Saturday, 18 September 2021

the very rajkummar rao 3

 the list of his film yang aku tulis dalam entri lepas hanyalah sebahagian dari hasil kerja raj. kebanyakan tema dalam filem2 tersebut ringan tapi tetap membawa makna yang mendalam.

dan aku nak bercakap tentang dua filem lakonannya yang membawa cerita yang berbeza, dalam tema yang sama 



kedua-duanya adalah biografi tentang dua orang yang popular di India, dan kedua-duanya adalah Muslim. 
Persamaan mereka, keduanya berjuang demi Islam.
Yang membezakan perjuangan mereka adalah metode yang digunakan untuk berjuang. 

Shahid adalah filem mengenai Shahid, seorang peguam India Islam yang berjuang atas nama keadilan terutama untuk agama Islam. Kes nya yang paling terkenal adalah menjadi pembela kepada Zaheer & Faheem, dua orang Islam biasa yang ditangkap atas tuduhan melakukan serangan ganas di India. 

Omerta adalah filem tentang Ahmad Omar Saeed Sheikh, tokoh radikal Islam dari British yang telah membuat beberapa penculikan dan pembunuhan terhadap beberapa wartawan Barat.

Tbh, aku tak tengok cerita Omerta. I did try to download tapi ada beberapa masalah jadi aku batalkan saja niat. Dan kalau kau kenal aku, aku jenis yang takkan putus asa dengan cepat kalau aku betul-betul nak tengok sesuatu movie tu. Tapi, dengan membaca biografi Ahmad Omar Saeed, aku jadi tawar hati. 

Aku tahu dalam setiap agama ada golongan ekstremis, termasuk agama Islam. Dan golongan inilah sebenarnya yang memberi gambaran buruk Islam. Ironiknya, Shahid ditayangkan pada tahun 2013 dan Omerta pula ditayangkan pada tahun 2018, keduanya membawa tema yang sama, pelakon utama yang sama tapi berbeza personaliti dan ideologi. 

Jika Shahid memberi gambaran baik tentang Islam, Omerta pula sebaliknya. Dont get me wrong, aku bukan kata Islam adalah sentiasa tentang orang yang baik. Tapi dalam dunia sekarang yang semakin memenjarakan orang Islam, aku lebih rela melihat sisi hidup Islam yang positif berbanding negatif. I like to watch Shahid more than Omerta. 

Shahid adalah anak muda dari keluarga yang boleh dikatakan miskin. Pada mulanya mereka duduk di rumah yang kecil, dalam komuniti kawasan  Islamminoriti dan selalu berlaku kejadian penindasan terhadap orang Islam. Shahid adalah pelajar universiti namun kerana kekerapan penindasan yang berlaku menyebabkan dia menangguhkan pengajiaannya untuk pergi ke latihan mujahidin Islam. 

Tapi jiwanya tak suka dengan apa yang ditonjolkan oleh golongan mujadin di kem latihan itu, dia sanggup melarikan diri dan berjalan kaki untuk pulang semula ke rumahnya. Selepas itu pihak polis menahannya kerana terlibat dengan golongan terroris dan dijatuhi hukuman penjara. Semua ini berlaku dalam era 90-an. 

Dalam penjara Shahid didekati oleh beberapa figura kumpulan Islam radikal yang sentiasa melihat keganasan adalah cara untuk membangkitkan umat Islam. Shahid hanya rapat dengan mereka kerana merasakan ideologi politik mereka sama. Tapi selepas itu, dia didekati oleh Ghulam Navi Waar ,seorang bekas peguam yang dipenjarakan kerana kes terroris juga. Ghulam menyedarkannya tentang bertapa buruknya cara golongan radikal Islam itu dan menyakinkannya bahawa...

untuk mengubah sistem, kita kena jadi sebahagian dari sistem itu sendiri.

Sistem itu adalah perundangan. Walaupun banyak kelompongan dalam sistem perundangan negara dunia ketiga seperti India, tapi mereka tidak boleh meremehkannya. Ghulam membantu Shahid untuk meneruskan pengajiaanya dalam bidang undang-undang, dibantu dengan beberapa rakannya. Akhirnya, melalui undang-undang dan pertolongan Ghulam, Shahid berjaya dibebaskan. Kata-kata semangatnya adalah..

It will takes time, but it will happen. 

Bila keluar dari penjara, hanya abang sulungnya tahu yang dia dipenjarakan kerana kes terroris. Shahid menghabiskan pengajiaanya dalam undang-undang dan bekerja dalam satu firma law. The same fairytale happen, dia yang fikirkan undang-undang adalah penyelamat kini mendapat tahu ia juga adalah alat untuk manusia mengaut keuntungan. Dia tegas dengan pendiriannya yang takkan membela orang yang salah, jadi dia tak mahu teruskan kerja di situ. Jadi dia buka firmanya sendiri. Firma yang menjadi tumpuan ramai golongan tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Era awal 2000 terutama selepas peristiwa 11/9, kebencian dunia terhadap umat Islam juga turut dirasakan di India, tambahan pula dengan konflik Pakistan-India yang tidak pernah padam sampai ke hari ini. Shahid mengambil beberapa kes yang berisiko tinggi iaitu melibatkan terroris sehingga hidupnya sendiri selalu diganggu gugat pihak musuh. Tapi dia tak pernah berputus asa. Walaupun dari kehidupan peribadinya, aku tak rasa dia seorang yang baik tapi aku kagum dengan semangat dia untuk membela umat Islam. Sehinggalah dia dibunuh kerana tetap meneruskan perbicaraan kes Faheem Khan. 

