Friday, 14 June 2019

the chronicle of uia 2 : aku yang kau tinggalkan

masih masih masih masih....
*itu kamu-estranged

haha. masih dengan topik uia. jadi drama kedua beliau yang aku tengok adalah ....

aku yang kau tinggalkan

aku dapat tahu tentang cerita ni lepas baca komen di youtube (semasa menonton drama TLU). aku check out the trailer and teaser pastu....pergh jatuh cinta plus curious.

seorang perempuan cantik manis berkahwin dengan lelaki cacat. macam beauty and the beast. tapi kemudian lelaki tu berubah jadi hensem dan normal tapi dah tak cintakan perempuan tu sebab perempuan tu tinggalkan dia.

macam tulah gambaran teaser yang diberikan.bapak menarik kan.

maka tercongoklah aku depan phone aku, siap download app rtm supaya boleh tgk drama tu tanpa gangguan. dari ramadhan pertama hingga ke hari 30, rutin aku adalah sebelum buka tengok skit (pukul 7), makan 10 minit lepas tu sambung tengok. bila iklan cepat-cepat ambil sembahyang dan sembahyang dengan tenang. bila dah pukul 8, bersiap ke masjid utk terawih atau bersiap utk ke tusyen. pukul 9.30 lepas terawih atau lps habis kelas, ulang balik tgk kat youtube. lepas tu sepanjang nak tunggu pukul 7 keesokan hari, aku dok refresh ig rtm hanya utk tgk teaser harian.

gila kan.

aku pun tak tahulah dengan prestasi ramadhan aku tahun ni. tapi memang aku pastikan aku akan isi diari ramadhan aku dengan solat terawih atau solat sunat.

mula-mula ceritanya agak perlahan, cerita tipikal perempuan kampung yang berkelulusan universiti, jadi tonggak utama keluarganya. nia athirah terpaksa berkorban demi ibu dan adik-adiknya. tapi Tuhan permudahkan dia sebab dia jatuh cinta pada suaminya sendiri walaupun lelaki itu sakit. dia perempuan yang penuh kasih sayang dan kesabaran, siapa je yang tak jatuh cinta.

tapi bila ada yang membuat onar tentang perkahwinannya, nia rasa goyah. dia tahu cintanya pada suaminya belum cukup kuat untuk dia terus bertahan disisi zaril. dia rela mengalah demi melindungi zuriatnya yang mungkin akan jadi mangsa mereka yang busuk hati padanya. tapi bila takdir menemukan mereka semula, semuanya jadi kucar kacir.

masing-masing memendam perasaan marah dan cinta, masing-masing salahkan antara satu sama lain. penipuan demi penipuan dilakukan hanya untuk menutup kebenaran. hmm bangkai gajah masakan boleh disembunyikan. si ayah perlu tahu kewujudan si anak walau bertapa tebalnya tembok pertahanan atau kemarahan si ibu.

nia dan sikap overprotectivenya, zaril dan kemarahan tak terbendungnya, semuanya hilang bila masing-masing tahu kebenaran dan beri peluang kepada pasangan masing-masing. semudah itu, zaril dan nia jadi pasangan yang penuh dengan kasih sayang dan saling melindungi antara satu sama lain.

to be honest, aku suka AYKT versi drama sebab perkembangan ceritanya pada akhir-akhir episod. dalam novel, ia hanyalah satu naratif yang panjang tentang apa yang jadi pada mereka semua. tapi versi drama, macam biasa bila mak mertua kau tak suka kau banyaklah drama yang timbul.

aku suka zaril versi drama yang melindungi isterinya sepenuh hati walau peluang untuk salah faham itu sangat terbuka luas. sebaik saja dia berbaik dengan nia athirah dia seperti mahu melindungi cinta mereka dalam pada masa yang sama cuba menyenangi hati ibunya. paling penting he did it in the most charming and funny at the same time. itulah uia yang dikenali peminatnya sbg seorang yg sempoi.

back to the story, apa yang menjadikan AYKT menarik adalah ia dipenuhi dengan drama- mak mertua ipar duai jahat, anak sisihkan bapa, bapa sisihkan anak, isteri tinggalkan suami, tapi semuanya diimbangi dengan karakter suami yang percaya dan melindungi, isteri yang menjaga aib keluarga, dan anak kecil yang jujur melindungi ibunya. Sifat percaya dan melindungi inilah yang aku jarang jumpa dalam drama lain, yang selalunya si isteri harus berusaha 200% untuk mengelakkan dirinya dari menjadi mangsa fitnah orang lain kerana si suami akan senang-senang saja mempercayai fitnah tersebut. Hubungan rapat yang zaril bina dengan zara juga sangat penting kerana ibu atau isterinya atau orang lain mungkin boleh membohonginya, tapi tidak budak kecil sesuci zara. rasanya ini salah satu alternatif yang boleh digunakan oleh pasangan iaitu mengambil kira pandangan dan perasaan anak mereka dalam menyelesaikan konflik rumah tangga.

cuma mungkin apa yang aku kurang puas hati adalah dipertengahan cerita. main tarik tali sungguh si nia dan zaril sampai rasa mahu saja dilagakan dua kepala batu ini. terutama watak zaril, sekejap nak berdamai, sekejap cakap benci, sekejap nak beri peluang, sekejap ungkit kesalahan....kau nak apa sebenarnya setan? memang dialog yg nia cakap dalam berderet episod mereka di turin adalah 'abang nak apa sebenarnya'. haha. aku pun naik menyirap.

dan nia sebagai seorang ibu yang terlalu melindungi juga melakukan kesalahan dengan menyembunyikan kewujudan zara. mungkin waktu sekarang, dia hanya nampak jika zaril tahu tentang zara, dia akan berpisah dengan zara. tapi pada waktu yang mendatang, dia harus fikir masa depan zara. bagaimana jika anak itu membesar tanpa mengetahui dia masih ada wali. waktu itu, situasi mungkin akan bertambah rumit.

ini juga kali pertama aku mengikuti media sosial para pendukung utama drama ini iaitu siti elizad and uia. uia juga ada memperjelaskan beberapa isu yg dipaparkan dlm drama ini seperti bolehkah seorang lelaki 'gila' berkahwin? dan beberapa isu seperti batas pergaulan. aku suka penegasannya mengenai isu ikhtilat. dia selesa dengan siti elizad sebagai seorang kawan dan sebarang sentuhan itu tidak membawa makna apa-apa bagi dirinya.tp dia juga sedar itu bukan alasan yg kukuh untuk membenarkan sebarang sentuhan antara mereka dan dia seboleh boleh mengelak dari melakukannya.

walaupun produksi drama di malaysia masih kurang menitik beratkan isu tersebut dalam siaran drama (kecuali utk saluran astro oasis atau al hijrah), sekurang-kurangnya uia berani utk meluahkan pandangan peribadinya dalam isu tersebut. dan sebenarnya aku sebagai penonton boleh nampak dia lebih menitikberatkan scene romantik yang hanya bersandarkan kata-kata dan reaksi wajah berbanding scene yang memerlukan sentuhan antara lelaki dan perempuan. ini pandangan aku lah.

untuk versi novelnya, aku suka sebab lebih banyak menerangkan apa yang berlaku pada hidup nia di turin dan tempat-tempat menarik yang dia kunjungi bersama delegasi syarikat zaril. kalaulah versi drama ditunjukkan kemahiran bahasa nia dan jika mereka ada buat research lagi tentang kaedah pembelajaran yang nia aplikasikan pada golongan kurang upaya, pasti lebih sempurna.

hoi panjangnya aku membebel. ok, next drama on the way. hehe





No comments:

Post a Comment