Monday, 13 September 2021

sambungan the very rajkummar rao

 7. Bareilly Ki Barf


Boleh tak aku nak cakap, antara Raj dan Ayushmann Khurrana, aku akan pilih Ayushmann. Haha. Aku baru perasan, dia lah pelakon yang berlakon dalam filem Dum Laga Ke Haisha, which aku rasa filem yang lari dari stereotype filem Bollywood and I love it. 

Ok, tapi seriously Raj dalam filem ni sangatlah kelakar. Dia jadi lelaki nerda yang selalu kena buli tapi at the end berjaya sedarkan pembulinya untuk jadi berani dalam mengejar cinta. 


Aduhai...hensem tu dah power tapi kemut dia tu....rasa nak hantuk kepala ke dinding. Nothing else I want to say about this film. Filem yang memang gelak dari awal sampai akhir.

8. Roohi


Satu lagi filem hantu yang memaparkan budaya masyarakat di satu kawasan di India. Ada satu tempat di sana yang perempuan kerap kali diculik dan dijadikan pengantin secara paksa oleh lelaki yang minat padanya. Dan penculikan itu berlaku dengan menggunakan perkhidmatan satu company produksi media. Bila penculikan itu berlaku, masyarakat sekeliling hanya akan biarkannya as if itu memang budaya mereka yang biasa. 

Tapi satu hari bila pengantin lelaki yang menggunakan khidmat mereka bertindak menangguhkan perkahwinan, maka terpaksalah di penculik ini menahan perempuan itu di satu tempat lain. Malang bagi mereka kerana kali ni, perempuan yang diculik bukan biasa-biasa tapi seorang perempuan yang sudah dikuasai hantu kaki terbalik. Haha. Basically hantu ni hanya mahu ritual perkahwinannya dijalankan tapi siapalah yang mahu berkahwin dengan hantu hodoh dan ganas sepertinya. 

Aku paling tak boleh tahan gelak bila scene Bhawra (lakonan Raj) berkahwin dengan seekor anjing untuk selamatkan Roohi. Adoyai, the face that dog make is priceless.

Filem ni banyak memberi credit pada filem-filem lama, dari zaman Dilwale Dulhania Le Jayenge sampailah ke era filem 50-an. 

Pengakhiran ceritanya juga menarik, sesuatu yang aku tak jangkakan tapi questionable juga la. Ramai yang kata Stree lagi best dari cerita ni, dan dikatakan ia cuba membawa vibe yang sama seperti Stree. Tapi bagi aku, dua dua ada kekuatan yang berbeza.

9. Queen


Inilah dia Queen segala Queen. Aku letak filem ni pada tangga 9 bukan sebab tak best. Tapi sebab karakter yang Rajkummar bawa dalam cerita ni memang asshole tahap tak ingat. 

Tapi berterima kasih kerana ke-asshole-an dia, Rani (lakonan Kangana) berjaya dapat pengalaman hidup yang bermakna. 

Hmm bilalah kita boleh bebas travel macam dulu lagi

10. Dolli Ki Dolli

Tbh this film tak tinggalkan big impression pada aku. So sorry, malas nak masukkan video. It just a story tentang seorang perempuan yang menipu ramai lelaki melalui perkahwinan. Aku tak tahu by law di sana , mungkinkah benda ni boleh benar-benar terjadi. Quit questionable jugaklah macam mana tak ada orang boleh cam perempuan ni. 

Dan cameo saif ali khan...aku rasa macam...hmm tak payah kot. hahah. takde function sangat.

11. 5 Wedding

well in short, this movie could be more successful dengan kehadiran ramai pelakon terbaik hollywood dan dengan isu hijra (perempuan transgender) yang dibawa.

Tapi entahlah, lakonan watak utamanya yan aku rasa melebih-lebih dan agak stereotype (she pretend like she kate hudson, penulis majalah yang very sofistikated mcm dlm  How to Loose your Guy in 10 Days but actually not), scene yang agak bodoh (ada ke org buat video call muka letak dekat gila dengan screen, syed saddiq pun kalah), and the fact that watak heroine dia membawa jenama America yang memberi 'freedom' kepada semua isu dan individu yang dia jumpa is quit sickening. 

Yang menarik tntg filem ni hanyalah kepelbagaian budaya dalam perkahwinan masyarakat di India. Dan watak Raj sebagai pegawai polis pengiring tbh tak memberikan impak yang kuat. He just there to halang perempuan ni buat benda yang bukan-bukan dan pengakhiran kisah 'cinta' mereka agak terburu-buru. Tbh, the reason they fall in love pun agak tak matang. They dont have the strong character ataupun sifat polar opposite macam watak Bobby dan Keshav dalam Judmentally Kya Hai. 

The songs, which sbnrnya salah satu aspek yg aku tak ambil pusing sangat bila tgk cerita bollywood, is truly tacky dan cringe. 

in a conclusion 5 wedding come out dgn storyline dan cast yang boleh jadi lebih baik jika tidak disebabkan...i dont know...script yang membosankan? 

so yeah, thats all utk minggu ni. esok aku kerja. bubye

No comments:

Post a Comment