Saturday, 4 December 2021
the tragic decision maker
Saturday, 18 September 2021
the very rajkummar rao 3
the list of his film yang aku tulis dalam entri lepas hanyalah sebahagian dari hasil kerja raj. kebanyakan tema dalam filem2 tersebut ringan tapi tetap membawa makna yang mendalam.
dan aku nak bercakap tentang dua filem lakonannya yang membawa cerita yang berbeza, dalam tema yang sama
Selain Omerta, satu lagi filem Raj yang aku decide utk tak tengok walaupun rating dia tinggi ialah Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga.
Monday, 13 September 2021
sambungan the very rajkummar rao
7. Bareilly Ki Barf
Boleh tak aku nak cakap, antara Raj dan Ayushmann Khurrana, aku akan pilih Ayushmann. Haha. Aku baru perasan, dia lah pelakon yang berlakon dalam filem Dum Laga Ke Haisha, which aku rasa filem yang lari dari stereotype filem Bollywood and I love it.
Ok, tapi seriously Raj dalam filem ni sangatlah kelakar. Dia jadi lelaki nerda yang selalu kena buli tapi at the end berjaya sedarkan pembulinya untuk jadi berani dalam mengejar cinta.
Aduhai...hensem tu dah power tapi kemut dia tu....rasa nak hantuk kepala ke dinding. Nothing else I want to say about this film. Filem yang memang gelak dari awal sampai akhir.
8. Roohi
Satu lagi filem hantu yang memaparkan budaya masyarakat di satu kawasan di India. Ada satu tempat di sana yang perempuan kerap kali diculik dan dijadikan pengantin secara paksa oleh lelaki yang minat padanya. Dan penculikan itu berlaku dengan menggunakan perkhidmatan satu company produksi media. Bila penculikan itu berlaku, masyarakat sekeliling hanya akan biarkannya as if itu memang budaya mereka yang biasa.
Tapi satu hari bila pengantin lelaki yang menggunakan khidmat mereka bertindak menangguhkan perkahwinan, maka terpaksalah di penculik ini menahan perempuan itu di satu tempat lain. Malang bagi mereka kerana kali ni, perempuan yang diculik bukan biasa-biasa tapi seorang perempuan yang sudah dikuasai hantu kaki terbalik. Haha. Basically hantu ni hanya mahu ritual perkahwinannya dijalankan tapi siapalah yang mahu berkahwin dengan hantu hodoh dan ganas sepertinya.
Aku paling tak boleh tahan gelak bila scene Bhawra (lakonan Raj) berkahwin dengan seekor anjing untuk selamatkan Roohi. Adoyai, the face that dog make is priceless.
Filem ni banyak memberi credit pada filem-filem lama, dari zaman Dilwale Dulhania Le Jayenge sampailah ke era filem 50-an.
Pengakhiran ceritanya juga menarik, sesuatu yang aku tak jangkakan tapi questionable juga la. Ramai yang kata Stree lagi best dari cerita ni, dan dikatakan ia cuba membawa vibe yang sama seperti Stree. Tapi bagi aku, dua dua ada kekuatan yang berbeza.
9. Queen
Inilah dia Queen segala Queen. Aku letak filem ni pada tangga 9 bukan sebab tak best. Tapi sebab karakter yang Rajkummar bawa dalam cerita ni memang asshole tahap tak ingat.
Tapi berterima kasih kerana ke-asshole-an dia, Rani (lakonan Kangana) berjaya dapat pengalaman hidup yang bermakna.
Hmm bilalah kita boleh bebas travel macam dulu lagi
10. Dolli Ki Dolli
Tbh this film tak tinggalkan big impression pada aku. So sorry, malas nak masukkan video. It just a story tentang seorang perempuan yang menipu ramai lelaki melalui perkahwinan. Aku tak tahu by law di sana , mungkinkah benda ni boleh benar-benar terjadi. Quit questionable jugaklah macam mana tak ada orang boleh cam perempuan ni.
Dan cameo saif ali khan...aku rasa macam...hmm tak payah kot. hahah. takde function sangat.
11. 5 Wedding
well in short, this movie could be more successful dengan kehadiran ramai pelakon terbaik hollywood dan dengan isu hijra (perempuan transgender) yang dibawa.
Tapi entahlah, lakonan watak utamanya yan aku rasa melebih-lebih dan agak stereotype (she pretend like she kate hudson, penulis majalah yang very sofistikated mcm dlm How to Loose your Guy in 10 Days but actually not), scene yang agak bodoh (ada ke org buat video call muka letak dekat gila dengan screen, syed saddiq pun kalah), and the fact that watak heroine dia membawa jenama America yang memberi 'freedom' kepada semua isu dan individu yang dia jumpa is quit sickening.
Yang menarik tntg filem ni hanyalah kepelbagaian budaya dalam perkahwinan masyarakat di India. Dan watak Raj sebagai pegawai polis pengiring tbh tak memberikan impak yang kuat. He just there to halang perempuan ni buat benda yang bukan-bukan dan pengakhiran kisah 'cinta' mereka agak terburu-buru. Tbh, the reason they fall in love pun agak tak matang. They dont have the strong character ataupun sifat polar opposite macam watak Bobby dan Keshav dalam Judmentally Kya Hai.
The songs, which sbnrnya salah satu aspek yg aku tak ambil pusing sangat bila tgk cerita bollywood, is truly tacky dan cringe.
in a conclusion 5 wedding come out dgn storyline dan cast yang boleh jadi lebih baik jika tidak disebabkan...i dont know...script yang membosankan?
so yeah, thats all utk minggu ni. esok aku kerja. bubye
the very rajkumar rao
amboi tajuk
setelah seminggu mengigaukan lelaki ni sambil menonton lebih kurang sepuluh filem lakonannya, now i am going to rate his top ten best film dengan kategori yan bercampur aduk.
1. Shaadi Mein Zaroor Anna
I raise my case. Boleh baca dua entri sebelum ni yang aku dedikasikan untuk filem ni.
