Saturday, 20 July 2024

Komen tentang ‘Ipar adalah Maut’

 Ia bukan review tapi komen tentang filem ni. Sebab aku tak tengok penuh filem ni tapi tengok few clips kat youtube yang begi full review.

Bila dengar atau baca isu kecurangan, I try not to generalized. Means aku takkan samakan karakter Aris dengan Alif Aziz or Alif Teega. All of them ada karakter dan cerita kecurangan yang berbeza.

I think, bak kata Zhaf, filem ni bagus dalam mengetengahkan isu ni dengan tak point finger pada satu pihak saja atau buat satu watak saja yang jahat. All of them kecuali Raya (Aris & Nisa’s daughter) is to be blamed. 

1. Mak Nisa rasa ini semua salahnya sebab suruh Rani tinggal dengan Nisa bila dia dapat tawaran belajar di err Solo kot nama tempat tu. Dia tahu anaknya tu ada tendency utk buat yang bukan-bukan jadi tipikalnya dia percayakan si sulung untuk jaga si bongsu. 

Rani salahkan mak dia sebab tak percayakan dia dan kata semua ni takkan jadi kalau mak dia tak paksa tinggal di rumah Nisa. 

Despite losing her marriage, until the end Nisa tak pernah salahkan mak dia. Sebab dia pun seorang mak. Dia faham macam mana kerisauan seorang ibu terhadap anak yang takkan pernah putus walaupun dah besar panjang. 

Dan sebagai anak sulung, aku nak cakap skit dengan orang macam Rani yang assume mak bapak trust lebih pada anak sulung so they are their favorite. Dengar sini budak, first of all aku percaya semua parents sayang anak-anak mereka. The fact yang parents selalu suruh anak sulung jaga adik beradik yang lain means kami dapat amanah untuk jadi pengganti sementara mereka. Ia adalah tanggungjawab, my friend. Bukan maksud mereka sayang kami lebih. And in fact as for me, kadang-kadang itu melelahkan as if anak sulung tak boleh ke buat sesuka hati mereka tanpa pedulikan adik beradik. Kami ni siapa nak jaga pula? 

So yeah, whatever it is, kalau tak langgar syariat, jangan salahkan mak bapak.

Peringatan untuk diri sendiri.

2. Aris at one point salahkan Nisa sebab benarkan adiknya tinggal bersama mereka. Rani salahkan Nisa sebab abaikan suami dengan sibuk berniaga. 

They are not wrong. 

But let me remind you who the one yang sokong dan push Nisa untuk teruskan bakat membuat kuih dan berniaga. It is Aris, malah sebelum mereka berkahwin. I believe it yang drive Nisa utk bersungguh dalam perniagaannya. Dia cinta dan percayakan suami dia, dia tak nak hampakan harapan suaminya utk tgk dia berjaya.

But of course kejayaan tak datang tanpa pengorbanan. Salah Nisa di sini adalah tidak berbincang secara telus dengan Aris. Kadang2 orang lelaki ni poyo je cakap “I akan support you sayang, go chase your dream” tapi bukan itu yang mereka perlukan. Ada jenis lelaki yang hanya mahu isteri berada di sisi mereka, seperti tipikal perempuan tradisional. Which is tak salah tapi kau kena kabor la betul-betul. Sebab nampak sangat bila Nisa minta izin utk spend byk masa dalam perniagaan, Aris macam terpaksa setuju. 

Salah Nisa lagi ialah terlalu percayakan suami dan adiknya. Tak terlintas di fikirannya yang hubungan ipar bukanlah sesuatu yang boleh diambil enteng dan biarkan saja mereka duduk berduaan di rumah. Nisa kena sedar Aris masih seorang lelaki dan Rani masih seorang perempuan. 

Bila dia sedar benda ni, semuanya dah terlambat.

3. Of course bintang ketiga untuk dipersalahkan adalah Aris. Mak cik bawang yang tengok cerita ni mesti kata “Lelaki gatal, tak cukup satu”, sambil meludah muka Aris. 

