Dan aku rasa, sekali lagi aku bukanlah orang yang tepat untuk membahaskannya dari sudut undang-undang mahupun agama.
Aku akan bahaskan dari sudut aku sebagai perempuan dan aku sebagai penganut agama Islam.
Seperti yang dilihat di dalam trailer, cerita ini mengisahkan seorang lelaki yang 'baik', berpelajaran tinggi telah melaporkan jenayah rogol yang dia lakukan sendiri ke balai polis. Dia tidak menyerah dirinya sebagai penjenayah, tetapi mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mangsa yang dirogolnya. Dia mahu menyaman Jina, mangsa, yang dikatakan berpakaian menjolok mata.
I knew some of you girls get angry just by reading this.
Maka dalam filem ni ramai pihak dan orang awam yang tampil memberikan pendapat masing-masing berkaitan isu ini. Aku tak tahu sama ada ia disengajakan atau tidak, ada pihak yang kau rasa akan menyokong si mangsa, tapi sebenarnya lebih memihak pada si perogol.
Seorang doktor perempuan berbangsa Cina membincangkan topik kes ini dengan ketuanya, seorang lelaki berbangsa India. Doktor perempuan itu menyelar si mangsa kerana berpakaian menjolok mata sehingga menaikkan nafsu lelaki. Dia mempertikaikan mengapa perlu memakai pakaian seksi dan berjalan seorang diri di tempat yang sunyi begitu, kerana ia seperti mengundang masalah.
Namun Doktor lelaki itu mempertahankan mangsa dengan mengatakan ia bukan tentang pakaian, tapi rogol itu sendiri adalah satu jenayah berat. Mereka tidak boleh menyalahkan mangsa dalam hal ini.
Kemudian, dua orang lelaki, seorang lelaki Melayu dan seorang lelaki India sedang bersenam di gim. Lelaki Melayu itu menyelar baju yang dipakai mangsa provokatif dan tidak hairan lelaki mahu merogolnya. Mangsa seperti mencabar nafsu lelaki dan seharusnya lelaki tidak dipersalahkan dalam hal tersebut. Tetapi rakan Indianya mempertahankan si mangsa dengan mengatakan mereka sudah bertahun belajar di US, malah mereka pernah melihat sesuatu yang lebih provokatif dari apa yang dipakai mangsa. Namun mereka tidak terlibat dengan jenayah rogol hanya kerana melihat sesuatu yang provokatif.
Apa yang sedikit menyentapkan aku ialah rakan lelaki India itu mengatakan,
"Girls, wearing short skirts like that are easy. We bring them to club, we treat them with a drink then they will easily follow us back. So why need to rape? Why not asking nicely?".
Dan aku tak faham kenapa lelaki Melayu tu masih bersikap negatif ;
"Mana senang. Tak semua perempuan seksi akan ikut kau balik kalau tak ada paksaan".
Ada beberapa situasi perbincangan dalam kalangan orang awam. Antara rakan sekerja wanita, salah seorang dari mereka menekankan bahawa jika perempuan itu adalah anak mereka, mereka akan marah dan kurung mereka dari keluar dengan pakaian seksi. Antara rakan sekerja lelaki yang bekerja dalam sektor perkhidmatan awam, mereka menekankan bahawa wanita zaman sekarang suka bersaing untuk menunjukkan siapa lebih seksi dan suka membuat 'tayangan amal percuma' kepada golongan lelaki.Sekali pandang itu nikmat, tapi jika dah terjojol lama depan mata itu namanya penyeksaan zahir dan batin lelaki namanya. -_-
Antara anak dan ibu bapa, si ibu sangat konservatif tidak membenarkan anaknya berpakaian seksi manakala si bapa tidak kisah asalkan anak selesa berpakaian sedemikian. Antara teman lelaki dan teman wanita, si lelaki tak mahu aset teman wanitanya menjadi tontonan awam dan memarahi teman wanitanya supaya lebih menutup aurat. Teman wanitanya yang mungkin belum bersedia untuk berubah seringkali kecil hati dengan ketegasan teman lelakinya. Teman lelaki itu memujuknya dengan mengatakan walaupun dia sendiri jahil agama, tapi apabila mereka berkahwin dia hanya mahu aurat isterinya hanya untuk dia seorang. Menunjukkan bahawa dia mahu teman wanitanya belajar untuk hormat diri sendiri (dengan berpakaian menutup aurat) jika mahu lelaki lain menghormatinya (dengan menundukkan pandangan mereka).