2. Judgement Hai Kya
3. Stree
Lelaki hensem macam ni masih tinggal kat kawasan kampung purbakala? Iyelah tu. Hahah. Well ia berkisar tentang seorang lelaki yang jadi tukang jahit terhebat di kampungnya, malah mungkin dunia bak kata bapa dia. Dia bertemu dengan seorang perempuan misteri yang cantik dan jatuh cinta dengannya despite all the chaos yang jadi kat kampung dia angkara hantu stree.
Aku paling suka babak dia berbual dengan kawan-kawan dia lepas dia jumpa perempuan misteri ni (yup sampai ke sudah dia tak tahu nama perempuan ni).
"Vicky, please"
Cerita ni antara ciri lain yang menjadikan ia menarik adalah kerana ia menonjolkan budaya part of region in India yang masih terikat dengan kepercayaan dan peristiwa tahyul. Which is interesting sebab kalau negara lain cuba meniru plot ceritanya, it would be weird.
4. Newton
I love this movie for its sincerity yet simple storyline. Nutan atau nama baru nya Newton adalah seorang lelaki yang jujur. Dia bijak dan jujur, ada master tapi masih tak mempunyai kerja yang tetap, atau isteri. Dia bekerja sebagai pegawai simpanan dalam unit pilihanraya, kiranya macam pegawai simpanan SPR. Misi dia adalah untuk jalankan pilihanraya di satu kawasan yang agak berbahaya di India, kalau tak silap Bastar nama tempat tu. Ia berhampiran kawasan Pakistan dan selalu menjadi target serangan kumpulan pemberontak.
At the early story, aku tertarik dengan kata-kata seorang pegawai atasan pada dia.
"You are arrogant with your honesty".
Maksudnya, Newton memang seorang yang jujur, tapi dia juga seorang yang angkuh dengan kejujurannya.
Which trough the story, aku boleh faham makna kata-kata ketuanya itu.
Newton berani melawan ketua angkatan tentera yang menjadi pengiringnya ke tempat pilihan raya dan kerana kedegilannya dia sanggup menggadaikan nyawanya semata nak jalankan tanggungjawabnya dengan amanah.
At some point, ramai yang menegur sikap Newton. Tentang bagaimana dia berhujah dengan orang kampung tentang kepentingan mengundi dan bukan sekadar memilih logo seperti yang diajar oleh pasukan tentera yang pengiring. Tapi hakikatnya, orang kampung itu tak kenal seorang pun dari ahli politik yang bertanding, they dont have tv atau access to the world. And those politician pun hakikatnya dont give a damn care about people like them.
Benda itu yang membuat Newton frustrated. Selama ni, dia jenis orang yang sentiasa rasa nak ubah dunia. Tapi bila berhadapan dengan realiti masyarakat disitu, dia rasa helpless dan akhirnya akur jika mereka mengundi tanpa berfikir panjang.
Bak kata seorang pegawai SPR bawahannya, Malko yang merupakan penduduk tempatan di situ, "You are a very knowledgable person. But you cant expect these people that illiterate to understand you".
Tapi apa yang aku kagum tentang Newton adalah dia boleh detect ketidakjujuran yang berlaku dalam kumpulan kecil mereka itu dan berani menegakkan keadilan. Which is so rare in this current world where people akan ambil jalan mudah instead of berkira tentang perkara-perkara kecil.
5. Chaalang
Aku rasa Raj banyak berlakon dalam filem arahan Hansal Mehta, and all of them is a simple yet meaningful film.
Kali ni Raj bawa karakter Montu, seorang cikgu PJ yang pemalas. Tiba-tiba teringat watak Jalil Hamid dalam filem Baginda. Hmm, yup jalan ceritanya lebih kurang sama dengan Baginda, tentang bagaimana seorang guru cuba membuktikan keupayaannya mengubah murid yang 'lemah' untuk berjaya dalam bidang sukan.
Aku suka karakter Montu yang berterus terang terutama dalam soal hati dengan Neelu (guru komputer baru) dan juga confrontation nya dengan Cikgu IM Singh.
Aku suka babak dia berbual dengan bapa dia kalau tak silap
"All my life I do something but never accomplished it. Kali ni walaupun saya gagal, saya nak buktikan keupayaan diri saya sampai habis."
Lebih kurang la ayat dia macam tu.
Dia pernah belajar law utk ikut jejak langkah bapa dia, tapi dia putus asa sebab banyak sangat buku yang perlu dibaca.
Dia pernah terpilih untuk wakil negara dalam bidang sukan, tapi lepas gagal dia tak pernah cuba lagi.
Those situation...aku boleh relate dengan diri aku sendiri. Ada banyak peluang yang diberikan pada aku terutama waktu zaman sekolah, tapi aku pilih untuk berhenti atau lupakannya sebab aku tak percaya pada diri aku sendiri.
Dan quote dia pada akhir pertandingan sukan tu sangat bermakna pada aku.
"Kita semua mahu anak kita jadi ahli sukan yang berjaya macam Sachin Tendukar (famous cricket player) tapi kita semua tak nak jadi seperti ibu bapa, cikgu, jurulatih, kawan-kawan dan komuniti Sachin Tendukar. Kejayaan takkan menjadi kenyataan dengan bergantung kpd usaha individu tapi semua yang ada disekelilingnya".
6. Hamari Aduri Kahani
Tbh, penampilan Raj dalam filem ni tak banyak, tapi watak dia sebagai Hari, seorang suami, bapa dan lelaki yang digelar terroris adalah tunjang kepada segala konflik yang ada.
Filem ni berkisarkan tentang seorang Vasudha, isteri, ibu dan perempuan yang sangat berpegang pada tradisi sejak kecil. Dia ditinggalkan suaminya tanpa khabar berita sejak anak mereka berusia sebulan, dan suaminya telah disyaki terlibat dengan kumpulan terroris. Cerita ni banyak menceritakan bagaimana dia cuba keluar dari kepompong tradisi yang seorang isteri mesti setia pada suaminya walaupun suaminya tak bertanggungjawab. Kehadiran Aarav, seorang bos yang baik hati, romantik dan prihatin menyebabkan Vasudha nekad untuk berhenti setia pada si suami dan memulakan hidup baru.