Sigh...

The same thing still happen today. Kau tahu apa yang paling menyedihkan yang penduduk dunia ketiga boleh buat? Bila mereka terus saling membenci. Tak kisahlah dari umat Islam atau bukan Islam. Mereka boleh menyanjung, meraikan dan tokoh dari Amerika yang terang-terang Islamphobic dan racist tapi tak boleh menyantuni jiran tetangga mereka yang datang dari bangsa yang sama cuma berbeza agama. The weak will get weaker if they dont intend to be together. 

Apa yang aku suka tentang filem ni dan kebanyakan filem Raj Kumar (terutama arahan Hasan Mehta) adalah ia lari jauh dari isu tipikal yang dunia Bollywood selalu bawa. Ia bercakap tentang realiti, menunjukkan realiti masyarakat dan dilakukan dengan jujur. Bahkan dalam filem Shahid, mereka tak tunjuk polis India jahat, atau pemerintah jahat tapi undang-undang boleh menjadi alat untuk menambah baik kekurangan yang ada. 

Dalam filem ni, kau akan tengok bertapa kotor dan daifnya rumah even mereka yang dari golongan sederhana. Shahid dah jadi peguam yang berprolifik tinggi tapi masih duduk di rumah pangsa, menaiki bas ulang alik pejabat, rumah dan mahkamah. Ia mempamerkan realiti India, dan mungkin realiti dunia penduduk di negara dunia ketiga. They dont even have a proper mahkamah yang ada aircond, bersih. Malah mahkamahnya hanya kecil, sempit dan penuh dengan polis lalu lalang. 

Bukan macam kebanyakan mahkamah cantik dalam filem Korea. Kejujuran cerita ni, pembawakan Raj sebagai Shahid, dan realiti masyarakat yang ditunjukkan...aku suka semuanya.  

Hari tu aku ada tengok seorang speaker ML Studio bercakap menegenai filem dan bakat Amir Khan yang boleh dikatakan terbaik. I agree with him. Tapi, sebagai golongan marhaen, berbeza bila seorang yang berpengaruh seperti Amir Khan membuat filem berbanding jika orang marhaen sendiri membuat & melakonkan filem. 

Raj seorang pelakon yang underrated. Aku rasa setiap watak yang dibawa dalam filem ada gaya yang tersendiri. Kalau Amir Khan is a good storyteller, Raj pula is a good performer. Dan bakat dia terserlah dengan karya cerita yang bermutu tinggi. And sebenarnya dia pernah bergabung dengan Amir Khan dalam filem Talaash tapi watak dia hanya watak sampingan.

Can I continue a bit more? 

Selain Omerta, satu lagi filem Raj yang aku decide utk tak tengok  walaupun rating dia tinggi ialah Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga. 

Senang saja sebabnya. Sebab ia membawa tema LGBT. 

Aku tahu ia bukan seperti Brokeback Mountain, sebab filem ni selamat ditonton semua lapisan masyarakat sebab tak ada pun adengan kissing perempuan dengan perempuan ke. It just showing how a good woman love another woman without having those sexual tension. Tapi aku masih tak boleh terima. 

Dalam filem tu Raj bawa watak Sahil, seorang lelaki yang jatuh cinta dengan seorang perempuan yang baik. But it turns that the woman actually in love with another woman. Ramai dari klgn keluarga perempuan tu ingat mereka bercinta dan Sahil adalah kekasih yang dirahsiakn selama ni (sebab Sahil muslim). Jadi perempuan tu decide nak elope dgn kekasih dia ke London sebab kat sana je dorang blh have a legal marriage. Tapi Sahil yakinkan permpuan ni utk berterus trg dgn keluarga dia tntg kisah cinta terlarang tu. Dia buat satu pementasan lakonan yang tunjuk dua org perempuan bercinta. Keluarga perempuan tu akhirnya faham dan sokong keputusan perempuan tu utk kahwin dgn kekasihnya.

Aku benci dengar ayat Anil Kapoor yang jadi watak ayah dalam cerita tu "I will agree as long as my beloved daughter happy".
atau kata-kata yang menunjukkan bertapa sucinya cinta usah dihalang.

sigh. 
Ada seorang ustaz mualaf beritahu dalam ceramahnya, jika a non-muslim tanya kenapa haram makan babi, jangan jawab secara saintifik yang daging babi tu ada ulat yang memudaratkan kalau masuk dalam tubuh manusia. tapi beritahu 

sebab Allah suruh.

any of your action you can jawab dengan ayat 'sebab Allah suruh' then aku akan okey. tapi apa saja yang berlawanan dengan suruhan Dia, I am sorry. 

so, even if aku tahu aku masih boleh tengok cerita tu dengan kesedaran tinggi tntg buruknya LGBT, i choose to not watch it. sebab aku tak nak terpengaruh

so yeah harap-harap dah boleh berhenti fangirling this dude. fangirling shukri yahya alhamdulillah dah lama habis.

now who's turn?

No comments:

Post a Comment