Monday, 8 July 2024

you either die as a hero or live long enough to see yourself become the villian

 i dont know tapi kisah seorang influencer yang dikatakan menyalahgunakan duit orang ramai just caught my attention. honestly satu ketika dahulu ketika semua orang bercerita tentang perniagaannya, aku langsung tak tahu, tak kenal dia. aku tahu pun selepas mak aku bercerita dia mahu membeli tudung jenama influencer tersebut di paradigm mall.

apatah lagi untuk aku mengenalinya sebagai sosok pempengaruh yang selalu berkongsi hal agama. dalam erti kata lain, aku tak berminat untuk tahu lanjut mengenai kisah dia dan rumah tangganya, walaupun selepas tular kisah perkahwinan poligaminya.

cuma apabila cerita tentangnya keluar di channel youtube Donivia Channel, aku terpanggil untuk menulis komen pada video tersebut. waktu itu cerita tentang penipuan duit dermanya aku rasakan hanya satu khabar angin yang tidak ada pokok pangkal dan bukti. jadi aku komen untuk semua orang berhenti menghina atau menuduhnya tanpa sebarang bukti, apatah lagi ketika itu beliau sedang berada di arafah untuk menunaikan ibadah haji.

aku bukan mahu membelanya ketika itu, cuma aku mahu masyarakat belajar untuk bersabar dalam menghakimi sesuatu atau seseorang. jangan tunjukkan sangat keinginan kau untuk lihat seseorang yang berjaya jatuh dan terpalit dengan fitnah. 

apabila ceritanya makin hangat diperkatakan, dan dengan penglibatan PW Community di Facebook, makin ramai pula yang tampil memberi penjelasan dan menyatakan cerita mereka. HH menafikan penglibatan secara langsung dengan entiti kebajikan influencer tersebut, influencer tersebut dan pasangannya sekadar memberi penjelasan tanpa mengambil apa-apa tindakan, penglibatan seorang pempengaruh agama yang lain....i dont know man. things just get nasty.

walaupun aku pengikut HH, jujurnya aku tak boleh nak mengiyakan semua kata-katanya. bak katanya, jangan menjadikannya satu idola sembahan. i know his story and that just that. aku bukan hakim nak jatuhkan hukuman pada sesiapa.

cuma, pengajaran yang aku boleh dapat dari sini ialah great power comes with great responsibility. i know every human in this earth bermula dengan jiwa yang suci tanpa dosa. mereka membesar dengan nilai-nilai yang diajarkan oleh ibu bapa dan guru. some of them berjaya capai cita-cita, diberi rezeki yang cukup dan dikenali ramai. apabila berada di tahap ini, kecenderungan mereka untuk kekal relevan sangat penting apatah lagi kerana mereka pemilik perniagaan. 

mereka perlu memilih karakter untuk kekal relevan. sama ada menjadi pempengaruh yang sentiasa mempamerkan kemewahan materialistik, menjadi pempengaruh yang gila-gila dan sentiasa mencetus kontroversi atau pempengaruh yang menyebarkan kebaikan dengan kerja-kerja amal.

sifir untuk melakukan kerja amal ni sangat mudah. bila kau dah popular, kau mempunyai kredibiliti untuk mengumpul fund. people trust you to give their money. apatah lagi kau memang mempunyai bakat berkata-kata yang mampu mencairkan hati mak cik dan pak cik sekalian.

dan di sinilah kau diuji. sama ada segala kebaikan kau terpalit dengan fitnah atau kebaikan itu menjadi topeng kerakusan kau pada keduniaan. you see money, you want to have it for yourself rather than give them to the person that supposed to have it. atau kau dah melakukan semua mengikut law, tapi ada mata jahat yang ingin lihat kau jatuh. dalam hal ini, kesalahan kau hanyalah tidak menyimpan bukti kukuh atas semua transaksi yang dilakukan. tidak ada black and white yang boleh bantu kau tepis fitnah tersebut. 

mungkin saja kau ada black and white, tapi ada sesuatu yang lain yang kau perlu lindungi, menyebabkan kau tak mahu semua keributan ini dibawa ke mahkamah. macam watergate scandal, a small scandal that will uncover a big scandal.

aku disini, seperti 'wartawan' di luar sana hanya boleh menyangka itu dan ini. hakikatnya hanya tuan empunya diri dan Tuhan saja yang tahu. apa yang kami boleh buat hanyalah mendoakan pihak yang tertindas dibela dan pihak yang menindas mendapat hukuman. dunia dah nak akhir zaman dik, tak payahlah nak main skandal tahap rendah macam ni. tak berbaloi pun dengan azab yang tengah tunggu kau kat akhirat sana. 

bercakap tentang isu semasa, aku terbaca cerita tentang 'Cik Anis' yang gembira bila keluar mahkamah. Aku tak nak komen pasal itu, tapi bila aku tengok video tu, aku macam menyampah. and it makes me think it is so easy to constantly hate someone yang buat kesalahan, padahal sepatutnya kau hanya perlu bencikan kejahatan yang dia lakukan. Sebab Nabi s.a.w pun menyantuni dan tak berdendam dengan musuh, selain Wahsyi. Itupun baginda tidaklah menjatuhkan hukuman pada Wahsyi, atau menyuruh dia dipulaukan, cuma baginda saw tidak mahu memandang wajahnya (menunjukkan baginda saw juga seorang manusia yang tidak sempurna). 

ya, maybe kita perlu ambil pendekatan yang sama. kalau memang terbenci pada si pelaku, tak payah ambil tahu, baca atau pandang muka dia pun. just live your life without acknowledge her existence. it will help you get a peace in life.


No comments:

Post a Comment