Friday, 2 March 2018

bebelan si kakak tua

Assalamualaikum.
Greetings.


1. Aku tengah gila Hwayugi a.k.a A Korean Odyssey. So aku nak jerit pada Lee Seunggi dengan lagu ni.

"Let me out. Berhenti berlari-lari dalam hati saya"

Gitu.

Aku tahu aku tahu, ceritanya memang khurafat, sama macam Goblin. Boleh pula ada banyak Tuhan lepas tu menyamar jadi manusia. Jalan cerita tentang Tuhan tu semua tolak ke tepi. Aku hanya rasa karakter Seunggi dan heroin tu unik. Macam mana mereka 'terpaksa' bercinta padahal masing-masing boleh menyebabkan kematian masing-masing, bertapa degilnya mereka dengan takdir hidup dan cinta mereka.

Btw, aku ada terbaca satu komen peminat tentang drama Goblin dilihat sebagai situasi pedofilia. Aku cam....heh? Aku hanya boleh pandang Gong Yoo as a hot ajusshi and Go Eun as a cute girl. Pedofilia is another serious issue I think.

2. Dewasa kini (cehh) semua orang nak bagi pandangan terhadap apa yang berlaku dalam hidup artis dan selebriti. Menjadi dewasa dengan video-video Matluthfi dan buku-bukunya buat aku bersyukur sebab aku tak terjebak dalam kancah itu.

"Hang asyik rasa itu ini tapi tak pernah fikir apa orang lain rasa"-Matluthfi

Kita bukanlah siapa-siapa melainkan orang yang sibuk nak jaga tepi kain orang. Kenal melalui televisyen, radio, media sosial adalah lain dengan kenal orang itu secara realitinya. Apatah lagi dengan kecetekan ilmu kita sebagai warganegara marhaen ni, rasanya pandangan dan 'rasa' kita tak penting kot kalau ia sekadar berasaskan emosi kecemburuan serta hasad dengki.

Selebriti tu buat onar di kelab sambil menjual tudung.
Selebriti tu khianat perkahwinan kawan baik dia.
Selebriti tu putus tunang kerana boros.

Aduhai, kalau isu bijak untuk dijadikan spekulasi tak apa. Sebabkan 'keyboard warrior' dan gosip sebeginilah aku malas buka Facebook atau Youtube.

Konklusi dan pengajaran yang kita boleh dapat dari 'novel' diatas adalah mungkin kita perlu kaji semula siapakah insan yang kita 'look up to'. Selebriti ni bukan dari golongan ustaz ustazah yang dipenuhi ilmu agama tasawuf fikh, jadi tak perlulah mereka dijadikan sebagai idola. Dan janganlah pula kita 'look down' pada mereka hanya untuk buat kita rasa diri kita lebih hebat dan mulia. Itu je sebenarnya.

Menegur dan menerima teguran adalah satu pilihan (wajib menegur pada perkara mungkar tapi aku rasa lebih baik autoriti yang berkuasa untuk tegur supaya teguran tu tak jadi seperti angin yang berlalu). Jadi kita kena hormat antara satu sama lain. Bak kata Ustaz Kadir Al Jufri pagi tadi, 'betulkan niat betulkan niat setiap kali kita nak buat kebaikan'. Kita je tahu apa niat kita tanpa perlu lafazkan pada orang lain.

Secara tak langsung aku pun dah jadi macam netizen lain yang cuba nak bagi pandangan. Mungkin sebab aku dah penat dengar dan baca bebelan semua orang tapi tak mampu nak senyapkan mereka. Lagipun kat blog ni macam lorong belakang kedai runcit Ah Chong (bukan nama sebenar) yang sunyi.

Menjerit pada blog supaya kegilaan ini semua berkurang.

3. Benz Ali buat buku baru. Tajuk tak ingat tapi aku ingat quote Kurt Cobain yang dia letak kat belakang buku.

"They laugh at me because I weird. But they dont realised that they are 'common' and ordinary"

Gitulah bunyinya. Aku malas Google ayat sebenar.

Tapi aku macam terfikir, ada beza tentang menjadi unik dalam kalangan ramai orang dan juga menjadi anti-sosial yang hidup dalam dunianya sendiri.

Pahe dok?

Macam ada seorang artis beri kenyataan dia tak dapat penghargaan bila dia jadi baik. Tapi bila dia jadi pelik, jahat sikit semua orang sedar akan kehadiran dia.

Tak payah pening kepala dengan orang sebegini, aku pun tak tahu sama ada mereka di jalan yang benar atau salah.

Mungkin boleh beri contoh Rasul junjungan kita Muhammad s.a.w. Baginda unik dalam ke-ramai-an manusia seluruh dunia. Memang pada mulanya baginda pun dipanggil gila kerana cuba membawa pembaharuan. Tapi bersama dengan ajaran yang baginda bawa, baginda s.a.w bawa bersama hati hati yang baginda telah sentuh. Maknanya baginda tak berseorangan dalam perjuangan itu. Baginda tak seperti 'si anti-sosial yang hidup dalam dunianya sendiri'.

Baginda lembut pada tempatnya, tegas pada tempatnya dan paling penting baginda adalah orang yang paling banyak menangis dan tawaduk walaupun sudah dijanjikan syurga kelas pertama.

Sebab itu aku skeptikal terhadap golongan seperti Benz Ali dan selebriti itu. Mereka ada pandangan mereka hasil dari pengalaman hidup mereka, jadi aku sekadar hanya mampu hormatkan itu. Tidak lebih sekadar hormat antara sesama manusia.

Aku percaya orang yang hebat tak perlu canangkan tentang apa yang mereka percaya dan yakin. Cukup sekadar melihat amalan (yang hanya Allah s.w.t saja tahu keikhlasannya) dan akhlak mereka.

4. Aku ada anger management issue. Tapi aku tak suka crave for everyone attention. Dan sebenarnya aku cuma takut untuk berhadapan dengan orang. Sebab aku rasa insecure dengan diri aku sendiri. Aku cuma takut aku jadi orang yang sentiasa rasa dirinya betul, orang yang pentingkan diri sendiri dan orang yang dah tak berperasaan.

It is an apocalypse,dear.

Disclaimer: Aku pun tak paham dengan poin nombor 4 aku.
bye.

No comments:

Post a Comment