Wednesday, 8 September 2021

toxic

 aku terbuka akaun ig lama aku

dan tak sengaja membuka mesej yang menjadi sebab utama aku menutup akaun itu untuk sementara.

suddenly all my flaws come right onto my face.

the always imperfect farhana.

the awkward farhana.

the no one cares farhana.

ya, aku tahu memang itu cara dia berkata-kata.

ya, aku tahu masalah hidup dia lebih besar berbanding aku.

dan aku tahu aku memang pentingkan diri sendiri sebab hanya fikirkan tentang diri aku.

sebab tu aku tinggalkan dia dan lupakan semua kenangan kami.

aku tak nak mengejar sesuatu yang aku tak mampu nak capai lagi.

senantiasa, dia berada pada satu tahap yang lebih baik dari aku.

pencapaian kerjaya yang bagus, kawan-kawan yang cool dan macam-macam lagi.

aku dah tak boleh bersandar pada kenangan kami sewaktu di sekolah rendah.

kenangan yang membuat aku merasakan kami adalah special friend forever. 

manusia berubah.

begitu juga aku.

dan dia.

'kami' saja yang tak berubah.

justeru 'kami' tak lagi relevan.

aku tak nak terus jadi si toksik yang cemburukan kawannya yang sentiasa lebih darinya.

aku tak nak jadi si toksik yang menyusahkan hidup dia. 

biarlah. 

aku lebih senang bersendirian begini. 

hanya melalui aksara aku meluah rasa.

hanya melalui aksara aku bercerita.

if you asking me wisdom word in adult world is kesunyian itu kadangkala penyembuh luka.

persahabatan itu umpama dongeng zaman dahulu kala.

tak ada perhubungan yang kekal.

dan apa yang aku ada sekarang hanya diri aku. 

dan Tuhan.

No comments:

Post a Comment