Friday, 14 June 2019

the chronicle of uia

uia tu nama org
bukan universiti islam antabangsa
tapi ungku ismail aziz

hahaha

macam biasa, kalau aku dah crush dengan seseorang selebriti aku akan selidik semua hasil kerja dia dan kehidupan dia sampai ke lubang cacing paling rajin menggali.
hiperbola sangat ni

well ini adalah sebahagian dari drama,filem lakonannya yang aku tengok, dan aku analisis ikut pemahaman dan selera aku. jadi ia mungkin betul dan mungkin salah. no offense to anyone.

teman lelaki upahan

drama ni bersiaran dalam tahun 2015. masa tu aku rasa aku tengah jalani praktikal di fama selangor. maka paham-paham sajalah zaman universiti aku mmg malas kalau nak follow drama melayu, apatah lagi dengan kelajuan internet di rumah sewa aku. drama korea pun aku stop follow waktu tu sebab hari-hari aku terlalu letih untuk layan drama. oh ya, rasanya waktu tu aku follow drama rich man poor woman (japan) kat youtube. sedihnya ia tak full so aku macam terangau tak tahu nak cari kat mana full episode.

anyway, ya ramai orang beritahu aku drama ni best termasuk kawan baik aku si farah. tapi macam biasalah, aku mana pernah dengar cakap dia. drama rich man poor woman (japan) tu dia suruh follow tahun 2013 tapi dua tahun kemudian baru aku tengok. dan ini, TLU dia dah beritahu aku sejak tahun 2015 tapi empat tahun kemudian baru aku tengok. dasar degil dan lambat.

ya allah bila kau nak mula analisis ni, cik kak oi.

first of all, aku hanya kenal uia dari telefilem sutun 2, antara garisan, isteriku bukan tukang masak dan khasyaf imani. syurgamu ramadhan plak aku tengok last episode je but seriously aku terkesan dengan plot dia minta maaf dengan isteri dia yang jahat tu. siti elizad plak, seriously aku paling ingat filem debut dia iaitu kalau tak silap 'kl gangster'. kemunculan dia dalam sitkom sepahtu dan pertandingan realiti kat astro dulu buat aku sedar yang dia sangat berbakat. dan cantik.

aku tak nak tengok TLU atau baca novel dia sbb pertama, aku sangat tak percaya dengan istilah teman lelaki atau teman wanita. mungkin aku akan tertarik kalau tajuk dia suami upahan, sebab bila dah halal barulah senang hati sikit kalau nak tengok or baca babak-babak romantik.

tett! aku salah.

aku suka karakter siti elizad sebagai kyra. dia cantik, dia bitch yang cool, dia seksi and allurring...ciri-ciri yang selalunya kau akan benci tapi she make us love her for her bitchness. dan dia sangat sesuai dengan karakter uia yang sempoi, lawak, selamba tapi masih charming. seriously they are like match made in heaven in dramaland. macam shah rukh khan dan kajol. tambahan, dorang jadi best friend off screen which make them comfortable with each other.

bagi aku TLU versi drama adalah sesuatu yang tak bosan ditonton. part back story of mama kyra yang dikembangkan dari awal cerita memang nampak membosankan tapi aku rasa itu sangat penting untuk mengisi kekosongan yang ada dalam versi novel. tengok la pelakon dia siapa. hehe. babak tambahan dalam komplot tuduhan berzina abang EL pun dilakukan dengan sangat baik, simple tapi berkesan. Ini menunjukkan watak EL sedikit demi sedikit boleh move on dengan cintanya pada Zara. Kalau dia masih mahu dapatkan wanita itu, senang-senang je dia boleh gunakan peluang tu untuk rebut hati Zara. Tapi EL takkan khianati keluarga dia sendiri demi cinta dia yang bertepuk sebelah tangan tu. It means EL sangatlah baik. Heheh. Dah la comel je manja-manja dengan umi dia.

