Aku selalu 'terserempak' dgn cerita bollywood yang best dari komentar youtuber indonesia. kalau nak tahu sinopsis penuh taip je "when a man heart hurt" dgn thumbnail tulis 'kabur saat nikah, pembalasan 5 tahun yang sempurna'.
ya, cringe. tapi cerita ni best.
dia light, tak berat atau deep.
tapi setiap apa yang berlaku make sense.
aku suka penulis cerita yang sensible.
Permulaan cerita: Perkahwinan yang diatur antara bakal seorang pekerja kerajaan, Sattu dan pelajar universiti perempuan yang cantik dan bijak, Aarti. Aarti anak yang baik, dia ikut je cakap ibu bapa dia yang mahukan dia berkahwin sebelum hujung tahun. tapi Aarti juga bukan seorang perempuan yang mudah mengalah. Dia masih pujuk ibu bapanya supaya benarkan dia sambung belajar lagi, bekerja dan baru berkahwin. Oleh kerana ketegasan bapa dia, harapan terakhir Aarti adalah bakal suaminya.
Sattu: What do you expect in a husband?
Aarti: A husband that can allow me to work
Sattu, a typical average guy come from an average family yang akan bekerja sebagai kerani kerajaan di jabatan...aku rasa kalau kat Malaysia macam SPRM. Dia okey je dgn expectation Aarti. Dia kata sayang kalau ijazah disia-siakan. Lagipun kos sara hidup mereka boleh tanggung sama-sama.
Aarti: What do you expect in a wife?
Sattu: *saying all the typical chores a wife have to do
...all of that, i dont want. i just want my wife to be my friend. respect and take care of my parents.
Siapa tak jatuh cinta lahai
Dan Aarti sangatlah cantik dan fun. Dia bukan perempuan paling gila-gila, tapi cukup sekadar perempuan yang suka gembirakan diri dia dan orang sekeliling dia.
Then they agreed to get married.
Issue yang timbul adalah tentang dowry. Kebanyakan budaya masyarakat India, pengantin perempuan yang akan beri dowry atau duit hantaran pada pengantin lelaki. Sattu dan ayahnya, being a respectful gentleman tak nak dowry yang tinggi dari pihak perempuan. Tapi ibu Sattu dan pak cik dia berkeras nak hantaran hampir 2 lakhs bersamaan rm 142K tunai. kepala bana kau.
Tapi bapa Aarti chill je. Dia nak jual tanah kat kampung. Dia sanggup buat apa saja untuk satukan Aarti dan lelaki yang dia cintai. Yup, Aarti dan Sattu memang dah bercinta bagai nak rak.
Memanglah aku menyirap dengan mak Sattu, tapi aku agak terkesima dengan hujah dia
Bapa Sattu: Why we cant just not accept any dowry from them?
Mak Sattu: Then, you dont think about your daughter? How can we afford to give high dowry to the bridegroom?
Sebab tu dalam Islam, hantaran ni tak wajib sebab tak nak susahkan orang untuk berkahwin. Yang penting adalah mas kahwin, sebagai tanda penghargaan pada si perempuan sebab besar harganya untuk seorang perempuan mendedikasikan hidupnya hanya untuk seorang lelaki. Lainlah lelaki, dia boleh berkahwin sampai empat.
The wedding is still on. Aarti dan Sattu dua-dua ada perwatakan yang menarik and they enjoy each other company. Sampailah hari pernikahan mereka.
Aarti left her wedding.
Sattu jadi devastated.
Cut story short it is an action without thinking. Nanti aku cerita sebabnya.
Lima tahun berlalu, Aarti dah jadi seorang pegawai kerajaan, lebih kurang district officer gitu (agaknyalah). Bidang pekerjaan dia banyak menghubungkan menguruskan tender kerajaan, jadi faham faham jelah jenayah rasuah ni memang biasa.
Dan Aarti tak terlepas dari jadi pegawai yang menerima rasuah.
Cop, jangan terkejut dulu. Aarti sebenarnya dituduh menerima rasuah, walau pihak SPRM (aku panggil SPRM jela ye, senang korang paham) memang ada bukti kukuh. Jadi ketua Aarti beritahu untuk jumpa pegawai SPRM yang handle kes dia.
Cuba teka siapa pegawai tu? Sattu ler.
Ace gila kau, bekas bakal laki tak jadi kau handle kes tuduhan rasuah kau. Lepas tu dah lah kau tak minta maaf lagi dengan dia. Macam yang boleh diagak, Sattu of course gunakan peluang ni untuk balas dendam pada Aarti.
Tengah Aarti terkejut beruk tengok Sattu, Sattu act cold and serious. Dia gunakan bahasa formal dengan Aarti dan pulangkan paku buah keras pada Aarti. Dulu Aarti cakap kalau kerja SPRM ni senang terima rasuah, tapi Sattu kata dia takkan terima rasuah. Dan sekarang;
Aarti: I dont & wont receive bribe, I swear
Sattu: Well now you are part of the system, so bribery is normal,right
The exact same thing Sattu ulang kata-kata Aarti dulu. Burn weh.
Then SPRM diketuai Sattu pun geledah rumah Aarti cari bukti. Rumah Najib Rosmah kena geledah pun tak macam ni weh. Aarti ada simpan gambar Sattu dan hadiah hari jadi yang lelaki tu beri dia, dua-dua dia musnahkan, koyakkan. Sampai hati wehh.
Pastu Aarti being perempuan, merayu rayu la pada Sattu supaya berhenti siasat dan dakwa dia. Dia benar-benar tak bersalah. Hari-hari dia datang office Sattu bincang kes ni, hari-hari juga makin banyak bukti (dari temuramah dengan orang yang bekerja dengan Aarti) yang tak menyebelahi Aarti.
