Friday, 13 September 2024

dewasa

of all the things that happen in this world

it is hard to live comfortably

i wonder how the one fine day on earth would be like 

the time where all the people that left are the peace warrior

the chosen one that going through hell in the world just to fight for Allah & Rasul

their body bleed but the smile in their face….priceless

they would say ‘alhamdulillah finally we win’

they hug each other, cheers and crying for happiness

but right now…i dont know what even tomorrow would look like

i dont know what will happen to me even in few seconds later

to the future farhana, if you still have access to this, 

if you successfully going through the obstacle,

i just want to say

alhamdulillah, we made it. we made it till the end.

all praise to Allah, and to Him only that I shall hope and pray.

toodaaloo…


Saturday, 31 August 2024

all one

 i wish i could turn back time

to the good dog days

i wish i could not be as complicated as this

i wish i could not have a twisted mind

eventhough in the past and sometime i had death wish, 

but now i much aware that Allah still want me here

He still want to give me chance

To have happy moment

To have sad moment

To be frustrated

But compare to before

I really realised I can only have my hope in Him

He the only thing I trust in this world

Not any of my friends or best friend

Not even my parents

I trust Him

The feeling to be with Him getting stronger each day

I must not losing hope or become weak

I love Him

I just want to be with Him

Please. 

Friday, 23 August 2024

how i am right about liking and disliking ryan reynolds and blake lively

 gitu kan tajuk.

okay, biar aku ceritakan tentang apa yang berlaku sekarang, dimana bermulanya bibit tidak suka. i will go back to the past on why i like them.

seperti yang kita semua tahu, palestin masih berdarah. dan genosid ni betul-betul memberi kesan pada aku, dan mengubah perspektif aku tentang hidup.

boycott2024 bukan sekadar boikot, tapi banyak benda yang kita boleh belajar daripadanya.

ia bukan sekadar membenci artis, membenci jenama, tetapi ia buatkan kita menilai balik apa yang kita buat, apa yang kita suka, apa yang kita gunakan tiap hari. dan kadangkala benda yang biasa bagi kita boleh jadi sesuatu yang asing.

contoh aku makan kfc dari umur aku empat tahun (kot. masa tu dah boleh makan ayam goreng kan). dan pada umur aku 31 nak masuk 32, aku berazam untuk tidak makannya lagi. 

sebab apa?

sebab utamanya ia adalah satu syarikat yang menyokong rejim zionis bahkan bangga memaparkan kesolidaritian mereka

kedua sebab saiz ayam yang makin kecil dengan harga tak berpatutan.

sepanjang genosid hampir 12 bulan ni, ini pertama kali aku rasa yakin dengan diri sendiri untuk tak bergantung pada sesuatu yang common dalam hidup rakyat malaysia. aku boleh je hidup dan bernafas tak makan kfc, mcd. tak tengok disney. tak follow justin bieber (okay, i never follow him. ini contoh je). 

jadi aku rasa benda boikot ni boleh dilakukan oleh semua, and it really helps to lumpuhkan industri gergasi yang sokong zionis. bahkan boleh naikkan banyak jenama, nama tempatan.

bila mlstudio (ya, i am mentioning your company, mat) keluarkan few video tentang deadpool, game deadpool and kisah-kisah marvel hanya kerana nak hype kan filem baru deadpool, I AM FURIOUS.

aku jumpa ramai yang deaftone tentang perkara ni. di ruang komen teratas tak ada satu pun yang cuba membidas content tersebut as if genosid tidak berlaku.they dont realise (atau pura-pura buta) the fact yang Disney adalah pengeluar filem ini dan Ryan Reynolds adalah penderma untuk kanak-kanak di Izrael semasa tragedi 7 Oktober berlaku.

(He actually donate for both izreal and gaza kids foundation but seriously tunjuk kat aku seorang kanak-kanak izreal yang affected teruk dengan tragedi tu. he just playing pr stuff here, like hei i care about what happen in gaza but i dont fully agree with hamas either). 

HOW CAN PEOPLE UNSEE IT AND SIBUK CAKAP TENTANG PLOT DEADPOOL YANG BEST, GAME DEADPOOL YANG BEST? PERFORMANCE RYAN YANG BEST? HOW? TELL ME HOW? 

I used to like lagu Bye Bye dari NSYNC and now aku rasa macam menyampah dengar lagu tu lepas filem deadpool. 

and fun fact, i used to be the huge fan of filem deadpool yang pertama. it has the element of funny and sarcastic. both script and actors play well. aku rasa deadpool adlh superhero yang terbaik selepas batman. yup, aku tak pernah suka superhero marvel. oh ya, aku ada figurine deadpool sedang membaca yang aku simpan sampai sekarang.

i told you i was a huge fan of deadpool aka ryan reynolds.now i dislike him and deadpool too. so f off fan of that movie yg nak bercerita dengan aku tentang those two.

bila kita  tak suka seseorang, kita tak adalah bodoh sangat untuk membenci isteri anak dan segala tok nenek dia. itu tak matang namanya.

but blake lively has a share with this hatred too. 

first, yup dia co-joint donation untuk kanak-kanak di gaza dan izreal. kedua, dia just expose herself as an ignorant white people yang tone deaf dengan issue domestic violence. 

few days, youtube asyik feed aku dgn video tentang how everyone hate her now. aku yang baru lepas dengar ceramah agama feel that 'tak baik tengok video tentang orang menjatuhkan orang'. jadi aku ignore. but harini aku just click out of curiosity about the lala thats going on with her. 

so yes, blake lively layak dibenci. okay, i mean by dibenci is not throwing rocks at her. tapi, just put in your mind, she not a really good person to look up too.

her new movie, it ends with us sedang ditayangkan. tema filem itu adalah tentang domestic violence. ia adalah adaptasi buku popular 2020 semasa pandemik (walaupun buku tu dah release tahun 2016). the story is about how a woman get out from a domestic violence cycle. 

of course aku tak baca lagi tapi dari feedback ramai orang, buku tu bukanlah yang terbaik dari yang terbaik, tapi buku tu sekurang-kurangnya ada mesej dan jalan cerita yang jelas, yang realistik dan paling best, menjadi rujukan dan inspirasi untuk perempuan keluar dari dv. which bagi aku, itu adalah satu kepuasan penulis untuk tahu mesej cerita mereka diterima baik dan digunakan bagi mereka yang memerlukan. macam kau dah buat satu kebajikan tolong insan lemah.

tapi si blake ni, during film promotion, being tonedeaf about the theme and purpose of this movie. dia, yg juga one of the producer, made this film all about herself. dari poster filem hingga ke jawapan di pc, dia hanya fokus pada dirinya sebagai seorang perempuan cantik. 

ada lah sekali dua dia buat statement pasal dv, tapi at most time bila orang tanya soalan serius tentang dv dia just gelak dan jawab tak endah.

'how would you react or say to dv victim if they come to you after watching the film and share their thought'

'i would leave my number and address (so they can contact me if they having problem)'

tak kelakar.

kemudian dia sempat launch produk arak dan produk kecantikan semasa tempoh promosi filem, which dua benda yang takde kaitan dengan dv. so kau kena cantik jadi kau takkan jadi mangsa dv? arak jenama kau boleh kurangkan adrenaline abuser jadi mereka takkan abuse org?

it is so stupid, pentingkan diri sendiri dan hodoh. 

ya, dulu aku suka blake dari zaman gossip girl sebab dia cantik gila. sekarang aku rasa dia perempuan paling hodoh. 

jadi kenapa aku rasa aku betul tentang menyukai dan tidak menyukai ryan dan blake?

aku suka mereka kerana appearance luaran, which zaman sekarang obviously itu yang manusia pandang. kau funny, peramah, cantik...orang suka kau. kau ada kerjaya yang successful, orang suka. kau kaya, orang suka. i do the right thing as typical human should react.

aku juga betul untuk benci mereka sebab perangai ignorant mereka. which is the thing yang human sepatutnya buat, like people because of their kind heart. but the two of them are just famous people who did not give a f about people.

kalau ada orang nak debate dengan aku 'hei kau tak patut boikot seseorang hanya sebab mereka tak sokong palestin'.

well, isu palestin dah tanggalkan semua topeng hipokrit yang konon memperjuangkan hak asasi manusia, yang konon mereka kaya tapi baik hati sebab menderma pada banyak organisasi.

aku takkan judge kalau mereka hanya berdiam dan tak gunakan platform mereka untuk suarakan keadilan. 

tapi aku marah sebab mereka gunakan platform mereka untuk cakap benda bodoh, untuk tunjuk perangai pentingkan diri sendiri, untuk kaut keuntungan dari filem superhero yang tak membantu apa pun di dunia realiti. you are not close to superhero ryan. you just a funny yet ignorant guy. 

tahu tak siapa yang aku lagi marahkan?

those people yang support mereka, masih tengok cerita atau filem mereka, masih percaya they are good people. yes, they maybe good people to certain thing or people. only if those thing give them benefit. else, they just dont care

jadi apalah beza mereka dengan setanyahu atau biden tu hah. 

#freepalestine

Saturday, 20 July 2024

Komen tentang ‘Ipar adalah Maut’

 Ia bukan review tapi komen tentang filem ni. Sebab aku tak tengok penuh filem ni tapi tengok few clips kat youtube yang begi full review.

Bila dengar atau baca isu kecurangan, I try not to generalized. Means aku takkan samakan karakter Aris dengan Alif Aziz or Alif Teega. All of them ada karakter dan cerita kecurangan yang berbeza.

I think, bak kata Zhaf, filem ni bagus dalam mengetengahkan isu ni dengan tak point finger pada satu pihak saja atau buat satu watak saja yang jahat. All of them kecuali Raya (Aris & Nisa’s daughter) is to be blamed. 

1. Mak Nisa rasa ini semua salahnya sebab suruh Rani tinggal dengan Nisa bila dia dapat tawaran belajar di err Solo kot nama tempat tu. Dia tahu anaknya tu ada tendency utk buat yang bukan-bukan jadi tipikalnya dia percayakan si sulung untuk jaga si bongsu. 