Lelaki ada satu nafsu dan itu adalah perempuan. Troy dimusnahkam oleh perempuan, hidup Macbeth kacau bilau sebab perempuan. Sebab itu lelaki kena berhati hati dengan sesiapa saja perempuan selain mahram mereka. Lelaki tak boleh tunjukkan concern yang lebih lebih sebab perempuan akan mudah untuk salah faham. 

Jadi mereka tak boleh ditinggalkan sendirian untuk mengurus nafsu mereka. Kena ada iman di dada, kena ada pengawasan dari isteri atau autoriti yang lebih tinggi macam ibu bapa. Itupun at some cases, it cannot stop them to do bad things to woman.

Yup, lelaki kesunyian bla bla bla just to protect the sister like his own yada yada pastu tak sangka terjatuh suka sampai cakap “Kamu memberikan aku kebahagiaan berbeza”.

Wak lu.

I dont care you want to love anybody selain isteri kau tapi boleh tak jangan buat dosa? Boleh tak jadi gentleman? Kau ada banyak akal tahu, gunakan sebaiknya. 

Aku paling nak tumbuk muka dia bila dia menangis menggila cakap “Maafin aku Nisa”, merayu bagai. I was like, no you are not sorry mister and right now you are not being man too. Nisa punya respon more to emotional cause, tapi bagi aku what hurt is he has violated Allah’s law.

Aku letakkan diri aku sbg seorang kakak, mcm Nisa. Minta dijauhkan jadi pada aku dan keluarga aku. Aku tak marah kau sebab kau bercinta dengan adik aku. Aku marah kau sebab kau rosakkan maruah adik aku, bangsat. Kenapa masa kau tiduri adik aku lepas tu kau tak menangis menggila kat tikar sembahyang sebab dah buat dosa?  

A true man will stand up dgn kesalahannya, dan bertanggungjawab utk konsekuens kesalahannya. Bukan menangis merayu si isteri yang dikhianati dan berharap si isteri maafkannya. 

This is fucking her sister, her own blood, how can you unsee the damage that has been done? Cuba kalau Nisa tidur dgn abang kau, kau koyak tak?

I dont care kalau ada isteri yang masih nak terima kesalahan yang macam ni. You do you, I respect your descision. Even ada isteri yang masih terima suami walaupun suami dah buat benda tak senonoh kat anak. But for me, it is a NO. Aku mohon sangat Tuhan tetapkan hati aku utk say No pada benda benda macam ni. It is never a Yes kalau kau langgar hukum Tuhan. Apatah lagi kalau ia melibatkan jenayah macam pencabulan ke atas kanak kanak dan kes rogol.

I mean yes, penzina boleh berubah. Silakan berubah, aku doakan yang terbaik utk kau. Tapi untuk berada disisi kau menyaksikan semua itu, aku tak mampu. 

As much as I had my anger towards this man, I know apa apa pun dia masih ada hak pada Raya. Raya perlukan seorang bapa. Kalau Nisa teruskan kebenciannya dengan tak benarkan Raya berhubung dengan Aris, apa yang jadi pada Rani boleh berulang pada Raya. As long as he is a good father, Raya berhak dapat kasih sayang Aris. 

4. Dan ini dia, perempuan ketiga dalam perkahwinan kakaknya sendiri, Rani. Masyarakat sekarang lebih senang menyalahkan si perempuan dengan gelaran penyondol and such.

but here, maybe aku akan meletakkan sedikit saja kesalahan pada Rani. Aku percaya semua ini berlaku bukan kerana dia saja saja nak runtuhkan rumah tangga kakaknya macam seorang artis perempuan malaysia buat pada kawan baiknya.  

Tapi kerana Rani, sesuai usia mudanya adalah seorang perempuan yang naif dan kekurangan kasih sayang seorang bapa. Di entri aku yang lepas, as I said, mula mula Rani see Aris as a father figure yang dia tak pernah dapat. Aris lindungi dia dari budak lelaki yang nak buat jahat padanya, Aris be kind to her like a big brother hantar dan ambil dari universiti. Tapi lama kelamaan dia mula nampak sosok Aris yang tampan sebagai lelaki yang dia perlukan sebagai partner dalam hidup.