Ya, dari sudut watak Vasudha, dia isteri yang digantung tak bertali. Dalam Islam, keadilan memang diberikan pada situasi begini. Iaitu si isteri boleh menuntut fasakh kerana ditinggalkan suami setelah hampir 5 tahun tanpa khabar berita. Even dalam lafaz taklik ada menjelaskan tentang situasi ini, jadi si suami perlu sedar yang si isteri juga mempunyai hak untuk berkahwin lain jika tidak diberi nafkah dalam tempoh masa tertentu.
Jadi aku sebenarnya tak sure dalam agama mereka, bagaimana satu-satu penceraian berlaku. Kalau Vasudha masih seorang isteri, maknanya hubungan intimnya dengan Aarav bukan saja dikira zina tapi dia juga seorang isteri yang nusyuz. Aku faham tentang konflik perasaan yang dihadapi Vasudha tapi she really have to settle her status condition mengikut law. Bukan hanya dengan mengikut perasaan dan hujah "aku tak nak terikat dengan tradisi yang menyekat kebahagiaan perempuan, sebab tu aku buat hubungan dengan Aarav". Yup, they love might be true love tapi itu tak bermakna kau boleh serahkan maruah kau pada lelaki itu sewenangnya.
Tentang perkahwinannya dengan Hari, ia adalah perkahwinan yang dirancang keluarga. Dia tak begitu mengenali Hari tapi bapanya meyakinkannya bahawa cinta boleh datang selepas berkahwin. Aku suka dialog antara Hari dan Vasudha sewaktu Hari muncul di rumah mereka semula.Iaitu selepas Hari berterus terang tentang Aarav
Hari: Tapi awak isteri saya, awak kena setia dengan saya. Tak bermakna ke kenangan kita selama ni?
Vasudha: Kenangan apa? Kita baru berkahwin selama setahun dan satu-satunya kenangan kita yang saya ingat adalah awak paksa saya buat tatu nama awak pada tangan saya. Seolah saya ni haiwan peliharaan yang perlukan tag nama tuannya
Aku suka Vasudha maybe a soft woman, tapi dia jenis yang tegas, cakap to the point dan sifat ihsannya pada suami masih ada despite all his misbehaviour. Hari underestimate sifat soft Vasudha dan ambil keputusan untuk mengaku bersalah menjadi ahli terroris (walaupun sebenarnya dia bukan) semata untuk hukum Vasudha dengan perasaan bersalah (jadi Vasudha takkan kahwin dengan Aarav walaupun selepas Hari mati).
Tapi at the end, Hari yang terseksa dan dihukum perasaan bersalah sebab Aarav mati ketika mendapatkan bukti untuk membebaskan Hari dari penjara, menjadikan Aarav sebagai cinta mati Vasudha. Selamanya Vasudha akan setia cintakan Aarav, dan dengan cinta itu dia jalani hidup dengan berani dan bahagia tanpa dibelenggu dengan manusia toksik seperti Hari. Kalaupun Hari nak bunuh dia, Vasudha rela sebab dia memang nak pergi bersama Aarav. Jadi Hari memang tak boleh buat apa-apa selain penyesalan dan kesakitan ditinggalkan satu-satunya perempuan yang pernah sayangkannya.
Rajkummar berjaya buatkan kita at one point kasihan dan simpati dengan wataknya tapi at one point kita tak sukakan sifatnya sebagai suami yang zalim. But at the end, dia berjaya sempurnakan hajat Vasudha untuk abu mayatnya ditanam berhampiran kawasan Aarav mati.
7. Bareilly Ki Barf
8. Roohi
9. Queen
10. Dolli Ki Dolli
11. 5 Wedding
Wednesday, 8 September 2021
toxic
aku terbuka akaun ig lama aku
dan tak sengaja membuka mesej yang menjadi sebab utama aku menutup akaun itu untuk sementara.
suddenly all my flaws come right onto my face.
the always imperfect farhana.
the awkward farhana.
the no one cares farhana.
ya, aku tahu memang itu cara dia berkata-kata.
ya, aku tahu masalah hidup dia lebih besar berbanding aku.
dan aku tahu aku memang pentingkan diri sendiri sebab hanya fikirkan tentang diri aku.
sebab tu aku tinggalkan dia dan lupakan semua kenangan kami.
aku tak nak mengejar sesuatu yang aku tak mampu nak capai lagi.
senantiasa, dia berada pada satu tahap yang lebih baik dari aku.
pencapaian kerjaya yang bagus, kawan-kawan yang cool dan macam-macam lagi.
aku dah tak boleh bersandar pada kenangan kami sewaktu di sekolah rendah.
kenangan yang membuat aku merasakan kami adalah special friend forever.
manusia berubah.
begitu juga aku.
dan dia.
'kami' saja yang tak berubah.
justeru 'kami' tak lagi relevan.
aku tak nak terus jadi si toksik yang cemburukan kawannya yang sentiasa lebih darinya.
aku tak nak jadi si toksik yang menyusahkan hidup dia.
biarlah.
aku lebih senang bersendirian begini.
hanya melalui aksara aku meluah rasa.
hanya melalui aksara aku bercerita.
if you asking me wisdom word in adult world is kesunyian itu kadangkala penyembuh luka.
persahabatan itu umpama dongeng zaman dahulu kala.
tak ada perhubungan yang kekal.
dan apa yang aku ada sekarang hanya diri aku.
dan Tuhan.
Friday, 3 September 2021
shaadi mein zaroor anna the review 2
sambungan dari entri lepas.
Kita layan lagu dulu.
shaadi mein zaroor aana- the review
Dan Aarti sangatlah cantik dan fun. Dia bukan perempuan paling gila-gila, tapi cukup sekadar perempuan yang suka gembirakan diri dia dan orang sekeliling dia.
