Monday, 8 July 2024

my famous ex-boyfriend aka petrichor

 Novel kak shai uncle boss mama akan di drama-kan. peranan utamanya, joshua akan dibawa oleh merqeen dan heroin dia aku serius lupa nama (dan malas nak google). mak cik farah ayuni kata dia pernah berlakon dengan mk kclique dan tak best. entahlah apa-apa jela. 

tapi seriously, aku cuba memberikan dua pelakon ini peluang untuk membawa naskhah ini sebaiknya. i mean nadhir nasir & kembar mira filzah did a great job in my famous ex-boyfriend. honestly, that drama isnt good not because of the acting, bahkan aku rasa pemilihan hael husaini as haque zuhal is so perfect. aku cuma nak salahkan script writer nya for making that piece into a crap.

1. Aku rasa nama kembar mira filzah tu Qas something. So kita panggil dia Qas sajalah ye. Aku tahu watak Sameera dimudakan dan dengan itu, kematangan Sameera dalam buku mungkin tak dijumpai dalam drama. I mean Sameera dalam novel takkan pergi main roller blade kat tempat bbnu (aku suka nadhir nasar ada buat ad-lib tentang ini), takkan konon menjaga adab tapi di scene lain selamba pegang tangan anak teruna orang lain, takkan buat tuduhan bodoh tanpa usul periksa. Sameera dalam novel pun ada salah faham dengan Jamie, tapi dia tidak sedramatik Sameera versi drama. 

I dont know because I still harapkan si Qas ni bawa vibe Mira Filzah yang selalu elak babak bersentuhan  atau the fact yang Sameera in novel memang takde nak ada skinship dengan Jamie, tapi aku quite dissapointed la untuk part ni. 

2. You miss the big point of making Haque the ultimate villian in this story. Bukan Ms Suraya, bukan si tunang artis dia tu, dan why the heck Ned kena mati? Honestly kan, aku rasa as a senior actor, Ryzal Jaafar is the perfect actor untuk watak Ned. Muka dia memang akan-akan Hael Husaini as Haque (which being mention in the novel), the sarcastic trait pun ada, cuma aku tak puas hati bab rambut tu. The stylist could do better. 

No, ini bukan dari drama Dunia Baru. Time tu rambut dia cacak

Anyway back to Haque. 

I think Hael can do better with Haque character. Dua-dua sukakan muzik, dua-dua pandai cipta lagu. I mean the scriptwriter could higlight that more untuk tutup kekurangan Hael pada sisi Haque yang lain. They actually did in MFEB Raya tapi sis, if it takes two time (drama & telemovie) for you to highlight the character, then you are not a good writer. 

Haque dalam drama hanya terlibat dengan dadah, which somehow make him as a victim. Yelah, famous, stress then ambil dadah. Not a new thing sincerely. Tapi Haque dalam novel is the true villian. Dia mempergunakan semua orang hanya untuk kepentingan diri dia. Sejak dia popular, dia dah tak peduli pun tentang Sameera dan people from his past. Dunia hiburan dan mengubah dia jadi seseorang yang tak berperikemanusiaan. 

Aku rasa benda ni adalah isu yang sangat penting untuk diuar-uarkan. Bukan satu dua kes artis terlibat dengan kes zina (yeah, i dont find any other suitable word), dan worst be pedofilia. Sampai ustaz pun tak mustahil terlibat. Memanglah kat Malaysia ni tak seteruk US tapi just stop all this bullshit thing la. Jenayah zina dan pedofilia nilah yang nanti akan datangkan lebih banyak masalah macam LGBT, seks bebas, rogol dan such. Sampai artis dah tak takut atau malu kena tangkap zina. 

'Ex-Boyfriend' means something from your past yang mungkin kau rasa baik, perfect and such. Kau boleh highlightkan tipikal kenaifan seorang perempuan untuk stay mencintai seseorang yang toksik, yang berubah sifat apabila dia 'Famous'. And it suit hubungan Jamie dan Yaya juga. Yaya Ex Wife yang toksik, abusive dan tiba-tiba jadi famous sebab menjaja cerita rumah tangganya sampai menghancurkan hidup Jamie. It could be a powerful piece dari siri abusive marriage yang dipaparkan dalam kebanyakan karya Siti Rosmizah.

But well, maybe Malaysia not ready for that. Mungkin My Famous Ex-Boyfriend hanya layak jadi sedangkal para gadis muda biasa yang berangan mereka mempunyai boyfriend yang famous, dicurangi dan si boyfriend menerima tulah kerana kecurangan tersebut. 

Haih~ Hangin pula aku memikirkannya. 

3. The unnessary break up scene is the cherry on top of my dislike towards the drama. Jamie dan Sameera adalah watak yang matang. Diorang dah kena abuse perasaan, physical, mental...they really dont have time untuk berfikir macam budak sekolah yang 'hei awak kita break kejap boleh. saya nak fokus study'. SERIOUSLY.

Huh, kenapalah bukan Kak Nadia Khan yang tulis screen writer. Korang para writer buat apa eh kat writer room tu. Korang boleh tak berfikir macam orang dewasa yang matang. Just because Kak Shai bukan penulis popular macam Siti Rosmizah and such tak semestinya karya dia boleh dipijak2 macam tu ye. She has a degree in political science, is excellent in language dan dan biasa tulis berita tentang showbizz Hollywood, movie review. Korang should do better than her. Masalahnya korang malas kan!

Banyak lagi adegan unnessary yang menaikkan darah aku. Tiba-tiba pula mak Sameera bercinta dengan Uncle, tiba-tiba pula Mira terberanak masa Sameera kahwin, tiba-tiba Farah Fisya jadi mak cik dari Kokdiang...urghhh menyirap pula aku. 

Korang penulis ni boleh tak jadi kreatif macam penulis kat Korea. Do you know the cast in the upcoming drama (masa tu lah) Sassy Girl Chun Hyang make a special appearance dalam drama My Girl and semua orang jadi hype untuk tengok drama tu. It ends up dua-dua drama adalah antara drama yang paling diingati sampai sekarang oleh budak-budak 90 an. Kalau korang study the pieces, bincang dengan the the novelist, korang akan tahu watak Fisya yang Sameera jumpa kat hospital adalah watak utama dalam karya dia sebelum ni Uncle Boss Mama. 

Sekarang korang nak keluarkan Uncle Boss Mama dan huh, kenapa tak ambik mak cik kokdiang yang korang hire dalam MFEB tu? Korang boleh panggil Merqeen, Hun Haqeem jadi cameo yang sebenarnya takde fungsi, tapi tak boleh buat watak Fisya tu as cameo for the upcoming drama Uncle Boss Mama? Huh, lemah betul.

Ya, sesiapa yang terkejut Meerqeen ada dalam MFEB boleh tengok scene Jamie hantar rombongan meminang. 

Okay done membebel. Kucing aku buat bising. Bye

No comments:

Post a Comment