Rani salahkan mak dia sebab tak percayakan dia dan kata semua ni takkan jadi kalau mak dia tak paksa tinggal di rumah Nisa. 

Despite losing her marriage, until the end Nisa tak pernah salahkan mak dia. Sebab dia pun seorang mak. Dia faham macam mana kerisauan seorang ibu terhadap anak yang takkan pernah putus walaupun dah besar panjang. 

Dan sebagai anak sulung, aku nak cakap skit dengan orang macam Rani yang assume mak bapak trust lebih pada anak sulung so they are their favorite. Dengar sini budak, first of all aku percaya semua parents sayang anak-anak mereka. The fact yang parents selalu suruh anak sulung jaga adik beradik yang lain means kami dapat amanah untuk jadi pengganti sementara mereka. Ia adalah tanggungjawab, my friend. Bukan maksud mereka sayang kami lebih. And in fact as for me, kadang-kadang itu melelahkan as if anak sulung tak boleh ke buat sesuka hati mereka tanpa pedulikan adik beradik. Kami ni siapa nak jaga pula? 

So yeah, whatever it is, kalau tak langgar syariat, jangan salahkan mak bapak.

Peringatan untuk diri sendiri.

2. Aris at one point salahkan Nisa sebab benarkan adiknya tinggal bersama mereka. Rani salahkan Nisa sebab abaikan suami dengan sibuk berniaga. 

They are not wrong. 

But let me remind you who the one yang sokong dan push Nisa untuk teruskan bakat membuat kuih dan berniaga. It is Aris, malah sebelum mereka berkahwin. I believe it yang drive Nisa utk bersungguh dalam perniagaannya. Dia cinta dan percayakan suami dia, dia tak nak hampakan harapan suaminya utk tgk dia berjaya.

But of course kejayaan tak datang tanpa pengorbanan. Salah Nisa di sini adalah tidak berbincang secara telus dengan Aris. Kadang2 orang lelaki ni poyo je cakap “I akan support you sayang, go chase your dream” tapi bukan itu yang mereka perlukan. Ada jenis lelaki yang hanya mahu isteri berada di sisi mereka, seperti tipikal perempuan tradisional. Which is tak salah tapi kau kena kabor la betul-betul. Sebab nampak sangat bila Nisa minta izin utk spend byk masa dalam perniagaan, Aris macam terpaksa setuju. 

Salah Nisa lagi ialah terlalu percayakan suami dan adiknya. Tak terlintas di fikirannya yang hubungan ipar bukanlah sesuatu yang boleh diambil enteng dan biarkan saja mereka duduk berduaan di rumah. Nisa kena sedar Aris masih seorang lelaki dan Rani masih seorang perempuan. 

Bila dia sedar benda ni, semuanya dah terlambat.

3. Of course bintang ketiga untuk dipersalahkan adalah Aris. Mak cik bawang yang tengok cerita ni mesti kata “Lelaki gatal, tak cukup satu”, sambil meludah muka Aris. 

Lelaki ada satu nafsu dan itu adalah perempuan. Troy dimusnahkam oleh perempuan, hidup Macbeth kacau bilau sebab perempuan. Sebab itu lelaki kena berhati hati dengan sesiapa saja perempuan selain mahram mereka. Lelaki tak boleh tunjukkan concern yang lebih lebih sebab perempuan akan mudah untuk salah faham. 

Jadi mereka tak boleh ditinggalkan sendirian untuk mengurus nafsu mereka. Kena ada iman di dada, kena ada pengawasan dari isteri atau autoriti yang lebih tinggi macam ibu bapa. Itupun at some cases, it cannot stop them to do bad things to woman.

Yup, lelaki kesunyian bla bla bla just to protect the sister like his own yada yada pastu tak sangka terjatuh suka sampai cakap “Kamu memberikan aku kebahagiaan berbeza”.

Wak lu.

I dont care you want to love anybody selain isteri kau tapi boleh tak jangan buat dosa? Boleh tak jadi gentleman? Kau ada banyak akal tahu, gunakan sebaiknya. 

Aku paling nak tumbuk muka dia bila dia menangis menggila cakap “Maafin aku Nisa”, merayu bagai. I was like, no you are not sorry mister and right now you are not being man too. Nisa punya respon more to emotional cause, tapi bagi aku what hurt is he has violated Allah’s law.

Aku letakkan diri aku sbg seorang kakak, mcm Nisa. Minta dijauhkan jadi pada aku dan keluarga aku. Aku tak marah kau sebab kau bercinta dengan adik aku. Aku marah kau sebab kau rosakkan maruah adik aku, bangsat. Kenapa masa kau tiduri adik aku lepas tu kau tak menangis menggila kat tikar sembahyang sebab dah buat dosa?  

A true man will stand up dgn kesalahannya, dan bertanggungjawab utk konsekuens kesalahannya. Bukan menangis merayu si isteri yang dikhianati dan berharap si isteri maafkannya. 

This is fucking her sister, her own blood, how can you unsee the damage that has been done? Cuba kalau Nisa tidur dgn abang kau, kau koyak tak?

I dont care kalau ada isteri yang masih nak terima kesalahan yang macam ni. You do you, I respect your descision. Even ada isteri yang masih terima suami walaupun suami dah buat benda tak senonoh kat anak. But for me, it is a NO. Aku mohon sangat Tuhan tetapkan hati aku utk say No pada benda benda macam ni. It is never a Yes kalau kau langgar hukum Tuhan. Apatah lagi kalau ia melibatkan jenayah macam pencabulan ke atas kanak kanak dan kes rogol.

I mean yes, penzina boleh berubah. Silakan berubah, aku doakan yang terbaik utk kau. Tapi untuk berada disisi kau menyaksikan semua itu, aku tak mampu. 

As much as I had my anger towards this man, I know apa apa pun dia masih ada hak pada Raya. Raya perlukan seorang bapa. Kalau Nisa teruskan kebenciannya dengan tak benarkan Raya berhubung dengan Aris, apa yang jadi pada Rani boleh berulang pada Raya. As long as he is a good father, Raya berhak dapat kasih sayang Aris. 

4. Dan ini dia, perempuan ketiga dalam perkahwinan kakaknya sendiri, Rani. Masyarakat sekarang lebih senang menyalahkan si perempuan dengan gelaran penyondol and such.

but here, maybe aku akan meletakkan sedikit saja kesalahan pada Rani. Aku percaya semua ini berlaku bukan kerana dia saja saja nak runtuhkan rumah tangga kakaknya macam seorang artis perempuan malaysia buat pada kawan baiknya.  

Tapi kerana Rani, sesuai usia mudanya adalah seorang perempuan yang naif dan kekurangan kasih sayang seorang bapa. Di entri aku yang lepas, as I said, mula mula Rani see Aris as a father figure yang dia tak pernah dapat. Aris lindungi dia dari budak lelaki yang nak buat jahat padanya, Aris be kind to her like a big brother hantar dan ambil dari universiti. Tapi lama kelamaan dia mula nampak sosok Aris yang tampan sebagai lelaki yang dia perlukan sebagai partner dalam hidup.

Aris seem tampan dan ‘baik’, and ‘need her’ the way she need him. 

So put two lonely human together plus syaitan then boomed, keselingkuhan terjadi. 

I wouldnt say she bad for teruskan hubungan terlarang tu. I would say she, again, naive and delusional. She dont know what this relationship will take her but she like it. Dia tak fikir kalaupun they end up together, realiti yang mereka perlu hadapi sangat tough. Even one day kalau Nisa dah boleh maafkan dia, she can be the paranoid wife yang risau suami dia akan jatuh cinta dengan kakak dia semula. Because Nisa obviously ada kerjaya yang baik and can be independent while dia hanya perempuan muda yang terperangkap dengan seorang lelaki tua yang pernah hot satu ketika dulu. Kalau bukan dengan Nisa, Rani surely akan jealous dgn sesiapa saja perempuan yang rapat dengan Aris as if she KNOW so much how easy that guy is. 

Non stoppable insecure, paranoid…take that bitch. Itu belum lagi kena tadah dengan umpatan keluarga, jiran dan kawan kawan. 

Why I am mentioning this? Sebab the ending of the film menunjukkan hubungan mereka membuahkan ‘hasil’. Tahniah. 

Its either Aris buat keputusan untuk kahwin dengan Rina, bertanggungjawab dan be like the above situation. Atau Rina jadi ibu tunggal yang besarkan anak sendiri dan affecting her future. 

Karma is a bitch.

See, kesan paling buruk terjadi pada si perempuan. Sebab tu adik adik dan diri ku sendiri, jaga diri baik baik. Tak, korang bukan cool sebab dapat sailang kakak sendiri, tidur dengan pensyarah hot macam Aris. You just become the most pitiful person on earth. 




Friday, 19 July 2024

this is not a feminism entry

 Lately, I have been watching a lot of things.

From the usual Israel attack on Palestin to the scandalous husband & sister in movie ‘Ipar adalah Maut’.


And then I encounter the controversy of Noni, the former of AF participant, the murder of Farah Kartini.All these things lead me to one conclusion.Like it or not, woman must know how to take care of themselves.


Rani's character in IAM,a new college student who live with her sister.As much as in Islam,this thing is not encourage,  it is a common thing even in Malaysia.The parents & the students want to save living cost while studying,plus the sibling can take care of each other.


I know ‘matlamat tak menghalalkan cara' but sometime,we just have to do it.But maybe all the friend that I know who did this really can take care of themselves,so there is no problem.