The romantic part is acceptable, tak adalah melibatkan cubaan mencium memeluk atau sewaktu dengannya yang boleh membuatkan aku turn off untuk tengok drama tu. Babak EL sentiasa call Kyra, sentiasa nak spend time dengan dia dan how they look at each other sudah cukup untuk nampak the love spark between them. dan membuatkan penonton senyum seorang-seorang macam orang gila. haha.

aku suka kedegilan dan keegoan kyra mendapatkan apa yang dia nak. she is a bitch, tapi dia bukan slut. dia tak berminat nak rampas haidar dari najwa walau kalau ikut skrip drama lain, perempuan macam dialah yang selalunya jadi perosak rumah tangga orang.bila kyra berubah dari imej seksi dan bermekap tebal kepada sopan dan lebih natural look, seriously aku rasa siti elizad adalah orang yang paling cantik sebagai watak kyra. apatah lagi bila dia pakai tudung. the style is quit weird tapi still she can look so beautiful.

i would say uia sebagai EL tak adalah hensem pecah ovari sangat, tapi kita lebih terpikat dengan watak dia yang boleh masuk dengan semua orang. Siapa je yang tak suka EL. Dan aku sangat terkesan dengan babak dia balas dendam pada kyra. dan aku sangat suka dengan reaksi kyra yang cool and calm bila dilayan sedemikian rupa. dia boleh je melawan macam dulu tapi dia prefer untuk terima saja sebab dia tak nak keruhkan lagi dendam EL.

aku cuma kurang puas hati dengan pengakhirannya yang seperti tergesa-gesa. bukan apa, we want more of sweetness from them. kalau ikutkan novel, memang ada babak sampai dorang pergi bulan madu. which is the reason why aku sanggup beli e-book novel ni semata-mata nak baca the ending. muahaha.

Uia dan siti elizad really nailed their character dengan cara dorang sendiri. dan surprisingly aku pun berpuas hati dengan karakter diorang dalam novel. momen-momen EL dilamun cinta dengan Kyra, momen-momen mereka sakit hati dengan satu sama lain, memang rasa sampai ke lubuk jantung gitu.

dan fun fact, penulisnya, azura rassidin pada awalnya menulis naskhah ini dengan tajuk gadis ego dan lelaki misteri. ada cerita penuhnya di blog penulisan beliau. ia ditulis pada tahun 2010 dan to be honest, mungkin atas faktor umur yang masih muda, naskhah itu aku kira kurang matang dan lebih kepada fantasi.

But i really dont mind sebab tahun 2010, aku berusia 18 tahun dan tergila-gilakan jang keun suk. you know how unmatured you are bila kau minat pada lelaki yang kelihatan spt perempuan.

dalam GEDLM watak EL jadi EZO dan kyra masih kyra. watak haidar jadi alfie, nama bapa kyra jadi dato haidar dan dia tak sakit. Dia hanya mahu kyra kahwin kalau nak harta. EZO yang digambarkan mempunyai mata berwarna biru merupakan anak hartawan kedai emas yang berpusat di Paris (kemain kau eh) dan tidak mempunyai pekerjaan tetap di Malaysia (penganggur terhormat). mereka berkenalan hanya dengan terserempak dia kedai makan (EZO sedang bantu kawannya jd pelayan restoran), kyra hulurkan kad dan minta nombor telefon lelaki itu, kemudian tiba-tiba menawarkan EZO jadi suami upahannya.

weird enough kan.

tapi betullah dari idea yang tak matang itulah lahirnya plot cerita yang lebih realistik seiring dengan perkembangan umur penulisnya. aku akui ia satu nashkah yang klise tapi aku suka plot ceritanya yang kemas, menarik dan penuh drama. bak kata seorang reviewer di goodreads, novel ini adalah lebih tentang mereka yang nak berubah dan mulakan hidup baru seperti yang digambarkan watak kyra.


No comments:

Post a Comment