Aris seem tampan dan ‘baik’, and ‘need her’ the way she need him. 

So put two lonely human together plus syaitan then boomed, keselingkuhan terjadi. 

I wouldnt say she bad for teruskan hubungan terlarang tu. I would say she, again, naive and delusional. She dont know what this relationship will take her but she like it. Dia tak fikir kalaupun they end up together, realiti yang mereka perlu hadapi sangat tough. Even one day kalau Nisa dah boleh maafkan dia, she can be the paranoid wife yang risau suami dia akan jatuh cinta dengan kakak dia semula. Because Nisa obviously ada kerjaya yang baik and can be independent while dia hanya perempuan muda yang terperangkap dengan seorang lelaki tua yang pernah hot satu ketika dulu. Kalau bukan dengan Nisa, Rani surely akan jealous dgn sesiapa saja perempuan yang rapat dengan Aris as if she KNOW so much how easy that guy is. 

Non stoppable insecure, paranoid…take that bitch. Itu belum lagi kena tadah dengan umpatan keluarga, jiran dan kawan kawan. 

Why I am mentioning this? Sebab the ending of the film menunjukkan hubungan mereka membuahkan ‘hasil’. Tahniah. 

Its either Aris buat keputusan untuk kahwin dengan Rina, bertanggungjawab dan be like the above situation. Atau Rina jadi ibu tunggal yang besarkan anak sendiri dan affecting her future. 

Karma is a bitch.

See, kesan paling buruk terjadi pada si perempuan. Sebab tu adik adik dan diri ku sendiri, jaga diri baik baik. Tak, korang bukan cool sebab dapat sailang kakak sendiri, tidur dengan pensyarah hot macam Aris. You just become the most pitiful person on earth. 




Friday, 19 July 2024

this is not a feminism entry

 Lately, I have been watching a lot of things.

From the usual Israel attack on Palestin to the scandalous husband & sister in movie ‘Ipar adalah Maut’.


And then I encounter the controversy of Noni, the former of AF participant, the murder of Farah Kartini.All these things lead me to one conclusion.Like it or not, woman must know how to take care of themselves.


Rani's character in IAM,a new college student who live with her sister.As much as in Islam,this thing is not encourage,  it is a common thing even in Malaysia.The parents & the students want to save living cost while studying,plus the sibling can take care of each other.


I know ‘matlamat tak menghalalkan cara' but sometime,we just have to do it.But maybe all the friend that I know who did this really can take care of themselves,so there is no problem.


Cara menjaga diri apabila ada bukan mahram di rumah. Ini dari pov Rani ya. Tips ini juga boleh dipraktikkan bila keluarga berkumpul sewaktu hari raya;


  1. Jaga pakaian. Sayang oh sayang, tahulah Indonesia tu panas macam Malaysia tapi janganlah tidur pakai shorts & tank top macam tu. Boleh tak jadi alert sikit. Kalau kau tidur pakai pijama lengan panjang dan seluar panjang itu lebih selamat mana tahu kau tiba-tiba tengah malam mamai nak pergi bilik air. Masa tengah sedar tu ambillah langkah pencegahan.
  2. Dont be in the same room with bukan mahram. Biarlah orang kata kau heartless tak nak tolong abang ipar kau yang tengah betulkan shower. Kau cakap je kau ada kat luar bilik, kalau dia jatuh panggil bomba selamatkan. Simple je weh.


Dari sudut emosi dan psikologi, aku faham Rani dibesarkan tanpa bapa. He see abang ipar dia as a father figure yang dia perlukan untuk sayang dan protect dia. Aris did a great job protect her at the campus, mungkin itu yang menyentuh hati Rani. Tapi masih perlu set your boundary. Aku hangin betul dengan babak tercium dalam hujan tu. Like amenda jela.


I wont talk much about the whole movie, maybe in other time. Right now I want to talk about woman taking care of themselves.


Aku tak tahulah kalau industri hiburan kat malaysia ni dah jadi macam hollywood dengan kejadian artis dari baik pergi ke jahat, terutama perempuan. Kalau kau tak faham ayat ni meh aku bagi contoh, Fathia Latif.