Cara menjaga diri apabila ada bukan mahram di rumah. Ini dari pov Rani ya. Tips ini juga boleh dipraktikkan bila keluarga berkumpul sewaktu hari raya;


  1. Jaga pakaian. Sayang oh sayang, tahulah Indonesia tu panas macam Malaysia tapi janganlah tidur pakai shorts & tank top macam tu. Boleh tak jadi alert sikit. Kalau kau tidur pakai pijama lengan panjang dan seluar panjang itu lebih selamat mana tahu kau tiba-tiba tengah malam mamai nak pergi bilik air. Masa tengah sedar tu ambillah langkah pencegahan.
  2. Dont be in the same room with bukan mahram. Biarlah orang kata kau heartless tak nak tolong abang ipar kau yang tengah betulkan shower. Kau cakap je kau ada kat luar bilik, kalau dia jatuh panggil bomba selamatkan. Simple je weh.


Dari sudut emosi dan psikologi, aku faham Rani dibesarkan tanpa bapa. He see abang ipar dia as a father figure yang dia perlukan untuk sayang dan protect dia. Aris did a great job protect her at the campus, mungkin itu yang menyentuh hati Rani. Tapi masih perlu set your boundary. Aku hangin betul dengan babak tercium dalam hujan tu. Like amenda jela.


I wont talk much about the whole movie, maybe in other time. Right now I want to talk about woman taking care of themselves.


Aku tak tahulah kalau industri hiburan kat malaysia ni dah jadi macam hollywood dengan kejadian artis dari baik pergi ke jahat, terutama perempuan. Kalau kau tak faham ayat ni meh aku bagi contoh, Fathia Latif.


Aku tahu ujian nak jadi baik sangat tinggi. Kalau tak kenapa Hazeman Huzir banyak kali merentan menangis sebab rasa susah jadi baik. 


Terutama artis wanita yang sebelum ni elok bertudung malah berniqab, kemudian berubah. I want to know why. Awak keluar rumah orang tarik tudung awak ke macam apa yang berlaku di Amerika selepas 11 September? Lepas awak bertudung lebih ramai lelaki kacau awak ke? Kalau ia hanya berkenaan pekerjaan, tolonglah saya mohon untuk bertahan. Awak nampak cantik bila bertudung, sekarang di era 2024 banyak je watak utama perempuan bertudung. Malah artis macam Mira Filzah beberapa kali jadi trendsetter utk penampilan bertudung. Iman manusia ni berubah ubah , I know. 


But just set boundary to your muslimah appearance. Hari ni pakai tudung labuh, esok pakai tudung sarung ariani, nak keluar berkebun depan rumah pakai turban yuna ke. Up to you tapi please please please kekal bertudung. Awak akan rasa keberkatan hidup bila ikut syariat Tuhan. Susah, yes of course. Tapi itulah yang selamatkan awak bukan saja di dunia tapi akhirat. 


Macam Dahlia Syazwan kata “ Kalau kau rasa cantik, then ia belum lagi syariat compliance. Tapi kalau kau rasa ‘i could do better but i NEED to do like this’, kau rasa banyak benda kau terpaksa sacrifice then it is good”.


Aku tak nak kata asbab buka tudung mendorong seseorang untuk menjadi jahat atau tak betul. Tapi sedikit sebanyak bila kita tahu kita bawa imej Islam dengan bertudung, kita lebih tahan diri kita dari buat benda benda merepek. Takdenya kau tengok niqabis buat live bukan-bukan dan memalukan.


Again, I really want to know WHY benda ni mcm penyakit berjangkit. Seorang buka tudung tiba-tiba ramai buka tudung.I am far from perfect and even takut masa taip benda ni, aku akan diuji dgn kata-kata aku. Tapi aku harap ada orang yang tegur aku kalau aku menyimpang.


Kalau ada yang tiba2 mention “Hey Farah Kartini seem like a good girl pakai tudung, but bad things still happen to her”.


Okay, retards, dengar sini. 

Takdir kematian seseorang bukan bergantung pada either dia baik atau jahat, dia pakai tudung ke tak. Kematian tu pasti even untuk innocent child macam adik Nurin Jazlin, Nurul Huda. Kau nak cakap mereka tak pandai jaga diri, or mak bapak mereka tak pandai jaga anak? Meh sini aku tumbuk muka kau.


Things happens, so sebelum ia berlaku kau sebagai orang dewasa yang berotak please take action to avoid it. At least kalau kat mahkamah akhirat si pembunuh/ perogol tiba2 mention “dia yang goda saya utk bunuh dia”.


At that moment, satu badan kau akan defend kau.

“Hey, dia pakai handsock okay”

“Dia pakai tudung labuh tutup dada”

“Dia tundukkan pandangan”.


Perbicaraan terus tamat dan kau menang seh.

Get it now why important utk jaga diri kau. Bukan saja utk selamat tapi boleh jadi hujah utk apa2 yg jadi pada kau, di dunia dan akhirat.


Ya, susah jadi manusia, especially perempuan. Jadi janganlah saja saja langgar syariat pastu salahkan orang sebab mengata or even do sth bad to you. Cop, aku bukan referring to kes Farah ya. Aku maksudkan dengan the fact perempuan yang dedahkan aurat online dan kemudian marah lelaki dekati mereka sebab tubuh mereka. What you expect, woman? Ada ustaz will come and marry you and happily ever after?


Ah migrain aku. 

To da loo

Attachment.png

Monday, 8 July 2024

my famous ex-boyfriend aka petrichor

 Novel kak shai uncle boss mama akan di drama-kan. peranan utamanya, joshua akan dibawa oleh merqeen dan heroin dia aku serius lupa nama (dan malas nak google). mak cik farah ayuni kata dia pernah berlakon dengan mk kclique dan tak best. entahlah apa-apa jela. 

tapi seriously, aku cuba memberikan dua pelakon ini peluang untuk membawa naskhah ini sebaiknya. i mean nadhir nasir & kembar mira filzah did a great job in my famous ex-boyfriend. honestly, that drama isnt good not because of the acting, bahkan aku rasa pemilihan hael husaini as haque zuhal is so perfect. aku cuma nak salahkan script writer nya for making that piece into a crap.

1. Aku rasa nama kembar mira filzah tu Qas something. So kita panggil dia Qas sajalah ye. Aku tahu watak Sameera dimudakan dan dengan itu, kematangan Sameera dalam buku mungkin tak dijumpai dalam drama. I mean Sameera dalam novel takkan pergi main roller blade kat tempat bbnu (aku suka nadhir nasar ada buat ad-lib tentang ini), takkan konon menjaga adab tapi di scene lain selamba pegang tangan anak teruna orang lain, takkan buat tuduhan bodoh tanpa usul periksa. Sameera dalam novel pun ada salah faham dengan Jamie, tapi dia tidak sedramatik Sameera versi drama. 

I dont know because I still harapkan si Qas ni bawa vibe Mira Filzah yang selalu elak babak bersentuhan  atau the fact yang Sameera in novel memang takde nak ada skinship dengan Jamie, tapi aku quite dissapointed la untuk part ni. 

2. You miss the big point of making Haque the ultimate villian in this story. Bukan Ms Suraya, bukan si tunang artis dia tu, dan why the heck Ned kena mati? Honestly kan, aku rasa as a senior actor, Ryzal Jaafar is the perfect actor untuk watak Ned. Muka dia memang akan-akan Hael Husaini as Haque (which being mention in the novel), the sarcastic trait pun ada, cuma aku tak puas hati bab rambut tu. The stylist could do better. 

No, ini bukan dari drama Dunia Baru. Time tu rambut dia cacak

Anyway back to Haque. 

I think Hael can do better with Haque character. Dua-dua sukakan muzik, dua-dua pandai cipta lagu. I mean the scriptwriter could higlight that more untuk tutup kekurangan Hael pada sisi Haque yang lain. They actually did in MFEB Raya tapi sis, if it takes two time (drama & telemovie) for you to highlight the character, then you are not a good writer. 

Haque dalam drama hanya terlibat dengan dadah, which somehow make him as a victim. Yelah, famous, stress then ambil dadah. Not a new thing sincerely. Tapi Haque dalam novel is the true villian. Dia mempergunakan semua orang hanya untuk kepentingan diri dia. Sejak dia popular, dia dah tak peduli pun tentang Sameera dan people from his past. Dunia hiburan dan mengubah dia jadi seseorang yang tak berperikemanusiaan. 

Aku rasa benda ni adalah isu yang sangat penting untuk diuar-uarkan. Bukan satu dua kes artis terlibat dengan kes zina (yeah, i dont find any other suitable word), dan worst be pedofilia. Sampai ustaz pun tak mustahil terlibat. Memanglah kat Malaysia ni tak seteruk US tapi just stop all this bullshit thing la. Jenayah zina dan pedofilia nilah yang nanti akan datangkan lebih banyak masalah macam LGBT, seks bebas, rogol dan such. Sampai artis dah tak takut atau malu kena tangkap zina. 

'Ex-Boyfriend' means something from your past yang mungkin kau rasa baik, perfect and such. Kau boleh highlightkan tipikal kenaifan seorang perempuan untuk stay mencintai seseorang yang toksik, yang berubah sifat apabila dia 'Famous'. And it suit hubungan Jamie dan Yaya juga. Yaya Ex Wife yang toksik, abusive dan tiba-tiba jadi famous sebab menjaja cerita rumah tangganya sampai menghancurkan hidup Jamie. It could be a powerful piece dari siri abusive marriage yang dipaparkan dalam kebanyakan karya Siti Rosmizah.

But well, maybe Malaysia not ready for that. Mungkin My Famous Ex-Boyfriend hanya layak jadi sedangkal para gadis muda biasa yang berangan mereka mempunyai boyfriend yang famous, dicurangi dan si boyfriend menerima tulah kerana kecurangan tersebut. 

Haih~ Hangin pula aku memikirkannya. 

3. The unnessary break up scene is the cherry on top of my dislike towards the drama. Jamie dan Sameera adalah watak yang matang. Diorang dah kena abuse perasaan, physical, mental...they really dont have time untuk berfikir macam budak sekolah yang 'hei awak kita break kejap boleh. saya nak fokus study'. SERIOUSLY.