Monday, 9 August 2021
why 'andai itu takdirnya' novel should not be adapted into drama?
jadi setelah bertahun, aku akhirnya dapat baca novel 'andai itu takdirnya 2'. serius, baca sinopsis belakang kulit buku pun dah menaikkan darah aku apatah lagi membaca keseluruhan novel itu.
selepas drama rindu awak separuh nyawa jadi popular, ada ura-ura mengatakan siti rosmizah mahu mengadaptasi novel pertamanya, 'andai itu takdirnya' ke kaca tv.
my reaction is NO.
here's why:
1. the cliche storyline
sinopsis AIT boleh disimpulkan sebagai kisah kahwin paksa antara individu berlainan darjat, dengan tema keganasan rumah tangga melampau. iyelah, kahwin paksa ada banyak genre, ada yang kelakar, ada yang menyedihkan. jadi AIT berada dalam kategori menyedihkan.
kisah kahwin paksa itu sendiri dah klise, dan aku tak suka point keganasan rumah tangga itu diromantikkan seolah-olah ia adalah perkara biasa.mungkin tindakan aleya mengahwini aizril kerana fitnah tangkap khalwat itu memang tak dapat dielakkan tapi apa yang berlaku selepas perkahwinan mereka itu....serius, ada jalan keluar instead kau just tadah dan justifykan semua tindakan suami kau.
setia pada perkahwinan yang menzalimi diri kau adalah sesuatu yang sangat dilarang dalam islam. aku tahu memang realitinya ramai perempuan yang stay dalam perkahwinan toksik hanya kerana kekangan kewangan dan judgement masyarakat sekeliling. tapi tolonglah, aku nak sangat baca satu karya yang mengangkat wanita itu boleh berdiri dengan sendiri tanpa perlu lelaki kaya romantik yang menyelamatkan dan membahagiakan mereka.
paling utama, their foundation of love pun tak cukup kuat. aku tak nampak kenapa perlu seorang perempuan baik yang hampir sempurna(kecuali tak kaya) jatuh cinta pada seorang lelaki yang dia tahu berperangai buruk walaupun hensem, kaya dan popular. yeah, it really happen in real life, ada je orang yang bercinta tak guna otak. cuma, untuk pergi jauh ke alam perkahwinan dan hidup menderita kerana cinta yang rapuh itu, sangat tak berbaloi.
perempuan di luar sana perlu diajar untuk tak jadikan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian.
tangkap basah, kena kahwin.
mengandung anak luar nikah, kena kahwin.
sudah-sudahlah tu. jangan buat keputusan yang salah hanya untuk menutup malu yang sementara. aku lebih suka jika perempuan diberi alternatif lain selain dari perkahwinan apabila berhadapan dengan masalah diatas. dah tiba masanya untuk minda kita berubah dan berhenti jadikan perempuan itu mangsa keadaan.
2. the weak character
aleya adalah gadis cantik lulusan luar negara yang jatuh hati pada rakan universitinya, syed aizril yang popular, kacak dan kaya. kerana perbezaan personaliti dan latar belakang, sengketa tercipta antara mereka walaupun hakikatnya perasaan cinta sudah timbul antara mereka.
aku suka watak sarah (RASN), intan (CCC), dan mia (7HM) kerana mereka adalah perempuan badass yang ada personaliti kuat. tapi aleya, dia agak naif. dia seperti karakter wanita lemah lembut sopan santun yang cantik dalam filem era 90 an. okaylah kan, siti rosmizah mempelbagaikan watak dalam novelnya, cuma kadangkala kebaikan dan kenaifan nya itu jatuh di tahap menjengkelkan.
dan macam yang aku cakap pada point satu, the hero, syed aizril is totally a duchbag. dia hanya hensem, kaya dan popular...tak ada satu pun personaliti yang menambat hati. oh, dan bermulut manis ala-ala kasanova kelas satu. which is the type that i despise.
at least, nazril nazim (RASN) & danny (CCC) yang mungkin mempunyai ciri luaran yang sama (hensem, kaya,popular) tapi mereka masih ada sifat yang menyenangkan dan buat kita jatuh cinta. aku memang tak boleh nak suka karakter aizril sebab he is nothing but an egoist and rude man. dia try too hard to be a romantic and kind man, which aku rasa mcm...entahlah. keikhlasan tu tak sampai. but maybe it works on some woman, on aleya.
okay, ingat tak karakter aril dalam drama Andainya Takdir? dia pun digambarkan seorang yang panas baran. at times, aku tak tahulah maybe sebab it is shukri yahya, tapi aku betul-betul tersentuh bila ditunjukkan momen bahagia aril dan fatiha. it is like, kita boleh tengok aril sebenarnya seorang yang lembut dan penuh kasih sayang terutama kepada fatiha. dia takkan layan mana-mana orang sebaik dia layan fatiha (dan fatiha juga yang menerima layanan paling buruk). jadi walaupun kita marah dengan perbuatan aril tp kita masih simpati pada aril sebab kita rasa dia sebenarnya keliru dan lost.
but i dont feel the same with aizril. like semua kebaikan yang dia buat is questionable, hanya manis mulut je lebih. dan memang betul pun, dalam AIT2, dia boleh ungkit semua kebaikan yang dia buat dan melayan aleya beribu kali ganda lebih teruk.
mamat ni memang ada masalah pengurusan ego.
apa yang aku boleh komen tentang AIT2, ia macam kak siti rosmizah masukkan semua kes penceraian yang dia handle dalam satu cerita dan buat pembaca bengkek. semua cerita tentang keganasan rumah tangga aleya dan aizril aku percaya boleh jadi kisah benar, tapi penyelesaian yang diberikan aku rasa sangat tak adil untuk mereka yang benar-benar terhimpit dalam masalah ni.
aku tak suka keganasan yang diromantikkan. ye, manusia boleh berubah. tapi manusia juga perlu diajar untuk membela dan mempertahankan diri mereka sendiri instead of tunggu orang lain untuk berubah dan betulkan keadaan. aku tahu, keganasan rumah tangga juga kadangkala menjadikan suami sebagai mangsa. aku bukan nak prejudis pada lelaki. tapi pada kebanyakan kes, wanita diserang pada kelemahan mereka iaitu secara fizikal, yang mana akan memberi kesan kepada sumber kekuatan mereka iaitu emosi.
so yeah, tak payahlah tayangkan benda negatif kat tv. semua orang tengah struggle sekarang. tak payah tambahkan sakit hati orang.
but kalau ada pembuat skrip yang kreatif untuk jadikan cerita ni sebagai satu cerita yang boleh beri pengajaran dan kekuatan pada wanita terutamanya, feel free to do it.
pastu kan, aku rasa lah. lebih baik kau buat drama tentang novel teme abdullah daripada novel ni.
