Sambungan review MG 2018 (Ep 9-end)
Gigih juga aku menulis entri ni walaupun sebenarnya dah seminggu habis maraton drama. Dan konklusi aku, sangat berbeza berbanding Meteor Garden I & II awal 2000 an dulu (check out entri lama aku kalau rajin).
Selepas episod 8, kronologi ceritanya tak jauh beza dengan MG yang lama dan franchise Boys Over Flower yang lain. Cuma nya aku rasa dia memperkemaskan lagi jalan cerita dengan beberapa plot tambahan.
Contoh seperti selepas Shancai menjadi orang gaji di rumah Daoming Si, dia keluar dari rumah itu selepas membuat perjanjian dengan ibu Daoming Si untuk tidak mengganggu hidup kawan-kawan dan keluarganya. Plot biasa adalah dia ke kawasan kampung tempat ibu bapanya tinggal dan 'cuba' hidup tanpa teman lelaki kayanya itu.
Apa yang franchise BOF dan MG I tak beri perhatian ialah bagaimana dengan sesi persekolahan Shancai/ Jandi/ Makino di sekolah Mingde/Shinwa/Eitoku. Dia macam suka-suka hati cuti belajar lepas tu eh boleh pula sambung sekolah macam biasa. Dan dalam versi BOF, plot itu diletakkan dihujung iaitu sebelum watak Jun Pyo/Damyouji hilang ingatan akibat kemalangan. Tapi MG 2018 meletakkan babak itu ditengah-tengah dan bagi aku itu adalah satu langkah yang sangat bijak. Itu adalah fasa Si dan Shancai 'berehat' dari hubungan cinta mereka dan mencuba kemungkinan untuk bersama dengan orang lain. Tapi ternyata their love win.
Sejujurnya, aku paling suka tempoh waktu mereka 'berehat' dari bercinta. Sebab dalam tempoh itu, kedua-duanya bersikap seperti dua orang dewasa yang matang, bukan lagi seperti budak sekolah yang bercinta bagai nak rak. Terutama versi MG II (2003), 'perpisahan' sementara mereka (waktu Si hilang ingatan) menjadi titik tolak pada kematangan kedua-duanya.
Aku simpan the worst part of this series at the end.
Okay, semua part selepas mereka 'berehat' dari bercinta adalah suck. Yes, i said it. It sucks.
Ia macam tengok dua orang budak sekolah yang beria bercinta dan tak pernah belajar untuk jadi matang. Macam tak logik pun ada juga.
They are crazy in love with each other dan banyak babak yang buat aku tercengang sebab rasa absurd.
1. Babak 'mengundang'
Salah satu adalah babak Si sewa rumah di sebelah rumah Shancai.
Yes, plot ni ada dalam semua franchise BOF & MG I. Aku tahu ia hiperbola, tapi okaylah aku boleh terima. Lelaki tu ada banyak duit kan, biarlah dia nak sewa satu daerah tu pun itu duit dia.
Tapi part yang Si tak boleh tidur dan Shancai offer diri untuk teman tidur....woooo hold on sister. What are you trying to do.
Kepada adik-adik sekolah sekalian, janganlah anda memberi peluang sebegini pada mana-mana lelaki yang bukan suami anda. Ya, tahu awak sayang sangat teman lelaki awak tu tapi tolong jangan. Dia tak boleh tidur itu dia punya pasal, orang yang patut layan dia punya 'tak boleh tidur' adalah mak dia.
Dan...keratlah jari akak kalau korang boleh menahan diri masing-masing bila tidur satu katil. Pada ketika dua-dua memang sayangkan satu sama lain, syaitan tu sangat bijak untuk menjerumuskan korang kepada zina. Jadi tolong jauhkan diri anda dari kemungkinan tersebut.
2. Dialog-dialog cinta yang memualkan.
Seriously, sesiapa yang 18 tahun ke bawah tolong tengok cerita ni dengan parents atau orang yang lebih tua DAN BOLEH MEMBIMBING ye.
Dialog antara Shancai dan Xiaoyou selepas Shancai ceritakan dia habiskan masa semalaman dengan Si.
Xiaoyou: You sure you guys are doing nothing?
Shancai: What do you think I am? I am not that kind of woman
Xiaoyou: Well..actually. If we love someone, it does not matter if we give everything to him
HOOOOOOOOOOOO sister. Yang ini aku paling menyirap. Ni kalau Kak Fynn Jamal dengar perempuan cakap macam ni, yang bukan dari mulut seorang isteri, mahu kena basuh 3 hari 3 malam.
Lagi sekali, adik-adik sekalian. Apa yang dia cakap tu betul, iya tak salah untuk beri apa saja demi orang yang kita sayang.
Kita sayang mak ayah kita, kita sanggup habiskan hujung minggu dengan mereka walaupun kawan ajak keluar.