Huh, kenapalah bukan Kak Nadia Khan yang tulis screen writer. Korang para writer buat apa eh kat writer room tu. Korang boleh tak berfikir macam orang dewasa yang matang. Just because Kak Shai bukan penulis popular macam Siti Rosmizah and such tak semestinya karya dia boleh dipijak2 macam tu ye. She has a degree in political science, is excellent in language dan dan biasa tulis berita tentang showbizz Hollywood, movie review. Korang should do better than her. Masalahnya korang malas kan!

Banyak lagi adegan unnessary yang menaikkan darah aku. Tiba-tiba pula mak Sameera bercinta dengan Uncle, tiba-tiba pula Mira terberanak masa Sameera kahwin, tiba-tiba Farah Fisya jadi mak cik dari Kokdiang...urghhh menyirap pula aku. 

Korang penulis ni boleh tak jadi kreatif macam penulis kat Korea. Do you know the cast in the upcoming drama (masa tu lah) Sassy Girl Chun Hyang make a special appearance dalam drama My Girl and semua orang jadi hype untuk tengok drama tu. It ends up dua-dua drama adalah antara drama yang paling diingati sampai sekarang oleh budak-budak 90 an. Kalau korang study the pieces, bincang dengan the the novelist, korang akan tahu watak Fisya yang Sameera jumpa kat hospital adalah watak utama dalam karya dia sebelum ni Uncle Boss Mama. 

Sekarang korang nak keluarkan Uncle Boss Mama dan huh, kenapa tak ambik mak cik kokdiang yang korang hire dalam MFEB tu? Korang boleh panggil Merqeen, Hun Haqeem jadi cameo yang sebenarnya takde fungsi, tapi tak boleh buat watak Fisya tu as cameo for the upcoming drama Uncle Boss Mama? Huh, lemah betul.

Ya, sesiapa yang terkejut Meerqeen ada dalam MFEB boleh tengok scene Jamie hantar rombongan meminang. 

Okay done membebel. Kucing aku buat bising. Bye

you either die as a hero or live long enough to see yourself become the villian

 i dont know tapi kisah seorang influencer yang dikatakan menyalahgunakan duit orang ramai just caught my attention. honestly satu ketika dahulu ketika semua orang bercerita tentang perniagaannya, aku langsung tak tahu, tak kenal dia. aku tahu pun selepas mak aku bercerita dia mahu membeli tudung jenama influencer tersebut di paradigm mall.

apatah lagi untuk aku mengenalinya sebagai sosok pempengaruh yang selalu berkongsi hal agama. dalam erti kata lain, aku tak berminat untuk tahu lanjut mengenai kisah dia dan rumah tangganya, walaupun selepas tular kisah perkahwinan poligaminya.

cuma apabila cerita tentangnya keluar di channel youtube Donivia Channel, aku terpanggil untuk menulis komen pada video tersebut. waktu itu cerita tentang penipuan duit dermanya aku rasakan hanya satu khabar angin yang tidak ada pokok pangkal dan bukti. jadi aku komen untuk semua orang berhenti menghina atau menuduhnya tanpa sebarang bukti, apatah lagi ketika itu beliau sedang berada di arafah untuk menunaikan ibadah haji.

aku bukan mahu membelanya ketika itu, cuma aku mahu masyarakat belajar untuk bersabar dalam menghakimi sesuatu atau seseorang. jangan tunjukkan sangat keinginan kau untuk lihat seseorang yang berjaya jatuh dan terpalit dengan fitnah. 

apabila ceritanya makin hangat diperkatakan, dan dengan penglibatan PW Community di Facebook, makin ramai pula yang tampil memberi penjelasan dan menyatakan cerita mereka. HH menafikan penglibatan secara langsung dengan entiti kebajikan influencer tersebut, influencer tersebut dan pasangannya sekadar memberi penjelasan tanpa mengambil apa-apa tindakan, penglibatan seorang pempengaruh agama yang lain....i dont know man. things just get nasty.

walaupun aku pengikut HH, jujurnya aku tak boleh nak mengiyakan semua kata-katanya. bak katanya, jangan menjadikannya satu idola sembahan. i know his story and that just that. aku bukan hakim nak jatuhkan hukuman pada sesiapa.

cuma, pengajaran yang aku boleh dapat dari sini ialah great power comes with great responsibility. i know every human in this earth bermula dengan jiwa yang suci tanpa dosa. mereka membesar dengan nilai-nilai yang diajarkan oleh ibu bapa dan guru. some of them berjaya capai cita-cita, diberi rezeki yang cukup dan dikenali ramai. apabila berada di tahap ini, kecenderungan mereka untuk kekal relevan sangat penting apatah lagi kerana mereka pemilik perniagaan. 

mereka perlu memilih karakter untuk kekal relevan. sama ada menjadi pempengaruh yang sentiasa mempamerkan kemewahan materialistik, menjadi pempengaruh yang gila-gila dan sentiasa mencetus kontroversi atau pempengaruh yang menyebarkan kebaikan dengan kerja-kerja amal.

sifir untuk melakukan kerja amal ni sangat mudah. bila kau dah popular, kau mempunyai kredibiliti untuk mengumpul fund. people trust you to give their money. apatah lagi kau memang mempunyai bakat berkata-kata yang mampu mencairkan hati mak cik dan pak cik sekalian.

dan di sinilah kau diuji. sama ada segala kebaikan kau terpalit dengan fitnah atau kebaikan itu menjadi topeng kerakusan kau pada keduniaan. you see money, you want to have it for yourself rather than give them to the person that supposed to have it. atau kau dah melakukan semua mengikut law, tapi ada mata jahat yang ingin lihat kau jatuh. dalam hal ini, kesalahan kau hanyalah tidak menyimpan bukti kukuh atas semua transaksi yang dilakukan. tidak ada black and white yang boleh bantu kau tepis fitnah tersebut. 

mungkin saja kau ada black and white, tapi ada sesuatu yang lain yang kau perlu lindungi, menyebabkan kau tak mahu semua keributan ini dibawa ke mahkamah. macam watergate scandal, a small scandal that will uncover a big scandal.

aku disini, seperti 'wartawan' di luar sana hanya boleh menyangka itu dan ini. hakikatnya hanya tuan empunya diri dan Tuhan saja yang tahu. apa yang kami boleh buat hanyalah mendoakan pihak yang tertindas dibela dan pihak yang menindas mendapat hukuman. dunia dah nak akhir zaman dik, tak payahlah nak main skandal tahap rendah macam ni. tak berbaloi pun dengan azab yang tengah tunggu kau kat akhirat sana. 

bercakap tentang isu semasa, aku terbaca cerita tentang 'Cik Anis' yang gembira bila keluar mahkamah. Aku tak nak komen pasal itu, tapi bila aku tengok video tu, aku macam menyampah. and it makes me think it is so easy to constantly hate someone yang buat kesalahan, padahal sepatutnya kau hanya perlu bencikan kejahatan yang dia lakukan. Sebab Nabi s.a.w pun menyantuni dan tak berdendam dengan musuh, selain Wahsyi. Itupun baginda tidaklah menjatuhkan hukuman pada Wahsyi, atau menyuruh dia dipulaukan, cuma baginda saw tidak mahu memandang wajahnya (menunjukkan baginda saw juga seorang manusia yang tidak sempurna). 

ya, maybe kita perlu ambil pendekatan yang sama. kalau memang terbenci pada si pelaku, tak payah ambil tahu, baca atau pandang muka dia pun. just live your life without acknowledge her existence. it will help you get a peace in life.


Friday, 14 June 2024

penyakit hasad dengki, ustaz muda serta golongan yang terlalu memberi

 dunia makin malap

dan aku ambil langkah untuk berdiam diri dari mengutarakan apa-apa pandangan ku berkaitan isu semasa di status whatsapp

oh kecuali isu faisal halim 

sebab entah aku sentiasa rasa pelik dengan orang yang suka nak menyakiti orang lain

aku bukan maksum, aku pun ada sifat 'tak suka' pada orang

tapi kuburkan sajalah perasaan tak suka kau tu

tanam dengan kedalaman paling dalam di tempat yang takkan ada orang temui perasaan benci tu

atau kalaupun orang terjumpa dengan perasaan benci kau tu

jadikan ia sesuatu yang harmless

ia ada tapi takkan mengganggu sesiapa

diam, menyendiri itu kadangkala lebih bagus dari berkata-kata 

tentang isu seorang ustaz yang seperti dikecam berkali-kali

aku bukan orang arif agama

masa perkongsian ilmu agama di 'program universiti' pun aku galak tidur

tapi satu yang aku faham bila dah dewasa ni, jangan cepat membenci atau menyukai

jangan kerana satu dua kesalahan kau terus mengeji orang

selagi namanya Muslim, ada peluang untuk dia kembali bertaubat, membetulkan kesalahan

asalkan ia tidak mendatangkan mudarat pada ramai orang


aku bukan nak membela ustaz itu kerana aku 'minat' dia

tapi kesalahan dia kecil dan tak perlulah dibesar-besarkan sehingga mahu menjatuhkan kafir atau penunggang agama

aku bukan meremehkan agama cuma kalau nak tegas, ada ramai lagi politikus yang menunggang agama dan bercakap perkara yang tidak benar

kenapa mereka tidak menerima kecaman seteruk itu

dia manusia, dia buat silap

kau tahu dia silap pada satu perkara tegur, kemudian move on

tak usahlah membenci seolah dia manusia paling jahat

dan pengajaran yang aku boleh dapat dari ustaz itu ialah menjadi orang berilmu dan beriman ni kena banyak berdiam

kena banyak belajar kitab dari menghadiri keramaian sosial

kena banyak mendengar ilmu dari bercakap dalam program hiburan agama

kena banyak menunduk dari bergaul dengan kumpulan yang bukan mahram

kena menjauh dari kamera televisyen dan lensa media sosial

kena jaga ilmu dan iman di dada

bukan untuk mengatakan orang baik adalah hanya orang yang zuhud duduk surau kampung saja

