sambungan dari entri lepas.
Kita layan lagu dulu.
Jadi pembalasan dendam Sattu dah betul-betul sempurna ke? In a short time, masa depan Aarti akan musnah. Dia akan hilang kerja, seterusnya reputasi dia buruk dan dia mungkin akan kehilangan cinta Sattu atau mana-mana lelaki untuk selama-lamanya.
Tiba hari perbicaraan, Sattu kemukakan bukti satu video perbualan Aarti dan seseorang yang dikatakan pemberi rasuah pada dia. Aarti nak pulangkan semua 'hadiah' (yang Aarti tak pernah gunakan) dia tapi orang tu tak nak. Mereka bertengkar dan lelaki tu act innocent until the end. The next thing that happen yang memeranjatkan semua orang (even pada aku agak tak logik cara mereka dapatkan footage video ni).
The actual culprit is Nilam, kawan baik & org kanan Aarti. Dia yang palsukan tandatangan Aarti selama ni dan terima banyak rasuah. Walaupun laki dia cikgu sekolah kerajaan tapi mereka boleh bermewah, sebab tulah Sattu syak pada dia. Dengan video tu, tuduhan terhadap Aarti gugur dan dia dibebaskan.
Sattu keluar mahkamah dan jumpa bapa Aarti untuk cakap Aarti dah bebas. Dan dia dah pulangkan semula geran tanah yang bapa Aarti beri pada dia (ingat tak Sattu minta bribe dari Aarti kalau nak dia tolong Aarti). Dia dah selamatkan Aarti.
I love you bebehhhhhh
Gitulah perasaan Aarti dan semua penonton perempuan yang tengok cerita ni. Aarti sedar yang Sattu masih berperikemanusiaan pada dia, maknanya Sattu masih cintakannya. Jadi bermulalah misi gila Aarti jadi stalker dan cuba raih cinta Sattu balik.
Sattu lelaki yang berprinsip. Sekali dia cakap tak nak, dia memang tak nak. Bila Aarti beria ajak dia kahwin, dia tolak. Dia dah fobia dengan perkahwinan. Dia takkan berkahwin dengan Aarti atau mana-mana perempuan. Aarti jadi sedih dan putus asa dengan semua penolakan yang diterima. Exam nak masuk kerajaan pun tak sesusah ni.
Beberapa bulan kemudian, kad kahwin dari Aarti sampai ke rumah Sattu. Sentap juga Sattu dibuatnya. Apa ni, takkan Sattu dah kalah kot sebab Aarti dah boleh move on dengan lelaki lain? Habis Sattu jadi lelaki yang menyedihkan yang takkan berkahwin?
Sattu jumpa Aarti secara kebetulan (ye ke) kat kuil. Aarti dah boleh tegur dia macam biasa, berbual dan senyum macam dengan kawan. I really dont know how Sattu felt at that moment. Tulah orang lambat selalu rugi.
Well rasanya hubungan mereka berakhir dengan baik. Aarti dah boleh move on, Sattu dah tak benci Aarti. Aarti kenalkan Sattu dengan bakal suaminya kat depan kuil.
Okay sebelum aku teruskan, kita layan lagu. Kasi Sattu terbakar sikit sebab sombong sangat tak nak terima Aarti.
Yeah bro, ini semua hanya mimpi kau di masa lalu
Of course cerita tak berakhir camtu. Sattu rupanya burukkan Aarti didepan bakal suami Aarti, Sahad. Then Aarti time tu juga confront dengan Sattu.
Aarti: Kau pehal hah jantan? Aku nak kahwin dengan kau, kau tak nak. Aku nak kahwin dengan orang lain kau nak halang. Kau memang tak nak aku kahwin dan bahagia ke?
Sattu: Kau kata kau cinta aku. Apa makna semua pujukan kau sebelum ni?
Aarti: Aku memang cintakan kau. Tapi aku nak kahwin. Salah ke aku cari kebahagiaan sendiri (weh aku hentam tau ayat dia, lebih kurang la. Aku dah penat menaip)
Sattu: Then dont marry him if you dont love him
Aarti: Cinta boleh datang selepas kahwin. Goodbye la Sattu. Jangan lupa dtg majlis aku
Sattu: Aku takkan
Aarti: Datanglah
Aarti berlalu dengan tangisan di mata. Sattu dah terkesima, tak tahu nak buat apa. Nak ikut ego atau hati? Few steps, Aarti patah balik. Then she kiss him. With passion. Macam yang Sattu pernah minta dari dia.
Goodbye.
Maka tahulah Sattu bahawa Aarti sangat cintakan dia. Tapi nasi dah jadi bubur bro. Kad kahwin dah edar, khemah dah tempah, sami dah upah.
Tiba di hari perkahwinan, parents Sattu yang beria ajak Sattu ikut dorang ke majlis Aarti. Yelah kalau kau dah betul-betul move on mesti kau boleh datang majlis ex kau kan.
Sattu berat hati datang. Bila sampai sana, ramai plak yang tersasul cakap dia pengantin lelaki sebab perkahwinan tak jadi dia dan Aarti dulu tu. Sattu jumpa Sahad dan Sahad kata terima kasih sebab lepaskan Aarti supaya dia boleh berkahwin dan bahagiakan Aarti pula. Burn bro, burn.
Sattu telefon (ke sms. aku tak ingat) Aarti, tanya dia kat mana. Tengok kiri, kata Aarti.
And there she is, in a pink saree. So pretty.
Sattu: Like my bride
Dulu masa dorang nak nikah, Sattu nak sangat tengok Aarti dalam pakaian pengantin. Tapi tak sempat sebab Aarti dah larikan diri. Dan sekarang bila dia dapat tengok, malangnya Aarti bukan pengantin perempuan dia lagi.
Tahu pun menyesal.
Sattu be a typical hero hindustan ajak Aarti kahwin lari. Dia tak boleh hidup tanpa Aarti. Dia menyesal sebab ikutkan ego dia. Tapi Aarti jawab dia takkan malukan keluarga dia lagi, dia takkan buat kesilapan sama untuk kali kedua. Sattu kata dia sanggup bertanggungjawab.
Sami dah datang, nokk. Tahulah ni hindustan tapi tak payahlah drama sangat time nak akad nikah baru nak pujuk rayu. Memang tak lah Aarti nak tinggalkan wedding dia lagi.
Then Sahad muncul dan marah-marah tengok kemesraan dorang. Dia tarik Aarti keluar sebab sami dah sampai. Lagilah macam cacing kepanasan Sattu dibuatnya. Sahad suruh adik Aarti bagi amaran pada Sattu dengan pistol.
Then lain pula jadi. Sattu yang ambil pistol dari adik Aarti dan lepaskan tembakan ke atas. Dia buat scene. Dia sanggup bunuh Sahad so dia yang akan jadi pengantin lelaki. Maka kecohlah seisi dewan.
Sahad: What is happening? I dont agree to things like this
Then adik Aarti pun terangkan actually dia dah terberitahu Sattu yang semua ni plan keluarga dia, keluarga Sattu dan Aarti sendiri. Susah sangat nak ajak kahwin, kena paksa baru nak kahwin. Then Sattu gelak dan peluk Aarti. Dia minta turban pengantin lelaki dari Sahad.
This is the best moment for me in entire film
Aarti betulkan turban Sattu dengan penuh kasih sayang
Sumpah sweet. Tapi sekejap je. Hmmmph. The director should panjangkan skit babak kahwin ni
No comments:
Post a Comment