Kita sayang adik kita, kita sanggup berikan paha ayam pada dia walaupun kita sangat sukakan paha ayam.
Kita sayang cikgu kita, kita doakan mereka dunia akhirat.
Kita sayang Rasullullah, kita selawat pada Baginda saw.
Itu sayang sesama manusia yang betul
Tapi kalau kata-kata itu merujuk pada hubungan teman lelaki teman wanita, makanya itu adalah kesesatan yang sangat menyesatkan.
Jadi sila bezakan jenis sayang sebelum terima kata-kata tu bulat-bulat.
Tambahan, aku rasa banyak babak dalam drama ni yang ditambah dan jadikan watak Shancai bukan seperti yang sepatutnya. Okay, dia bukanlah watak yang paling suci macam perempuan Islam terakhir dan aku tak harap pun dia jadi begitu sebab dia sememangnya bukan Islam. Tapi the real Shancai adalah perempuan naif tapi tegas dalam pada masa yang sama. Shancai dalam cerita ni hanya naif.
Banyak babak dimana dia meletakkan dirinya seperti rela 'diserahkan' kepada Si. Dua kali, mereka hampir buat 'sesuatu' tapi dikacau oleh orang lain. Satu oleh kakaknya dan kejadian kedua oleh polis yang sedang mencari mereka. Ada juga babak yang aku rasa, sangat mencabul kehormatan seorang perempuan seperti babak Si masuk ke dalam bilik air di rumah Shancai dan Shancai berada di dalamnya. Dalam dunia biasa, jika perempuan itu benar-benar menjaga maruah, dia akan menghalau lelaki itu dengan pantas. Kalaupun lelaki itu memang TER-masuk, refleksnya akan cepat-cepat keluar dari situ dan memberikan ruang pada si perempuan. Macam orang yang termasuk salah tandas, mana ada mereka sempat nak berbual dengan penghuni dalam tandas tu.
Mungkin mereka rasa benda ni kelakar atau sweet sebab dua-dua pun memang suka satu sama lain. Cuba kalau seorang lelaki asing tiba-tiba masuk tandas rumah kau waktu kau ada di dalam, ia bukan kisah lawak lagi.
Macam yang berlaku di Uighyur dimana kerajaan meletakkan pegawai mereka dalam rumah orang Islam untuk 'pemantauan'.
Yes, China. Ia sangat tak lawak.
3. Peranan ibu bapa yang tak berguna.
Aku tahu tipikal orang mereka sukakan duit. Sebab tu mereka biarkan saja teman lelaki anak mereka buat macam-macam kat anak mereka. Hanya sebab lelaki itu kaya.
Ya, aku merujuk pada ibu bapa Shancai. They try to not driven by money bila mereka marah-marah mak Si yang memperkotak-katikkan taraf hidup mereka. Tapi mereka masih benarkan jika Shancai dan Si buat apa saja yang mereka suka macam bercuti bersama, pergi luar negara, tidur dalam bilik yang sama. Bahkan rileks saja bila anak mereka diculik beberapa kali oleh Si atau orang yang dihantar ibu Si.
At the end, mereka ada menentang keputusan Si untuk berkahwin dengan Shancai. Sebab mereka tahu ibu Si takkan putus asa buat anak mereka merana. Tapi last-last mereka iyakan saja pelan perkahwinan dua anak muda itu.
Okay, aku bukan nak kata mereka adalah ibu bapa yang jahat. Tapi dalam dunia sekarang ni, terutama bila kau ada anak perempuan, kau kena sangat sangat menjaga mereka. Firdaus Wong pun pernah beritahu, sebenarnya dalam budaya Cina itu sendiri, tak kisahlah Hong Kong, China atau Taiwan, perempuan bujang tidak dibenarkan berhubungan dengan lelaki asing sebelum berkahwin. Dan pakaian pula masyarakat Cina memang melarang perempuan untuk berskirt pendek dan suka hati mendedahkan tubuh mereka.
Kalaupun mereka kata mereka percayakan Si, lelaki tu takkan buat apa-apa tak baik pada anak mereka, pemikiran seperti itu saja sudah mendedahkan anak mereka kepada bahaya.
Macam mana kalau sesuatu berlaku? Apa tindakan mereka? Berapa pantas mereka boleh datang selamatkan anak mereka? Siapa selain Si yang mereka boleh percaya untuk jaga anak mereka?
Minta maaf ye, memang dalam semua franchise BOF, aku tak sukakan watak ibu bapa watak perempuan. Karakter mereka hanya mengiyakan kenyataan yang orang kaya boleh memijak dan membeli maruah orang miskin.