tidak

tapi tahu membahagikan waktu untuk keduniaan dan akhirat

sebab aku sendiri masih culas dalam menguruskan hal agama ku

agama nafsi nafsi, padahal dahulu jenuh mengaji kitab tentang kumpulan yang futur dalam perjuangan agama

mungkin apa yang menimpa ustaz tersebut menjadi satu asbab untuk aku merenung kembali amalan seharian ku

dah hebat sangat ke aku mengaji ilmu, beramal soleh, berbakti pada masyarakat

isu ketiga yang menganggu fikiranku hari ini adalah golongan manusia yang terpaling percaya dan terpaling menyerahkan segala-galanya pada seseorang

seperti yang hazeman huzir perkatakan dalam ig story nya

dan sekali saja dikhianati, golongan ini tanpa teragak-agak akan memutuskan tali perkenalan, persaudaraan & persahabatan dengan orang tersebut

akulah tu..kot

usia aku 32 tahun dan aku hanya ada dua kawan baik yang masih berhubung dengan ku

orang kata hati ku kering

aku bergerak sendiri kemana-mana seolah tidak perlukan sesiapa

dan aku pentingkan diri sendiri sebab senang-senang memutuskan persahabatan tanpa sebab yang kukuh

itulah kelemahan aku

aku tak sedar bertapa banyak kali aku memaafkan kesalahan seseorang dan tidak berterus terang tentang apa yang aku rasa

dalam banyak perhubungan aku hanya mengalah

sampai satu tahap, tidak bergaduh besar pun, tapi ketidakpedulian orang itu yang buat aku terluka

aku sedang sedih, otak aku sedang menghina diri aku sendiri kerana satu perkara yang terjadi

aku hanya ingin bercerita, salah aku kerana tidak terlalu berfikir ketika bercerita

lantas sahabat itu terus menghakimi kekurangan agama aku

ia seperti satu tamparan maha dasyat

aku diam, diam seribu bahasa, tidak membalas

aku rela dianggap sombong, sensitif, tidak mampu menerima teguran

aku terima

sebab apa yang aku tahu jiwa aku terlalu sedih, terlalu kecewa

Tuhan datangkan satu peringatan kepada aku

jangan memutuskan silahturahim

sebelum tiga hari menjelma aku menghantar pesanan untuk mengundur diri

bukan membenci tapi perlukan sedikit ruang untuk mengasingkan diri

mungkin ada hikmah disebalik semua ini

aku redha ditinggalkan sendiri

di kubur kita juga bersendirian, bukan

tapi sejujurnya bukan mudah untuk aku memaafkan diri aku sendiri

aku selalu fikir jika aku tidak terlalu sensitif, mungkin aku masih berkawan dengan beberapa lagi kawan baikku

perasaan ingin kembali ke masa lalu sangat kuat sehingga aku termimpikan mereka

dalam mimpiku, kami berbaik dan menghabiskan waktu bersama

bila aku celik mata, realiti memukulku kuat

kau masih sendiri, farhana

hiduplah dengan apa yang kau ada

hiduplah dengan sisa semangat yang kau ada

ia pahit, ia perit tapi itu lebih baik

aku tak nak bersama seseorang dalam hubungan yang toksik

aku tak nak menjadi toksik itu

di hari baik bulan baik ini aku maafkan semua orang

hatiku mungkin akan berbolak balik

tapi untuk sekarang, aku tak nak hidup dalam kebencian pada saudara Islamku sendiri

aku hanya mahu tenang

Monday, 3 June 2024

where is the love

 it is sad to see a human don't see other creature as an equal living things that should be care. palestinian people who lost everything in their life still have the sympathy and care for the animal. like the lyrics in the song of black eye peas 'where is the love'. tired of the world? yes. give up about life? no, i cant. because as long as i live, i want to serve well as a Muslim, daughter, worker and etc. i have no choice but to help those in needs. although i tired, i frustrated, i must move on. i will stand with humanity with Allah's will. Humanity that almost disappeared in this current world.

susah sangat ke ye kalau seorang manusia nak berihsan dengan orang lain, dengan makhluk lain. you can hate whatever you want, but never choose violence. never let the small whisper control your mind heart and body. Muslim cant touch dog, but it doesnt mean they can torture it. 

is it the world only about money, fame and your own thing? kenapa tak nak cuba fikir tentang orang lain, ambil berat tentang orang lain? kenapa? kenapa? kenapa?


Sunday, 14 April 2024

To a guy that hate woman

 Aku ada seorang kawan di Instagram.

Dia seorang pekerja swasta (i guess) yang menulis.

Thats why i follow him sebab jarang orang lelaki muda minat menulis.

And he seem to have some sort of anger, hate towards woman.

Dia pernah buat story tentang kekecewaan dan kegagalan hubungan dengan perempuan. 

Sebagai orang single, aku tak boleh nak kata “Ya I can relate with that”.

Ditolak crush adalah perkara biasa so yeah whatever. Tapi aku aknowledge la kekecewaan dia tu.

I am not going to be the girl best friend type yang akan tanya “Hei you okay? You got my shoulder to cry on. And maybe just maybe I can be the one for you”.

Gila cringe.

I see him as seorang lelaki muda yang masih mencari erti hidup. Dalam erti kata lain lelaki tak matang. So baca sajalah kalau dia ada update status berkenaan isu perhubungan without actually interferring.

Walaupun kalau ikut mood seorang kakak, aku nak luku je kepala dia and said “jadi matang la jantan”.

So here things that I really want to say to him but I choose not to. Sebab siapa dia dan siapa aku untuk masuk campur.

Dia gini tau, dik. Aku acknowledge segala perasaan kecewa sedih marah yang kau rasa akibat kegagalan perhubungan kau dulu. Yup, ada perempuan tu siap bagi harapan perkahwinan kat kau tapi dia ditch kau camtu je. Mungkin dia ada cakap “Awak terlalu baik untuk saya”, sebab tu kau benci sangat dengan kes lelaki baik ditinggalkan. 

Aku tahu kau tak adalah sampai tak nak berkawan dengan perempuan. Kau ada je follow penulis perempuan lain dan ya you seem okay with it. Kau pun takdelah pernah block aku atau apa knowing that I am a woman.

Aku tak nak pertikaikan apa yang kau post kat social media kau, it is yours. Cuma kalau boleh just keep the anger to yourself. I mean kalau kau hanya post satu statement yang memihak pada lelaki, it is not fair untuk perempuan yang membacanya. Walaupun kami tak buat benda tu tapi perempuan ni kan berhubung melalui emotion. Kami agak sensitif. Dan tak bermakna kami nak kata kami betul.

Kegagalan dalam perhubungan, dalam percintaan atau perkahwinan atau persahabatan sekalipun, kalau kau tanya aku , it always cause by all the people in the relationship. Contoh la, aku malas nak bagi contoh tempatan, kita bagi contoh luar negara. Amber Heard & Johny Depp.

Amber dengan kegagalan otak dia berfungsi dengan baik dan kehitaman hatinya somehow really make a an almost perfect gentleman macam Johny miserable. Johny tu apa yang dia tak ada. A good partner (walaupun tak berkahwin), good kids, duit, kemasyuran, kehenseman, good attitude. Kita kena admit kan kalau a good guy macam tu boleh decide nak kahwin, the woman must be something. Jadi apa yang Johny lihat pada perempuan yang nak dijadikan isteri ni? Ohh she hot, she fun yada yada. i love you Johny but that is not the pure reason to marry someone. sebab tu dalam Islam kalau nak kahwin tengok agamanya dulu. Elok agamanya insyaallah elok yang lain.

Yeah mana2 orang baik boleh tersalah pilih. Both Mizz Nina dan Noh berkahwin dengan cara elok, beradab, beradat and they had going through good spiritual journey together in their marriage. Perkahwinan merubah mereka jadi orang baik walaupun mereka pada asalnya hanyalah dua pemuzik. Dan tak semestinya kegagalan perhubungan mereka disebabkan salah seorang jadi jahat. Kita orang luar tak ada hak nak tunding satu jari pada salah seorang dari mereka. Even dengan kes Bella & Alif, dua dua ada kesalahan masing-masing. 

Kegagalan perhubungan artis atau orang yang luar lingkungan keluarga kita bukan satu hak kita untuk mengata atau membincangkannya. Kau memang tak boleh pukul rata ‘Ah perempuan tak pernah menghargai lelaki baik, semua pandang harta je’. Kau pernah baca buku Man from Mars & Woman from Venus yang ada memberi fakta lelaki mempunyai visual attraction sementara perempuan mempunyai emotion attraction. And yet aku tak boleh nak pukul rata ‘Oh semua lelaki pandang rupa sahaja’.

If you feel that statement is unfair, so do us woman. Of course kami nak lelaki baik, in fact golongan transgender pun nak partner yang baik. Kau rasa kenapa Kristen Stewart boleh curang dengan Robert Pattison dan sekarang end up dengan Dylan Meyer yang dia rasa sangat baik (rujuk post Kristen Stewart regarding ucapan hri jadinya baru-baru ini). 

Semua orang nak benda baik, cuma kadangkala ada kepentingan lain yang perlu dijaga. Sebab tu Islam pn dah gariskan selain agama, tengok latar belakang whether sekufu atau tak. Kau rasa Cinderella tu boleh kahwin dengan Prince Charming kalau dia pun bukan dari kalangan keluarga bangsawan. Dia hanya anak orang kaya yang tersakiti, bukan golongan hamba bawahan.

Tak, aku bukan nak defend ‘oh perempuan memang kena pandang harta’. ikut suka lah kalau kau harap perempuan secantik Sabronzo (do i spell her name right?) boleh tahan dengan lelaki kerja majlis perbndaran yang tak boleh tampung rawatan spa dan barang-barang kecntika dia….hmm iyelah apa2 jelah. mungkin memang ada perempuan macam tu alhamdulillah. kalaupun perempuan tu memang bodoh pilih lelaki sebab harta, biarlah si luncai terjun bersama labu labunya.