Sunday, 18 July 2021
7 hari mencintaiku 2 -review episod 1-12
aku tengok cerita ni dengan satu persoalan di minda.
kenapa mia adriana digelar isteri yang nusyuz dalam cerita ni.
untuk 7HM 1, aku faham kalau dia digelar isteri yang nusyuz. sebab mia tak cintakan khuzairi lagi dan tak sebulu dengan mak leha. tapi untuk 7HM 2 ni, aku macam...mia kenapa kau ni? please inform that aku baru tengok sehingga episod 12. i just cant stand mia adriana yang aku root dlm 7HM 1 boleh berubah macam ni.
sebenarnya mia adriana dipanggil nusyuz oleh kebanyakan netizen kerana dia berubah perangai. Faktor utamanya adalah kerana dia mengandung. Dia lebih sensitif dengan orang sekeliling dia, dan ini adalah individu yang menyumbang kepada perubahan sikapnya;
1. Ibu kandung dia.
Mia tahu ibu kandungnya jahat dan cuba beri peluang pada ibunya yang dah berubah jadi baik. Naluri seorang perempuan mengandung, masih memerlukan kasih sayang bukan saja dari suami, tapi ibunya sendiri. Sebab semasa dia mengandung dalam musim pertama, keadaan masa tu agak kacau bilau. Jadi mungkin kali ni dia nak habiskan banyak masa dengan ibunya pula.
Masalah adalah Puan Hayati (ibu Mia) berniat jahat nak lagakan Mia dan keluarga Khuzairi. Mungkin dia cemburu Mia dapat banyak kasih sayang dari mereka. Maklumlah, Mia saja keluarga yang dia ada. Kesalahan Mia yang pertama adalah terlalu mempercayai ibunya dan menggunakan sentimen pangkat dan darjat untuk menghina keluarga Khuzairi.
Ini kesalahan Mia yang pertama iaitu buruk sangka dan menghina keluarga mertua, terutama ibu dan bapa mertuanya yang seharusnya dihormati seperti ibu bapa sendiri.
2. Mak Mertuanya
Mak Cik Leha terkenal kerana kelancangan mulutnya dari dulu. Tapi semua orang tahu hatinya baik. Mia memang ada hubungan yang dingin dengan wanita itu sejak awal perkenalan. Apa yang aku lihat pada musim pertama, Mak Cik Leha hanya menjadi seorang ibu yang 'protektif' kepada Khuzairi yang sudah menjadi tulang belakang keluarganya. Dia tak mahu Khuzairi jauh darinya jika berkahwin dengan gadis bandar seperti Mia, apatah lagi dengan perbezaan darjat mereka, dia tak rasa anak tirinya itu akan bahagia dengan gadis seperti Mia.
Tapi diakhir musim pertama 7HM, Mak Cik Leha sudah nampak kebaikan yang ada pada Mia dan menerimanya.
Berhenti di situ.
Okay, aku tahu bila orang dah berbaik dengan kita, tak semestinya dia akan layan kita dengan baik 24 jam. Itu kau harus ingat dalam kepala. Mak Cik Leha pun ada perubahan mood sendiri, ada masalah hidup sendiri, ada pandangannya sendiri jadi tak mustahil untuk kadangkala tegurannya pada anak menantu agak makan dalam. Mulut Mak Cik Leha memang lancang, itu hakikat yang Mia kena terima. Kalau Mia nak mak cik Leha terima kekurangan dirinya, Mia pun kena buat perkara yang sama.
Mungkin kerana mengandung, Mia jadi ekstra sensitif pada kata-kata Mak Cik Leha. Jadi Mia kena cari seseorang yang dipercayai seperti Sofi untuk meneutralkan perasaannya pada ibu mertua sendiri. Sofi bersangka baik dengan bekas ibu mertuanya hanya kerana dia masih hormat pada wanita itu. Itu yang Mia perlu belajar, iaitu belajar menghormati orang tua walaupun mereka mengguris perasaanya. Bak kata Kak Fynn Jamal; "Itu mak tu". Kalau tak boleh tahan, hanya diam.
3. Khuzairi
Khuzairi being Khuzairi. Baik, sabar, romantik. Cuma seperti kata semua orang dia terlalu berlembut dengan Mia. Bagi aku, seperti Mia, Khuzairi sebenarnya tidak tahu akar yang menjadi punca perubahan sikap Mia. Iaitu dua orang diatas yang aku sebutkan tadi.
Mia dan Khuzairi tidak ada masalah dengan satu sama lain. Mereka hanya lambat untuk mengesan masalah dalam perhubungan keluarga mereka and worst, hanya menganggap masalah itu tidak penting.
Khuzairi tidak boleh menghalang Mia dari menyayangi Puan Hayati. Tapi dia harus ingatkan Mia yang tidak manis jika ibu mertuanya selalu datang ke rumah keluarganya tanpa tujuan yang sahih. Setiap keluarga ada privasi masing-masing. Dia harus ingatkan Mia tentang itu dan bertegas dengannya. Puan Hayati boleh menetap di rumah mereka jika dia betul-betul mahu habiskan masa dengan Mia.
Tentang mak cik Leha, aku rasa Khuzairi sudah menjadi anak dan suami yang baik. Ini episod awal ye, lepas ni aku tak tahu apa jadi. Dia tenangkan kedua wanita yang disayanginya setiap kali mereka bergaduh.
Being a pregnant woman, sudah tentu Mia sensitif dengan layanan Khuzairi pada dirinya. Dia mungkin rasakan Khuzairi melebihkan ibunya dalam setiap hal. Disinilah Mia bersalah iaitu tidak menjaga sensitiviti suami. Mia sedar dia tak boleh halang Khuzairi dari berjumpa keluarganya tapi dalam pada masa yang sama dia selalu buruk sangka pada suaminya. Bukan saja mengenai isu ibu dan ibu mertuanya tapi juga isu perempuan ketiga.
4. Perempuan ketiga.
Kejap, boleh tak aku nak cakap sikit.
Selain dari muka nerda yang kacak, dan kerja doktor, aku tak tahu apa yang Nurul Ain dan Syakila ni pandang pada Khuzairi. Ok, dia baik. Doktor Zaidi pun baik. Aku serius tak faham perempuan yang suka menyusahkan diri sendiri cuba rebut sesuatu yang mustahil. Kau nak doktor, baik, nerda yang hensem, plus lawak, semua tu kau boleh dapat dari Doktor Zaidi kot. Senang-senang je kau boleh tackle dia.