Aku tahu ujian nak jadi baik sangat tinggi. Kalau tak kenapa Hazeman Huzir banyak kali merentan menangis sebab rasa susah jadi baik. 


Terutama artis wanita yang sebelum ni elok bertudung malah berniqab, kemudian berubah. I want to know why. Awak keluar rumah orang tarik tudung awak ke macam apa yang berlaku di Amerika selepas 11 September? Lepas awak bertudung lebih ramai lelaki kacau awak ke? Kalau ia hanya berkenaan pekerjaan, tolonglah saya mohon untuk bertahan. Awak nampak cantik bila bertudung, sekarang di era 2024 banyak je watak utama perempuan bertudung. Malah artis macam Mira Filzah beberapa kali jadi trendsetter utk penampilan bertudung. Iman manusia ni berubah ubah , I know. 


But just set boundary to your muslimah appearance. Hari ni pakai tudung labuh, esok pakai tudung sarung ariani, nak keluar berkebun depan rumah pakai turban yuna ke. Up to you tapi please please please kekal bertudung. Awak akan rasa keberkatan hidup bila ikut syariat Tuhan. Susah, yes of course. Tapi itulah yang selamatkan awak bukan saja di dunia tapi akhirat. 


Macam Dahlia Syazwan kata “ Kalau kau rasa cantik, then ia belum lagi syariat compliance. Tapi kalau kau rasa ‘i could do better but i NEED to do like this’, kau rasa banyak benda kau terpaksa sacrifice then it is good”.


Aku tak nak kata asbab buka tudung mendorong seseorang untuk menjadi jahat atau tak betul. Tapi sedikit sebanyak bila kita tahu kita bawa imej Islam dengan bertudung, kita lebih tahan diri kita dari buat benda benda merepek. Takdenya kau tengok niqabis buat live bukan-bukan dan memalukan.


Again, I really want to know WHY benda ni mcm penyakit berjangkit. Seorang buka tudung tiba-tiba ramai buka tudung.I am far from perfect and even takut masa taip benda ni, aku akan diuji dgn kata-kata aku. Tapi aku harap ada orang yang tegur aku kalau aku menyimpang.


Kalau ada yang tiba2 mention “Hey Farah Kartini seem like a good girl pakai tudung, but bad things still happen to her”.


Okay, retards, dengar sini. 

Takdir kematian seseorang bukan bergantung pada either dia baik atau jahat, dia pakai tudung ke tak. Kematian tu pasti even untuk innocent child macam adik Nurin Jazlin, Nurul Huda. Kau nak cakap mereka tak pandai jaga diri, or mak bapak mereka tak pandai jaga anak? Meh sini aku tumbuk muka kau.


Things happens, so sebelum ia berlaku kau sebagai orang dewasa yang berotak please take action to avoid it. At least kalau kat mahkamah akhirat si pembunuh/ perogol tiba2 mention “dia yang goda saya utk bunuh dia”.


At that moment, satu badan kau akan defend kau.

“Hey, dia pakai handsock okay”

“Dia pakai tudung labuh tutup dada”

“Dia tundukkan pandangan”.


Perbicaraan terus tamat dan kau menang seh.

Get it now why important utk jaga diri kau. Bukan saja utk selamat tapi boleh jadi hujah utk apa2 yg jadi pada kau, di dunia dan akhirat.


Ya, susah jadi manusia, especially perempuan. Jadi janganlah saja saja langgar syariat pastu salahkan orang sebab mengata or even do sth bad to you. Cop, aku bukan referring to kes Farah ya. Aku maksudkan dengan the fact perempuan yang dedahkan aurat online dan kemudian marah lelaki dekati mereka sebab tubuh mereka. What you expect, woman? Ada ustaz will come and marry you and happily ever after?


Ah migrain aku. 