Kalau dah tengok semua faktor, agama latar belakang and such but hubungan tu tak menjadi, which also happen to our prophet Muhamad s.a.w. Baginda pun pernah mengalami penceraian. Kalau lelaki paling perfect kat dunia pun mengalami kegagalan rumah tangga apa lagi kita ni. So sometimes, even kita dah usaha nak cari pasangan terbaik, if it is not meant to be, it is not meant to be. Ia adalah hanya satu fasa, satu ujian yaang akan kuatkan kita untuk tempuh perhubungan seterusnya.

So aku nak apa sebenarnya ni? Aku nak marah kau atau bebel kat kau sebab jadi anti-woman?

Aku nak kau grown up je. Jadi matang. Kau rasa kenapa Mat Luthfi masih digilai ramai walaupun dia sangat jarang update social media? Sebab dia simpan opinion dia yang mungkin dipengaruhi emosi hanya kepada keluarga dan rakan terdekat. Even kalau kau pernah baca buku dia dahulu, walaupun dia macam meluahkan perasaan towrds some issue macam persahabatan, but it never ridicule any party walaupun pihak tu sngat ridiculous. 

You can give any comment bout whatever issue you want. But when it come to social media, lets be bijak sikit and not tend to offend any party. Aku kalau komen kat isu israel palestin pun ikut emosi but yeah kurang2 kanlah. Honestly, apa je yang kau dapat dengan up status yang offend a party. Kau nak kawin dengan perempuan tapi kau ridicule dorang. Mcm manalah dorang nak trust kau untuk jadi teman sehidup semati. And kudos la untuk perempuan yang rasa ‘hei maybe i can change you with my love. maybe you wont hate woman anymore’. 

suka hati kaulah dik.

good luck.

Friday, 12 April 2024

wanted

 as much as i love being alone, i also hate myself for not having companion.

jalan mall seorang seorang

tenggelam dalam keriuhan orang ramai

minding my own business

makan seorang diri

aku perempuan berumur 30 tahun yang semakin hari semakin memutuskan perhubungan dengan kawan-kawan sekolah, universiti.

bukan sebab benci tapi sebab ia lebih mudah. tak banyak drama.

aku lihat pada kualiti, bukan kuantiti.

aku tak faham manusia yang ada masa nak menjenguk ke kasut atau pinggan orang lain

kemudian mencadangkan dia patut pakai kasut saiz itu ini atau makan set itu ini

walhal dia tak duduk bersama-sama dengan orang tu

tak tahu yang orang tu tak boleh pakai sneaker sebab kakinya sensitif

tak tahu yang orang itu tak makan daging bukan sebab acah vegetarian

tapi memang alergik

senang-senang mencanangkan "Islam tak haramkan makan daging, yang kau beria jadi vegetarian kenapa"

i have enough people make me a pushover

aku tak kacau hidup orang forgodsake

apa yang aku nak, aku usaha sendiri tak susahkan orang lain

kadang-kadang sahaja bila Allah tarik nikmat sihat tu aku terpaksa akur mengharapkan orang lain

tapi orang itu pun bukan sepenuhnya ikhlas

aku tahu

sekarang aku hanya ada Allah

pada Dia sahaja aku luahkan segala masalah

aku tak faham kenapa kesunyian dan keseorangan ini mendatangkan masalah pada orang lain

i have enough with human

including my own family

rasanya aku boleh faham apa yang drew barrimore cakap selama ni

kadangkala kita terpaksa menyayangi seseorang hanya kerana dia ahli keluarga kita

padahal terlalu banyak kesakitan yang dia datangkan pada kita

cukuplah

aku penat dengan manusia

aku nak Allah saja

walaupun akulah manusia paling hina di muka bumi ini

yang selalu alpa mengingatiNya

aku nak Allah saja

Sunday, 10 March 2024

silent: bahasa cinta yang susah difahami

 


i done watching trillion game & silent. okay jadi lengkaplah sudah target aku nak tengok drama-drama best dari meguro ren.

cinta pertama zaman sekolah
cinta seorang sahabat
cinta satu arah
cinta tanpa kata

fuhhh bila semuanya bersatu dalam satu plot serius kau akan jadi keliru tentang who should be with who. kalau tengok episod satu, you would expect pertemuan semula aoba tsumugi dengan her first love sakura sou akan membibitkan cinta semula. sebab yelah lelaki tu putus dengan dia demi kebaikan tsumugi sendiri.

tapi mereka bukan berumur 18 tahun. mereka dh besar jadi almost 30 years old. tsumugi dah lalui fasa depression ditinggalkan tanpa sebab, melalui dunia pekerjaan yang sukar. semua tu ditempuh dengan jayanya berkat cinta dan sayang minato, sahabat dan kemudian boyfriend nya. lagilah dengan keadaan sou yang kehilangan deria pendengaran dan tak nak open his feeling to everyone, nk menyambung ikatan yang terputus bukan senang. bahkan sebagai sahabat pun susah.

aku suka karakter tsumugi yang tak emosional dan rasional. dia mmg betul-betul dah move on, dia nak rapat dengan sou sebab dia betul-betul ambil berat tentang sou. tapi somehow, usaha keras dia nak dekati sou buatkan minato rasa nak give up dengan hubungan dorang. bukan sebah dia rasa rendah diri dengan sou atau rasa tsumugi curang, tapi sebab it is what it is.

mula-mula aku memang root for tsumugi dengan sou, tapi bila minato minta putus dan tsumugi betul-betul have a heartbreak, aku memang rs tsmugi cintakan minato. buka sebagai rebound tapi sebab minato hadir pada waktu yang tepat dalam hidup dia, saat dia memang perlukan seseorang untuk disayangi dan menyayanginya. bukan senang juga dia nak move on, tapi she so cool with it. tak ada emosional lebih-lebih. malah lepas putus dia boleh berbual dengan minato mcm takde apa berlaku tapi bila balik rumah nampak la bertapa fragile nya dia. 

that looks like a chance for sou to get into relationship with tsumugi. tapi tak semudah itu untuk both sou dan tsumugi. tsumugi kena belajar bhs isyarat lebih bersungguh hnya untuk beri sou keyakinan he can open up to her like they use to be. dulu dorang bukan sembang cintn cintun sangat pun. just a random and foolish thing macam sou ada kongsi fakta yang kalau kita lipat kertas 42 kali kita dah boleh sampai bulan. paling nostalgik dorang suka dengar muzik sama-sama kat earphone.

disebabkan tsumugi tak berharap sou boleh dengar muzik dengan dia, jadi sekurang-kurangnya sou boleh ‘berbual’ dengan dia selalu. tsumugi tak pernah confess her love (in present time) tapi di selalu cakap she just want to be with him, tak kisahlh apapun relationship dorang.

dan disinilah perbezaan tsumugi dan sou mula menyukarkan komunikasi. sou boleh je pilih ‘teman tapi mesranya’, nana yang lebih memahami dan berkomunikasi dengan baik. sebab nana ni cacat pendengaran dari lahir. nana bukan karakter perempuan jahat yang cuba menghalang cinta orang lain, tapi she just being realistic. cinta bukan segala-galanya dalam perhubungan. dia tak nak sou rapat dengan tsumugi sebab kalau betul-betul sou jatuh cinta lagi dengan tsumugi, kebarangkalian untuk hubungan mereka bermasalah sangat tinggi dan sou akan kecewa. 

mula-mula sou macam degil. dia pilih tsumugi instead of nana. dan nana pun nampak sou lebih bahagia dengn tsumugi berbanding dirinya (thats why she back off dari berharap sou balas cintanya). tapi lama-lama sou mula faham apa yang nana mksudkan.

sou selalu have a great time spend with tsumugi. and thats make him fall for her more deeply. dan itu somehow buat dia frustrated, back to his old self yang rasa he dont deserve tsumugi and thought tsumugi will be happy dengan someone yang normal mcm minato. despite tsumugi berusaha utk berkomunikasi dengan sou, sou masih reluctant utk honestly open with his feeling.

jadi one fine day, sou rasa they should stop seeing each other. dia rasa despite seeing her laughter, dia rasa terkilan tak dapat dengar that laughter, dia terkilan tak dapat dengar suara tsumugi, dia terkilan tak dapat enjoy music dengan tsumugi. tsumugi tak give up. dia kata dia boleh berhenti buat semua tu if that would make sou sad. of course sou rasa it is ridiculous. after that tsumugi pun sbnrnya mcm dah letih. all these while dia yang bnyak berusaha. so she just said

“okay barua. kalau hang nak aku, hang datang ke tempat kita selalu lepak waktu sekolah dulu. kalau hang tak datang maka kita akan bawa haluan maasing-masing”

haha of course dia cakap baik2. tapi yup at this point aku pun menyirap dengan sou. i get it you feel low about your condition. kau tak nak orang kasihankan kau but why you make yourself so pitiful. 

bila sou datang ke kelas dorang, tsumugi serious tak expect it. sebab dia mcm dah give up. they talk through blackboard , the same conversation yang sou rasa rendah diri and such. tsumugi terus tulis 

“selamat jalan lahanat, aku harap kau bahagia dengan jalan hidup kau sendiri”

again, of course she wrote in a manner way.haha
but then sou tulis yang even dgn segala kesukaran, dia ingin bersama tsumugi tapi dia reluctant.
tsumugi tulis kat papan hitam sekali lagi yang dia takkan bercakap, takkan ketawa dan takkan dengar muzik dan sou padam semua tu dengan penuh emosi as if dia tak setuju kalau tsumugi buat semua tu. tsumugi get his hand dan tolong bersihkan kotoran kapur pada tangan sou. she said even for. normal person, miscommunication tu blh berlaku. bukan hanya pd psgn yg kekurangan deria. dia kata kalau sou letih dan susah nak open up his feeling, dia boleh menangis dan tsumugi ada untuk nangis bersamanya dan pat his back. finally sou open up his heart to tsumugi and they reminiscing their actual first meeting, masa sou baca puisi kat dewan perhimpunan. the end.

okay despite the happy ending, aku harap sou boleh bercakap semula dengan tsumugi. sebab sepanjang dia hilang pendengaran, dia hanya bercakap dengan family dia dan minato. dan seriously aku nk tahu apa yang sou bisik kat tsumugi pada end scene. kalau sou betul-betul bercakap dengan tsumugi kenapa tsumugi tak jadi emosi ke apa. yelah first time dengar suara yang dia mmg rindukan why not focus more on that scene.

apa-apapun kudos la dengn meguro ren (ye aku dah ingat nama dia). semua karakter dia bawa best dan bagi impak. eventhough silent bukanlah drama yang akan masuk dalam list drama terbaik yang aku akan ulang tengok sampai bernanah (currently only two drama on that list, iaitu nodame cantabile dan rich man poor man), but yeah i like it a lot. it just ia mendera emosi aku sebab agak melodrama. 