Ironiknya, aku tak rasa marah dengan ibu Si sebab mengawal ketat anaknya. Memanglah dalam drama kelihatan ekstrem tapi dasar pemikiran ibu Si adalah jika dia tak jaga anak-anak dia, mereka akan buat sesuatu yang boleh merosakkan diri, keluarga dan empayar perniagaan mereka. Apabila Si diculik, ibunya adalah orang yang paling risau sehingga sanggup menghubungi skuad polis terlatih untuk jejaki anaknya. Dan bagi dirinya, nilai diri Si tak dapat ditukar dengan wang ringgit.
Aku suka MG 2018 sebab mendedahkan sisi keibuan mak Si. Kerana dalam semua siri BOF & MG I,II ibu Si hanya digambarkan seorang yang tak berhati perut, tamak, dan penghalang cinta sejati dua watak utama. Tipikal watak antagonis. Dan penonton muda yang melihat akan terikut-ikut untuk menyalahkan ibu bapa mereka kerana menghalang 'cinta sejati' mereka. Padahal dalam kebanyakan kes, ibu bapa hanya mahu melindungi anak mereka. Dan jika pasangan muda itu percaya cinta mereka adalah sejati, mereka perlu membuktikannya dengan cara yang matang dan bijak.
4. Yang membawa kita ke point terakhir iaitu....Whats the point,dude?
Okay, berhentilah menyalahkan perempuan. Sekarang kita fokus watak Si pula. Setelah jatuh cinta head over heels dengan perempuan biasa, dia berubah jadi lelaki yang bertanggungjawab dan lebih berperikemanusiaan.
Ya, aku tahu, bertanggungjawab adalah perkataan yang besar maknanya. Dalam kamus MG 2018, antara benda 'bertanggungjawab' yang dilakukan Si adalah
-Sanggup kena pukul dengan samseng untuk selamatkan Shancai (or rasanya kau boleh call polis je kot)
-Sanggup terjah masuk dapur untuk beri semangat pada Shancai dalam pertandingan memasak
-Sanggup berpisah dengan Shancai sebab nak selamatkan syarikatnya di London (tapi sekejap je, dan sejujurnya tak nampak pun dia actually BEKERJA macam yang ditunjukkan watak Jun Pyo & Damyouji)
-Sanggup redah hutan untuk cari makanan waktu diculik kat pulau
-Sanggup berlapar beberapa hari semata sebab mak dia tak bagi dia berhubungan langsung dengan Shancai.
Aku tahu, some of it okeylah. Tapi part berlapar tu tak menahan betul. Apa POINT KAU DUDE nak kurung dalam bilik berlapar semata nak pujuk mak kau untuk tarik balik arahan veto tu. Kau jadi lelaki sikit boleh tak. Keluarlah buktikan diri kau ni berguna, bukan hanya mat romeo yang bodoh.
Last-last F4 juga yang kena tolong buktikan kat mak Si tentang plan bisnes yang Si buat untuk selamatkan syarikat mereka.
-_-' Wahai Si, kenapa kau tak cakap sendiri dengan mak kau? Tindakan tu lagi bijak kot dari berlapar.
Huh..aku malas nak membebel banyak lagi. Sebenarnya aku bersyukur tak ada babak hilang ingatan sebab babak tu la yang aku paling stress. Yela, dalam MG II 90 peratus Si hilang ingatan, kalau dia masukkan dalam MG 2018 tak tahulah berapa ratus episod dia nak buat.
Pengakhirannya, mereka kahwin dan hidup bahagia selama-lamanya.
Entahlah, secara ringkasnya, MG 2018 tak ubah seperti kau tengok kisah cinta budak sekolah yang tak matang. Aku bukan skeptikal tapi dengan semua pengaharapan palsu yang diberikan, aku tak boleh belajar apa pun dari siri ni.
Ia ternyata berbeza dengan MG I & II. Macam yang aku tulis dalam entri sebelum ni, MG I bermula dengan kisah cinta budak sekolah yang agak tak matang dan berakhir dengan kisah cinta yang mematangkan watak utama dalam MG II. Walaupun ia memang lagi dramatik, tapi aku suka sebab boleh nampak perubahan tak matang kepada matang. At least jika mereka tak bersama, mereka masih boleh belajar sesuatu dari kisah cinta mereka. Dalam MG II, Si boleh saja pilih Shancai dari perempuan yang sakit tu tapi tak. Dia tahu dia kena bertanggungjawab dengan janji yang dia buat walaupun perempuan tu memang dari awal rela kalau Si pilih Shancai. Dan Shancai sebagai perempuan matang, dia setuju dengan pilihan yang dibuat Si. Pada akhirnya, kerana kesabaran dua watak ni, jodoh mereka tiba juga pada waktu dan tempat yang betul.
Oh, aku tak harap sambungan MG 2018 yang baru. Dah dah la tu berangan dengan fantasi yang tak pasti.
Tapi aku macam nak tengok juga BOF/MG versi Thailand (aku tak pasti dorang ambil template MG atau BOF).