To da loo

Attachment.png

Monday, 8 July 2024

my famous ex-boyfriend aka petrichor

 Novel kak shai uncle boss mama akan di drama-kan. peranan utamanya, joshua akan dibawa oleh merqeen dan heroin dia aku serius lupa nama (dan malas nak google). mak cik farah ayuni kata dia pernah berlakon dengan mk kclique dan tak best. entahlah apa-apa jela. 

tapi seriously, aku cuba memberikan dua pelakon ini peluang untuk membawa naskhah ini sebaiknya. i mean nadhir nasir & kembar mira filzah did a great job in my famous ex-boyfriend. honestly, that drama isnt good not because of the acting, bahkan aku rasa pemilihan hael husaini as haque zuhal is so perfect. aku cuma nak salahkan script writer nya for making that piece into a crap.

1. Aku rasa nama kembar mira filzah tu Qas something. So kita panggil dia Qas sajalah ye. Aku tahu watak Sameera dimudakan dan dengan itu, kematangan Sameera dalam buku mungkin tak dijumpai dalam drama. I mean Sameera dalam novel takkan pergi main roller blade kat tempat bbnu (aku suka nadhir nasar ada buat ad-lib tentang ini), takkan konon menjaga adab tapi di scene lain selamba pegang tangan anak teruna orang lain, takkan buat tuduhan bodoh tanpa usul periksa. Sameera dalam novel pun ada salah faham dengan Jamie, tapi dia tidak sedramatik Sameera versi drama. 

I dont know because I still harapkan si Qas ni bawa vibe Mira Filzah yang selalu elak babak bersentuhan  atau the fact yang Sameera in novel memang takde nak ada skinship dengan Jamie, tapi aku quite dissapointed la untuk part ni. 

2. You miss the big point of making Haque the ultimate villian in this story. Bukan Ms Suraya, bukan si tunang artis dia tu, dan why the heck Ned kena mati? Honestly kan, aku rasa as a senior actor, Ryzal Jaafar is the perfect actor untuk watak Ned. Muka dia memang akan-akan Hael Husaini as Haque (which being mention in the novel), the sarcastic trait pun ada, cuma aku tak puas hati bab rambut tu. The stylist could do better. 

No, ini bukan dari drama Dunia Baru. Time tu rambut dia cacak

Anyway back to Haque. 

I think Hael can do better with Haque character. Dua-dua sukakan muzik, dua-dua pandai cipta lagu. I mean the scriptwriter could higlight that more untuk tutup kekurangan Hael pada sisi Haque yang lain. They actually did in MFEB Raya tapi sis, if it takes two time (drama & telemovie) for you to highlight the character, then you are not a good writer. 

Haque dalam drama hanya terlibat dengan dadah, which somehow make him as a victim. Yelah, famous, stress then ambil dadah. Not a new thing sincerely. Tapi Haque dalam novel is the true villian. Dia mempergunakan semua orang hanya untuk kepentingan diri dia. Sejak dia popular, dia dah tak peduli pun tentang Sameera dan people from his past. Dunia hiburan dan mengubah dia jadi seseorang yang tak berperikemanusiaan. 

Aku rasa benda ni adalah isu yang sangat penting untuk diuar-uarkan. Bukan satu dua kes artis terlibat dengan kes zina (yeah, i dont find any other suitable word), dan worst be pedofilia. Sampai ustaz pun tak mustahil terlibat. Memanglah kat Malaysia ni tak seteruk US tapi just stop all this bullshit thing la. Jenayah zina dan pedofilia nilah yang nanti akan datangkan lebih banyak masalah macam LGBT, seks bebas, rogol dan such. Sampai artis dah tak takut atau malu kena tangkap zina. 

'Ex-Boyfriend' means something from your past yang mungkin kau rasa baik, perfect and such. Kau boleh highlightkan tipikal kenaifan seorang perempuan untuk stay mencintai seseorang yang toksik, yang berubah sifat apabila dia 'Famous'. And it suit hubungan Jamie dan Yaya juga. Yaya Ex Wife yang toksik, abusive dan tiba-tiba jadi famous sebab menjaja cerita rumah tangganya sampai menghancurkan hidup Jamie. It could be a powerful piece dari siri abusive marriage yang dipaparkan dalam kebanyakan karya Siti Rosmizah.