Ye, aku suka Doktor Zaidi. Aku suka Bil Azali sejak drama 'Ana, Aku Aiman'.
Nurul Ain come out of nowhere. Masa 7HM, aku dah agak watak dia mesti ada sesuatu. Sebab cerita dia hanya berkisar dengan ibu tiri Mia iaitu Puan Rodziah. Macam mana dia jaga wanita itu ketika dia sakit. And I just wonder what makes her change.
Mia sensitif dengan Nurul Ain sebab tiba-tiba saja dia jadi perempuan kesukaan Mak Cik Leha. Sama macam Mak Cik Leha lebihkan Syakila dulu. Rasanya, it starts with Mak Cik Leha rasa sunyi tak ada kawan. Jadi bila nampak Nurul Ain yang serba serbi macam menantu pilihannya, dia jadi rapat pula dengan Nurul Ain.
Bagi aku, kita tak boleh halang apa yang orang lain suka. Hidup Mia jadi susah sebab dia terlalu fikirkan pandangan orang lain. Dia nak jadi yang terbaik dia mata semua orang, padahal dia memang tak dapat puaskan hati semua orang. Jadi sebenarnya tak salah pun kalau Mak Cik Leha berbaik dengan Nurul Ain, Mia pula harus jadi diri sendiri dan cari kelebihan dirinya yang boleh buatkan dia rapat dengan Mak Cik Leha.
Aku pun masih tak nampak apa yang jahat pada Nurul Ain selain suka menempel kat rumah orang. I mean seriously, girl. Kau takde life ke.
Bekas orang ketiga cerita ni ialah Syakila.
Kalau dulu Mia nak pandang muka Syakila pun tak suka, sensitif. Tapi kali ni entah kenapa Mia senang-senang terima nasihat Syakila dan beri peluang pada dia.
Pada aku, orang ketiga ni bukan pihak yang Mia perlu kisahkan sangat, walaupun mereka ada niat jahat. Kita tak boleh kawal orang, tapi kita boleh kawal diri kita dan ambil berat tentang orang yang sepatutnya kita ambil berat.
Kalau Mia takut sangat Nurul Ain kahwin dengan Khuzairi, Mia boleh tunjukkan lebih penghargaan kepada suaminya.
Kalau Mia takut sangat Nurul Ain jadi menantu pilihan Mak Leha, Mia perlu ambil hati ibu mertuanya dengan cara dia sendiri.
That's why bak kata Mizz Nina, do things in the name of Allah. Jadi isteri, ibu, anak menantu yang baik sebab itu Allah yang suruh.You only become bad bila kau langgar suruhanNya. Ikut je rules Tuhan, tak payah nak pening fikir rules Mak Cik Leha atau Khuzairi.
Okey, aku masukkan sikit elemen Rindu Awak Separuh Nyawa.
Sarah memang bertuah dapat ibu mertua yang baik seperti Puan Ida. Tapi Sarah tak try too hard untuk jadi seperti Nurul Huda yang memang dah lama disukai Puan Ida. Sarah jadi dirinya sendiri. Dan sebab itu ibu mertuanya sayangkan dia. Asalkan 'jadi diri sendiri' tu bukan bermakna kau hilang rasa hormat atau tatasusila sebagai seorang manusia dan Muslim.
Mia dalam 7HM pun jadi diri sendiri. Dia outspoken, degil, tapi at the same time dia tahu apa dia buat, apa dia mahu. But now, Mia dah jadi orang lain sebab termakan dengan kata-kata banyak pihak.
Tolonglah karakter Sarah jangan berubah dalam RASN2. Kak Siti Rosmizah tolong dengarin kata-kata gue.
5. Other outsider
Dulu, Mia beria sayangkan Mak Andak dan sanggup jadi Ayu untuk dia. Tapi sekelip mata hanya kerana kata-kata ibunya, Mia jadi jijik dengan wanita itu.
Sebenarnya aku rasa disebabkan dia mengandung, Mia agak sensitif dengan orang luar. Mak Andak dan Kenit adalah orang dari keluarga miskin yang mempunyai hubungan baik dengan keluarga Khuzairi. Mia sepatutnya sedar, salah satu kebaikan keluarga Khuzairi adalah mereka bersifat ihsan pada mereka yang kurang bernasib baik. Mia harus hormati hubungan baik itu.
Rasanya, tak kisah jika Mia tiba-tiba berubah tidak menerima kehadirian Mak Andak dan Kenit. Cuma,janganlah ditonjolkan sangat kebencian itu. Dia boleh saja layan mereka macam mana dia layan arwah Buntat dahulu. Iaitu dengan menjauhkan diri.
Khuzairi perlu sensitif dengan keadaan ini. Dia sepatutnya boleh baca yang Mia mahu menjauhkan diri dari mereka namun jika mereka masih melangkaui batas yang ditetapkan, Mia tidak teragak-agak untuk bertindak di luar jangkaan. Aku pandang perbuatan Mia pada mereka hanyalah sebagai satu bentuk pertahanan diri. Rasanya Khuzairi sendiri sedar perkara itu tapi kerana asakan orang sekeliling yang tak begitu mengenali hati budi Mia Adriana, dia bertindak menghukum Mia.
Itu saja tentang Mia Adriana.
Aku hanya nak cakap karakter kegemaran aku dalam cerita ni selain Doktor Zaidi adalah Sofi. Aku suka ketenangan dan kesabaran dia. Dia lebih nampak seperti seorang peguam yang berpelajaran daripada Mia Adriana. Tbh, aku bukan nak kata dia karakter yang terlalu baik macam heroin sinetron yang menyebalkan. Tapi cukup sekadar dia jaga diri dan orang sekeliling yang dia sayangi. Dia masih jaga dan sayang ayah dia walaupun dengan kejahatan yang dia buat (dan masih buat), dia ambil berat ibu bapa mertuanya, dia masih hormatkan bekas suaminya walaupun lepas dia dia diceraikan dengan cara yang menyakitkan dan masih jadi kawan baik Mia walaupun Mia selalu pertikaikannya.
