amboi tajuk
setelah seminggu mengigaukan lelaki ni sambil menonton lebih kurang sepuluh filem lakonannya, now i am going to rate his top ten best film dengan kategori yan bercampur aduk.
1. Shaadi Mein Zaroor Anna
I raise my case. Boleh baca dua entri sebelum ni yang aku dedikasikan untuk filem ni.
2. Judgement Hai Kya
3. Stree
Lelaki hensem macam ni masih tinggal kat kawasan kampung purbakala? Iyelah tu. Hahah. Well ia berkisar tentang seorang lelaki yang jadi tukang jahit terhebat di kampungnya, malah mungkin dunia bak kata bapa dia. Dia bertemu dengan seorang perempuan misteri yang cantik dan jatuh cinta dengannya despite all the chaos yang jadi kat kampung dia angkara hantu stree.
Aku paling suka babak dia berbual dengan kawan-kawan dia lepas dia jumpa perempuan misteri ni (yup sampai ke sudah dia tak tahu nama perempuan ni).
"Vicky, please"
Cerita ni antara ciri lain yang menjadikan ia menarik adalah kerana ia menonjolkan budaya part of region in India yang masih terikat dengan kepercayaan dan peristiwa tahyul. Which is interesting sebab kalau negara lain cuba meniru plot ceritanya, it would be weird.
4. Newton
I love this movie for its sincerity yet simple storyline. Nutan atau nama baru nya Newton adalah seorang lelaki yang jujur. Dia bijak dan jujur, ada master tapi masih tak mempunyai kerja yang tetap, atau isteri. Dia bekerja sebagai pegawai simpanan dalam unit pilihanraya, kiranya macam pegawai simpanan SPR. Misi dia adalah untuk jalankan pilihanraya di satu kawasan yang agak berbahaya di India, kalau tak silap Bastar nama tempat tu. Ia berhampiran kawasan Pakistan dan selalu menjadi target serangan kumpulan pemberontak.
At the early story, aku tertarik dengan kata-kata seorang pegawai atasan pada dia.
"You are arrogant with your honesty".
Maksudnya, Newton memang seorang yang jujur, tapi dia juga seorang yang angkuh dengan kejujurannya.
Which trough the story, aku boleh faham makna kata-kata ketuanya itu.
Newton berani melawan ketua angkatan tentera yang menjadi pengiringnya ke tempat pilihan raya dan kerana kedegilannya dia sanggup menggadaikan nyawanya semata nak jalankan tanggungjawabnya dengan amanah.
At some point, ramai yang menegur sikap Newton. Tentang bagaimana dia berhujah dengan orang kampung tentang kepentingan mengundi dan bukan sekadar memilih logo seperti yang diajar oleh pasukan tentera yang pengiring. Tapi hakikatnya, orang kampung itu tak kenal seorang pun dari ahli politik yang bertanding, they dont have tv atau access to the world. And those politician pun hakikatnya dont give a damn care about people like them.
Benda itu yang membuat Newton frustrated. Selama ni, dia jenis orang yang sentiasa rasa nak ubah dunia. Tapi bila berhadapan dengan realiti masyarakat disitu, dia rasa helpless dan akhirnya akur jika mereka mengundi tanpa berfikir panjang.
Bak kata seorang pegawai SPR bawahannya, Malko yang merupakan penduduk tempatan di situ, "You are a very knowledgable person. But you cant expect these people that illiterate to understand you".
Tapi apa yang aku kagum tentang Newton adalah dia boleh detect ketidakjujuran yang berlaku dalam kumpulan kecil mereka itu dan berani menegakkan keadilan. Which is so rare in this current world where people akan ambil jalan mudah instead of berkira tentang perkara-perkara kecil.
5. Chaalang
Aku rasa Raj banyak berlakon dalam filem arahan Hansal Mehta, and all of them is a simple yet meaningful film.
Kali ni Raj bawa karakter Montu, seorang cikgu PJ yang pemalas. Tiba-tiba teringat watak Jalil Hamid dalam filem Baginda. Hmm, yup jalan ceritanya lebih kurang sama dengan Baginda, tentang bagaimana seorang guru cuba membuktikan keupayaannya mengubah murid yang 'lemah' untuk berjaya dalam bidang sukan.
Aku suka karakter Montu yang berterus terang terutama dalam soal hati dengan Neelu (guru komputer baru) dan juga confrontation nya dengan Cikgu IM Singh.
Aku suka babak dia berbual dengan bapa dia kalau tak silap
"All my life I do something but never accomplished it. Kali ni walaupun saya gagal, saya nak buktikan keupayaan diri saya sampai habis."
Lebih kurang la ayat dia macam tu.
Dia pernah belajar law utk ikut jejak langkah bapa dia, tapi dia putus asa sebab banyak sangat buku yang perlu dibaca.
Dia pernah terpilih untuk wakil negara dalam bidang sukan, tapi lepas gagal dia tak pernah cuba lagi.
Those situation...aku boleh relate dengan diri aku sendiri. Ada banyak peluang yang diberikan pada aku terutama waktu zaman sekolah, tapi aku pilih untuk berhenti atau lupakannya sebab aku tak percaya pada diri aku sendiri.