But well, maybe Malaysia not ready for that. Mungkin My Famous Ex-Boyfriend hanya layak jadi sedangkal para gadis muda biasa yang berangan mereka mempunyai boyfriend yang famous, dicurangi dan si boyfriend menerima tulah kerana kecurangan tersebut. 

Haih~ Hangin pula aku memikirkannya. 

3. The unnessary break up scene is the cherry on top of my dislike towards the drama. Jamie dan Sameera adalah watak yang matang. Diorang dah kena abuse perasaan, physical, mental...they really dont have time untuk berfikir macam budak sekolah yang 'hei awak kita break kejap boleh. saya nak fokus study'. SERIOUSLY.

Huh, kenapalah bukan Kak Nadia Khan yang tulis screen writer. Korang para writer buat apa eh kat writer room tu. Korang boleh tak berfikir macam orang dewasa yang matang. Just because Kak Shai bukan penulis popular macam Siti Rosmizah and such tak semestinya karya dia boleh dipijak2 macam tu ye. She has a degree in political science, is excellent in language dan dan biasa tulis berita tentang showbizz Hollywood, movie review. Korang should do better than her. Masalahnya korang malas kan!

Banyak lagi adegan unnessary yang menaikkan darah aku. Tiba-tiba pula mak Sameera bercinta dengan Uncle, tiba-tiba pula Mira terberanak masa Sameera kahwin, tiba-tiba Farah Fisya jadi mak cik dari Kokdiang...urghhh menyirap pula aku. 

Korang penulis ni boleh tak jadi kreatif macam penulis kat Korea. Do you know the cast in the upcoming drama (masa tu lah) Sassy Girl Chun Hyang make a special appearance dalam drama My Girl and semua orang jadi hype untuk tengok drama tu. It ends up dua-dua drama adalah antara drama yang paling diingati sampai sekarang oleh budak-budak 90 an. Kalau korang study the pieces, bincang dengan the the novelist, korang akan tahu watak Fisya yang Sameera jumpa kat hospital adalah watak utama dalam karya dia sebelum ni Uncle Boss Mama. 

Sekarang korang nak keluarkan Uncle Boss Mama dan huh, kenapa tak ambik mak cik kokdiang yang korang hire dalam MFEB tu? Korang boleh panggil Merqeen, Hun Haqeem jadi cameo yang sebenarnya takde fungsi, tapi tak boleh buat watak Fisya tu as cameo for the upcoming drama Uncle Boss Mama? Huh, lemah betul.

Ya, sesiapa yang terkejut Meerqeen ada dalam MFEB boleh tengok scene Jamie hantar rombongan meminang. 

Okay done membebel. Kucing aku buat bising. Bye

you either die as a hero or live long enough to see yourself become the villian

 i dont know tapi kisah seorang influencer yang dikatakan menyalahgunakan duit orang ramai just caught my attention. honestly satu ketika dahulu ketika semua orang bercerita tentang perniagaannya, aku langsung tak tahu, tak kenal dia. aku tahu pun selepas mak aku bercerita dia mahu membeli tudung jenama influencer tersebut di paradigm mall.

apatah lagi untuk aku mengenalinya sebagai sosok pempengaruh yang selalu berkongsi hal agama. dalam erti kata lain, aku tak berminat untuk tahu lanjut mengenai kisah dia dan rumah tangganya, walaupun selepas tular kisah perkahwinan poligaminya.

cuma apabila cerita tentangnya keluar di channel youtube Donivia Channel, aku terpanggil untuk menulis komen pada video tersebut. waktu itu cerita tentang penipuan duit dermanya aku rasakan hanya satu khabar angin yang tidak ada pokok pangkal dan bukti. jadi aku komen untuk semua orang berhenti menghina atau menuduhnya tanpa sebarang bukti, apatah lagi ketika itu beliau sedang berada di arafah untuk menunaikan ibadah haji.

aku bukan mahu membelanya ketika itu, cuma aku mahu masyarakat belajar untuk bersabar dalam menghakimi sesuatu atau seseorang. jangan tunjukkan sangat keinginan kau untuk lihat seseorang yang berjaya jatuh dan terpalit dengan fitnah. 