Dia tak cuba confront dengan orang yang dirasakan jahat seperti Syakila dan Puan Hayati. Dia masih layan mereka dengan baik cuma tetap berhati-hati. Aku rasa sikap dia patut dicontohi.
Another 21 episod.
God help me
Sunday, 11 July 2021
Every Shukri Yahya Drama
Gigih tak gigih aku tengok hampir 9 drama lakonan Shukri Yahya selepas Rindu Awak Separuh Nyawa. Sebenarnya malas nak ulas tentang apa yang aku tengok tu, tapi lepas tengok video Hazeman Huzir yang boleh menelaah sesuatu filem hanya berdasarkan latar masa, aku jadi semangat pula. Tapi dalam entri ni aku hanya cakap tentang bab watak dan perwatakan yang dibawa Shukri Yahya secara amnya.
Kritikan
yang biasa diterima oleh drama Melayu pukul 7 selalunya bersifat negatif. Ramai
yang kata klise dan mudah diramal. Dan aku akui Shukri Yahya antara hero paling
laku keras untuk slot drama pukul 7. Jadi inilah antara drama-drama beliau yang
aku sempat tengok selepas habis maraton RASN dalam satu malam, mengikut urutan.
1. 1.Split
2. 2. Suami Yang Kubenci
3. 3. 7 Hari Mencintaimu
4. 4. Kerana Dia Manusia Biasa
5. 5. Pesan Pada Hati
6. 6. Andainya Takdir 1,
7. 7. Andainya Takdir 2
8. 8. Kerana dia Isteri Luar Biasa
9. 9. Asal Kau Bahagia (tak habis tengok)
Disclaimer:
Drama yang aku rasa aku tak boleh tengok adalah Cik Tengku Cik Cinderella kerana
ke-cringe-an yang teramat hebat sampai aku terus tukar tengok drama Terima Aku
Seadanya .Sebabnya aku rindu lakonan Puteri Aisyah (dalam cerita Cik Tengku Cik Cinderella
tu Puteri Aisyah jadi watak antagonis). Hantu Punya Bos pun aku tak bercadang
nak tengok sebab heroinnya aku tak gemar. Tiada Aral Jodoh Kita pun macam tak
best sebab bila tengok first episode tak banyak babak Shukri Yahya. Tengok
tajuk pun macam sad ending jadi aku malas buang masa.
Mungkin
lepas ni aku cuba untuk tengok Asmara Luna (gandingan dengan Siti Saleha) ,Surah
Buat Maisarah (sebab ada Syatilla Melvin) dan Asam Pedas untuk Dia (sebab novel
di quite not bad). Dan tahukah anda, awal kemunculan SY adalah dalam drama
Juvana. Wahaha memang sumpah epik weh.
I will tell
you the cliché character that he act.
1. 1. Anak orang kaya yang menerajui
syarikat.
Daripada list kat atas, hanya tiga drama yang menampilkan dia sebagai
lelaki biasa. Jadi biasanya dia akan bawak watak ala-ala most eligible bachelor
in town, ala-ala Jericho Rosales yang hopeless romantic.
But lakonan dia sebagai lelaki biasa dalam 7 Hari Mencintaimu & Andainya Takdir lebih memberi impak kepada aku. Bahkan untuk watak Nazril Nazim yang pada mulanya digambarkan sebagai budak skema, pak ustaz lebih memikat hati aku dari fakta yang dia adalah anak orang kaya.
2. 2. The hopeless romantic guy
Sudahlah kaya, romantik pula tu. Manalah mak cik-mak cik tak melekat kat depan tv tiap petang. Ayat manis dan senyuman ala-ala kasanova kelas satu memang dah jadi trademark hampir semua watak yang dia bawa. Tak kisahlah dia jadi orang kaya atau miskin, part romantic tu memang tak boleh dibuang.
3. 3. The good guy
Contoh untuk watak Khuzairi (7HM), Raden (KDILB) dan Nazril (RASN). Masyaallah sistur, baik sungguh la anak siapa ni. Ketiga-tiga watak yang dibawa adalah seorang lelaki yang sangat baik,sabar pada mulanya. Namun bila dikhianati, perangainya akan bertukar bengis tak ingat dunia. Dia boleh jadi sebaik-baik lelaki dan kemudian bertukar sejahat-jahat lelaki.
Quote ‘lelaki jahat adalah lelaki baik yang disakiti’.
4. 4. The bad guy
Siapa kata dia tak boleh jadi jahat? It takes years for me untuk tonton drama Andainya Takdir sebab pertama kali aku tengok cerita tu, aku jadi takut dengan watak Airil lakonannya.
Sampai aku pernah terfikir, in real life, behind that kind of handsome face ada dua jenis lelaki. Iaitu lelaki yang baik teramat persis Khuzairi atau lelaki yang jahat teramat seperti Airil.
Hampir setiap drama juga memaparkan how at some point karakter dia akan lose his temper. And he nailed it.
5. 5. Funny guy
This is my favorite aspect of his acting. Ye, sama macam aku menggilai Ungku Ismail Aziz. In his every acting, at some point aku nampak yang dia akan buat attempt untuk tak jadikan karakter dia sesuatu yang membosankan.
Dalam ‘Kerana Dia Manusia Biasa’, sebelum bercinta dengan Nurin, watak Tengku Syamil digambarkan sebagai seorang yang cold, kecuali dengan isteri dan ibu bapanya. Tapi dalam satu babak dia menyapu kek ke muka Nurin, dia boleh membuatkan babak itu kelakar dengan ad-lib “Kening awak jatuh”.
Watak kelakarnya yang aku suka sudah tentu Aid (STC) dan Yusof(PPH). Surprisingly aku sangat suka gandingannya dengan Nabila Razali dalam drama tu. Mula-mula aku agak jengkel dengan karakter Yusof yang seperti tidak matang dan nampak seperti apek dengan pakaian kemeja bunga-bunga dia tu. Tapi karakter itu sangat sesuai dengan karakter Zulaikha yang agak serius. Dan Shukri Yahya tidak terlalu keterlaluan dalam membawa watak itu,yang membolehkan lakonan Nabila juga menyerlah.