Pendebatan mengenai isu jenayah rogol dan aurat seorang wanita sangat dekat dengan masyarakat Islam. Iya, filem ini lebih menumpukan dari sudut sosiologi dan undang-undang tapi bagi aku kita takkan dapat lari dari mengaitkannya dengan isu agama.
Masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu, India, Cina..dengan empat agama utama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian. Antara keempat-empat agama ini, hanya Islam yang jelas dan tegas mengenai aurat seorang wanita. Mencegah lebih baik dari merawat. Islam sudah gariskan panduan hidup untuk menyelamatkan manusia dari kehinaan dunia, terutama untuk wanita. Nah, jika semua wanita menutup aurat seperti yang disyariatkan Islam, lelaki tidak punya alasan untuk mendakwa si mangsa mengundang nafsu mereka untuk melakukan jenayah rogol.
Tunggu. Itu bukan bermaksud aku menyalahkan perempuan secara total.
Jenayah rogol sudah berlaku sejak zaman perhambaan manusia masih dibenarkan. Tidak perlu pergi jauh hingga ke zaman Firaun, tapi cukup untuk kita melihat pada zaman 1920 an, di Amerika, para wanita masih berpakaian gaun labuh sehingga ke buku lali, dengan lapisan kain yang banyak. Ini bermakna kebarangkalian untuk melihat kulit tubuh mereka selain muka dan tangan sangatlah kurang. Tapi jenayah rogol masih berlaku. Kemudian zaman Ted Bundy bermaharaja lela sebagai perogol paling sadis bermula 1970 an. Ketika itu fesyen wanita sudah berubah menjadi moden, tapi tidaklah semoden hari ini yang menyaksikan skirt pendek secara terang-terangan dipakai oleh penyanyi Kpop. Malah, di Korea, pada zaman 1980 an mana-mana perempuan yang memakai skirt pendek akan ditangkap kerana berpenampilan provokatif. Kembali ke tahun 2020, dimana kes lelaki merogol bayi dalam hari, lelaki merogol perempuan tua yang uzur dan sebagainya telah berlaku.
Jenayah rogol tiada kena mengena dengan pakaian. Ia hanya salah satu faktor, sama seperti faktor kemiskinan (kanak-kanak perempuan di India terpaksa duduk di satu rumah daif, bercampur dengan keluarga besar mereka yang lain dan memungkin jenayah rogol berlaku antara ahli keluarga), faktor kekacauan politik negara (di India dan Bangladesh, kes rogol yang berlaku adalah tinggi namun kes-kes tersebut tidak dibicarakan atau diambil tindakan kerana perlaksanaan undang-undang yang lemah) dan faktor yang paling utama semestinya datang dari perogol itu sendiri.
Sudah tentu, sewaktu perbicaraan apabila peguam pendakwa (pihak Daniel. sorry aku tak faham istilah planitif semua tu) menegaskan bahwa Daniel tidak berniat untuk merogol Jina. Ini kerana hubungan Jina dan Daniel hanya sekadar jiran tetangga yang sering bersapa di dalam lif tempat mereka tinggal. Jika Daniel ada niat sedemikian, sudah tentu ada tindakan-tindakan berunsur seksual sepanjang mereka bertemu di dalam lif. Hanya pada hari kejadian, dengan baju seksi yang dipakai Jina, Daniel terangsang lalu bertindak merogol gadis itu.
To discuss this, i need another sheet of paper.Bersambung...
No comments:
Post a Comment