Pada mulanya Aarti tanpa sedar do things that Sattu used to love. Iaitu pakai baju pink setiap kali nak jumpa Sattu. Then Sattu assume her like a slut woman who try to seduce him with her pretty face dan provoke Aarti untuk do things like kissing or hugging. Dan macam-macam Sattu buat dan cakap yang buatkan Aarti sangat sangat menyesal sebab tinggalkan perkahwinan mereka dulu. He is a guy you dont want to mess with.So Aarti sedih Sattu dah jadi lelaki yang lain dari yang dia pernah kenal. Jadi Aarti berhenti pakai baju pink supaya Sattu berhenti salah sangka.
Aarti masih merayu pada Sattu menjelang perbicaraan kesnya. Dia minta tolong Sattu supaya tolong defend dia untuk semua dakwaan tu. Aarti malah merayu depan kawan-kawan Sattu time lelaki tu keluar makan dengan diorang. Bila Sattu malukan Aarti, Aarti jadi marah sampai ikutnya ke tandas. So they have a talk. Rough talk.
Until now, perasan tak aku hanya bercerita dari sudut Aarti. Now kita bercerita dari sudut Sattu in that rough talk.
Sattu: You left me on our wedding day. How could you? You know I love you so much. You left me for that high status job.
Aarti tinggalkan Sattu sebab (okay benda ni tak logik skit) malam perkahwinan dia tu juga dia dapat tahu dia lepas ujian nak jadi pegawai kerajaan. So dia gembira la sebab dapat kahwin dengan lelaki yang dia suka dan dapat kerja best at the same time. Then kakak Aarti interrupt ;" You know that your mother in law wont allow you to work after marriage? I ask her days before and she so firm with her decision". Jadi Aarti tanya shoule her lepaskan that job. Then kawan dia kata ini peluang sekali seumur hidup, lagipun tarikh lapor diri exactly esok. Kalau nak pujuk mak mertua dia memang payahlah. Sebab tu Aarti decide nak pilih kerja tu instead of getting married. In my opinion, sebab bila kita dah terikat dengan perkahwinan, we slowly lost our power to make decision untuk diri kita sendiri. Akan ada pihak suami, pihak keluarga sendiri, pihak keluarga mertua. Thats why Aarti left.
Kembali pada that rough talk.
Sattu: I call you many times that night, you care to meet me to explain things? Or even say sorry. Kalau kita tak jumpa dalam kes ni, mesti sampai bila-bila awak tak nak jumpa saya pun, kan
Aarti: Awak rasa saya suka buat keputusan tu? Saya terpaksa. Mak awak takkan bagi saya bekerja, saya nak buat apa
Sattu: At least awak fikir pasal saya, awak bincang dengan saya! Saya call awak kan, kenapa awak tak nak bincang dulu dengan saya?
And suddenly, that words hit me. Sebenarnya, aku rasa, aku pun akan buat keputusan macam Aarti kalau aku kat tempat dia. I will choose career over a marriage. Tapi kalau Aarti betul-betul cintakan Sattu, dia akan fikirkan lelaki itu lebih dari dia fikirkan tentang mak mertuanya. Dia boleh je bincang dengan Sattu yang dia nak kerja despite mak mertua tak bagi. Benda boleh bincang, kenapa nak larikan diri. Sattu betul.
Kesan dari ditinggalkan oleh Aarti, bapa Sattu hampir sakit jantung sebab malu. Mereka dipaksa oleh pak cik Aarti untuk pulangkan wang dowry padahal dah tentulah dorang dah pakai sikit untuk belanja kahwin. Adik Sattu kena kacau dengan lelaki jahat yang kata mereka boleh kahwin free dengan adik Sattu, just to downgrade her dignity. Mak Sattu terpaksa jual barang kemas untuk bayar dowry pengantin lelaki adik Sattu dan langsaikan hutang dengan keluarga Aarti.
Kembali pada that rough talk (lagi).
Aarti makin tambah minyak dengan cakap; "Awak fikir kalau saya tak tinggalkan awak, awak boleh jadi pegawai ke? Awak mungkin masih seorang kerani. Jadi ada hikmah yang besar saya tinggalkan awak, awak boleh usaha keras untuk berjaya macam hari ni".
Sattu bukan lelaki macam tu. Dia tak nak pun pangkat harta ni. Masa tu dia hanya nak Aarti. Dan sekarang baru dia sedar, sebab utama Aarti tinggalkan dia adalah sebab Aarti takkan sanggup hidup dengan kerani cabuk macam dia. Aarti makin stress dan ugut Sattu untuk buat kacau kat situ.
Diorang jadi penat bergaduh, Aarti pula dah surrender kata tangkaplah dia, masukkan dia dalam penjara. Dia dah tak larat dilayan macam sampah oleh Sattu. She want to make scene depan tandas. Then Sattu pujuk dia like the old time. Sumpah sweet weh.
Lepas tu bila aku ingat diorang dah berbaik, rupanya Sattu masih nak kenakan Aarti. Dia kata dia akan tolong Aarti kalau Aarti cium dia. With passion. Aarti cam...'err aku ingat kita dah okey? ni kenapa jadi setan balik?'. Sattu cabar Aarti untuk bermalam dengan dia kat hotel. Aarti of course tak nak.
Then Sattu beri dia satu lagi pilihan.
Bribe dia dengan duit rasuah yang Aarti terima, lebih kurang 2 juta (duit india) camtu.
Sambung ke entri seterusnya.
No comments:
Post a Comment