Saturday, 24 February 2024

My Happy Marriage

 1. Happy Marriage

2. Trillion Game drama

3. Silent drama

Sila cari persamaan cerita di atas. Huhu jwpnnya ialah lead actor dipegang oleh org yg sama. tp sampai waktu ni aku tak ingat nama pelakon lelaki tu. google la sendiri ya.



My Happy Marriage- Cerita pasal kinda Cinderella plus kahwin paksa thing. I swear cerita ni byk kali lalu kat feed youtube aku. Aku cuma malas tgk sbb aku rasa watak hero rambut putih dan panjang adlh sgt cringe. Engkau org Jepun duduk zaman Edo celah mana dapat rambut putih seh

Butttttttttt his character is sumpah awesome. dah la helok gila, baik plak tu. at least he is so kind to his family, friends amd subordinates. but kalau sesiapa kacau dorang, dia boleh jadi lelaki kejam sampai tak hesistate pun nak bakar rumah bakal bapak mertua dia. 

okay nama watak hero ni kiyoka. jalan cerita ni mcm fantasy skit sbb ada kuasa itulah inilah. tp mmg aku plg suka the way he treat his fiance.memang masa memula acah garang “dlm rumah ni kau kena dengar cakap aku”, tp bila maid dia tegur “pasaipa hang nak ketegak sgt dgn dia, dia tu baru kat sini. dan cik tgk dialah calon fiance hang yg plg baik tlg cik masak kat dapur”, dia cam lower his temper. 

Miyo, the fiance mmg mcm Cinderella yg sentiasa tunduk, patuh dgn org sekeliling just so she can survive. Masyaallah lelaki ni sangatlah supportive. hanya sbb teguran dari maid dia, dia cuba utk terima perempuan ni dan layan dia sama level dgn dirinya. 

i dont awe him sbb dia hensem cool ke hapa. aku awe dia sbb sgt jarang lelaki skrg ni utk treat org terdekatnya terutama perempuan dgn baik even dia sendiri seorang yg berpengaruh besar. can u imagine this story dont even have kiss scene tp sgtlah romantik. 

sila take note pembikin cerita di luar sana. kami penonton ni mahukan kejujuran dalam penyampaian cerita dan emosi. i can see pembikin cerita ni apart dari part fantasi sains fiksyen, kita dapat tgk sifat manusiawi yang jujur. 

manusia layan manusia as manusia.

lelaki layan, hormat perempuan as manusia. vice versa. 

i dont know i just love this story. walaupun mmg gaya damsel in distress tapi watak Miyo ada kekuatan tersendiri di akhir cerita. dia mmg nmpk lemah dan sng dibuli tp deep down dia sebenarnya seorg pejuang. dia ikut cakap family dia sbb dia nak survive sampaikan dia tak tahu apa yg family dia buat tu sebenarnya satu penindasan. kat sini nmpk la how big the impact bila seseorang ditindas dari kecil. dia sentiasa rasa kecil, tak layak hidup sampai ia jejaskan kesihatan dia (in this story, selain mmg mimpi adalah gift dia, mimpi ngeri yg dia alami sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pglmn buruk yg dilalui). 

Dannnnn bila kau tgk Trillion Game, both lead couple ni berubah 360 darjah. i mean the guy still jadi org baik tp byk helah dan perempuan tu jadi perempuan independent yg tak beremosi.


Kluen Chewit Part 2

What a long post.  Sampai aku kena sambung di entri seterusnya.

3. Aku sukaaa watak Gee yang kuat. Dia cantik, outspoken dan nampak keras hati. Tapi sebenarnya dia seorang yang manja, lembut dan semua ciri-ciri gadis Asia yang sopan dan pemalu. Pada mulanya dia seperti tak pedulikan apa-apa perkara selain kerja. Tapi as time goes by we can see dia sebenarnya sangat peduli tentang orang yang disayangi. 

At time aku rasa dia ni lebih suka menerima cabaran dari beralah. Macam untuk scene dia provok Sathit untuk tidurinya. Dia lebih suka orang nampak dia jahat dari berterus terang tentang perasaannya. Which make the audience sympathy with her.

Kalau di part 1 aku ceritakan panjang lebar tentang sinopsis yang aku rasa okay, masuk akal (walaupun dramatik) ,di part 2 ni aku akan beritahu the lack of this drama.

1. Hubungan toksik

Bapak dayus pukul perempuan. Aku tahu si Sathit ni sedih campur marah dengan perbuatan Gee tapi tak payah lah sampai cuba cederakan dan pukul perempuan. Banyak kot scene dia nak pukul Gee I was like dude calm down seh. 

But somehow aku rasa why Gee end up love this man is bukan sebab lelaki ni bersikap kasar. malah Gee mmg betul2 benci Sathit as much as Sathit hate her. Tp sebab ia melibatkan kematian orang yang tersayang, Gee boleh faham perasaan tu sbb dia pun rasa kehilangan kasih sayang seorang ibu. It start witha sympathy, empathy dan bila takdir mempertemukan mereka selalu Gee jadi care. 

I can root for their love sbb Gee bukan org yg senang2 biar org buli dia. Dia hanya beralah byk kali dgn perangai Sathit and she do believe his life can be better without her. And miraculously dgn cinta dan sayang dia jgk la yg merubah Sathit utk choose love over hate.

2. The unnessary side story.

I can accept Jade & Jane story tp aku cam cringe part Jade konon jatuh cinta dgn Gee. Yelah kalau kau jumpa perempuan cantik camtu ofkos kau terpukau tp takdelah you call it love. 

3. The cliche action scene in Thai drama.

entahlah dah beberapa cite thailand aku tgk, semuanya ada melibatkan samseng, hero or heroin kena tembak, banyak kill attempt…..i was like thailand mmg byk thug ke apa?


disebabkan aku dah penat dgn watak lelaki arrogant cold yg akhirnya jadi baik, i will share a goood story of real gentleman dari Jepun.


Monday, 22 January 2024

waves of life review

 lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa takkkkkkkkkkkkkkkk bloggggggggggggggggg.

whahaha

kembali kita dalam farhana tengah gilakan drama apa hari ini.

okay, i accidentally found this drama from thailand atau disebut lakorn bertajuk Khluen Chewit atau dalam englishnya Waves of Life. 

Bare to mind that sama macam Korea, Jepun, China, Thailand juga mempunyai drama soap opera yang kuat pengikutnya. I would say that sebab bila di google dalam setahun memang banyak drama soap opera seumpama ni yang dihasilkan di thailand sampaikan ada drama yang memparodikan tema ni iaitu Stupid Cupid lakonan Sunny. 

Okay I wont talk about Stupid Cupid sebab takde apa nak ditulis pasal cerita tu. Asyik gelak je terhibur tul. Aku nak cakap pasal cerita Khluen Chewit.


Memula aku tengok org review drama ni kat Youtube. Alih2 melekat juga. Let me tell you why

1. Aku rasa benda paling menarik ialah jalan ceritanya. Aku mula2 ingat cerita ini adaptasi cerita Korea 'Secret Love' lakonan Park Jisung tu. But only the premise kinda same. 

Jeerawat atau dipanggil Gee pelakon perempuan paling berjaya kat Thailand terlibat dalam satu kemalangan tanpa disengajakan dengan tunang Sathit, seorang peguam. Sathit dan tunang dia dah nak kahwin kot, tiba-tiba jadi macam ni member sedih campur marah. 

Then bermulalah adegan Catch Me if You Can. Gee bukan tak nak surrender ke polis tapi satu demi satu berlaku sampai ia bukan melibatkan dia dan keluarganya malah pembantu dan pekerjanya. And sememangnya Gee juga seorang mangsa keadaan. Jadi Sathit memang tak putus asa untuk bawa Gee ke muka pengadilan, tapi dia kekurangan bukti dan Gee juga tak nak mengaku.

Tambah parah, Gee dikatakan menjadi penyondol dalam rumah tangga sepupu Sathit iaitu Piak. Suami Piak, Cayan adalah pengarah filem dan juga kawan baik Gee. Tapi ramai sangkakan mereka berskandal sebab Gee ni memang tak banyak kawan. Jadi memang mereka rapat macam kawan dan adik beradik.

Dah nama soap opera, haruslah watak heroin ditambah masalah hidupnnya. Gee lahir dari keluarga susah, dia tak tahu siapa bapanya dan ibunya membesarkannya dengan menjadi pelacur. Ibunya Jariya berkahwin dengan seorang businessman berjaya iaitu Sitta. Sitta ni perangai dia bukan takat kaki perempuan tapi juga seorang haruan makan anak sebab dia bahkan nak 'bersama' dengan anak tirinya Gee. Dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan Gee, sehingga ke tahap upah anak buahnya stalk setiap gerak geri Gee dan suntik dengan dadah untuk buat Gee tak sedar diri. Tapi Gee as a strong woman berjaya loloskan diri setiap kali Sitta cuba perangkapnya. Itu yang dia nekad memandu kereta dalam keadaan mamai untuk larikan diri dari Sitta sampai akhirnya terlanggar tunang Sathit. 

Okay, aku tahu nama hero dan villian lebih kurang. 

