Tuesday, 14 April 2020

Too many news too crazy

Tajuk bukan main
Sebenarnya aku plan nak tulis tentang benda lain tapi takpa, i will get back to that later.

1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=221501392519395&id=109406827062186&ref=content_filter


Seorang budak lelaki melakonkan watak seorang budak perempuan. Macam satu komen pada post ni, sebenarnya pihak netizen dan ibu bapa sama-sama ada point. Ibu bapa budak lelaki ini bukanlah calang-calang orang tapi pakar psikologi, dan mereka sudah pun menegaskan pada anak mereka tentang peranan watak yang perlu dibawa dalam filem tersebut. Mungkin ada sesetengah netizen menganggap mereka adalah ibu bapa yang teruk kerana mempergunakan anak mereka. Tapi kalau kau bukanlah salah seorang kenalan, ahli keluarga atau jiran belakang rumah mereka, maka berhentilah menyelar dan dan menuduh sesuka hati. Ada beza antara nasihat dan mengutuk. 
Dari sudut netizen pula, masyarakat Korea seperti masyarakat Asia lain yang masih mementingkan agama dan identiti ketimuran. 
Bagi aku, tindakan ini mempunyai risiko pada jangka masa panjang. Pelakon kanak-kanak itu sangat muda, dan terdedah dengan dunia hiburan yang mencabar. Bahkan bilangan kes bunuh diri dalam kalangan selebriti dewasa mereka bukanlah sedikit. 
Golongan tradisionalis ini mungkin bimbang kanak-kanak ini akan mengalami kecelaruan identiti seperti Nur Sajadiah. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Sejujurnya, kasih sayang dan dan pendidikan duniawi tidak cukup untuk membendung gejala LGBTQ. Jadi bagi aku, lebih baik hindarkan daripada menanggung risiko. 
Poin kedua aku ialah aku sangat takut jika kanak-kanak ini akan dipergunakan oleh kuasa atau golongan atasan untuk menyebarkan dakyah LGBTQ. Lihatlah ramai ikon selebriti LGBTQ yang diangkat sebagai raja dalam bidang masing-masing. Contoh seperti Ellen Degeneres, Shane Dawson (dan kawan mak nyah dia siapa tu, alah tak ingat la nama dia), Nur Sajadiah dan ramai lagi. Tidak mustahil untuk budak lelaki ini 'ditaja' hingga mempunyai peluang kerjaya yang cerah dengan syarat dia perlu menjadi ikon LGBTQ. Maka golongan muda yang lain akan melihat mereka sebagai satu contoh kejayaan dan tidak teragak2 untuk ikut cara hidup yang sedemikian. 

2. 




PKP yang sudah berlangsung selama hampir sebulan menyaksikan bertapa banyaknya ragam manusia. Ada yang senang mahu lebih senang dan tak betah dengan kesusahan, ada yang senang dan tak betah jika tidak berkongsi kesenangan mereka, ada yang susah tapi masih tidak bersyukur dengan apa yang diberi, serta ada yang susah tapi menjadi orang paling sabar antara semua golongan diatas. 

Sabar itu susah. Betul cakap kak fynn. Sejak zaman media sosial menjadi sebahagian hidup manusia, trend berkongsi kehidupan sudah menjadi satu perkara yang lazim. Yang berada menunjukkan kekayaan mereka dan yang miskin terpaksa berputih mata melihat semua kekayaan itu. 

Aku tak pernah setuju dengan konsep berkongsi kehidupan peribadi di media sosial. Apabila aku memuat naik gambar, biasanya ia lebih bersifat persahabatan,jika gambar itu benar-benar memberi makna dalam hidup aku. Sebenarnya aku pun tak percaya tapi aku tak pernah berkongsi apa-apa gambar yang berkaitan pekerjaan aku. 

Satu, iya, kerja aku biasa-biasa saja. Dulu pembantu jualan,kemudian setahun di jabatan kerajaan, kemudian guru tusyen. Okay,mungkin aku ada kongsikan gambar anak murid aku, tapi itupun aku hadkan orang yang boleh membaca post berkenaan. Selalunya aku lebih senang berkongsi di status WhatsApp kerana disitu hanya kenalan rapat dan keluarga saja boleh membaca. 

Macam mana aku cemburu dengan kelebihan atau kekayaan orang lain, macam tu juga aku tak nak buat orang lain yang mungkin nasibnya kurang daripada apa yang aku ada cemburu dengan aku. 

Golongan kedua di media sosial adalah orang yang selalu meluahkan perasaan dan dan pendapat. Sama ada dari sudut percakapan (video) atau penulisan, kadangkala post yang mereka buat boleh mengundang salah faham untuk orang yang tidak mengenali mereka. 

Kerana itu aku sangat tak suka pada orang yang memuat naik status menyindir, memerli rakan mereka  sehingga mencetuskan pergaduhan. Dalam kalangan kenalan aku sendiri tak pernah sekali pun aku lihat seseorang itu mengakui kesalahan mereka sendiri. Selalunya pihak lain yang bersalah. Contoh;
"Selama ni aku sabar dengan kau, aku diam je bila kau buat taik dengan aku. Tapi kali ni kau betul2 melampau" 

Ia menjengkelkan aku. If you want to diss someone, make a rap song and gain profit from it. Buat novel ke. Bukan menyemak dalam feed orang lain yang tak ada kena mengena. Pergilah selesaikan masalah dengan orang tu daripada bebel,mencarut tak tentu hala. 

