Friday, 14 June 2019

the chronicle of uia 3: pembancuh kopi mr vampire

aku memang dah simpan niat untuk mengutuk cerita seterusnya ni sejak bulan puasa lagi.
tapi ia sering tertangguh sebab aku sangat malas untuk membuka laptop.

pembancuh kopi mr vampire

to be honest, my first impression pada babak pertama drama ni adalah....aku tak suka. aku tak suka perempuan yang terlalu lembik macam nuzul dan aku tak suka lelaki yang hidung tinggi macam alif irsyad. dia fikir dia mark zukerberg? prince william? great gatsby?

poyo betul untuk aku tahu watak dia adalah jenis lelaki yang hanya pandang orang dari golongan atasan. tolonglah, berapa kerat je melayu malaysia yang kaya dan tak pernah jumpa golongan marhaen, miskin. episod pertama juga menyaksikan melati, sepupu slash girlfriend wannabe irsyad menyumpah seranah dan mengugut nuzul diberhentikan hanya kerana tertumpahkan air ke bajunya.

tolonglah, kyra lydia yang ego tu pun tak ada kecoh-kecoh nak pecat pekerja bagai.

aku rasa babak tu sangat hiperbola, diperbesarkan dan poyo. watak nuzul aku rasakan terlalu tipikal, perempuan biasa yang menggalas tanggungjawab besar. secara realitinya, golongan atasan hanya akan memandang golongan bawahan untuk mengambil kesempatan. kemungkinan untuk anak orang kaya jatuh cinta pada perempuan yang tiada apa-apa adalah bersamaan kosong.

Itulah juga yang difikirkan oleh alif irsyad. tapi dia telah membuat satu kesalahan besar yang memungkinkan semua itu terjadi iaitu menghina, membenci dan menyakiti hati seorang wanita yang tidak bersalah. ia dipanggil karma. benda yang paling kau benci akan jadi benda yang paling kau sayang.

aku percaya pada karma. dan sebab itu aku boleh teruskan menonton cerita ni.

dan lama kelamaan seperti alif irsyad aku juga rasa watak nuzul ni menarik. cantik dan bersahaja. walaupun tahap lemah lembut dia boleh buatkan aku annoying, tapi dialog yang dia lontarkan agak kelakar dan menarik.

basically apa yang aku belajar dalam hidup adalah jangan percayakan, cintakan sesuatu sepenuh hati kau tanpa membenarkan sebarang ruang kesilapan atau kesalahan berlaku dalam sesuatu perhubungan. Ya, kau boleh cintakan seseorang bagai nak rak, tapi kau juga kena bersedia kalau suatu hari nanti cinta tu akan hilang. kau kena persiapkan diri kau dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dalam sesuatu perhubungan. sebab perhubungan melibatkan manusia, dan manusia takkan pernah sempurna.

aku faham alif irsyad sedang melalui fasa jatuh cinta kuasa 18 pada nuzul dan perasaan itu juga yang melemahkan seluruh sistem saraf dan kehidupannya. cinta seharusnya menguatkan, bukan melemahkan. aku tahu, mungkin ramai lelaki akan menempelak pandangan aku.

"perempuan macam tulah. suka mainkan perasaan lelaki kononnya nak berkorban atau nak tegakkan benda-benda bodoh. itu hanya alasan utk tutup ke-bitch-an dorang"

okay satu je aku nak cakap. jadi 'lelaki' boleh tak?

perempuan dikurniakan dengan kemahiran manipulasi yang sangat tinggi, jadi lelaki being a man, boleh tak berpandangan jauh skit. kalau kau cuba masuk dalam otak dan emosi wanita yang berselirat ni, nescaya kau akan terjerut. tapi kalau kau berpandangan jauh, lakukan observasi, kau tentu jumpa hujung dan pangkal dawai-dawai yang berselirat itu dan bolehlah kau leraikan segala benda yang berselirat itu.

see, you cant even understand my words right? itulah perempuan.

aku tak suruh kau jadi positif 24 jam sebab mungkin sebenarnya perempuan itu nak main-mainkan kau. okey, benarkan semua kemungkinan yang positif dan negatif, tapi jangan biarkan ia menghantui kau dalam tempoh yang lama. cuba cari penyelesaian. tanya diri kau, apa yang kau rasa, kau mahu dan perlu. fokus pada itu, ambil tindakan, tolak tepi dendam ke hapa sebab semua tu takkan selesaikan masalah. be a man, dude. jangan sebab seorang perempuan kau jatuh terkulai umpama teratai layu di tasik madu.

memang susah kalau dalam perhubungan, kau harapkan pasangan kau jadi seorang mind reader. kenyataan itu pahit tapi nak makan ubat tanpa perlu rasa kepahitan tu pun ada caranya, bukan. kalau nuzul bincang elok-elok tentang kebenaran yang berlaku empat tahun lalu, mungkin semuanya takkan jadi makin rumit. nuzul harus kenal personaliti alif irsyad yang mmg jenis spoil brat, semua nak kena ikut cakap dia, semuanya kena jelas ikut pemahaman dia. jadi berterus terang adalah jalan terbaik untuk jernihkan keadaan.

hah, kan aku dah bukak kelas kaunseling kat sini.

anyway aku suka beberapa watak tambahan dalam cerita tu. pasangan megat benjamin dan irina yang kelakar dan comel, laila dan saiful yang loving dan bersahaja, dan parents irsyad yang cool and calm. walaupun ada satu masa ibu irsyad membuat tanggapan seperti orang yang tidak ada iman kerana takut cucu nya menghidap autisme kerana nazira ada pertalian darah dengan nuzul (rupanya tidak). bodoh betul.

dalam cerita ni aku cuma nak komen beberapa babak yang buat aku rasa ..."oi oi, jaga ikhtilat oi" terutama part yang membabitkan nuzul dan irsyad. haha. mungkin sbb aku rasa uia ni sgt charming dan akan membuatkan pelakon yang bawa watak nuzul ni akan benar-benar jatuh cinta padanya.

motif kan.

aku hanya baca sikit novelnya, dan nampaknya memang tak jauh beza dengan drama. jadi aku tak dapat nak komen lebih untuk bahagian novel.







No comments:

Post a Comment