Jadi Sathit ni memang betul-betul bencikan Gee. Punyalah dia marah, peras ugut Gee tapi Gee tak nak juga mengaku. Malah Gee makin baik dengan keluarga arwah tunang Sathit. Nawadee, mak si arwah mengusahakan rumah anak yatim jadi Gee banyak lawat dan bantu mereka. Sathit jadi angin sebab dia rasa kebaikan Gee tu takkan dapat kembalikan tunangnya dan dia hanya berpura-pura. 

Last step, Sathit cuba mengenakan Gee dengan menyiasat pula perniagaan haram yang dijalankan bapa tiri Gee. Lagipun dia memang ada dpt kes berkaitan pembinaan resort haram oleh syarikat Sitta di sebuah pulau. Tanpa disangka, dia jumpa Gee di pulau tu yang sebenarnya sedang melarikan diri selepas diculik Sitta. Aku tak tahulah perempuan ni memang bertuah atau apa. 

Gee dan Sathit yang saling membenci terpaksa rely on each other menyelamatkan diri lepas kuncu-kuncu Shihat tahu tentang tujuan Sathit ke pulau tu. They want to kill Sathit. Dalam pada benci tu. Gee sempat selamatkan Sathit yang hampir ditembak. Peluru tu kena tangan Gee. Sathit mula-mula bingung sebab kenapa tiba-tiba Gee nak selamatkan dia. Then Sathit balas kebaikan Gee dengan selamatkan dia dari mati lemas.

Starting from here bibit-bibit percintaan mula berputik. They spend time at fishing village and pulau yang tak berpenghuni. Mula-mula memang bertengkar je kerjanya, memang nampak la benci sungguh. Tapi lama-lama Gee boleh faham kenapa Sathit bencikan dirinya adalah sebab dia terlalu cintakan tunangnya. Apa yang Gee nak waktu ni adalah Sathit tak terlibat dengan dirinya, dengan bapa tirinya supaya dia boleh teruskan hidup yang aman dan bahagia macam dulu.

Sathit pula mula nampak Gee pada sisi yang berlainan. Dulu dia ingat Gee ni sekadar artis yang berlagak, jahat dan penyondol. Tapi sebenarnya Gee ni sangat lembut hati, dan sangat ikhlas menyayangi orang yang sayangkan dia macam Nenek Penjan (jiran dia yang selalu tengokkan dia masa kecil). Bila nenek Penjan meninggal dunia, Gee lah orang yang paling sedih lebih dari cucu Nenek Penjan sendiri. 

Waktu ni baru kedua-duanya mula terbuka hati untuk terima kehadiran masing-masing. They want to protect each other and offer comfort bila salah seorang ditimpa kesedihan. 

But then as always, mestilah villian takkan duduk diam terutama Sitta.Bila dia tahu Gee dan Sathit seperti ada hubungan istimewa, dia cuba taktik lain. Dia berikan bukti kamera CCTV pd Sathit yang menunjukkan Gee yang langgar tunangnya. Kemudian dia reka cerita bahawa Gee adalah perempuan jahat yang menggunakan kecantikannya untuk memperdaya lelaki. Konon Gee goda Sathit sebab nak terlepas dari tindakan undang-undang, Gee jgk lead Shahit utk siasat perniagaan Sitta sebab nak rampas harta bapa tirinya dan Gee memang ada hubungan dengan Chayan sebab dia memang bitch. 

Itulah belajar tinggi tinggi jadi lawyer tapi bodoh ya amat. 

Sathit percaya semua cakap Sitta tu. Dia buka semula kes Gee dan nak dakwa Gee berdasarkan bukti yang dia dapat tu. Tapi mak Gee, Jariya lebih cepat bertindak halang Sathit. Dia sanggup bayar berapa saja asalkan anaknya tak kena dakwa. Sathit provok Jariya, dia kata duit tak dapat beli nyawa orang mati, tak dapat beli maruah dirinya yang selama ni terpedaya dengan Gee. Jadi dia kata kalau nak bahan bukti dan kes tu digugurkan, Gee kena tidur dengan dia.

Gee yang masa tu sebenarnya tengah on call dengan Jariya sedih bila dengar Sathit cakap macam tu.Dia rasa Sathit sama je macam lelaki dalam hidupnya selama ni yang mahukan tubuhnya, suka hanya sebab nafsu. 

Gee ni dia bukan gadis lembik yang akan menyerah. Dia lebih suka mencabar musuhnya. Instead of datang minta maaf pada Sathit sebab dah terbukti dia yang langgar tunang Sathit, dia nak tidur dengan Sathit. Dia provok Sathit untuk tidur dengannya sebab dia akan lunaskan segala hutangnya dengan lelaki itu malam tu juga. Supaya lepas ni Sathit tak ganggu dia. Kalau tubuhnya yang selama ini Sathit mahukan, maka itu bayaran yang dia akan beri.

Sathit yang telah diprovok akhirnya tumpas. Masing-masing esok paginya menangis sebab menyesal, tapi tak tunjukkan to each other. 

Gee ingat semuanya dah habis. Tapi masalah dia, Cayan dan Piak makin menjadi-jadi pula sampai suami isteri tu hampir bercerai. Sathit tiba-tiba bersemangat nak bela nasib sepupunya Piak. Dia buat masalah kat lokasi shooting dan tuduh Gee penyondol, perempuan jahat. Cayan pun belasah dia dan Sathit memang betul-betul ingat mereka ada hubungan. Sathit dah jadi macam lelaki yang gila talak, cari apa-apa alasan untuk jumpa dengan Gee dan buat masalah. Sampai satu masa dia ceroboh rumah Gee. Gee mengamuk la baling-baling barang bila Shahit provok nak buat sesuatu kat dia. 

But then at one moment, bila masing-masing literally terluka, baru dua2 bertenang. They show care to each other tapi tak boleh nak berterus terang tentang perasaan masing-masing. They almost kiss but Cayan dan Suki pembantu Gee datang selamatkan Gee. They punch and beri amaran pada Sathit, tapi Gee hanya nak Sathit jangan jumpa dengan dia lagi. Cayan pun kata tak payah masuk campur hal dia dan Piak dengan cara harrass Gee.

Bila keadaan dah tenang sikit, Sitta mula merancang untuk dapatkan Gee dan hapuskan Sathit. Dia merancang untuk bunuh Sathit but luckily he just patah kaki. Gee confront dengan bapa tirinya tapi rupanya dia yang termasuk dalam perangkap Sitta. Sitta cuba rogol dia tapi Jariya datang selamatkan Gee dengan bunuh Sitta. Jariya larang Gee dari buat apa-apa pengakuan (yg mak dia bunuh Sitta sbb sitta cuba nak rogol gee) sebab tak mahu masa depan Gee berakhir di penjara (because she will be the saksi utk kes pembunuhan which is not easy) and kariernya berakhir. 

Bila tengok keadaan Sathit yang koma beberapa hari disamping patah kaki, Gee tahu dia kena jauhkan diri dari Sathit. Masa ni juga lah dia dapat tahu dia mengandung. 

They meet at hospital, at rumah Nawadee sebab dua-duanya tengah healing. Bila jumpa berdua first time lepas Sathit koma, Gee beritahu yang Sathit kena teruskan hidup, jangan terlibat dengan hidupnya lagi. Masa ni Sathit betul-betul ingat Gee memang nak end up dengan Cayan sebab waktu ni juga Cayan dan Piak dah bercerai. Sathit tak tahu pun sebenarnya Gee tengah mengandung anak dia. Dia sentiasa cuba nak cari kesempatan jumpa Gee tapi Gee sentiasa mengelak jadi hubungan dorang tergantung macam tu je.

Then at the end, Gee jatuh sewaktu shooting dan  perutnya terhentak. Dia dikejarkan ke hospital sebab pengsan. Semua yang tahu dia mengandung risau apa-apa jadi pada kandungannya tu. Waktu ni juga Cayan dan Piak berbaik, dan beritahu Sathit sebenarnya dia bapa kepada anak Gee. Sathit akhirnya buang ego dia dan decide akan pergi pada Gee, jaga Gee dan anak mereka. 

Tapi Gee berkeras tak mahu Sathit terlibat dengan anaknya. Dia kata semua tu salahnya jadi biar dia tanggung seorang. Kalau Sathit berkeras mahu anak ni, dia akan beritahu wartawan yang dia mengandung sebab dirogol Sathit. Hati Gee seolah dah tertutup untuk Sathit.

Sathit tak putus asa mengejar, dan Gee larikan diri ke satu tempat tanpa diketahui sesiapa. Dia banyak habiskan masa melukis tembikar di satu tempat, manakala Sathit pula setiap hari tak putus asa cari Gee. Akhirnya Jariya yang bantu Sathit untuk cari Gee berdasarkan alamat pada bungkusan yang dihantar Gee.

The ending semua orang tahu, Sathit pujuk Gee untuk hidup bersamanya sebagai sebuah keluarga. Gee ambil masa untuk bersetuju sebab dia masih takut akan kehilangan dan dikecewakan. Tapi lepas satu kejadian, dia rasa tak semua orang ada waktu yang cukup untuk bersama orang yang disayangi. Dia tak nak sia siakan masa yang ada, dia akhirnya ikut kata hatinya.

The end.

Always kan aku end up tulis full sinopsis. 

2. The chemistry between the lead cast and the supporting cast. Aku suka gandingan Mark Prin & Yaya. When the are bickering, dorang betul2 bickering mcm musuh. dan bila dah sayang alahai sweet namatey. They have reunite in new drama Love At First Night, which sampai skrg tak keluar. Tapi aku hangin bab jalan cerita dia. Macam murahan betul ceritanya. Bakal anak tiri tidur dengan bakal mak tiri ? eww

I watch My Husband in Law & Love Online lakonan Mark Prin (tp yg ni tak habis. I love Kim as his partner tp aku cam penat tgk jalan cerita yg byk pusing2).But seriously i still love Khluen Cewit the most.