Tuesday, 7 April 2020

Early Bird dan kesudahannya

Akhirnya aku dah habiskan 51 episod drama Turki Erkenci Kus (Early Bird).
Tahu, bunyi dia dalam bahasa turki macam kencing tikus haha.

And it was very exhausting.
Tapi aku gigih habiskan sebab rasa ingin tahu.

Plot cerita seterusnya tak payahlah aku terangkan secara detail.
Sambungan dari entri lepas, it turns out yang Emre banyak buat kerja kotor belakang Can, berganding bahu dengan teman wanitanya Aiheen dan Fabri (business partner separuh Itali). Lepas kemalangan, Emre berpura-pura dah insaf padahal dia masih teruskan kerja kotornya. Tapi there is someone yang tanpa Emre sedari, hold him dari pergi lebih jauh. Orang itu adalah Layla, setiausahanya.

Somehow, dia sangat menghormati Layla sebagai seorang wanita yang selama ni dah banyak bantu dia walaupun pekerja lain dok sok sek sok sek cakap dia jahat. Then, he cant afford to lie anymore, dan lepas tu bantu Can untuk tangkap Aiheen dan Fabri yang masih nak jatuhkan syarikat mereka.

Emre dan jadi baik. Aiheen dan Fabri ditangkap. Maka tiada watak antagonis.
Kau sabojap.
Masa tu juga mak Emre dan Can tiba-tiba balik dari luar negara dan masuk campur urusan anak-anaknya. Terutama urusan peribadi.
To sum up, dia macam mak Gu Junpyo dalam Boys Over Flower.
Nak total sum up, cerita tu sendiri umpama the other version of Boys Over Flower.

Ye, anak-anak. Termasuk plot hero heroin terpisah kerana desakan sekeliling dan plot hero hilang ingatan.

Sejujurnya, ada beberapa plot yang aku rasa sangat lemah dan tak dapat nak justifikasikan perbuatan dan reaksi hero dan heroin. Contohnya, Sanem dan Can berpisah kerana kononnya Can membakar buku nota Sanem yang tertulis di dalamnya kisah cinta mereka. Dan pada waktu itu Can menyerang Yigit (watak hero kedua pengacau) hingga kononnya kakinya patah (seriously, dia tolak macam Kim Jong Kook tolak Yoo Jae Suk dalam perlawanan gusti).
And everyone believe that! Ya Tuhan, dimanakah kelogikan itu? Watak hero yang selama ni baik tiba-tiba orang yang percayakannya, dan watak Yigit yang orang tak kenal pun tiba-tiba dijulang sebagai mangsa 'keganasan' Can sehingga buatkan Can merajuk bawa diri dengan yatcht. Maka syarikat mereka bankrup, sementara Sanem mengalami masalah depressi yang teruk.

Drama gila.

Setahun kemudian mereka berjumpa semula, berbaik dan merancang untuk berkahwin. Waktu ni watak antagonis dah tiada. Maka penulisnya pun tak ada kerja menambah konflik dengan membuat babak Can dan Sanem terlibat dalam kemalangan sehingga Can lupa ingatan dari waktu dia ambil alih syarikat. Maksudnya, dia masih kenal pekerja dan keluarganya, tapi dia tak kenal Sanem.

Gitu pula.
Jadi biasalah, macam watak Jandi, Sanem berusaha kembalikan ingatan Can. Mereka bersungguh beli balik pejabat mereka dahulu, hidupkan balik syarikat mereka yang dah bankrup dan adakan beberapa babak yang Sanem rasa boleh buat Can ingat balik.

Apa-apa sajalah. Lepas tu bila Sanem putus asa, barulah Can sedar dia cintakan Sanem. Cis, baru beberapa episod dah give up. Shan Chai dalam Meteor Garden II terpaksa berhadapan dengan Dao Ming Xi yang lupa ingatan hampir 20 lebih episod.

Okay, sebenarnya dalam entri ni aku nak tekankan mengenai watak Sanem. Dia digambarkan sebagai watak kelakar, happy go lucky,seksi, cantik, dan naif. Ya, percayalah semua sifat tu ada pada watak dia. Which aku boleh simpulkan dia sebagai watak cool girl, berdasarkan definisi yang diberikan Amy dalam filem Gone Girl.


Nota kaki, Sanem bukan saja berada dalam kategori Cool Girl tapi juga dalam kategori perempuan yang komplikated. Pada permulaan episod, aku boleh terima segala persepsi dan tindakannya. Tapi apabila tiba dia babak klimaks, aku rasa...okay, kemana pergi perempuan positif dan realistik dari episod awal dulu? Aku tak boleh faham kenapa dia nak menangis untuk benda yang remeh,kenapa dia nak terlebih cemburu sehingga aku rasa jengkel, kenapa nak marah pada sesuatu isu yang jadi antara dia dan Can kemudian keesokan harinya make fun of it like she didnt care? She make me say "Kau nak apa sebenarnya perempuan?".