apabila ceritanya makin hangat diperkatakan, dan dengan penglibatan PW Community di Facebook, makin ramai pula yang tampil memberi penjelasan dan menyatakan cerita mereka. HH menafikan penglibatan secara langsung dengan entiti kebajikan influencer tersebut, influencer tersebut dan pasangannya sekadar memberi penjelasan tanpa mengambil apa-apa tindakan, penglibatan seorang pempengaruh agama yang lain....i dont know man. things just get nasty.

walaupun aku pengikut HH, jujurnya aku tak boleh nak mengiyakan semua kata-katanya. bak katanya, jangan menjadikannya satu idola sembahan. i know his story and that just that. aku bukan hakim nak jatuhkan hukuman pada sesiapa.

cuma, pengajaran yang aku boleh dapat dari sini ialah great power comes with great responsibility. i know every human in this earth bermula dengan jiwa yang suci tanpa dosa. mereka membesar dengan nilai-nilai yang diajarkan oleh ibu bapa dan guru. some of them berjaya capai cita-cita, diberi rezeki yang cukup dan dikenali ramai. apabila berada di tahap ini, kecenderungan mereka untuk kekal relevan sangat penting apatah lagi kerana mereka pemilik perniagaan. 

mereka perlu memilih karakter untuk kekal relevan. sama ada menjadi pempengaruh yang sentiasa mempamerkan kemewahan materialistik, menjadi pempengaruh yang gila-gila dan sentiasa mencetus kontroversi atau pempengaruh yang menyebarkan kebaikan dengan kerja-kerja amal.

sifir untuk melakukan kerja amal ni sangat mudah. bila kau dah popular, kau mempunyai kredibiliti untuk mengumpul fund. people trust you to give their money. apatah lagi kau memang mempunyai bakat berkata-kata yang mampu mencairkan hati mak cik dan pak cik sekalian.

dan di sinilah kau diuji. sama ada segala kebaikan kau terpalit dengan fitnah atau kebaikan itu menjadi topeng kerakusan kau pada keduniaan. you see money, you want to have it for yourself rather than give them to the person that supposed to have it. atau kau dah melakukan semua mengikut law, tapi ada mata jahat yang ingin lihat kau jatuh. dalam hal ini, kesalahan kau hanyalah tidak menyimpan bukti kukuh atas semua transaksi yang dilakukan. tidak ada black and white yang boleh bantu kau tepis fitnah tersebut. 

mungkin saja kau ada black and white, tapi ada sesuatu yang lain yang kau perlu lindungi, menyebabkan kau tak mahu semua keributan ini dibawa ke mahkamah. macam watergate scandal, a small scandal that will uncover a big scandal.

aku disini, seperti 'wartawan' di luar sana hanya boleh menyangka itu dan ini. hakikatnya hanya tuan empunya diri dan Tuhan saja yang tahu. apa yang kami boleh buat hanyalah mendoakan pihak yang tertindas dibela dan pihak yang menindas mendapat hukuman. dunia dah nak akhir zaman dik, tak payahlah nak main skandal tahap rendah macam ni. tak berbaloi pun dengan azab yang tengah tunggu kau kat akhirat sana. 

bercakap tentang isu semasa, aku terbaca cerita tentang 'Cik Anis' yang gembira bila keluar mahkamah. Aku tak nak komen pasal itu, tapi bila aku tengok video tu, aku macam menyampah. and it makes me think it is so easy to constantly hate someone yang buat kesalahan, padahal sepatutnya kau hanya perlu bencikan kejahatan yang dia lakukan. Sebab Nabi s.a.w pun menyantuni dan tak berdendam dengan musuh, selain Wahsyi. Itupun baginda tidaklah menjatuhkan hukuman pada Wahsyi, atau menyuruh dia dipulaukan, cuma baginda saw tidak mahu memandang wajahnya (menunjukkan baginda saw juga seorang manusia yang tidak sempurna). 

ya, maybe kita perlu ambil pendekatan yang sama. kalau memang terbenci pada si pelaku, tak payah ambil tahu, baca atau pandang muka dia pun. just live your life without acknowledge her existence. it will help you get a peace in life.