Well aku sendiri pernah marah, pernah bergaduh, pernah kecil hati dengan kawan aku. Dan iya, kadang2 aku menangkan ego aku,tak minta maaf or bincang permasalahan aku dan dia. Dan aku buat semua itu dengan mensenyapkan diri. Yes, aku kadang2 ego, tapi aku tak suka tunjukkannya dengan status penuh emosi. 

Paling kurang aku akan menulis dalam blog ni. Dan sejujurnya, aku selalu gunakan perasaan ego,marah, semua perasaan negatif tu untuk tulis cerita. Aku perasan setiap kali aku menulis dalam keadaan negatif, cerita tu akan jadi lebih menarik daripada kebiasaan. 

Masalah yang kak fynn highlightkan dia atas adalah bertitik punca dari dua benda diatas ni. Tabiat manusia menunjuk kekayaan di media sosial dan tabiat meluahkan emosi,perasaan menggunakan kepala lutut. 

Jadi di masa PKP ni, cuba kurangkan masa di media sosial. 

3. Beberapa hari lepas aku tak buka instagram hampir satu hari (itupun kecoh kan). Bukak pun sebab nak tengok status kak fynn. Dan aku seperti selalu tertinggal kereta api. 
Aku baru tahu tentang kewujudan kluster kayangan, iaitu individu yang baru pulang dari luar negara dan bersifat berlagak nak mam. 

Aku tak suka jika sesiapa saja merendahkan sesiapa saja. Lagi-lagi apabila kau merendahkan golongan frontliner yang sememangnya sangat berkemahiran dalam bidang mereka. 

Aku selalu ingat pesan mak Dr Anwar Fazal yang dikongsi dalam buku Diagnosis. 
"Buat kerja biarlah menyenangkan, bukan menyusahkan orang"

Jadi tindakan pesakit kluster kayangan ni berlagak diva sewaktu orang sedang bekerja bagi aku sangat tidak berotak. Well ask yourself;
Kenapa kau di hospital?
>Sebab kau baru balik dari luar negara,harus dikuarantin

Kenapa nak kena kuarantin?
> Sebab takut dijangkiti virus covid-19

Siapa yang buat law tu? 
>Kementerian kesihatan malaysia

Jadi kau rasa kkm tu is a bunch of dukun kampung atau orang yang tak berpelajaran, berpengalaman luas? 

Boleh je nak jadi rebel,tapi jangan susahkan orang lain. Takyah gi hospital, kurung diri dalam rumah, mati sorang2, tanam mayat sorang2 (sebab virus masih aktif dlm mayat). 

Boleh buat camtu? Ke kau ada cdgn lain? 

"Ohh the upper class people should be given privilege to do treatment. I can pay you la" 

Pernah tak tengok filem tentang apokalips? Apa yang kita sedang hadapi sekarang tak ubah macam serangan zombie dalam filem. Ada kau tengok zombie tu pilih orang miskin je, orang kaya dia tak gigit? 
Takde kan. 
Jadi apa yang pihak keselamatan buat dlm filem? 
Asingkan orang yang dah berjangkit dan dan tak berjangkit
Jadi kau ada nampak ke perbezaan status di situ? Tak ada wei, tak ada. 
Even cite the purge yang pertama, orang kaya pun tak selamat dari dibunuh

Ini semua rehearsal untuk hadapi momen kita semua di padang mashar. Waktu tu lagilah, ada Allah kisah kau pakai Lamborghini atau Kancil? Ada ke pembantu nak tolong payungkan kau? 

Jangan cakap padang mashar, waktu kat kubur pun ular atau ulat cacing kerawit tak peduli kau manager atau kuli pencacai najis. 

So stop la berlagak semua ni, tak baik hina orang dalam apa jua keadaan. Ya, aku tahu kau macam terkejut dengan semua ni, sebab sebelum ni boleh je dapat layanan vvip. Datang hospital disambut bagai. Lagi kau hormat orang,lagi tinggi orang akan hormat kau. After all this is the battle of human sapien. So letak tepi dulu beg Prada kau. 

Dan sebenarnya aku pun tak suka dengan sesetengah netizen lain yang menghina sehingga keturunan ketujuh kluster kayangan ni. Janganlah pukul orang sama rata. Tak semua orang kaya macam tu. Tak semua orang kaya tak pernah rasa susah. Tak semua orang kaya biadap. 

Kadang2 aku rasa aku terlalu softheart dhn golongan kaya ni. I mean, i still with my opinion regarding vivy's case. Tapi entahlah, aku jenis yang tak suka nk judge org hanya berdasarkan latar belakang mereka. 
Cina melayu india kaya miskin, kalau aku rasa perbuatan tu biadap, iya memang biadap. Tak perlu terus menghukum hanya berdasarkan latar belakang atau fizikal mereka. 

Jomlah jadi baik waktu pkp ni. Mana tahu ini sebenarnya adalah ujian percubaan untuk umat manusia sebelum tempuh ujian akhir tahun iaitu kiamat. Best apa kalau dapat sambung ke sekolah 'syurga' hanya dengan tiket ujian percubaan.


No comments:

Post a Comment