). jadi walaupun kita marah dengan perbuatan aril tp kita masih simpati pada aril sebab kita rasa dia sebenarnya keliru dan lost. 

but i dont feel the same with aizril. like semua kebaikan yang dia buat is questionable, hanya manis mulut je lebih. dan memang betul pun, dalam AIT2, dia boleh ungkit semua kebaikan yang dia buat dan melayan aleya beribu kali ganda lebih teruk. 

mamat ni memang ada masalah pengurusan ego. 

apa yang aku boleh komen tentang AIT2, ia macam kak siti rosmizah masukkan semua kes penceraian yang dia handle dalam satu cerita dan buat pembaca bengkek. semua cerita tentang keganasan rumah tangga aleya dan aizril aku percaya boleh jadi kisah benar, tapi penyelesaian yang diberikan aku rasa sangat tak adil untuk mereka yang benar-benar terhimpit dalam masalah ni. 

aku tak suka keganasan yang diromantikkan. ye, manusia boleh berubah. tapi manusia juga perlu diajar untuk membela dan mempertahankan diri mereka sendiri instead of tunggu orang lain untuk berubah dan betulkan keadaan. aku tahu, keganasan rumah tangga juga kadangkala menjadikan suami sebagai mangsa. aku bukan nak prejudis pada lelaki. tapi pada kebanyakan kes, wanita diserang pada kelemahan mereka iaitu secara fizikal, yang mana akan memberi kesan kepada sumber kekuatan mereka iaitu emosi. 

so yeah, tak payahlah tayangkan benda negatif kat tv. semua orang tengah struggle sekarang. tak payah tambahkan sakit hati orang. 

but kalau ada pembuat skrip yang kreatif untuk jadikan cerita ni sebagai satu cerita yang boleh beri pengajaran dan kekuatan pada wanita terutamanya, feel free to do it.

pastu kan, aku rasa lah. lebih baik kau buat drama tentang novel teme abdullah daripada novel ni. 

No comments:

Post a Comment