Sejujurnya watak Can pun hopeless juga. Tapi sebab aku rasa tarikan utama drama ni adalah Sanem, aku lebih fokus pada watak dia.

Aku suka dia bersifat gila-gila and such tapi kadangkala its too much yang sampai aku rasa jengkel. Ramai dari ruangan komen di youtube sukakan sifat Cool Girl yang ada pada Sanem. Tapi sebenarnya resepi watak cool girl dah selalu sangat ditonjolkan secara hiperbola sehingga perempuan biasa pun rasa jengkel.

Realitinya watak cool girl ni tak wujud. Ia hanyalah salah satu fantasi lelaki yang dihiperbola kan terutama dalam drama atau filem untuk menjadikan cerita itu lebih menarik. Satu ciri paling penting adalah cool girl mestilah sangat cantik.

Watak Sanem telah menjadikan drama tersebut satu pentas peragaan fesyen. Kadangkala aku terganggu dengan pakaiannya yang aku rasa terlalu seksi untuk melakukan aktiviti harian dia kawasan kampung. Siapa yang pakai gaun dengan belahan kain sehingga pinggul menampakkan kaki yang jinjang (aku pun tak tahu nak terangkan bagaimana bentuk gaun tu) untuk masuk hutan mencari bunga? Gadis era Victorian pun pakai gaun labuh sampai buku lali dan memakai seluar di dalam.

Jadi Sanem secara fizikalnya cantik, fashionista, dan seksi. Ditambah pula dengan sifat cool girlnya, & keluhuran hati maka dia adalah watak fiksyen perempuan yang sempurna. Tapi semua sifat itu tak bermakna jika dia tidak cantik.

Pernah lihat seorang perempuan menari-nari di tengah jalan raya atau bercakap dengan diri sendiri? Jika dia berpakaian compang camping orang akan katakan dia gila. Tapi kalau dia adalah Angelina Jolie, semua pasti rasa "Ohh she just expressing herself".

Mungkin Erkenci Kus sesuai ditonton oleh orang yang mencari 'fairytale', bukan orang yang terlalu realistik seperti aku. Aku tak dapat menahan diri dari mempersoalkan setiap set up, pakaian yang dipakai semua karakter dan budaya yang ditonjolkan dalam drama tersebut kerana memikirkan yang Turki adalah sebuah negara Islam.

Okay, mungkin kau kata aku tak perlu prejudis. Malaysia pun sebuah negara Islam tapi tak semua drama atau filem ikut syariat Islam.
Tapi jika hampir setiap babak, para pelakon menyebut Allah Allah, Masyaallah, Alhamdulillah untuk mengekspresikan perasaan mereka, kau takkan boleh lari dari kenyataan yang kau sedang menonton drama dari negara Islam.

Sebenarnya ada beberapa karakter yang aku rasa layak diberi pujian lebih dari watak utama. Selain watak Jayjay dan Derren yang aku nyatakan dalam entri sebelum ni, adalah watak Layla.
Sejujurnya, jika diberi pilihan, aku lebih suka menjadi Layla. Dia seorang yang pada mulanya sempurna dari segi kerja dan perwatakan. Dia cantik, bijak, bersifat elegan, teratur dan tegas. Sifatnya sangat bertentangan dengan Sanem namun dalam pada masa yang sama dia bersifat sangat melindungi terutama terhadap Sanem.

Apabila dia membuat keputusan mengejut mengahwini Emre, aku pun tidak menjangkakan perkara tersebut. Bak kata Sanem, Layla bukanlah seorang yang akan buat sesuatu tanpa merancang. Aku sangat suka babak apabila dia memberitahu bapanya dia telah berkahwin (tanpa pengetahuan sesiapa). Bapanya hanya memandang ke dalam mata Layla dan berkata; "Adakah kami ibu bapa yang teruk sehingga kamu membelakangkan kami dalam hal ni?".

Aku lebih suka jika perkahwinan itu diutamakan lebih dari percintaan, seperti yang Laila lakukan. Apabila Osman sungguh-sungguh menyatakan cintanya, dia menyuruh lelaki itu mengikatnya dengan ikatan pertunangan. Oleh kerana dia masih tidak mampu untuk cintakan lelaki itu, akhirnya dia memutuskan pertunangan tersebut kerana tak mahu Osman lebih terseksa. Kemudian, apabila dia dan Emre sama-sama tahu mereka cinta dan perlukan satu sama lain, mereka terus buat keputusan untuk berkahwin.

Percintaan seperti Sanem dan Can sesuatu yang memenatkan dan penuh drama. Tapi percintaan Layla dan Emre adalah sesuatu yang simple tapi sangat menyakinkan. Bak kata orang tua, bercinta bagai nak rak tapi tak kahwin-kahwin tu tak elok.

Jadi, aku rasa Erkenci Kus sebuah drama yang menarik pada permulaan cerita tapi menjadi sangat membosankan di pertengahan dan akhir cerita tanpa bantuan watak-watak sampingan yang aku nyatakan di atas.

No comments:

Post a Comment