Sunday, 19 January 2020

Love With Flaws:review


Anneyong!

Sebab utama aku tengok cerita ni (gigih tau download):
1. ahn jae hyun. oleh sebab dia tak ada dalam new journey to the west i wonder how he is doing plus dengan penceraian yang dia alami.
2. oh yeon seo. aku minat dengan dia dalam korean oddessey. walaupun dipercayai kecantikannya adalah plastik tapi aku rasa dia seorang yang sangat professional. i mean, dia tak selalu masuk variety show dan tak adalah berkawan rapat atau mesra dengan lead actor. so dia nampak macam neutral & professional.

The story:
Jo seo yeon (haha terbalik dgn nama sebenar yeon seo) hidup dikelilingi lelaki kacak (untungla). Dan dia come out dengan satu attitude buruk tentang golongan kacak, hensem dan sewaktu dengannya. Lagi lelaki tu hodoh, lagi dia suka. Kang woo pula lelaki yang pernah gemuk, hodoh dan sekarang berubah jadi lelaki kacak yang perfectionist. Cuma satu kekurangannya adalah sistem pencernaan yang tak betul. Dia sama je macam tipikal budak berbadan besar yang selalu tercirit dalam seluar bila dia rasa anxious.
Dan sudah tentu semua tu berpunca dari seo yeon yang pernah reject dia waktu sekolah dulu. Jadi bila dia jumpa perempuan tu balik masa majlis reunion, dia nak balas dendam kat seo yeon dengan berpacaran & lepas tu berpisah dengan sengaja.
Tapi dia realise seo yeon  bukan tipikal perempuan yang jatuh cinta dengan kekacakan dan kekayaan dia. dan yang lain...tengok la sendiri.

Side story, cerita mengenai dua abang dan adik lelaki seo yeon yang katanya kacak maut, beserta beberapa wanita yang muncul dalam hidup mereka.

Komen:
1. Karakter
Aku tak ada masalah dengan ahn jae hyun nak jadi gila-gila macam apa yang dia tunjuk dalam new journey to the west. cuma aku rasa kadang-kadang dia try to hard to be funny, jadi rasa awkward di situ. Dan jujurnya, aku tak rasa pun bila dia buat scene romantik dengan lead actress. mungkin sebab aku masih membayangkan kejahatan dia pada ex-wife dia (in real life).

Penampilan seo yeon sebijik macam watak anime jepun. Dengan rambut panjangnya, baju sukannya dan ekspressi mukanya yang pelbagai, aku mengharapkan karakter dia secool Hikari dalam siri anime Special A. Tapi jalan cerita hidupnya agak sloopy dengan konflik yang sebenarnya tak kompleks mana pun.
Tbh, aku rasa watak seo yeon agak annoying. dia dapat semua perhatian dan kelebihan hanya dengan effort yang sikit. mula2 dia sangat tak suka kwang woo, dan rapat dengan lelaki tu pun bersebab. tapi entahlah, aku rasa masih ada banyak ruang kosong dalam karakter seo yeon yang tak memungkinkan lelaki jatuh suka high over heels pada dia. kau fikir these days lelaki cari perempuan yang bersifat berdikari & kasar ke? i dont buy that, really.

2. Isu
Ini yang sangat mengganggu fikiran aku.
Pertama sekali isu LGBTQ. Aku tak faham signifikan isu ni diketengahkan dalam cerita ni. Drama Korea lama kelamaan seperti menerima budaya ini dengan hujah menyokong hak asasi manusia. Tapi tak boleh salahkan mereka kerana sememangnya masyarakat mereka hanya mengaitkan agama dalam soal kematian dan hantu.

Watak abang kedua Seo yeon,Joo Won Suk (mendiang Cha In ha) yang kacak tapi homoseksual seakan tidak memberi apa-apa impak pada cerita. Dia seorang yang kacak dan digilai ramai lelaki gay, tapi akhirnya bersama dengan seorang pelajar lelaki yang naif. They met at the bar, the young guy try to woo Won suk tapi dia tak layan. kemudian it happen the young guy be won suk's brother tutor and they always met at home.
Seriously skit pun aku tak rasa itu romantik. Lagi-lagi bila kononnya won suk datang universiti lelaki tu dan protect dia dari terus dibuli (sebab kawan-kawan dia dapat tahu dia gay), aku rasa mual. Serius la wei, menyampah plak dengan dua ekor malaun ni.
Dont get me wrong. Bukannya aku nak jadi orang yang baling batu pada manusia yang rasa diri mereka homoseksual. Okey, aku tahu itu sebenarnya ujian untuk kau, apa pilihan yang kau buat itu terpulang pada kau sebab kau yang alaminya. Tapi aku benci kalau kau mempromosikan cara hidup sebegitu dalam drama, as if benda itu dibolehkan. Apatah lagi bila ia cuba diberikan babak romantik yang kononnya membawa bahagia. Wak lu.

Isu kedua, adalah sebenarnya isu utama drama ini.Iaitu kecantikan fizikal. seorang perempuan yang kurang cantik (ohhh you dont know the struggle of being ugly. kalau kau faham kau takkan cast pelakon yang flawless mcm tu) tak suka lelaki yang kacak sebab dia rasa mereka ada bad attitude. but guess what, benda yang dia benci tulah dia dapat dengan cara yang sangat mudah.

to be honest, cerita ni sangat shallow dalam membincangkan tajuk kecantikan fizikal. Jadi seo yeon trauma dengan kemalangan yang melibatkan ibu bapanya, menyebabkan dia jadi anxious kalau abang atau kawannya bawa kereta dalam keadaan mabuk. itu legit. jadi apa kena mengena dengan rupa paras seorang? dia rasa mak bapa dia seorang yang cantik luar dalam, jadi dia rasa dia akan kecewa kalau dia pilih pasangan yang kacak dan pasangannya itu tinggalkannya.

apo tu?

correct me if i am wrong, sebab aku memang banyak skip dek kerana kebosanan dan jalan cerita yang mendatar. drama adellea sofea is better than this.

ketiga, isu tipikal orang kaya dan orang miskin. sekali lagi aku tak tahu apa fungsi watak seorang perempuan kaya yang menyamar jadi gelandangan hanya sebab dia rasa terseksa dipergunakan mak dia. mula-mula aku mengharapkan karakter dia sesuatu yang beri impak dalam hidup seo yeon. mungkin dia permpuan yang boleh buatkan abang gay dia jadi normal, something like that. tapi dia tak ubah seperti peminat fanatik seo yeon yang suka nak ambil tahu segala yang berlaku dalam hidup seo yeon. mungkin dia sangat terharu bila seo yeon layan dia dengan sangat baik walaupun dia hanya gelandangan tapi serius la. tak perlu pelik-pelik sangat sampai nak tiru gaya seo yeon. dah macam watak kawan Sol dalam drama Cheese in The Trap.


Jadi, aku rasa, aku tak rekomenkan cerita ni pada mereka yang mengharapkan ini akan jadi drama yang ada isu yang serius atau drama yang menghiburkan.
Contoh drama yang menghiburkan dan boleh deal dengan isu yang berat adalah The Age of Youth. Aku boleh nampak cerita ni cuba nak bawa isu berat LGBTQ dan physical appearance tapi sorry to say, none of it is delivered well.

Dan aku end up sambung tengok Hanbun, Aoi yang lagi kelakar dan best.

No comments:

Post a Comment