Dan quote dia pada akhir pertandingan sukan tu sangat bermakna pada aku.
"Kita semua mahu anak kita jadi ahli sukan yang berjaya macam Sachin Tendukar (famous cricket player) tapi kita semua tak nak jadi seperti ibu bapa, cikgu, jurulatih, kawan-kawan dan komuniti Sachin Tendukar. Kejayaan takkan menjadi kenyataan dengan bergantung kpd usaha individu tapi semua yang ada disekelilingnya".
6. Hamari Aduri Kahani
Tbh, penampilan Raj dalam filem ni tak banyak, tapi watak dia sebagai Hari, seorang suami, bapa dan lelaki yang digelar terroris adalah tunjang kepada segala konflik yang ada.
Filem ni berkisarkan tentang seorang Vasudha, isteri, ibu dan perempuan yang sangat berpegang pada tradisi sejak kecil. Dia ditinggalkan suaminya tanpa khabar berita sejak anak mereka berusia sebulan, dan suaminya telah disyaki terlibat dengan kumpulan terroris. Cerita ni banyak menceritakan bagaimana dia cuba keluar dari kepompong tradisi yang seorang isteri mesti setia pada suaminya walaupun suaminya tak bertanggungjawab. Kehadiran Aarav, seorang bos yang baik hati, romantik dan prihatin menyebabkan Vasudha nekad untuk berhenti setia pada si suami dan memulakan hidup baru.
Ya, dari sudut watak Vasudha, dia isteri yang digantung tak bertali. Dalam Islam, keadilan memang diberikan pada situasi begini. Iaitu si isteri boleh menuntut fasakh kerana ditinggalkan suami setelah hampir 5 tahun tanpa khabar berita. Even dalam lafaz taklik ada menjelaskan tentang situasi ini, jadi si suami perlu sedar yang si isteri juga mempunyai hak untuk berkahwin lain jika tidak diberi nafkah dalam tempoh masa tertentu.
Jadi aku sebenarnya tak sure dalam agama mereka, bagaimana satu-satu penceraian berlaku. Kalau Vasudha masih seorang isteri, maknanya hubungan intimnya dengan Aarav bukan saja dikira zina tapi dia juga seorang isteri yang nusyuz. Aku faham tentang konflik perasaan yang dihadapi Vasudha tapi she really have to settle her status condition mengikut law. Bukan hanya dengan mengikut perasaan dan hujah "aku tak nak terikat dengan tradisi yang menyekat kebahagiaan perempuan, sebab tu aku buat hubungan dengan Aarav". Yup, they love might be true love tapi itu tak bermakna kau boleh serahkan maruah kau pada lelaki itu sewenangnya.
Tentang perkahwinannya dengan Hari, ia adalah perkahwinan yang dirancang keluarga. Dia tak begitu mengenali Hari tapi bapanya meyakinkannya bahawa cinta boleh datang selepas berkahwin. Aku suka dialog antara Hari dan Vasudha sewaktu Hari muncul di rumah mereka semula.Iaitu selepas Hari berterus terang tentang Aarav
Hari: Tapi awak isteri saya, awak kena setia dengan saya. Tak bermakna ke kenangan kita selama ni?
Vasudha: Kenangan apa? Kita baru berkahwin selama setahun dan satu-satunya kenangan kita yang saya ingat adalah awak paksa saya buat tatu nama awak pada tangan saya. Seolah saya ni haiwan peliharaan yang perlukan tag nama tuannya
Aku suka Vasudha maybe a soft woman, tapi dia jenis yang tegas, cakap to the point dan sifat ihsannya pada suami masih ada despite all his misbehaviour. Hari underestimate sifat soft Vasudha dan ambil keputusan untuk mengaku bersalah menjadi ahli terroris (walaupun sebenarnya dia bukan) semata untuk hukum Vasudha dengan perasaan bersalah (jadi Vasudha takkan kahwin dengan Aarav walaupun selepas Hari mati).
Tapi at the end, Hari yang terseksa dan dihukum perasaan bersalah sebab Aarav mati ketika mendapatkan bukti untuk membebaskan Hari dari penjara, menjadikan Aarav sebagai cinta mati Vasudha. Selamanya Vasudha akan setia cintakan Aarav, dan dengan cinta itu dia jalani hidup dengan berani dan bahagia tanpa dibelenggu dengan manusia toksik seperti Hari. Kalaupun Hari nak bunuh dia, Vasudha rela sebab dia memang nak pergi bersama Aarav. Jadi Hari memang tak boleh buat apa-apa selain penyesalan dan kesakitan ditinggalkan satu-satunya perempuan yang pernah sayangkannya.
Rajkummar berjaya buatkan kita at one point kasihan dan simpati dengan wataknya tapi at one point kita tak sukakan sifatnya sebagai suami yang zalim. But at the end, dia berjaya sempurnakan hajat Vasudha untuk abu mayatnya ditanam berhampiran kawasan Aarav mati.
7. Bareilly Ki Barf
8. Roohi
9. Queen
10. Dolli Ki Dolli
11. 5 Wedding
No comments:
Post a Comment