Thursday, 23 January 2020

its the moment yang arif: 2


Video ni rasanya adalah video assignment pelajar universiti yang belajar Business Ethic. Tak ada kena mengena pun dengan apa yang aku nak cakap tapi at least dapat gambaran tentang apa yang berlaku sepanjang filem ni.

Berbalik pada si perogol, iaitu Daniel. Pada awal cerita dia digambarkan seorang lelaki biasa yang baik. Dia solat, dia ada kerja yang bagus dan mungkin berpelajaran tinggi. Dia bukanlah si ketua gangster atau penagih dadah yang biasa terlibat dalam kes jenayah.

Satu kesilapan, hanya memerlukan satu bisikan dari syaitan untuk dia langgar semua etika kebaikan yang ada pada dia. Apa yang membezakan malaikat dan manusia adalah manusia dikurniakan akal dan nafsu. Manusia menjadi khalifah di muka bumi ini kerana dua kelebihan itu, akal akan memandu hati kearah jalan keimanan manakala nafsu akan memandu hati ke jalan kefasikan yang boleh memusnahkan dunia. Kerana sifat nafsu inilah kejadian manusia sebagai khalifah dipersoalkan oleh para malaikat pada awal ciptaan Adam AS.

Seseorang boleh menjadi sangat warak namun dia juga boleh berubah jadi jahat hanya kerana menurutkan hawa nafsu. Disini, Daniel telah membuat silap kerana menurut hawa nafsunya. Namun, dengan 'keimanan' yang dia ada, dia rasa ego untuk menyalahkan dirinya seratus peratus. Jadi, untuk membuatkan diri dan tindakan jenayahnya dipandang 'baik' oleh masyarakat dia bertindak menyaman Jina yang berpakaian tidak mengikut syariat.

Disinilah liciknya permainan syaitan. Seorang manusia yang warak bagaimana sekalipun jika ada ego dan riak dalam hatinya walau sedikit, akan terperangkap dalam permainan syaitan ini. Astagfirullah, moga dijauhkan dari kita semua.

Hal ini mungkin tidak difahami oleh orang bukan Islam, kerana itu ramai aktivis wanita dan hak asasi manusia dalam cerita ini menentang seratus peratus tindakan Daniel yang dikatakan tidak bermoral itu. Dia seperti menjadi musuh nombor satu wanita kerana tindakannya itu. Itu berbalik kepada apa yang Islam selalu ajarkan pada penganutnya, jangan membenci si pendosa, tapi benci dosa yang dilakukannya. Kita tak boleh buat seseorang mengaku, melutut atau bersujud meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan. Tapi kita boleh memberi ruang pada seseorang untuk berfikir kembali akan tindakannya. Masyarakat perlu belajar untuk beri ruang pada seorang pendosa supaya dia merasakan 'tidak mengapa jika aku mengaku kesalahanku. masyarakat tidak akan membenciku selamanya tapi hanya perbuatanku'. Disinilah fungsi undang-undang dan badan kehakiman memainkan peranan penting. Jika selepas perbicaraan yang telus berlaku dan ternyata berdasarkan undang-undang Daniel sememangnya bersalah, maka dia harus akur dengannya dan ia akan menjadi pengajaran paling besar pada dirinya dan orang lain.

Sekalipun jika mahkamah membuat keputusan supaya Jina membayar saman yang dikenakan terhadapnya, ia juga adalah satu pengajaran besar untuk Jina dan masyarakat sekeliling untuk mengambil berat tentang isu aurat  dan pemakaian wanita.

Aku tak tahu pengakhiran sebenar dalam cerita ini. Tapi berdasarkan video diatas, kejadian ini menjadi asbab perubahan pada kedua-dua karakter. Bayangkan jika Jina tidak dirogol dan disaman, dia pasti masih menjalankan kehidupan tidak mengikut syariatnya. Bayangkan jika kes ini hanya kes rogol biasa yang berpihak sepenuhnya pada mangsa, sudah tentu ramai pihak sekadar memandang sepi akannya tanpa mengkaji kembali kaitan antara pemakaian wanita dan kecenderungan lelaki baik untuk melakukan jenayah rogol. Jika kes ini tidak berlaku, mungkin Daniel masih dengan sifat ujub dan takburnya dalam melakukan ibadah.

Aku rasa filem ini banyak memberi pengajaran kepada kaum wanita terutamanya. Penglibatan ramai anggota masyarakat yang terdiri dari kaum Melayu Cina India memberi kesedaran kepada penonton bahawa jenayah rogol ini bukan hanya berkait dengan orang Melayu Islam saja. Ia adalah isu global, kes rogol juga berlaku di negara barat. Jadi ia akan buat kita persoalkan tentang adakah gaya hidup, moral dan kepercayaan yang kita amalkan selama ini mampu menyelamatkan kita dari mendapat kecelakaan?

No comments:

Post a Comment