Aku rasa part dia suruh Nabila nyanyi lagu2 dia macam Pematah Hati dan
Vroom Vroom tu memang ad-lib yang cari gaduh. Tapi Nabila pun layankan je.
Dalam
banyak-banyak drama SY yang aku tonton, aku paling impressed dengan drama
Split. He just nail every single character yang dia bawa dalam cerita tu. Itu
juga membuktikan dia semakin matang dalam lakonannya, bukan hanya sekadar bersandarkan
muka kacak dia dan karakter lelaki kaya yang dia bawa. Dia ada personaliti dan
aura yang tersendiri. Gitu.
Dan antara watak
yang dibawa oleh SY yang aku tak berapa gemar, well sebenarnya keseluruhan cerita
aku tak berapa gemar ialah Kerana Dia Isteri Luar Biasa. Aku rasa dia ada
terpalit dengan kontroversi juga untuk drama tu tapi macam malas nak ambil
tahu. Apa yang aku tak suka tentang drama tu adalah kenapa scene romantic dihiperbolakan.
Aku rasa hampir 70% scene berlaku di atas katil ,di atas sofa dengan
dialog romantic yang meloyakan. I can get through until half of the
episode, lepas tu memang lajukan nak tahu ending. The first half of that
drama is great, aku suka part Dewi digambarkan seorang pejuang
feminis, yang dia langsung tak terkesan kalau ada perempuan yang dengkikannya. Her
strategy to get Raden is good and brilliant tapi sebab dia tak sabar
sangat, aku rasa dia dah merendahkan maruahnya dengan guna taktik kotor
perangkap Raden dalam kes tangkap basah. Dan aku tengok watak Raden agak bosan,
flat (takde perkembangan). Selain ayat manis yang boleh potong
kaki dan gelaran doktor pada namanya, tak ada yang istimewa tentang wataknya.
Jadi aku tak faham kenapa semua perempuan dalam cerita tu sukakan dia.
Fakta
menarik; itulah drama pertama yang mempertemukan Uqasha dan Shukri Yahya. Aku
paling excited bab tu.
Lagi satu,
aku rasa gandingan Shukri yang paling mantap selain dengan Siti Saleha adalah
Nina Iskandar(AT). Aku suka perbezaan watak Fatieha dan Airil menguatkan lagi
jalan cerita itu. The eye contact, body language keduanya sangat cocok
dengan moment sesuatu scene tu, tak kisahlah scene pukul atau scene
romantic. Huuu aku suka sangat bila scene romantic antara dorang,
like baca Quran sama-sama, makan cekodok tepi kolam. Memang la mana-mana
perempuan yang tengok Fatieha tu akan kata dia bodoh sebab tak tinggalkan
lelaki tu. Tapi macam yang Hazeman Huzir pernah cakap, mangsa keganasan rumah
tangga ni bukannya tak mahu keluar dari situasi tu. Tapi sebab satu, mereka dah
terbiasa sampai mereka buat persepsi negatif pada diri sendiri. Macam di brainwash
yang segala masalah yang berlaku adalah salah mereka. Kedua adalah kerana
suasana sekeliling yang tidak menyokong. Kalau mereka stay dalam perkahwinan,
makan pakai tempat tinggal mereka at least terjaga. Tapi kalau mereka bercerai,
masyarakat tempatan selalunya akan mencemuh dan memandang rendah pada mereka.
Jadi bagaimana mereka mahu memulakan hidup baru jika tiada support system yang
kukuh.
Pergh aku
sembang macam dah berlakon sampai ke Hollywood eh. Haha. Aku pun tak tahu arah tuju
entri ni ke mana tapi boleh tak aku nak beritahu yang drama Asal Kau Bahagia tu
kinda get on my nerves. Aku ada masalah besar dengan watak Adira Imani lakonan Aida Jebat. Dia
macam tak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Kalau kau suka abang angkat
kau boleh tak berterus terang dari awal supaya tak susahkan bakal suami kau. Asyik
cakap terpaksa itu terpaksa ini, play victim. Lepas tu tak tahu nak selesaikan
masalah, kau lari. Apa benda lah.
Paling tak
boleh blah bila dia ikut abang angkat dia bercuti konon nak tenangkan diri jauh
dari Hariz. Aku cam, serius la perempuan. Memang camtu ke budak dekan
selesaikan masalah. Dah la lambat sangat nak defend diri sendiri bila kena tuduh
dengan Hariz, pastu bila part Hariz nak explain tak nak dengar pula. Eh
eh menyirap pula aku. Aku memang agak anti dengan perempuan yang suka play
victim dan tak reti nak defend diri sendiri. Worst, sengaja
letakkan diri dalam keadaan yang mengundang salah faham. Dan aku harap sangat drama
ni takkan jadi rujukan mana-mana perempuan yang sentiasa harapkan lelaki layan
kau bagai tuan puteri. Ada masalah bercuti, bergaduh bercuti siap breakfast
in bed. Yup, hentikanlah harapan palsu itu. Kesian lelaki Melayu kat
Malaysia ni.
Konklusinya,
aku harap lepas ni Shukri Yahya dapat watak yang lebih menjaga dirinya sebagai
suami orang. Dan aku menyeru pada pembuat skrip, novel sekalian, cukup-cukuplah
buat babak yang mengundang api cemburu dan dosa. Boleh je buat babak romantik
tanpa perlu sentuh-sentuh, duduk atas katil.
Last.
Tadi aku
throwback tengok Sanay Wala Nang Wakas dan tiba-tiba terfikir perkara ni. Drama
tu ada 100 episod dan hanya di episode terakhir Ara dan Christian berkahwin.
Maknanya 99 episod adalah tentang liku-liku percintaan mereka. Drama Melayu pula
kadangkala episode 1 dah berkahwin. Lepas tu tunjuk liku-liku perkahwinan. Atau
dalam erti kata lain, perkahwinan tu hanya sebagai satu tiket untuk buat adegan
romantic terlebih. Sebab katanya hubungan sebelum berkahwin ni tak elok.
Aku dulu
tak tengok Teman Lelaki Upahan sebab tak nak normalizekan budaya girlfriend
boyfriend. Tapi ironinya, cerita tu lebih menjaga batas lelaki dan perempuan
berbanding drama dengan tajuk yang bermula dengan Isteri atau Suami.